Saturday, May 11, 2013

Langkawi Trip Day 2- Part 1

at Saturday, May 11, 2013 0 comments


Ok sambung hari kedua pulak. Malam tu kitorang penat kemain.

Mana tak penat, panjat tangga beratus-ratus, nak tergolek tulang belakang ahkak ni ha…

Esoknya dah pesan awal-awal dekat budak gemuk tu suruh bangun awal.

Tu pun liat..! Bila aku kol pagi tu, nasib dah bangun, kalau tak aku yang meroyan. Tahu je la aku ni kalau orang tak menepati masa kan, nak je aku potong lambang kelelakian dia tu. Kah kah kah


 First thing yang kami buat pagi tu ialah cari tempat untuk beli tiket island hoping..!!

Untuk pengetahuan, tempat naik bot untuk island sangat terceruk. So, pandai-pandai la. Yang aku tahu, menghala ke Resort World.
 





Boleh beli tiket dekat Pantai Chenang, atau pergi je dekat tempat orang naik bot tu. So harga standard ialah RM 25. 

Kalau diorang mintak 35, kau tawar sampai 25. Komfem dapat. Jangan buta-buta bayar lebih dari 25.

Tip: nak pergi island hoping, tak payah pakai cantik-cantik. Beg tak payah cantik benor. Bawak bag plastik lagi bagus. Pakai tshirt dengan tracksuit sahaja. Bawak baju spare ok.




Dah lama tak naik boat. Seriau sebab aku adalah Ratu Muntah..!! Dari dulu lagi, aku memang kaki mabuk laut. Kalau tengah naik boat, aku orang pertama yang tertonggeng.





En bam bam pulak ingat nak mandi laut dulu baru pergi island hoping, muke dah sebak semacam. Aku bolayannn aje… hikhik.. Bukan kami berdua sahaja, tapi ada family lain jugak.. kongsi-kongsi la. Kalau tak kongsi, memang mahal. Kecuali kalau tak ada orang langsung.





Masa beli tiket tu, diorang akan terangkan destinasi boat. Basically akan ada 3 tempat. 

Pantai Beras Basah, Pulau Singa Besar & Tasik Dayang Bunting. 

Nak pergi tasik dayang bunting ni, memang satu je option, iaitu amik pakej island hoping.. Hello, takkan nak pergi naik kereta. Kereta kau ada serombong udara ke?
 



Destinasi pertama,  pulau beras basah. Dekat sini orang boat akan turunkan kau and bagi masa 1 hour mandi-manda. Melonjak la bam bam aku tu kan. Motip nak mandi laut, hilangkan gatal-gatal. 

Ha, apa lagi, kasi sental la 1 jam ni..!!






Tempat ni memang cantik, pasir lembut je, ombak pun manja-manja. Yang penting, bersih ok..!! Riang ria la gemuk aku tu. Siap kuak lentang. (jangan bayang, tak tidur malam aku yang melihatnya  (-_____-)

Oh kat sini pun ada banana boat. RM20 sekali naik. Lama jugak diorang pusing. Ok la.. murah..
 

 

 Lepas satu jam, boat dah siap sedia kat tepi pantai untuk amik weolls. Next destinasi, Pulau Singa Besar.

Tujuan pergi sini ialah nak tengok helang..!

Ok, memang banyak, sebab pulau ni adalah sarang dia. Kau bubuh je roti, melambak datang. 

Nak datang sini kene pagi. Sebab helang tengah kelaparan, dia pulak macam tau tau je sini banyak makanan, so habis dikekahnya apa yang kitorang hulur.

Kalau dah petang tu, kau campak chicken chop pun, diorang tak herannnn...



Mujur tak keluar soalan bodoh dari aku, "Ada singa tak sini..?"

Kompem warga bot campak aku bagi habuan ke helang... apa ke bengapnya aku ni.. hahaha

Dekat sini sekejap sahaja, sebab nak pergi destinasi seterusnya. Tasik Dayang Bunting. Yeay..!!

Dah sampai.. Dekat sini orang boat akan kasi masa 1jam 30 minit untuk kau round. Tarikan utama bukan dekat tepi pantai ni, tapi dekat dalam nu ha...

Nak ke sana, kene daki sikit.. Pitammmmmmmm

Selepas kejadian telaga tujuh tu, aku tak boleh nampak tangga.. fobiaaaaaa...


Tapi kene gagahkan juga sebab tak pernah pergi kan.. rugi woii kalau datang langkawi tapi tak pergi semua tempat.

Nak nak tempat tu ada lagenda kan..


tengah panas hangit waktu.. Tapi panas-panas ok, kalau hujan, semua benda terhad kan.... lepas ni mandi air tawar pulak..


pintu masuk..

 lepas dah honggeh honggeh mendaki, sampai jugak.. tak lah jauh mana...

Diingatkan tak payah la bawa makanan, sebab ramai pelancong datang sini, makanan kene curi dengan monyet ok, walaupun ko pegang makanan tu, diorang rampas dari tangan.

Aku tampar kang..!


Naik paddle boat. boleh naik kalau nak round sampai hujung tasik.. tarak hal... tapi kene la bayar..

Kitorang ambil paddle boat yang gerak sendiri pakai tenaga solar tu, RM 30/2 orang. Kalau pakai tenaga kaki, RM 20/2 orang...

Dekat sini aku tak mandi, sebab takut...! hahahaha...

Mana tak takut, aku tengok air tu hijau je, makhluk apa entah yang hidup dekat bawah, kalau digigit, tak ke naya???

En bam bam pun tak mandi, dia pun takut... eeee tak jantan betul...

Nak mandi kene pakai life jacket. 1 jaket = RM5

Rendam kaki saja... dekat sini ada ikan keli ke, sembilang. (aku buta ikan). dia akan main-main dekat kaki kita. pun aku tak letak kaki sebab geli.. hahaha

Kawasan ni pun ada lagenda nya. Dikatakan seorang puteri dari kayangan telah jatuh cinta dengan seorang putera di bumi. Hasil percintaan diorang menyebabkan si puteri telah mengandung. Waktu mengandung tu puteri duduk la di sekitar kawasan tasik ni.

Malangnya anak puteri mati dan dikebumi di dasar tasik dan pulang ke kayangan..

orang dekat-dekat sini percaya kalau perempuan yang nak anak, minum air dari tasik ini, konon senang nak mengandung...




haaaa, nampak tak pulau yang macam orang tengah baring ni... macam perempuan mengandung kan..

 Lama jugak la island hoping ni, 3 jam..!! Aku is rentung... en bam bam pulak, hurmmmm, ada istilah rentung ke pada kulit gelap dia tu.. wakakakaka....

Sampai je darat, laju-laju cari bilik salin.. Tak ada ok...!!! Cari stesen minyak, belasah mandi situ....



by Gadis Cantik

Thursday, May 9, 2013

Langkawi Trip - Day 1 (Part 2)

at Thursday, May 09, 2013 0 comments

Sebab terlalu kecewa, en bam bam ajak pergi telaga tujuh. Dah pernah tanya member pasal telaga tujuh ni, diorang kata kene daki tangga ok. TANGGA..!! TANGGA..!!! Bukan sikit punya tangga.. 600 BIJIKKKKKK...!!! pengsannnnnnn




Kat sini free, parking je bayar. RM 2

Sebab tak pernah naik, aku buat kerja gila, "Jom naik B"

Muka member dah pucat dah... hahaha.. berani ko memucatkan muka..
Daki daki daki, tak sampai sampai... daki lagi, tak sampai lagi. Penat toksah cerita, tak disarankan naik dengan orang tua... Datang naik kereta, balik dengan ambulan pulak karang. 

(mujur ambulan, kalau aku berdua pengsan dekat atas, kene panggil bomba bawak turun)

Nak tahu dah sampai ke belum, senang sahaja. Masa nak daki tu, akan ada kerusi batu untuk kita rehat. So penat daki, rehat la. Kira kerusi batu tu sampai 7, yang ke tujuh tu la final kerusi sebelum sampai dekat atas.. Fulamakkkkk.. pandai bonar ekau ek..!!

Tapi bila dah sampai atas tu, dia punya view, fullamakkkkkkk... rasa nak kuak lentang dekat situ. 

Dah nama Telaga Tujuh, so bila kira-kira, ada 7 kolam yang bersambungan.  dan after kolam ke 7, adalah juram..!!!! kusss semangat... tapi dont worry, diorang dah letak penghadang.

View dari sini boleh nampak Selat Melaka.. Terbaikkkkkkkkkk.. So boleh jangka kan tinggi mana weolls panjat sampai boleh nampak laut.

Air sangat jernih, boleh mandi... Tempat ni ada lagenda. Dikatakan di kawasan ini puteri dari kayangan turun untuk bermandi manda. 


 
Lama jugak weoolss atas ni, so bila dah nak senja tu, turunla kan. Gigil-gigil kepala lutut masa turun tu. 

en bam bam boleh turun berlari. pftttttt... Sabor aja la. aku nengokkan aje perangai dia. Walaupun penat, tapi best.. 

Aku cadang, nak pergi mana-mana, waktu siang ok. sebab start pukul 6 semua tempat best dah nak tutup kecuali tempat shopping..

Malam tu kitorang layan movie je.. Oh bab makan pulak, kat sini makan tak berapa mahal. Maksud aku area pekan Kuah. Tapi kalau dekat Chenang, huiiiii, mahal nak mampuih.... tapi banyak tempat best di Chenang.



 Air adalah super sejuk. En bam bam letak je kaki, terus tak nampak dasar -_____-



Rugi tak mandi wei... seronok kalau dapat berkubang ala tenuk. eh?



 Gambar sangat clear, macam pakai dslr pulak. padahal camera canon cabok aku ni je.




Lepas je turun dengan kaki terketar-ketar (except him yang berlari laju sampai bawah dan menyebabkan separuh anak tangga merekahhhh..!) kitorang decide nak pergi pantai berhampiran dan cari cendol..!!! hahaha... itulah kerja kau, makan mencekik makan mencekik..!


Dapat makan laksa sedap.. order satu je.. Memang bercakaran la kan. yang gemuk sikit sila mengalah..!! Air order sampai 4 gelas...! manusia ke bunian ni by oi...
 Main tepi-tepi je, sebab macam tak yakin boleh mandi atau tak. Tapi pantai sangat bersih ok... Susah nak nampak sampah walaupun orang yang datang ke Pulau ni kusssss semangat...

Time ni dah pukul 6 petang... Tempat lain semua tutup dah. So lepak lepak je aktiviti kitorang. Banyak je gerai tepi pantai macam ni, semua sedapppp... Cuma tak ada la diorang jual sotong celup tepung marveles macam dekat Terengganu..



ok dah, jum pergi tempat lain. Time ni encik bam bam tak sabar nak turun. nak berkubang katanya. Buang karat-karat badan. (berendam la setahun pun, tak putih tak kulit tu, takpun dengan magik lemak tu boleh gugur bila berkubang, ada jugak pekdah. kih kih kih)

Day 2 banyak lagi aktiviti. nanti kasi habis ok.




Wednesday, May 8, 2013

Langkawi Trip - Day 1 (Part 1)

at Wednesday, May 08, 2013 0 comments


sebenarnya aku dan encik bam bam dah lama plan nak pergi vacation. tapi asyik la pending sebab dia tu kan, kalau nak pergi mana-mana, mesti tanya aku. aku aku aku aku..

dah aku yang cantik ni jugak kene pikirkan untuk dia.

dah aku tak tahu, so aku ajak la pergi Langkawi. Ini gara-gara sebab aku amat suka sangatttt dengan sejarah dan lagenda dan dia pulak mengikut sahaja kemahuan awek dia yang masak ranum ni, so 2 weeks before aku dah buat research.

ate, nak jalan jauh, kene jugak baca sikit-sikit dari blog orang lain apa pengalaman diorang kan. harga pulak kene cari yang betul-betul, tap pasal-pasal kene ketuk.

Apa yang aku search adalah pasal tiket feri, harga makanan, bajet untuk masuk segala macam mak nenek tempat, kalau tawar menawar berapa boleh dapat, nak shopping kat mana, semua aku dah kaji.


En Bam Bam pulak tugas dia keluarkan duit..!! hahahaha...

Hari pertama, malam tu kitorang berdua naik bas dari kl ke Kuala Perlis. Why Kuala Perlis, sebab jeti ada dua ye adik-adik. Tiket yang murah dekat Kuala Perlis, RM18. Sebab dekat je dengan Langkawi, 1 jam perjalanan. 



Kalau naik di Kuala Kedah, RM36 kot. Bapak Mahal..! 2 jam perjalanan.. Pengsan..!!!!

So kitorang decide naik di Kuala Perlis, gara-gara aku ni manja terlebih and senang mabuk (pijak kang)





Sampai Kuala Perlis pukul 8 pagi, tiket pukul 10.00.... Orang punya ramai..! Sabor je la acik.. Redhoo je la...

Jangan tanya aku mandi atau tidak masa naik feri tu. nasib baik ketiak aku tak becak. (en bam bam memang always becak.. hua hua hua...!!)



Aku naik feri LADA 2, ok la. selesa. Sebelah tingkap pulak kan. Layan je. 

Pasal penginapan & kenderaan pulak, 2 minggu sebelum tu, aku dah prepare. Aku book hotel murah je. Dah kata nak berjalan, jadi just balik hotel untuk mandi dan tidur. Aku sewa Trillion Motel. RM 55 je semalam. Boleh la untuk aku seorang.


Sewa kereta pulak, memang bersepah..!! Ada sorang pakcik ni offer aku RM35 okeh. Tapi sebab kitorang dah book dengan orang lain, lupakan saja. Kancil auto RM50 sehari. Murah la kan.

Baik ambil dekat jeti Langkawi sebab lebih murah dari kau ambil di Kuala Perlis kot.

Bila sampai je, ambil kereta, terus zass ke hotel. Bukan sebab penat, tapi busuk weiiiiii, dah pesan dengan encik bam bam jangan rehat lama, rehat 2 jam je. Kejam gila. Hahaha..

First day lunch, makan dekat KFC sajork. Boleh la, buat alas perut. So plan untuk first day, kitorang pergi ke GEO Park. Kat situ yang ada cable car.. wohoooo..!!! Tapi dinasihatkan pakai GPS nak cari tu, sebab jauh weiiiiii.. 

Malangnya, bila sampai cable car tutup. BOLEH..????????? BOLEH..???????????? BOLEH..?????????

Arghhh tensiiiiii..! Dia punya kecewa tahap babun tu jangan cerita la.. babun pun kalah tengok aku kecewa. 

15 minit aku termenung dalam kereta sebab kecewa... hahaha...

Sambung lagi part 2 nanti....




by Gadis Cantik


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review