Friday, July 26, 2013

Sama La Macam Kita Kak Ya

at Friday, July 26, 2013 0 comments
Sedia maklum aku ada seorang adik yang gemuk bom bom kat kampung.

adik aku ni memang jenis kalau berpikir, aku sendiri tak boleh pikir benda tu, tapi, dalam diam-diam, kalau dipikirkan balik, eh betullah... ha gitu...

nak dijadikan cerita, masa tu aku balik kampung.

aku kalau balik kampung, perangai ular kekenyangan ni memang melekat je kat mana-mana.

kat rumah sewa aku bantai online 24 hours, kat kampung sama.

padahal tak ada benda pun yang ditengoknya, balik-balik cerita drama.

aku online sampai mak aku nak bulu la tengok perangai anak dara dia ni. lepas tu mula la dia naik pangkat jadi peramal masa depan..

" ONLINE ONLINE ONLINE..!! NANTI DAH KAWIN ESOK, ONLINE JE LA KERJANYA. NANTI ANAK-ANAKNYA TAK DIBAGI MAKAN. DI SURUH MASAK SENDIRI. DAH HADAP PESBUKKK AJE..!"

iolls kan anak yang mendengar kata, buat bolayan je... tetap mata ke skrin, lepas tu adik aku yang gemuk tu menjawap...


" sama la macam kita Kak Ya, kalau ibu online, kita yang kena cari sendiri makan, atin yang kene masak sendiri, ibu bagi makan pokok bunga dia je"

danggggg...!! 

terdiam mak aku, aku bantai ngekek sambil tambah lauk...

"HAAH, BETUL LA FATIN..!!"



Monday, July 15, 2013

Edisi Jiwa Kacau: Ex Bertunang

at Monday, July 15, 2013 0 comments
secara jujurnya nak bagitahu, aku ni memang perempuan yang suka stalk orang

stalk je ok, tapi aku tak ganggu pun orang yang aku stalk je.

paling biasa aku stalk kat fb saje. kot kot ada bahan buat aku baca time ngantok dekat ofis tu ha..

1 of the person yang aku stalk ialah ex encik bam bam..!

hahaha.. gila saiko aku ni. padahal benda ni dah berlalu 2 tahun lepas. tapi aku tetap akan stalk.

few months ago bila last time aku stalk, aku dengar ex en bam bam nak tunang. tapi, aku tak tahu tunang nya siapa. gambar bf dia pun tak ada dekat fb.

then, bulan 6 lepas, aku buka page ex en bam bam lagi sekali, dan budak tu dah bertunang. gelabah sekejap aku sebab tertanya-tanya siapa la tunang dia tu kan. kot la en bam bam, boleh heart attack jadinya.

aku scroll page budak tu... nampak ade gambar engagement. woaaaaa... aku tak sabor nak tengok tunang dia..

boleh lawan ketampanan en bam bam ke idok...

gambar pertama adalah kek bertunang. bila aku baca nama atas kek tu, aku terkedu sekejap.

AYU & WAN

nama en bam bam adalah RAZWAN..!!

ah sudahh....

entah entah.....

mula la aku pikir bukan-bukan. gila ko tak gelabah kalau tengok nama bf sendiri atas kek tunang ex dia.

tema tunang adalah BIRU. 

time ni aku aku tak bagitahu en bam bam lagi. aku tengok gambar-gambar lain.

hurm, tak adalah pulak muka budak gemuk ni....

pastu ada gambar seorang makcik tengah sarungkan cincin.. berdebor aku kalau sekali yang sarung mak dia....!!

tengok muka makcik tu, kusss semangat.. nasib baik bukan...


malam tu en bam bam balik je kerja, aku terus tembak

"apa warna kegemaran by..??"

selamba badak dia jawab BIRU..!!

tergolek-golek jantung ahkak jatuh tangga bila dia jawab biru...!!

hoii, kebetulan yang banyak sangat ni...

pastu aku cerita la dari A sampai Z pada en bam bam, siap dengan tema warna majlis itu, dia boleh GELAK aje.. eh aku pang kang..!!

awas ko bang, kalau itu adalah by, i cut cut cut cut your weapon..!!!!!



Tuesday, June 25, 2013

Jangan Disebut Pasal Bulu Ketiak

at Tuesday, June 25, 2013 0 comments
Bila aku terbaca pasal bulu ketiak, teringat cerita dalam komuter masa minggu lepas, dan tetiba aku stress.. hahaha....

1 jam oiii aku terpaksa berhadapan dengan masalah bulu ketiak. sendiri punya takpe, ini manusia lain punya...

ini minggu lepas punya cerita. aku on the way dari kl ke klang, so aku decide nak komuter je. malas aku nak bersesak dalam jam.

naik komuter je senang, lagipun komuter dah cepat, tak macam dulu.

sebab aku ni badan langsing, kecik molek yang ampun, i olls selit-selit terus dapat kerusi. kembang kembang hidung dapat duduk. yang lain sila berdiri.

bila dah dalam komuter tu, nak nak time orang kerja, memang la penuh, ramai yang berdiri. sumpah sendat yang ampun.

depan aku ramai yang berdiri, aku tak kisah sangat la ko nak berpaut pada ape pun, jangan bontot ko hempap tetek aku sudah.... memang aku sikukan sahaja.

jadi nak dijadikan cerita, depan aku ada dua orang perempuan. dua dua berdiri, sebab tak dapek tempat duduk (kembang hidung). Yang sorang bersandar, yang sorang tu memang takde tempat untuk dia bersandar, untuk elak dari kes muka terjerumus bawah kerusi, girl ni berpaut la pada pemegang yang dilekat pada bumbung komuter.

yang sorang pakai baju kurung, yang sorang lagi pakai skirt & tshirt

mula-mula aku tak perasan sebab kemain busy main candy crush, lepas tu agak-agak terasa nak muntah, aku stop and pandang la sekeliling. tengah pandang-pandang tu, aku tertengok tangan girl yang tengah bergayut pada pemegang.

kan ke kalau kita tengah bergayut, memang ketiak akan expose pada orang sebelah, jadi nak dijadikan cerita, pempuan bebal ni pakai lengan pendek. pendek yang memang pendek la. Ko angkat tangan sikit, nampak dah ketiak.

dah orangnya kulit putih, kalau ada benda asing kat badan tu memang la orang akan perasan. nak pulak bulu hitam yang mencanak-canak..!!

jadi memang aku nampak la bulu tu.. as taga... yang paling aku kesian, bulu tu betul betul menghala ke muka budak yang tengah bersandar tadi. bahahahahah....

aku pun konpius, aku patut kesian ke, patut aku gelakkan. 2 2 kot. hahahaha...

sorry to say la, as woman, kau patut tahu, bila kau nak pakai seksi tu, pastikan ketiak kau dah licin.

mujur la bulu tu bukan tahap, kalau kau campak barang dalam timbunan bulu tu, bila nak cari balik, minggu depan baru jumpa balik.  ni waktu petang, aku rasa, masa pempuan ni kat office, mesti dah ramai jeling kat ketiak dia.

Bila aku cerita dekat en bam bam, reaksi dia gini, "ala, tak perasan kot"

takkan la tak perasan kalau ada rasa tajam-tajam kan.. 

alah, ketiak dia pun semak, bahahahaha



Sunday, June 16, 2013

Bukan Niat Nak Burukkan Cerita Man of Steel

at Sunday, June 16, 2013 0 comments
Sapa dah tengok Man of Steel..??

Aku sebagai kaki wayang haruslah tengok. Walaupun terpaksa bersesah-sesah dengan ketiak orang, ahkak sanggup..!!

Filem yang rami orang tunggu kot.. so Jumaat lepas, ahkak bersama penternak lemak kesayangan pelan nak tengok Man of Steel.

Aku pun on saje memandang kan dalam hati nak tengok cerita Pee Mak buat kali kedua. Kah kah kah. 

Bila aku nak tengok cerita tu buat kali kedua, encik bam bam buat muka. Eh aku pang kang… 

Pasrah je aku bila beli tiket man of steel. Kalau tak best, siap..!!

Disebabkan aku baru balik kerja dan tersangat penat, aku berdoa biar cerita tu sehebat iron man or paling cikai pun Fast & Furious…

Padahal tiket aku pukul 8.30  malam, takkan lemau kot kan..

Suprisingly, masuk wayang pukul 8.30, pukul 9.30 aku dah tido.  9.30 okeh..!!!!

Ini bukan sebab penat, tapi sebab bosan..!!!! sumpah bosan..!!!!!

Aku baca review sana sini, semua kata best best best..! hello, tang mana bestnya. Aku bagi review based pada pandangan aku. 

Bukan aku sahaja yang kata movie ni slow, en bam bam yang suka filem action pun kata, “cerita ni slow la”

See… aku yang tak minat dah kata slow, ini dia sendiri kata. 

Walaupun aku tidur tidur ayam je, aku pasti, aku hanya dengar orang gelak sekali je. That’s it. Lepas tu sunyi…..

Pukul 11 en bam bam kejut aku, jom, movie dah habis… hahahaha… bengkek je dia, beli tiket mahal tapi aku bantai tidur. 

Aku tak tahu la kalau orang lain kata best, tapi pada aku, aku kasi rate 1/5 je.. tidak seperti yang aku harapkan. 

Jalan cerita terlalu heavy untuk budak-budak, dan terlalu serious. 


Saturday, June 15, 2013

Kot Iye Pun, Janganla Kedaung Sangat

at Saturday, June 15, 2013 0 comments
sejak dari kecik, aku dan keluarga aku memang bangsa makan kedai kedai kedai.

nak nampak dapur aku berasap, memang aku pitam beribu kali la. sebab mak aku malas masak. wakakakaka...

dapur tu berasap, kalau tak sebab kebakaran, takpun mak aku dapat rahmat dalam tidur dia. kihkihkih

jadi memang kitorang anak beranak biasa dah makan kedai ni.. beli bungkus je. 

kalau tak bungkus, makan dekat situ je. jadi mak aku selalu pesan something.

mak aku selalu kata, dalam banyak benda kita boleh beli dalam dunia, ada satu benda kita beli, jangan sesekali kita tawar menawar, iaitu makanan..!!

mak aku cukup pantang. kalau mahal pun, bayar je. jangan mintak murah ke hapa. kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.

jadi memang sampai sekarang aku pegang prinsip tu. memang aku ni kaki tawar menawar, tapi bab makan, never..!!

tadi aku pergi pasar malam. aku nak beli air. selalu memang aku beli kat satu pakcik ni.

standard la air pasar malam, singgit secawan. cuma kedai pakcik ni, jual air cendol, singgit setengah. tak kisahla kan, sebab air dia sedap. cendol pulak, bukan cendol bodoh gitu je.

masa aku beli, ada 2 orang pempuan tengah beli air. nampak gaya memang student.

yang sorang beli air biasa, sorang lagi beli cendol. mungkin sebab tak ada tanda harga, pakcik tu kata, 'seringgit setengah dik'

aku tengok dekat tangan dia ada 12 hinggit. bila dia dengan singgit setengah, dia boleh kata gini..

"SINGGIT BOLEH..??"

pftttttt......

pakcik tu balas, "cendol memang singgit setengah dik"

dia tawar lagi "singgit boleh tak?"


BOLEH...???????????

ada jugak makhluk gini....

aku pelik, bukan tak ada duit. tapi 50 sen tak mampu nak bayar. boleh pulak tawar menawar air secawan. aku tak tahula kalau dia memang bangsa kedaung..

pada aku, nak sedap, bayar lebih, nak murah, togok air paip je. lagi mahu bercendol-cendol. aku jendulkan baru tahu..

agak-agak ar kan. pakcik tu dah la susah, makin kau nak susahkan dia... 50 SEN JE CIK KAK OII...!



by Gadis Cantik


Thursday, June 13, 2013

Mengulor............

at Thursday, June 13, 2013 0 comments

Dalam bahasa mudahnya, curi tulang. kihkihkih

umur dah 26, ngulorr mestilah style makcik-makcik. duduk berdengkur atas kerusi..

bos aku baca ni, mampussssssssss....

aku ada satu masalah ni, kalau serapan pagi aku makan kuih, kompem pukul 11 aku dah menguap-nguap..

Walaupun selalu terjadi, tangan aku ni tetap gatal nak beli kuih...

seee... baru kuih... belum aku tapau nasi lemak 3 hinggit tepi jalan...

terus tak bangun sampai petang.

 dia punya ngantuk tu, nauzubillah... aku boleh bayagkan mata aku ni kene hempap dengan bontot setan.. siap buat taikkk lagi.. pfttt...

ni taik membuta namanya...

aku cuba nak kembali kepada habit lama aku. iaitu bedal nescafe tin pagi-pagi.

pernah aku try masa tu, sebab kedai kuih tutup, jantung aku ni macam mesin. degedegedegegdegegedekkkk bunyinya...

sumpah tak ngantuk..!

tapi bila dah pukul 11 tu, paham-paham la kelaparan dia tu lagu mana... kalau boleh jalan dengan seret lutut, lama dah aku buat..!! laparrrr....


 
  minuman yang buat jantung ahkak degedegedegedegedekkkkk.. hehehe

ok la minum ni, dari aku bantai nasi lemak... dahla lengan aku ni macam balak yang belum dibelah. lagu mahu tambah.... 

derrr... banyak baju aku dah koyak dekat ketiak. apa maksudnya?

:)


Friday, June 7, 2013

Ayam

at Friday, June 07, 2013 0 comments
Teringat cerita dulu.

Adik aku yang gemuk cikibum tu memang suka makan.

Dari yang westhern sampai la kepada makanan exotic yang orang lain geli nak makan.

Satu hari, bulan pose. Bapak aku masak sup ayam.

Semua orang amik part peha, kepak dada. Normal la kan.

Turn dia pulak. Dia korek-korek, jumpa kaki..!! yang itu dikautnya..!

Mak den tengok semacam perangai adik aku umur 3 tahun makan kaki ayam. dia sound la...

"eeee geli la makan kaki. kan kaki ayam tu dia buat berjalan atas tanah. kan kotor"

nak tahu dia jawab apa?





















INI TANGAN DIA LA..... KAKI DIA SEBELAH LAGI....



ok, semua pasrah. kitorang pandang je mulut cinonet dia tu ratah tangan ayam.... 

Wednesday, May 29, 2013

Buang Saje Jubah Dengan Tudong Laboh Kau Tu..!!

at Wednesday, May 29, 2013 0 comments
tajuk kemain marah lagi kan..

eh memang marah pun, panas je kepala ni, kalau masak maggi pecah telur sebijik, kompem telur tu jadi rangup.

sabor je la jahhh oiiii...

ceritanya begini, time tu aku ada workshop dekat De Palma Hotel (now masih De Palma), sementara nak tunggu bam bam aku tu sampai, aku parking bontot dulu kat dalam surau.

kuasa nak tunggu dekat luar, berenang-renang bulu ketiak ahkak ni nanti dikkk...

aku masuk sekali dengan bos, ada mak dia sekali. dalam surau tu tak adalah ramai orang, lepas tu ada seorang budak kecik.

umur lebih kurang dalam 8 bulan. masih bam bam and jalan pun terkedik-kedik lagi.

bby tu pulak boy, mak dia tengah sembahyang, pantang nampak pintu terbukak, zaassss nak keluar..!!

jadi i sebagai mommy yang comel and virgin ni (hahahaha) tolong pegangkan sekejap.

niat tu nak membantu, bos aku pun tolong pegangkan sama. sebab dekat kawasan pintu tu licin..

lepas je mak dia sembahyang, aku bagi la balik anak dia tu kat dia kan.

dengan muka kereknya, langsung tak ucap terima kasih..! senyum pun idakkkk... bukan kata senyum, pandang pun idak..!!  cibs betul...

bila dia bukak telekung tu, omak aihhhh, pakai jubah. labuh kemain, kalau boleh buat sapu, memang dah hapus penyapu dalam dunia ni. bila pakai tudung, kemahennn lagi labuhnya. tutup tetek terus, mengalahkan aku la jugak yang serba serbi senteng ni.

dalam hati aku, ada lagi jugak manusia macam ni, cakap dengan baby dia pun dalam bahasa arab, tapiiiiii sombongnya nauzubillah..

orang yang pakai skirt sampai nampak alur vontot pun tak sombong macam dia.

muka nak kata cantik, hurm....banding dengan aku, aku kahakkan aja, tapi perangai...

memang tak pandai berbasa basi macam yang orang jawa kata

senyum la sikit... bukan aku nak kutuk kejongangan gigi kau pun kalau senyum. kang tak pasal-pasal aku dah kutuk jongang kau sekarang ni

betul kata orang, imej tak melambang peribadi seseorang. macam yang jadi dengan aku, nampak kemain solehah, tapi solehah taik anjing namanya ni.

tak guna kau sembahyang tonggang tenggek, tapi menyombong diri, baik pakai coli dengan bra je, baru sesuai kot dengan kesombongan kau tu.

by Gadis Cantik

Friday, May 24, 2013

Kisah Yang Di Tangisi

at Friday, May 24, 2013 0 comments
Detik berlakunya perkara yang amat aku ingat sehingga sekarang...

walaupun sudah berlaku 5 tahun dahulu, tapi setiap kali aku fikirkannya, aku menangis

aku mengharapkan apa yang berlaku ke atas aku, tak kan ada sesiapa yang akan lalui.

perkara sedih melibatkan cinta, keluarga, dan kepercayaan...

Detik itu.... 5 tahun yang lepas... ketika ramai menyambut aidilfitri. hari semua orang bergembira..

hari yang gembira juga buat aku... hari yang aku nantikan... hari yang aku ambil langkah berani

hari aku perkenalkan si dia kepada ahli keluarga...

tika itu, aku percaya, walaupun ibu bapa aku tak terima dia, tapi aku yakin, orang kedua yang aku sayang, datuk dan nenek aku pasti akan suka...

pasti mereka akan restu, aku yakin mereka akan menyokong pilihan aku..

berkali-kali aku yakinkan si dia... datang saja ke rumah... datuk dan nenek pasti gembira. pasti akan menerima..

di hari lebaran, sudah aku kabarkan kepada mereka yang mereka akan datang.. mereka setuju... mereka tidak kisah.. mereka sanggup ambil di hentian kerana si dia dan adik perempuannya datang menaiki bas dari jauh...

aku semakin gembira, kedatangan mereka akan di sambut dengan senyuman... aku tak gusar...

bila menjelang lebaran mulia, tetamu yang datang ke rumah datuk dan nenek aku layan sebaik mungkin...

aku hidangkan minum... makan... aku mengharapkan jika tetamu mereka aku layan dengan baik, sudah pasti mereka akan layan tetamu aku dengan baik

besar harapan aku pada mereka. seluruh kepercayaan aku dan kasih sayang aku sepenuhnya untuk mereka....

sehari sebelum ketibaan si dia, datuk sudah memberikan reaksi berbeza dari sebelumnya...

semua dari gara-gara ibu yang kurang senang dan mula memberi gambaran negatif pada si dia..

datuk berubah angin...

Di hari kejadian.....

lagi beberapa jam saja lagi si dia akan tiba... aku sudah ingatkan datuk untuk sama-sama ambil mereka di hentian.

datuk tak setuju. dia suruh mereka naik bas untuk sampai ke kampung....

luluh hati aku... bukan kah kita sudah bersetuju untuk ambil mereka?

aku pujuk dan terus memujuk....

dia setuju...

aku gembira bukan kepalang lagi... ada sinar harapan...

si dia tiba dirumah... ibu sudah tidak nampak bayang. pergi ke rumah sebelah. dia marah.

tidak mengapalah, lagipun ini rumah datuk dan nenek...

kejadian menyayat hati mula berlaku malam tu...

mereka tumpang di rumah datuk dan nenek sebab dah terlalu lewat untuk ambil bas ke rumah mereka

sedang aku berborak dengan si dia, datuk panggil....suruh aku ambilkan sejadah dia.

aku pelik, dalam biliknya sudah ada sejadah. tapi aku bawakan juga sejadah untuknya...

aku masuk, hulurkan sejadah.

terkejut aku dibuatnya bila sejadah direntap dari tangan aku.. muka datuk menyinga.

dia marah kerana aku duduk rapat. sumpah aku duduk jarak dengannya.. malah ada adiknya di sebelah...kami hanya berbual kosong kerana dah terlalu lama tidak berjumpa...

aku tahan air mata....

dalam hati, tidak mengapalah....

aku pejamkan mata sahaja... sudah terlalu gembira jumpa si dia...

keesokan harinya....

hari di mana kepercayaan aku kepada datuk dan nenek di lunturkan sepenuhnya...

pagi itu, aku dan si dia membuat perancangan hendak ke rumah rakan karib kami... sudah berjanji dengan dia...

aku mula usulkan untuk pinjam kereta datuk... tidak manis pula naik motor berdua...

permintaan aku mahu meminjam kereta ditolak mentah-mentah oleh datuk. kecewanya aku....

aku hendak menziarah rumah rakan di kawasan pedalaman, disuruh kami naik bas sahaja...

sudah tentu tiada bas di kawasan itu...

mahu tidak mahu, aku pinjam motor jiran aku... kerana itu sahajalah kenderaan yang ada...

sambil menangis, aku pohon untuk pinjam motor... bila di tanya kenapa menangis, aku tak mampu jawab...

biarlah.....aku rasa mereka tahu kenapa aku menangis,...

adik si dia terpaksa aku tinggalkan di rumah atuk dan nenek sebab tidak boleh naik motor bertiga..

bila di rumah rakan karib aku, hati aku mula gembira....

berhari raya macam biasa...

ketika dalam aku bergembira, sesuatu telah berlaku di rumah datuk dan nenek...

bila aku selesai melawat rakan-rakan, adik aku bercerita....

datuk aku telah menyuruh adik si dia keluar dari rumah itu secepat yang mungkin.

Ya Allah.... apa yang telah berlaku...

tak tahu di mana silap kami...

datuk suruh si dia dan adiknya balik segera...mereka disuruh kemas baju dan keluar...

adakah begini layaknya tetamu aku di layan ketika hari raya?

ketika ini aku tak mengalirkan air mata... aku marah.... kenapa tetamu aku di halau sebegini rupa.... oleh orang yang aku sayang... orang yang aku percaya untuk merestui hubungan kami...

aku sayang datuk dan nenek, tapi kenapa mereka buat tetamu pertama aku sebegini rupa....

walaupun tidak suka, janganlah tunjukkan di muka mereka... biarlah mereka pulang dengan gembira... biar tetamu aku pulang dengan hati yang senang...

aku sedih, marah... aku suruh si dia kemas baju... aku tak sanggup melihat mereka dihina lagi...

aku turut mengemas kain baju, walaupun itu adalah hari ke tiga kami menyambut hari raya...

aku, si dia dan adiknya keluar... bila si dia ingin berjumpa nenek untuk bersalam, aku katakan, tidak perlu...tak payah salam. aku menghalang... dia bertegas nak salam... aku tarik tangannya keluar dari rumah itu...

aku sama-sama tunggu bas di hadapan rumah untuk ke bandar

ketika menunggu bas, datuk panggil. disuruh aku masuk menolong nenek masak. maknanya aku terpaksa tinggalkan tetamu aku menunggu bas...

aku buat tidak tahu... mereka panggil lagi.... aku katakan sekejap lagi aku masuk....

aku nampak bas makin mendekati tempat kami menunggu...

aku nekad...

bersama si dia dan adiknya, aku naik bas bersama mereka...

aku tidak lagi toleh kebelakang...

aku tinggalkan semuanya...

dalam bas aku menangis semahunya pada dia... aku mohon maaf di atas kelakuan keluarga aku.. layanan mereka....

si dia tidak marah... aku meminta maaf pada adik perempuannya... kerana kami, dia di marah di rumah itu...

malam itu juga aku menaiki bas ke terengganu...

tatkala rakan sebilik pulang dengan kuih raya ke hostel, aku pulang dengan air mata... tiada apa yang aku sajikan kepada mereka kecuali kisah yang telah terjadi....

mereka turut menangisi kisah aku.... aku ada mereka.... sudah cukup untuk aku rasa tenang...
 
terima kasih kepada adik aku kerana menceritakan segala yang berlaku apabila ketiadaan aku...

tika itu, seluruh kepercayaan aku pada mereka sudah hilang... hati aku hancur berkecai bila ahli keluarga aku berkelakuan begitu...

aku marah... tapi aku tidak melawan... aku masih sayang mereka... cuma aku tidak seperti dahulu...

cucu yang sentiasa menjadi orang kuat ketika hari raya, menghidang air kepada tetamu, memasang langsir... memenuhkan balang kuih....

cucu yang berjaga sehingga dua tiga pagi untuk membuat persiapan raya, cucu yang paling awal pulang ke kampung.....telah tiada...

hapus tatkala kepercayaan aku turut dipecahkan oleh mereka...

aku sudah tidak seperti itu. biarlah orang lain yang buat... aku sudah tiada hati...

setahun aku tidak pulang ke kampung...

pertama kali setelah hampir 21 tahun aku beraya bersama mereka, aku tidak pulang langsung untuk berhari raya... aku beraya di rumah tokki dan tok di Terengganu... aku selesa di sana...

selepas beberapa lama baru aku pulang... itupun bukan kerana aku merindui mereka...

tetapi sangat rindukan adik bongsu ku....dia menjadi penyebab aku pulang ke kampung... kerana dia... bukan kerana aku rasa bersalah....

nenek pun sudah tiada... aku tak pernah salahkan dia...  walaupun dia turut tak suka, tapi dia tak pernah tunjuk...

sayangnya kerana salah datuk, aku turut menghukum nenek... kejamnya aku...sehingga di saat dia menghembuskan nafasnya pun, aku tiada di sana....

bertahun-tahun aku menghukum mereka... aku cuba memaafkan...aku cuba....aku maafkan, tetapi aku bukan lagi seperti dulu....


kepada si dia... saya mintak maaf...

kepada bakal suamiku, ini lah kisah yang membuatkan ayang takut untuk kenalkan pada keluarga...


Saturday, May 18, 2013

Bukan Aku Punya Pad Okeh

at Saturday, May 18, 2013 0 comments
tajukkkkk... kemahin lagi kan.... okeh, dah lama tak buat hal mengumpat... jom kita sambung tradisi mulut busuk aku ni.

aku nak story, kisah ni berlaku waktu aku sekolah menengah dulu..

iolss kan ank terbiar, jadi duduk la senyap-senyap dekat hostel sekolah.. hostel sekolah mana, biarlah rahsia... ekekeke (tampar kang)

ada satu aje pun hostel yang aku susuk waktu sekolah, merayu la macam mana mana pun nak ulang alik dari rumah ke sekolah, memang tak dapekkkkk..

tingkatan 1, masuk hostel, adalah horror...!!! dorm sendiri boleh lupa nama

tingkatan 2, otai sikit. sikit je la....

naik tingkatan 5, memang kepala paling besar la kan, sama saiz dengan ekzos motor. okeh, kejadian ni berlaku waktu aku form 5.

aku ingat lagi, waktu kejadian adalah masa nak pergi mandi pagi. sebelum pergi sekolah.

Aku ni kalau dah lambat nak pergi sekolah tu, aku memang tak pandang kiri kanan keadaan bathroom tu, taik sejelepuk pun agaknya aku gesel.

Maklumlah, nak cepat, orang berduyun-duyun dah turun serapan, ko hegeh-hegeh nak mandi kan..

Aku mandi macam biasa, tak ada perasan apa-apa yang pelik. dah mandi, keluar, pakai baju siap-siap pergi sekolah.

Lepas aku mandi tu, tak silap ada seorang minah, kira "heroin" cerita kita ni la, masuk bilik air tu.

aku tak ada la nak syak apa-apa.

Sampai la waktu prep, ada sorang member baik aku ni (dalam bilik prep, dia duduk depan aku), dia tanya aku...

FA, KO PERIOD KE..??

eh, tak adalah. mana ada.. lambat lagi... kenapa kau tanya??

TAK ADA LAH, TADI ADA ORANG NGUMPAT KAU

ngumpat aku? pasal apa?

BUDAK NI DUK JAJA DALAM DEKAT BILIK PREP, KO PUNYA PAD TAK BUANG, MAIN BIAR AJE

aku punya pad?

(dalam hati aku, apa kejadahnya kalau aku tak berdarah nak kene pakai pad)

HAAH, PASTU DIA SIAP NGANJING KAU "BABY BESAR"


cibai betul..!!

paling tak tahan siap bercerita dengan kawan-kawan pasal pad aku terbiar dekat bilik air. dah form 5 ok, tetek dah selambak, tak best kot main fitnah-fitnah.

mujur la member baik aku ni story kat aku. bila "heroin" tu masuk bilik prep, terus aku sound 

MASA BILA AKU BERDARAH...???? SESUKA HATI AJE MENUDUH

surprisingly, she never ask for forgiveness. dah fitnah, dah tahu bukan pad aku, STILL REMAIN 'aku innocent'


UNTIL NOW....





 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review