Wednesday, November 9, 2011

Pertama Kali Dapat Bunga

at Wednesday, November 09, 2011 0 comments

Teruja iolsss tau... Pertama kali nyah.. Walaupun sekuntum sekembang, tetap aku sayang-sayang. Terima kasih sebab belikan. I lebiuuwwwww... Tadi masa jumpa, kitorang bawa motor masing-masing. Pastu aku bagitahu nak letak motor kat mana-mana dulu, naik satu motor je senang. Aku suruh dia ikut belakang. Bila aku dah parking tengok tengok, eh, hilang.! Tercongok la kejap kat tepi jalan tu. Lama okeh tunggu.. Bila nampak je en bam bam sampai, dia bawak bunga. Mula-mula rasa nak merajuk, nampak bunga terus sayang. Eh menyampah..! Hahahaha

Gunting Rambut

at Wednesday, November 09, 2011 0 comments


Sekarang tengah teman en bam bam gunting rambut. Bila amoi tu tanya, nak potong macam mana? Dia jawab, 'pendek la, tapi jangan pendek sangat'. Amoi tu tanya lagi, stail macam mana? Dia jawab 'pendek, tapi jangan pendek sangat'. Hahaha.. Aku dah gelak guling ni. Pakwe aku ni kalau bab rambut memang fail. Cakap je la stail Aaron Aziz ke, mesti amoi ni kenal.. Kalau cakap style 'pendek, jangan pendek sangat', mana la amoi tu paham kehendak mu sayang oi.. Dia ni kadang-kadang memang menggeramkan jiwa taukkk.



Monday, November 7, 2011

12.30

at Monday, November 07, 2011 0 comments

Nampak budak cinonet tu?? Dah nak pukul 1 okeh..! Gelap-gelap dia pergi sauk bakul baju kotor dari dapur ke ruang tamu.. Pastu ajak abangnya main. Kalau tak nak main, dia merampus sekuat hati.. Sekarang dia tengah main turun naik kerusi... Pukul 12 tengah malam..! Mak apak eh, lama dah berlayar..

Sunday, November 6, 2011

Topik Makcik-Makcik Bila Berkumpul

at Sunday, November 06, 2011 0 comments

 Tak habis-habis pasal kawen kawen kawen

Eeee tensen la acik. 

Ye, aku kawen, nanti aku kawen.

Dah takde duit, nak kawen camno....!

Ramai sangat orang kawen tahun ni. Tak syiok la. 

Hehehe. Aku ada pendapat aku sendiri tentang isu kawen ni.

Aku nampak orang melayu ni, berlambak-lambak, berlumba-lumba nak kawen. 

Kalau orang kampung sebelah ramai kawen, yang jiran kampung lain pun sibuk nak ada kenduri kawen.

Masing-masing berlumba-lumba, khemah sapa yang paling banyak, tetamu sape yang paling ramai.

Nanti, sibuk la makcik-makcik ni tanya, menantu kerje apa, gaji nya berapa, besar ke tak.. Boleh lawan tak dengan menantu kenduri kampung sebelah tu..

Kita ni sebenarnya dalam perkahwinan, dah tak ramai mementingkan kualiti dalam institusi kekeluargaan. Boleh kerat jari la, dalam ramai-ramai yang kawen ni, beberapa tahun akan datang, berapa ramai yang kekal.

Kene muhasabah dalam diri, kita kawin ni adalah sebab kerana betul-betul dah bersedia, ataupun terdesak..!

Terdesak sebab keluarga atau pun terdesak bila tengok member ramai naik pelamin. Tengok anak-anak zaman sekarang, tak terurus. Nak tengok punca masalah paling dekat, tengok mak bapaknya.

Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, dan banggakan kaum lain. Cuba tengok kaum lagi satu, memang jarang kita nampak majlis-majlis perkahwinan bangsa diorang ni.

Ini sebab, mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti. Kalau keluar 3 anak, 3 3 boleh dikatakan berjaya. Jarang kita dengar bangsa diorang ni malas, tak berjaya. 

Ada memang ada, tapi kurang. Cuba kalau bangsa kita. Hurm.. Malas nak komen. 

Kepada yang di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, renungkanla. Adakah memang kita dah bersedia, ataupun terikut-ikut dengan trend 'orang lain kawen, aku pun nak kawen'..!

Kehlas hujah cik peah hari ni.. Hohohoho




Saturday, November 5, 2011

Pantang Betul Aku Bila...

at Saturday, November 05, 2011 0 comments
Bukak Fb, tengok gambar orang, ada senyum itik..

Bukak profile member lain, mulut itik lagi yang ko buat..

Bukan satu gambar je, beratus-ratus buat senyum itik tu..

Eeee.. tension mak..! Bukan yang budak-budak aje, yang dah besar tua bangka kerepot umur 20 an pun, ada hati tu..

Dengan tak sedar diri, kesan-kesan penuaan makin nampak, nak jugak kau feeling muda remaja sweet 16.

Trend senyum itik aku boleh nampak dekat budak-budak yang baru nak up kononnya.
Yang baru nak kenal-kenal @#$% lelaki..!

Pantang betul aku.. 

Nampak adik aku buat gini, memang aku jerkah habis-habis.

Kemonlah. Senyum biar ikhlas. Bukan sekadar senyum nak dapat komen, 'CUTELA SENYUMAN AWAK.."

Cute pundek kau..!!!

Aku masih boleh terima kalau somebody feeling Kareena Kapoor amik gambar sendiri. Tapi, aku tak boleh terima, kau ubah senyuman ko.., dan mengharapkan jantan-jantan gila %$#^&, komen betapa cute nya senyuman itik kau tu..

Peringatan ye..! AKU JELEK...!







Friday, November 4, 2011

Ketika Sedang Melayan Anugerah Skrin, Tiba-Tiba...

at Friday, November 04, 2011 0 comments
Enam beranak sedang melayan Anugerah Skrin.

Yang sulong tengah update belog, yang si emak tengah update Facebook.

Aku online atas lantai, mak aku online sambil duduk atas kerusi plestik

Yang lain tengah sibuk meneka siapa yang menang.

Kejadian adalah berlaku bila nak diumumkan pemenang Anugerah Pelakon Drama Wanita Terbaik


Anugerah Pelakon Drama Wanita Terbaik jatuh kepada......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



KRAAAKKKK... PAKKKKKKK..!!!!

Kerusi yang mak aku duduk patah kakinya, apalagi, melahak ketawa satu rumah.. Bapak aku pun bantai gelak..

Terus mak aku stop FB.. Kah kah kah...


Bahan Kes

Suspek Utama

Thursday, November 3, 2011

Budak Budak Ini...

at Thursday, November 03, 2011 0 comments

Ada dua video aku nak sharekan dengan uolls. Ni aku rakam waktu aku mengajar budak-budak PLKN dekat Kluang.

Jadi hari terakhir tu, aku malas nak mengajar sangat, dan budak-budak ni pun semangat nak tutup buku, jadi diorang buatla tepuk sorak, homeguard, dan macam-macam la

Budak-budak ni baik sebenarnya, cume degil tu tetap ade. Bila dah degil tu, habis je kerje, terus cikgu diorang yang comel ni, telan panadol sepapan..!

Ibu Mengandung Tak Digalakkan Tengok

at Thursday, November 03, 2011 0 comments

Mangga, kasi lawan dengan kicap dan gula. Bila masuk di mulut, memang terbaikkk wokkk..! Kemanisan berganda-ganda.. Lagi sedap kalau mangga muda.. Masam-masam manis.. Sssssstttt.. Lagi mengancam.. Lagi best, balun sorang-sorang, tanpa ada yang kacau. Makan seulas dua, bukak pulak movie.. Tidakkah itu indah??

Wednesday, November 2, 2011

Mengidam

at Wednesday, November 02, 2011 0 comments

Sejak akhir-akhir ni, selera mengidam mengada-ngada mintak lempang meluap-luap berantakan.. Haaaa, punya panjang esplen. Hari ni je, aku dah terasa nak makan domino, choclate cake, cool blog..! Semuanya aku macam nak santak dalam masa sesaat je.. Kelmaren mulut aku gatal mintak mangga muda dari ibu. Terkujat la orang tua tu.. Kah kah kah.. Tapi dalam terkujat-kujat pun, hari ni dapat la mangga. Fuhh.. Idokler terliur anak dalam perut ni. Eh? Hehehe.. Bukan ye. Aku jadi gini bila time my 'uk uk' nak datang.. Serius. Aku ingat lagi, aku pernah santak 2 domino pizza saiz regular berdua je.. Makan keping yang ke 4 pun, rasa mampu melunas perut bahagian kiri je.. Kah kah kah.. Punya teruk kan.. Dan sekarang, aku tengah menunggu pizza. Yehaaaaa...!


Bila Ibu dan Ayah Dah Pandai Ber FB

at Wednesday, November 02, 2011 0 comments
Komfem lauk kedai je ari-ari..

Bapak aku pun yang jenis rajin keluar, sejak ada laptop sendiri, tingkap rumah mesti tak berbuka sampai malam

Ni kes jeles dengan mak aku la tu

Sebelum ni mak aku je sibuk ber fb, baca-baca komen, gelak sensorang. Main cahtting, sengih sensorang.

Mana boleh tahan bai.. 

Sekarang bila si bapak dah mula dengan FB, yang si mak pulak cemburu melampau.. Kah kah kah..

Bila dua dua sibuk ber FB, anak kat dapur keluntang kelentung bukak peti ais cari bende makan..

Huwaaa. Aku ler tuwww.. Bukan kene kasi mulut sendiri makan, lagi sorang anak badak tu pun nak kene sua jugak..

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review