Thursday, January 6, 2011

Muzium Negara Bebeh..!!

at Thursday, January 06, 2011 2 comments
Dimulakan dengan gambar mak datin paling hot di abad ni sebagai mukadimah.. Ya a auuuwwww. Ececeaaa.. Cukup panas..??? Lebih panas dari hati korang yang malam-malam buta dan kena pandang Ratu Dunia di bawah ini. wakakaka.

Minggu lepas, hari Ahad, walaupun keluar rumah dah pukul 3 petang, boleh cover 1 KL uolss berjalan.. hahaha.. Tipu je.. Well kali ni, kita ke Muzium Negara.. Nampak macam adik-adik yang lambat up je kan pergi situ.. Tapi percayalah, berbaloi-baloiiiiii. Plan sebenar nak ke zoo, tapi, dompet aku berlubang pulak. BESAR pulak lubangnya kan :P.. Nak masuk zoo pun 15 hinggit..! Makan dalam tu lagi, tak campur dengan kepansan yang melanda-landa.. berpoloh-poloh makcik nanti..

Aku tak tahulah Muzium Negara ni area mana, tapi, dalam satu kawasan, adalah besar okeh.. Kat situ la muzium, kat situla Taman Burung, kat situ la memorial Tun Abdul Razak, dan kat situ jugakla Muzium Polis. Kalau ada yang feeling-feeling er Mat Sallerrrhh, er uolss boleh walking-walking, running-running until u meet the hell... Hahahaha

Eh lupa nak bagitahu, i pergi dengan bakal adik ipar i yang baik hati uolss.. Kenapa baik hati ??? Ko cakap la nak kemana pun, start enjin, terus vroooommmm..!! Dengan aku je la kan boleh, kalau uollss yang mintak, entah-entah dapat jelingan padu 'Kau apa hal nak suruh-suruh...!' . Gitu...

Mula-mula mahu ke Planeterium Negara, tapi, tengok-tengok, tutup pukul 4.30. masa tu dah pukul 3.30 kan, macam mana tu..?? Tak sempat kau nak kentut untuk kali kedua kat situ, dah kene halau keluar.. Baik aku pergi tempat yang boleh kentut banyak kali. Wakakakaka.. Apahal entah nak tutup cepat-cepat, apa ko ade urusan hal paduka baginda nak kasi setel ke..?? Relek-relek sudeeeee..

Diatas jejantas. Mahu menyeberang ke destinasi syurga.. Muahahaha


Uiii.. melekuk melentik meletop...!!! Hahahaha.. memuji diri sendiri adalah baik untuk awet muda.. Tips hari Jumaat ye uolsss.. Kawasan ni macam sunyi sikit la, sebab tak ramai orang, walaupun hari Ahad, janganlah mengada-ngada nak jalan sensorang, lepas tu kasi pose maut jelingan manja dengan lelaki yang tengah lalu-lalang disitu.. No no no..! Man is danger, especially the ugly one..! The cute one ok... hahahaha Apakah ???

Masuk sahaja pintu utama, ada pameran keretapi-keretapi zaman dahulu.. Dari jalan besar, dah boleh nampak bende-bende ni kot... Terus keluarkan camera. Kechek kechek...!! Gedek Gedek...!!

Masuk hall pertama, adalah pameran baju-baju tardisional.. Pandang sekali lalu je, malas kot nak baca tulisan, banyak kemain, kalau kumpul-kumpul, boleh jual buat duit tau... Aku insan yang tak suke membaca. Jadiii... next..!!

Comei sungguh la kakok ni..duduk simpuh molek.. Ada sesapa berkenan nok jadikan calon bini.. Tapi kakak ni tak boleh beranak la... Auuwwww... Seram ok, patung kat sini, nampak macam hidup. Malam-malam mestiiii...... tettt...!!! Kebanyakan adalah pameran pakaian tradisional, termasuk aksesori yang maha berat letak kat kepala, tangan dan kaki bagai...

Demonstrasi me... me... me- apa ek ??? Haaaa, mencetak batik la senang paham..


Singgahsana di Raja. Warna-warni lagi kooo. Macam rumah makcik Hang Tuah dah.. Setiap dinding kaler merah pink hijau kuning biru..!



Teka bende apa ni...???? Keranda kaum Dayak uollsss.. Seram mak.. Dan bende ini adalah kocik ok... Nak masuk punggung pun, hazabbb...! Orang Dayak kecik-kecik ke..??? Well, yang aku tahu, tak semua mayat yang dimasukkan dalam keranda adalah dalam keadaan baring tegak.. Setiap kepercayaan ada posisi tersendiri.. Ecececea, dan macam tok penggali kubur dah aku


Destinasi seterusnya adalah ke Istana Satu.. Bukanlah istana betul, kire istana zaman orang dolu-dolu. Dan Acik sangat sodih sebab, 'Macam ni ke istana kooo..!!' Upgrade sikit je dari rumah kampung yang paling cikai dekat Batu Pahat.. Kecik wei... Kalau yang ni istana, rumah rakyat jelata adalah upgrade sikit dari reban ayam ke..???


See.. Aku tak tipu, inilah Istana Satu nya.. Panas membahang pulak tu dalamnya..

Ruangan dapur makan Istana Satu


Ruangan touch up -touch up.. Hehehehe.. I like this section.. Banyak cermin..!


Ruangan beradu sang raja dan si permaisuri.. Auuuwww


Batu dalam pagar tu, bukan nesan ye uolls. Tu adalah batu entahapaapa, sebab aku kelupaan. Tapi dikatakan batu ni hidup, bukanla malam-malam dia loncat pagar tu pergi minum teh tarik roti canai, tapi batu ni membesar, membesar dan membesar...!


Patung peringatan yang diperbuat daripada besi.. Saje aku gedik-gedik peluk patung ni, nak rasa, macam la gamoknye peluk orang putih, nak peluk yang betul-betul, ehem ehem, belum aku sempat bersuara, masing-masing dah bukak langkah.. nak terajang aku.. hahaha



Kereta bomba zaman dolu-dolu.. Tangga dia pun, antik kemain. Roda belakang pun, alahaiiii, macam mengundang kebakaran yang lagi besar je. hahahaha

Ok, tu baru ruangan di sekitar Muzium Negara, belum masuk dalam hall utama lagi. Sebelum itu, mencube pose paling budget seksi pernah aku buat.. hahaha.. Yang tukang amik gambor pun, dah tahan-tahan perut nak ketawa, tapi nak jaga hati kakak ipar, cakap je 'CUTE'... hahahaha

Peace mahal ratu Cantik Dunia.. Eceh...! Jangan tiru gayaku...

Aku di depan pintu masuk muzium. Feeling tourist tembam uollss..


Masuk Muzium Negara murah saja uollss... Rm 2 ye.. DUA HINGGIT.. Untuk warga asing, 5 hinggit.. Padan muka, mahal... Kita murah jeeeewwwww.. Kembang hidung muka berlagak.. Kau ada..?? Apasal tak letak 10 hinggit ek..??? Baru la cepat kaya hasil kikisan duit Mat Salleh.. kan kan kan.. Ni tak, tiap tahun kikis duit rakyat sendiri.. Upsss...hehehe

Ada 4 dewan kesemuanya. Ada Dewan A, B, C dan D. So macam ikut turutan la. Mula-mula masuk Dewan A uolss. Ok, dalam ni semuanya adalah mempamerkan barangan-barangan purba, dan kehidupan manusia beribu-ribu tahun dulu.. Memang cerita yang super duper antik habis la.. Zaman Neolitik, Paleolitik dan bla bla bla.. Tak ingat la der.. yang bla bla tu, letak jelah apa ko nak letak..hahahaha.. Boleh gitu.

Masuk-masuk je dewan A, ade pameran tempat simpan mayat.. Apakh ini ??? Seksaan jiwa dan mental kah ??? Kasi terkejut je.. Bagi la warm up dulu sikit kan. Masuk-masuk nampak rangka manusia.. Kalau budak kecik ni, boleh tersampuk doploh hari tau. Gambar di atas adalah keranda orang dolu-dolu..

Bentuk kuburan orang dolu-dolu.. Cantikkann ??? Entah apa-apa cik buyung ni, kubur pun dikata cantik..

Yang ni pun bentuk kubur jugak.. Niceeeee... Tapi aku tak sempat baca, ke aku dah lupa ek..??? Well, kalau ko letak lelaki kacak tepi tu, sure aku tercongok bace info selama setengah jam di situ. hahahaha. Take a note ya pihak muzium..! Kene ada attention grabber.. eceh...!


Para tengkorak yang disayangi. Nak kasi tau ni.. Setiap tengkorak ada label kat bawah dia kan. Macam tengkorak pertama, dari manusia mana, tengkorak dua, dari manusia lain pulak. Dan, 3 tengkorak paling kiri, ada tulis 'replica', tapiiiiii tengkorak paling kanan sekali takde...!! Adakah..~ Ayoooooo Tengkorak paling kanan, adalah dari manusia Homo Sapienz ye.


Gong dari Terengganu.. Sangat retro uolsss...!

Kebanyakan barang-barang ni, adalah dari Tanah Melayu.. Sekitar Perak, Terengganu, Kedah. Johor tak banyak ok.. Sentap..!!!


Inilah dia rangka yang aku cakapkan tadi... Real ok..!! Dan aku mengalami kejadian pelik, dimana, bila aku nak amik gambar kan, lepas je tangkap gambar kat hall ni, mesti camera aku hang hang... Rasa nak campak je, sebelum ni xde pulak buat hal.. Lepas je keluar, masuk hall B, terus ok. See, sangat mengada-ngada..

Masuk hall B, kat sini, semua pameran adalah tentang zaman kesultanan Melayu.


Kepala naga ini selalu digunakan sebagai perhiasan di kepala kapal.. Sangat scary. Macam nak menerkam


Batu apa entah. Acik Buyung sudah lupa. Payah nak sebut lagipun. Kang aku hentam nama bende alah ni, kene rejam pulak.


Patung di belakang aku ni, sepatutnya ada 8 tangan, tapi hanya tinggal 7 sahaja. Satu lagi patah semasa dijumpai. eh, patut ni, yang orang buat pemujaan tu ke..?? Kecik je.. Panjang tangan aku lagi rasanya.. Aku kan manusia bertangan hantu, tak normal..

Kan ku tusuk keris cintaku di hatimu, wahai jejaka kacak. Hahahaha.. Gilo ko Cik Buyung debab


Social party bebeh.. Hahahaha.. Zaman dulu-dulu mana ada club nak bincang bisnes itu ini. So, gambar di atas menunjukkan perbincangan Sultan dan saudagar-saudagar A'rab lah. Ya ante, ya anta, ya muaallim, ya maulana, ya taik unta'.


Hall C pulak, tentang pameran di saat Tanah Melayu di serang penjajah-penjajah Inggeris, Portugis dan Belanda..


Segala mak nenek replika kapal, meriam, senapang, baju perisai yang digunakan oleh askar Inggeris ada dalam ni..


Aku tak tahu kenapa gaya aku macam mummy shrek dalam gambar di atas.. Erghhhh..!!


Pakcik yang gigih menoreh.. Dah bertahun, toreh tempat yang sama je, tak gerak. Yang peliknya, pokoknya ada satu je.


Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Classic gituw... Dulu-dulu kan, aku penah cuba naik basikal pattern camni, tapiiii.. adehhhh sakitnya..huhuhu..Tau-tau je la sakit kat mana ye. Macam nak terkoyak uolss.. Ouch...!! lelaki-lelaki, sila tutup mata, jangan baca ye..

Watashiiii Gadis Cantik dess..!!! Hahaha.. Paham maksudnya..?? Kalau budak-budak kelas aku baca ni, mesti malam ni aku muntah-muntah dek disantau.. hahaha. Mereka jeles ok, setiap kali saya kata nama saya Gadis Cantik. Tak sesuai ke ? (Sambil tengok cermin)


Banyak ilmu yang dipelajari hari ini murid-murid. Penat kot jadi cikgu sejarah ni kan. Nak -nak, otak dah berkarat tu, belajar Sains memanjang. Kiri kanan, silinder, kelalang kon, bikar, hot plate, oven, dan segala mak nenek barang la. Warna baju tentera Jepun pun tak dapat nak teka, memang aku campak ko kat landasan LRT nu.


p/s: Berpeluh-peluh menaip entry. Ketiak sudah basah, mahu mandi-mandi, manjakan badan ku yang cekci ini. Eceh...! Sekian sahaja


With love,

Gadis Cantik wannabe.



(hahahaha.. Sempat)



Wednesday, January 5, 2011

When A Man Touchs My Heart

at Wednesday, January 05, 2011 2 comments

EVERYDAY,


He touch me...

He smiling at me ...

He staring at me ...

He speaks to me ....

He winks at me ...

And now, he really pinks my heart....!!


And my heart feels wee woo wee woo wee woo.. (Like an ambulance siren..!)

God, please don't torture me like this... I cant bear it anymore, if can ar, ask him to propose me ASAP... hahahaha... If can la.. If cannot, force him...!!!

This is what gonna be happen if there's too much cute guy in the world.. Always ask God for a very very nonsense wishes...


p/s: Sedang di awang-awangan memikirkan hal di dalam makmal tadi. Oh no no no..!!

Hari Pertama Masuk Makmal

at Wednesday, January 05, 2011 2 comments
Lepas je habis kelas soft skill bersama instruktor kami yang super duper best, untuk bulan kedua, weoll ade pulak kelas teknikal skill, kene masuk-masuk makmal gitu. Tak lama pun, beberapa hari je.. Dan, semalam adalah hari pertama masuk makmal.



Bukan main kecoh lagi. Wu wa wu wa... Dengan aku aku kepochi sama. Pengak kot sebab dah lama tak dapat cium bau lantai makmal.. Dah setahun tak merasa sakit bontot sebab duduk atas kerusi makmal yang kecik tu.. Dah lama tinggal woo. Tapi pengalaman nak ushar abang makmal yang kacak disini, memang takdelah.. Dulu kala, aktiviti godaan kaum adam adalah begitu berleluasa. Nampak je hero sikit, jalannn..




Ada terbau-bau labcoat baru tak...??? Labcoat die kasi pinjam free ok..!! Tak bukak pun dari plastik. Yang dah ada labcoat tu, buat-buat tak pernah ada labcoat tetiba.. Ate, dah semuanya free, buat apa tunjuk yang sendiri punya kan. Kawan sebelah bau kedai, ko bau kepam... apadehal ??? Labcoat aku dah tak tau mana tuju halanya. Dah beranak pinak kot cik tikus dalam poket labcoat aku.. Ahh.. nasib, labcoat zaman matrik, warna pun, dah macam lampu kuning traffic light, masih mahu amik risiko tunjuk di khalayak ramaikah...??? Buat ikat batu nesan boleh la..



p/s: Kau tengok makcik Asiah, yang pakai tudung cream sebelah aku tu, kemain lagi dia posing, ooo budget Ratu Cantik Venezuela la tu.. Dia tak tahu, Ratu Cantik Uruguay pun boleh nangis tengok gaya dia ni...


Tuesday, January 4, 2011

Terasa Artis Pulak..

at Tuesday, January 04, 2011 0 comments


Dah tengok, sila diam, jangan ketawa.. Aku tau, aku nampak macam guni nangka dalam ni.. Tapi kira kentang la kan, 1 shot je beb, terus send ke Mr A. Well, hari ni besday dia, pikir punya pikir, tak tahu nak buat apa, jadi masa makan tengahari, terus shoot.. Bunyi lagak artis kan. tak boleh blah langsung..


Yang penting, kenapa aku cuteeeeeee sangat dalam ni..hahahaha.. Akulah si comel itu, dulu kini dan selamanya.. Tak sangka boleh jadi secomel ini. Hahahaha sekali lagi.. Jangan tenung lama-lama, karang ada yang terpikat nak buat kakak ipar kang, susah pulak jiwa ni.. Mula-mula macam tak confident, sebab aku pakai tudung tembikai ni. Macam Mama Yokies uollsss... Tapi disebabkan aku cun, yokies pun nampak cute..hohohoho...


Masih di fasa malau-malu lagi walau pun aku dah tengok video ni lapanploh kali.. Terasa jelingan ku begitu maut di situ..hahahaha


Malam Tahun Baru Yang Hot..!

at Tuesday, January 04, 2011 0 comments
Memang hot.. kalau ada aku je la.. huahuahua.. Mizz Nina pun boleh menangis tengok aku.. hahaha. Ok stop it, sangatla mengover aku ni.. Eh eh, sebelum tu, malam tahun baru hari tu, korang sambut kat mana ek..?? Apa ? Kat rumah je..??


Countdown depan tv..?? Tapi, aku jamin, malam tahun baru, ramai dah melayang ke planet Pluto. Hek eleh.. Apa barang kan tidur awal... hohoho.. Aku sambut kat KL yaw.. Kau ada..?? Macam tu la orang pengak (jakun) kalau berlagak kan sambut New Year kat KL ..


Adik aku yang busuk dan baik hati tu, mengoffer untuk bawak ke Dataran tengok konsert.. Aku bab konsert, lagi laju dari bab kawin. Boleh terkinja-kinja uollsss... Kakak mu yang comel ini membuat keputusan untuk naik motor saje..


Kau naik kereta, tahun baru 2012 baru sampai kot. Jam tak hengat. Kalau naik kereta ni, berpeluh jugakla ketiak nak mulas stereng tu..Baru ayu katanya. Melayang-layang aku atas motor tu.. pergh.. seram.. Dengan helmet yang macam sarung tembikai... bak buk bak buk bunyi kalau langgar bonggol



Selepas setengah jam bertarung nyawa atas motor tu, sampai la jugak dekat Dataran Merdeka.. Dari jauh, dah nampak ramai orang.. Ramai gila. Macam tengah tengok sarang tebuan.. Tak reti duk rumah ape..tengok jela depan tv kan, Biar aku countdown sorang-sorang. Lepas tu, orang yang kat rumah yang tengok siaran langsung, tengok, nyonya mana la yang jerit 3...2...1...!!!! hahahaha



Sepanjang jalan nak ke Dataran tu, memang ramai la yang menjual.. paling banyak jual bende alah yang macam telinga mickey mouse yang berlampu-lampu tu. Aku tak paham fungsi bende alah tu, dan paling aku tak paham, ramai pulak tu yang membelinya. Telinga yang ada masih tak cukup gamoknya.. Pastu, ade jugak diorang ni jual bende alah tiup-tiup, bunyi yang tak boleh blah langsung tu.. Paling kuat adalah yang paling mahal..



Nak ke Dataran tu, jauh jugak la kene berjalan. parking motor pun takde kooo. Lagikan parking kereta kan.. Disebabkan ramai giler orang, handbag ni kemain lagi aku kepit, lepas tu handset tu, selalu pastikan masih terasa dalam poket.. Orang sekarang ni, poket depan pun kalau boleh nak seluk kan. Tak kira dah, kalau-kalau terpegang bende lain.. Tu dikira bonus la..hahahaha


Aku pun nak telinga rabbit biru tu.. tsk tsk tsk..


Sampai-sampai je, mencari port terbaik.. Yang penting jauh daripada orang-orang yang ketiak tak sembur deodarant.. mak tak tahan nok, karang tak sempat aku countdown, masuk ICU pulak.. Ketiak penting oh, lagi-lagi tempat ramai orang kan.. waktu ni la nak menguji kesabaran hidung menangani stress. hahahah. Stress la sangat kan.. Then, aku dapat port duduk sebelah sepasang couple ni, tetiba, apa la malang aku terjumpa manusia spesis ni..



Aku bukan nak tayang abang yang tengah kembang-kembang hidung tu ye.. Tapi bangunan tu, cantik tak..?? Selalunya dapat tengok dalam tv, kali ni depan mata. Amik kau.. Oh ye, couple depan aku tu, teraba-raba. Macam la aku tak nampak kan, tangan balak telinga bertindik dia tu asyik duk nak pegang tetttt awek dia.. Kalau iye pun dah gersang sangat, toilet banyak.. wakakakaka. Tak kelas langsung buat dalam toilet..



Kau tengok...!!! pergh, umat manusia yang ke mesjid pun tak seramai ni.. Jangan terpedaya ye, manusia yang berkadpengenalan Malaysia, berapa ratus je. Yang ramai adalah yang entah apa-apa.. Orang Malaysia sambut tahun baru kat mesjid la wei.. hahahaha..



Well, aku kan wanita besi, tempat yang ramai orang tu la, yang aku tuju, sebut je berapa saiz badan diorang, semue aku tepis.. malam tu, wad hospital memang full house la. Wakakakaka... Sayup-sayup nak ketengah stage, dah boleh dengar konsert.. Wohoo.. Tapi jahuh uollsss.. Nak tengok pun, macam kene guna teropong tengok bulan. Hell je.. Kat Batu Pahat, boleh tengok artis depan hidung ko je kan..



Ada Mizz Nina yaww.. Nyanyi lagu what you waiting for, tapi mamat salleh tu xde la. Entahla, pempuan tu macam miming je.. Aku sampai sana dalam pukul 11, tunggu sejam sebelum countdown ramai-ramai. Memang meriah tak hengat. So, bila tinggal 2 minit lagi nak pukul 12, masing-masing dah get ready bangun, camera masing-masing dah setting baikk punya, kalau boleh henset taknak kalah dengan orang sebelah, henset aku canggih, henset kau manggis.. Gituw.. Sebab aku yang macam itu.. Hahahaha



Cuba kalau henset cikai, duduk diam-diam macam takde perasaan. Buat-buat tertinggal henset, ayat tak boleh bla la kan, " Alamak, henset tertinggal dalam kereta la, ruginya.. Ada henset, BB torch lagi, tapi nak cepat kan tadi...". Kaber line baikk punya kan...



Beberapa saat lagi ke pukul 12 tengah malam...



3....



2....


1...!!!!!



Bunga api yang sangat cantik...! kalau korang nampak ade sorang acik gemuk yang tengah meloncat-loncat, aku la tu..hahahaha.. Dasar pengak..! Ada 2 pertunjukan, satu dekat depan Dewan Bandaraya, satu lagi belakang Bangunan Sultan Abdul Samad tu. Jadi tak tentu arah nak tengok mana satu.


Lebih kurang 15 minit bunga api tu, lepas tu masing-masing dah nak balik. Time ni la paling menduga hati aku yang lembut macam roti nan ni, Ya ampun dia punya ramai tu, kussss semangat... Time ni la aku telah terkena dengan sorang mamat muka standard tahik &^%$, yang telah menggesel-gesel kat aku. Celaka betul. What the hell r you doing...????


Ceaaa, padahal tak terkeluar, tapi aku mendengus tu, macam lembu jantan la.. Serius nak kene sepakk.. Pakkal aku mikir, malam tu, mesti wad ICU penuh kan.. Kalau tak, terlantar la ko atas lantai wad..


So, macam tu la sambutan malam tahun baru di KL, ingat nak clubbing kejap... Hahahaha.. CLUBBING, kalau nak kene sabit dengan makcik Hang Tuah, buat la... So, uolls punye cerita macam mana...?? Eleh... Kalau, roh korang sendiri dah melayang ke bulan di malam tahun baru, apa nak dicerita....


Sunday, January 2, 2011

Kisah Tak Makan Nasi

at Sunday, January 02, 2011 0 comments
Tajuk macam hebat je kan, tak makan nasi.. Biasalah, cik buyung kalau bercerita, tajuk nak kencang je. Takpun ribut..! Well, aku kan bila waktu tengaari, dah melatih perut tersayang untuk tak makan nasi. Kalau nak amik pun, kene hep hep dulu. Kalau tak, memang aku jadi perempuan hilang kawalan. Jadi, kawan-kawan kelas aku, macam dah tau peel aku tak amik nasi waktu tengahari. Jaga badan katanya kan. Babat dah muncul sana sini wei...!!! Babat tu adalah lemak ye.


Hari Selasa lepas, masa makan tengahari after kelas yang membosankan, weoll pun ramai-ramai pergi kejar food court dekat ground floor. Lari laju-laju macam food court tu ade kaki, boleh pindah-pindah... Dan aku telah menyerang satu restoran yang cantik ini. Tak ingat dah apa namanya, tapi memang selesa la. Bersih pun bersih.. Yang penting tak de kucing..! I hate catsss...! Feel like mahu lempang-lempang if they play around my feet. Dont like dont like...


Dulu kan, kalau ada kucing gesel-gesel kat kaki aku, automatik pinggan cawan semua terbang..! Kalau takde cawan pinggan, kaki aku yang terbang ke muka kucing tu..Muahahaha. Eh, tak sengaja tau.. (kaber kaber).. I love cats.. hahahaha tetibe


Well, masa tengah amik lauk-lauk tu, adelah nampak 2 orang budak lelaki kelas aku ni. diorang pun niat nak makan tempat yang sama... Ceaaaa, nak pilih tempat makan pun, nak sama dengan aku kan... Cakap je la minat..hahahaha.. memang tak la kan. Dua orang budak ni, beratur belakang aku nak amik lauk..


Berikut adalah perbualan diorang

Boy 1: Hui, sikit nya kau makan hari ni..?? macam tak percaya je kau makan lauk aje..

Boy 2: Beselah. Aku diet.. Nak diet macam fa jugak. Tak makan nasi.. tengok pinggan dia, lauk je.

Aku dah sengih-sengih, bontot kembang-kembang, pipi merah-merah.. huhuhu. dan boy 1 telah menyambung..

Boy 1: NASI DIA PINGGAN LAIN... kan fa kan..???



What the ..... APA DOSAKU PADAMU..??? Tak pasal-pasal aku dah buat dosa hari Selasa dengan meng *%^&*$#!@ kan budak itu...

Hebat wooo kau kutuk aku tanpa kene sepak.. Nasib baik la ensem, kalau tak, kat situ jugak kau jalan.. hahahaha. Ada bran nak ulang lagi...???? Hiyark..!!! dush dush dush..


Saturday, January 1, 2011

Di Pagi Tahun Baru, Aku Telah...

at Saturday, January 01, 2011 2 comments
TERKEJUT...!!!! Minachi itu sudah tag gambar ini di FB..!! grrrrrr..Yang tak cantik, kemain laju lagi nak expose, yang cantik terus private & confidential.. cet...!!!







Aku selalu di sabotaj oleh perempuan kurang cantik, dan PERASAN CANTIK itu... tsk tsk tsk


Terasa nak teguk racun je lepas tengok gambar ni... Angle tak mengancam betul la... Kalau posisi amik gambar adalah betul, aku lah bidadari of the year...huhuhu..kasi sula sikit...!!!


Mesti uolsss tertanya-tanya, apa ke jadahnya cik buyung tengah buat tu, beriye-iye bercakap serupa tengah mempertahankan harga minyak..??? huhuhu. Tak pun gaya ketua wanita UMNO yang cube menghalang keganasan sexual.. Serius tak sesuai.


Well, aku tengah buat presentation untuk majalah, yang konon-konon weoll terbitkan sendiri.. So, aku sebagai MARKETING MANAGER, ulang balik, MARKETING MANAGER ye, kene present strategi pemasaran.. Bila kenang-kenang balik, hell je jawatan aku tu.. huhuhu, orang gila pun takkan percaya, ni kan aku.. ye dok..???


Takut kooo nak present, sebab bukan dalam kelas, dalam auditorium ok...!!! AUDITORIUM..!!! Apasal tak arrange kat Istana Budaya je kan, senang aku nak bunuh diri.. tsk tsk tsk.. Well, nasib baik diorang kata ok, ade semangat, sampai ada yang kata, 'Fa, aku naik semput fa dengar ko bercakap.' Adakah itu pujian atau kutukan tidak membina..??? Idakla teman tahu..


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review