Tuesday, June 25, 2013

Jangan Disebut Pasal Bulu Ketiak

at Tuesday, June 25, 2013 0 comments
Bila aku terbaca pasal bulu ketiak, teringat cerita dalam komuter masa minggu lepas, dan tetiba aku stress.. hahaha....

1 jam oiii aku terpaksa berhadapan dengan masalah bulu ketiak. sendiri punya takpe, ini manusia lain punya...

ini minggu lepas punya cerita. aku on the way dari kl ke klang, so aku decide nak komuter je. malas aku nak bersesak dalam jam.

naik komuter je senang, lagipun komuter dah cepat, tak macam dulu.

sebab aku ni badan langsing, kecik molek yang ampun, i olls selit-selit terus dapat kerusi. kembang kembang hidung dapat duduk. yang lain sila berdiri.

bila dah dalam komuter tu, nak nak time orang kerja, memang la penuh, ramai yang berdiri. sumpah sendat yang ampun.

depan aku ramai yang berdiri, aku tak kisah sangat la ko nak berpaut pada ape pun, jangan bontot ko hempap tetek aku sudah.... memang aku sikukan sahaja.

jadi nak dijadikan cerita, depan aku ada dua orang perempuan. dua dua berdiri, sebab tak dapek tempat duduk (kembang hidung). Yang sorang bersandar, yang sorang tu memang takde tempat untuk dia bersandar, untuk elak dari kes muka terjerumus bawah kerusi, girl ni berpaut la pada pemegang yang dilekat pada bumbung komuter.

yang sorang pakai baju kurung, yang sorang lagi pakai skirt & tshirt

mula-mula aku tak perasan sebab kemain busy main candy crush, lepas tu agak-agak terasa nak muntah, aku stop and pandang la sekeliling. tengah pandang-pandang tu, aku tertengok tangan girl yang tengah bergayut pada pemegang.

kan ke kalau kita tengah bergayut, memang ketiak akan expose pada orang sebelah, jadi nak dijadikan cerita, pempuan bebal ni pakai lengan pendek. pendek yang memang pendek la. Ko angkat tangan sikit, nampak dah ketiak.

dah orangnya kulit putih, kalau ada benda asing kat badan tu memang la orang akan perasan. nak pulak bulu hitam yang mencanak-canak..!!

jadi memang aku nampak la bulu tu.. as taga... yang paling aku kesian, bulu tu betul betul menghala ke muka budak yang tengah bersandar tadi. bahahahahah....

aku pun konpius, aku patut kesian ke, patut aku gelakkan. 2 2 kot. hahahaha...

sorry to say la, as woman, kau patut tahu, bila kau nak pakai seksi tu, pastikan ketiak kau dah licin.

mujur la bulu tu bukan tahap, kalau kau campak barang dalam timbunan bulu tu, bila nak cari balik, minggu depan baru jumpa balik.  ni waktu petang, aku rasa, masa pempuan ni kat office, mesti dah ramai jeling kat ketiak dia.

Bila aku cerita dekat en bam bam, reaksi dia gini, "ala, tak perasan kot"

takkan la tak perasan kalau ada rasa tajam-tajam kan.. 

alah, ketiak dia pun semak, bahahahaha



Sunday, June 16, 2013

Bukan Niat Nak Burukkan Cerita Man of Steel

at Sunday, June 16, 2013 0 comments
Sapa dah tengok Man of Steel..??

Aku sebagai kaki wayang haruslah tengok. Walaupun terpaksa bersesah-sesah dengan ketiak orang, ahkak sanggup..!!

Filem yang rami orang tunggu kot.. so Jumaat lepas, ahkak bersama penternak lemak kesayangan pelan nak tengok Man of Steel.

Aku pun on saje memandang kan dalam hati nak tengok cerita Pee Mak buat kali kedua. Kah kah kah. 

Bila aku nak tengok cerita tu buat kali kedua, encik bam bam buat muka. Eh aku pang kang… 

Pasrah je aku bila beli tiket man of steel. Kalau tak best, siap..!!

Disebabkan aku baru balik kerja dan tersangat penat, aku berdoa biar cerita tu sehebat iron man or paling cikai pun Fast & Furious…

Padahal tiket aku pukul 8.30  malam, takkan lemau kot kan..

Suprisingly, masuk wayang pukul 8.30, pukul 9.30 aku dah tido.  9.30 okeh..!!!!

Ini bukan sebab penat, tapi sebab bosan..!!!! sumpah bosan..!!!!!

Aku baca review sana sini, semua kata best best best..! hello, tang mana bestnya. Aku bagi review based pada pandangan aku. 

Bukan aku sahaja yang kata movie ni slow, en bam bam yang suka filem action pun kata, “cerita ni slow la”

See… aku yang tak minat dah kata slow, ini dia sendiri kata. 

Walaupun aku tidur tidur ayam je, aku pasti, aku hanya dengar orang gelak sekali je. That’s it. Lepas tu sunyi…..

Pukul 11 en bam bam kejut aku, jom, movie dah habis… hahahaha… bengkek je dia, beli tiket mahal tapi aku bantai tidur. 

Aku tak tahu la kalau orang lain kata best, tapi pada aku, aku kasi rate 1/5 je.. tidak seperti yang aku harapkan. 

Jalan cerita terlalu heavy untuk budak-budak, dan terlalu serious. 


Saturday, June 15, 2013

Kot Iye Pun, Janganla Kedaung Sangat

at Saturday, June 15, 2013 0 comments
sejak dari kecik, aku dan keluarga aku memang bangsa makan kedai kedai kedai.

nak nampak dapur aku berasap, memang aku pitam beribu kali la. sebab mak aku malas masak. wakakakaka...

dapur tu berasap, kalau tak sebab kebakaran, takpun mak aku dapat rahmat dalam tidur dia. kihkihkih

jadi memang kitorang anak beranak biasa dah makan kedai ni.. beli bungkus je. 

kalau tak bungkus, makan dekat situ je. jadi mak aku selalu pesan something.

mak aku selalu kata, dalam banyak benda kita boleh beli dalam dunia, ada satu benda kita beli, jangan sesekali kita tawar menawar, iaitu makanan..!!

mak aku cukup pantang. kalau mahal pun, bayar je. jangan mintak murah ke hapa. kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.

jadi memang sampai sekarang aku pegang prinsip tu. memang aku ni kaki tawar menawar, tapi bab makan, never..!!

tadi aku pergi pasar malam. aku nak beli air. selalu memang aku beli kat satu pakcik ni.

standard la air pasar malam, singgit secawan. cuma kedai pakcik ni, jual air cendol, singgit setengah. tak kisahla kan, sebab air dia sedap. cendol pulak, bukan cendol bodoh gitu je.

masa aku beli, ada 2 orang pempuan tengah beli air. nampak gaya memang student.

yang sorang beli air biasa, sorang lagi beli cendol. mungkin sebab tak ada tanda harga, pakcik tu kata, 'seringgit setengah dik'

aku tengok dekat tangan dia ada 12 hinggit. bila dia dengan singgit setengah, dia boleh kata gini..

"SINGGIT BOLEH..??"

pftttttt......

pakcik tu balas, "cendol memang singgit setengah dik"

dia tawar lagi "singgit boleh tak?"


BOLEH...???????????

ada jugak makhluk gini....

aku pelik, bukan tak ada duit. tapi 50 sen tak mampu nak bayar. boleh pulak tawar menawar air secawan. aku tak tahula kalau dia memang bangsa kedaung..

pada aku, nak sedap, bayar lebih, nak murah, togok air paip je. lagi mahu bercendol-cendol. aku jendulkan baru tahu..

agak-agak ar kan. pakcik tu dah la susah, makin kau nak susahkan dia... 50 SEN JE CIK KAK OII...!



by Gadis Cantik


Thursday, June 13, 2013

Mengulor............

at Thursday, June 13, 2013 0 comments

Dalam bahasa mudahnya, curi tulang. kihkihkih

umur dah 26, ngulorr mestilah style makcik-makcik. duduk berdengkur atas kerusi..

bos aku baca ni, mampussssssssss....

aku ada satu masalah ni, kalau serapan pagi aku makan kuih, kompem pukul 11 aku dah menguap-nguap..

Walaupun selalu terjadi, tangan aku ni tetap gatal nak beli kuih...

seee... baru kuih... belum aku tapau nasi lemak 3 hinggit tepi jalan...

terus tak bangun sampai petang.

 dia punya ngantuk tu, nauzubillah... aku boleh bayagkan mata aku ni kene hempap dengan bontot setan.. siap buat taikkk lagi.. pfttt...

ni taik membuta namanya...

aku cuba nak kembali kepada habit lama aku. iaitu bedal nescafe tin pagi-pagi.

pernah aku try masa tu, sebab kedai kuih tutup, jantung aku ni macam mesin. degedegedegegdegegedekkkk bunyinya...

sumpah tak ngantuk..!

tapi bila dah pukul 11 tu, paham-paham la kelaparan dia tu lagu mana... kalau boleh jalan dengan seret lutut, lama dah aku buat..!! laparrrr....


 
  minuman yang buat jantung ahkak degedegedegedegedekkkkk.. hehehe

ok la minum ni, dari aku bantai nasi lemak... dahla lengan aku ni macam balak yang belum dibelah. lagu mahu tambah.... 

derrr... banyak baju aku dah koyak dekat ketiak. apa maksudnya?

:)


Friday, June 7, 2013

Ayam

at Friday, June 07, 2013 0 comments
Teringat cerita dulu.

Adik aku yang gemuk cikibum tu memang suka makan.

Dari yang westhern sampai la kepada makanan exotic yang orang lain geli nak makan.

Satu hari, bulan pose. Bapak aku masak sup ayam.

Semua orang amik part peha, kepak dada. Normal la kan.

Turn dia pulak. Dia korek-korek, jumpa kaki..!! yang itu dikautnya..!

Mak den tengok semacam perangai adik aku umur 3 tahun makan kaki ayam. dia sound la...

"eeee geli la makan kaki. kan kaki ayam tu dia buat berjalan atas tanah. kan kotor"

nak tahu dia jawab apa?





















INI TANGAN DIA LA..... KAKI DIA SEBELAH LAGI....



ok, semua pasrah. kitorang pandang je mulut cinonet dia tu ratah tangan ayam.... 

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review