Thursday, September 12, 2013

Orang Lelaki Jangan Marah I ok..!

at Thursday, September 12, 2013 0 comments
This evening (chewaaahhh) iolss chatting dengan sorang member..

Kalau dah pempuan sama pempuan bergosip, harus pasal jantan. (eh, klo nyah sama nyah gosip pun, pasal jantan, macam tak ada beza je..! kihkihkih)

but kali ni not pasal jantan la, but tanggungjawab orang jantan ni nak kasi bini ngandung

pheww... dari tahun lepas aku dengan dia dok gosip benda yang sama... mengandung mengandung.

tapi jangan salah anggap pulak, bukanlah weoll discuss pasal posisi posisi asmara nak kasi ngandung ke, gila ko... itu terpulang kepada rahsia masing-masing. weolls not sharing...

eh, geli ok share dengan member pempuan... (kalau dengan pasangan, baru kasi cas geli geli sikit.. hahaha)

ok lets share apa yang weolls bincang pasal acara ngandung mengandung ni. Before this, aku ada baca la juga, kalau nak mengandung amalkan telan folic acid. Aku malas nak cas ilmiah atau buat cubaan nak karang journal untuk dipublish kat sini, pandai-pandai la ko cari apa kebaikannya.

Since doktor pun sendiri suruh amalkan untuk couple yang nak ada anak cepat, but ada 1 perkara yang aku tertinggal.

Selalunya yang nak ada anak cepat, pastu sibuk google pil pil yang bagus, for example folic acid, mesti ORANG PEREMPUAN...! truly said, yang amik follic acid pun ORANG PEREMPUAN sahaja.

ORANG LELAKI...?? (borong minyak lintah tahu la... bahahahaha..)

(eh pebret encik bam bam tu bila pergi Langkawi)

so untuk orang yang belum kawin or baru kawen, mesti dalam kepala otak mereka, oh untuk ORANG PEREMPUAN sahaja kot follic acid ni...

Aku yang bebal ni pun dah set dalam otak, FOLLIC ACID JUST FOR WOMAN...

buat couple yang dah lama kawen belum pregnant, for your information, SUAMI PUN KENE TELAN PIL TU...!!  (again, iolss malas nak letak ayat macam orang nak publish paper dekat conference, pandai-pandai cari)


bak kata member  "orang perempuan je nak kene telan itu ini, yang lelaki, tahu GOYANG TELUR aje (Anynomous, 2013)"

;))

** mampuih aku sat gi.


Tuesday, September 10, 2013

Islam kaa...Hindu kaaa...Buddha kaa... Kristian kaaa...

at Tuesday, September 10, 2013 0 comments
hai uolss...

aku rasa macam dah lama tak menjoyah dekat sini...

last time aku menjoyah, kene smash sekali dengan pembaca.. hak hak hak...

iolss sangat bz, lagi lagi nak layan komen orang gatal buah yang dok komen entry bra aku dulu...

yang peliknya, tahu pulak nama ahkak ni.. 

siap tulis gini  "besar lagi tetek fariha tu".. kong ajo sangat tau.. ke kurang sepak..???

tergerak aku nak tulis kat sini, sebab iollss sangat takut nak tulis di FB, kang kene sepak bertingkek-tingkek...

jadi kita low profile.. underground katanya... (phuiiiii)

last night aku ada terbaca satu status dari member (yang tak pernah pun bertegur sapa, add pun sebab member kamcing kata dia ni sangat annoying).. boleh???? hahahaha... add semata-mata nak tengok betapa annoying nya si empunya badan...

kalau sebut pasal status kat FB ni... macam macam peel yang kita boleh tengok. kalau peel aku, jenis yang menggeletis dengan bf sendiri.. (hahahaha) 

Tak pernah rasa nak jentik orang lain pun, melainkan ko annoying, yesss,, memang aku suka jentik,.

kita ni kalau nak tulis apa-apa, lagi lagi bab agama, tolonglah jangan sampai ko JENTIK AGAMA orang lain...

misal kata, ada orang jentik telur ko, marah tak???? macam tu jugak kalau ko jentik agama orang tu...

siap terang terangan lagi berkata, JANGAN MAKAN SINI, DUIT KORANG BUAT BINA KUIL (disingkatkan guna bahasa Cik Kiah)

agak agak orang yang beragama tersebut apa rasa...??? Kalau orang agama lain cakap macam tu pada orang Islam, apa ko rasa..?? Marah tak..??

Ibarat macam salesman la. Salesman yang bagus, kalau nak jual barang, diorang takkan bercakap keburukan produk lain, sebab itu adalah last choice for them jika diorang rasa barang diorang tak ada unique quality a.k.a cikaiiii.. 

So please my dearest friend (tercabut gigi ahkak tulis gini)
 
tambahan lagi, dalam list member bukan hanya satu agama je. Agama lain pun ada. Macam mana ko duk pung pang pung pang hormati bangsa lain, macam tu jugak ko kene belaja hormat agama orang. Jangan nak harap orang hormat agama kau seorang. Sebab tu, orang tua tua berkata, cakap siang, pandang-pandang, silap cakap kene terajang (eh...!)

aku tak kata pun benda tu salah.. aku faham ko nak berdakwah. Berdakwah la cara mana pun, janji jangan timbulkan pergaduhan. pernah dengar "GROUP MESSAGE"..????

Pernah ke idok.... sedeyhhhh betul hidup kalau tak pernah dengar.. 

Setakat ni aku hanya dengar orang beragama lain menghina Islam di saman. Jangan sampai keluar muka depan "GRADUAN ISLAM DISAMAN KERANA MENGHINA AGAMA LAIN"


Wednesday, August 7, 2013

Paling Susah

at Wednesday, August 07, 2013 0 comments
Aku rasa, aku mengalami masalah yang sama tiap tahun bila time nak raya, iaitu nak beli TUDUNG..!!!

Baru sat tadi aku pergi bazar, tengok kiri kanan selama 2 jam, hasilnya sehelai tudung stail yenna yang tak masuk langsung dengan baju raya...!!

adoiii... tiap tahun jadi macam ni. aku tak tahu aku sorang aje yang mengalami masalah ni, atau uolls pun sama.

baju kaler lain, rembat tudung kaler lain.. kejadahnya kan... semua tudung aku x berkenan.

kang aku ambil pesen rama-rama, kompem di cop buang tebiat.

nak ambil pashmina, kain tebal nak mampus macam kan orang kat Malaysia ni duduk dalam igloo

nak nak rumah kampung kan, pakai atap zink, kusss semangat dia punya bahang...dengan pakai pashmina nya, terima kasih..!!

nak pilih selendang, terlalu simple..! eee cerewet betul aku ni...tak ada ke orang yang design selendang yang exclusif tapi murah?? hahaha.. dasar betul...

aku memang dah lama mengamalkan konsep kaler bloking ni

jangan sampai pagi raya aku pakai baju purple, tudung warna kuning taik unta... mngucap mak aku.


Monday, August 5, 2013

Rambut Papa Ehsan

at Monday, August 05, 2013 0 comments
 Sejak akhir-akhir ni, aku perhati je gaya en bam bam kalau keluar dating.

terutamanya gaya rambut dia..

dulu masa ngurat aku, dia adalah botak..! dan aku sangat la tidak berkenan dengan gaya botak dia tu. tu yang bila dia propose, aku 50 50.. hahahaha... rambut dia je dah buat aku 50-50.

lepas tu, dah 3 4 bulan bercinta, baru la rambut dia tumbuh panjang sikit, dan aku tak kasi potong. takut jadi kes 50 50 lagi. hahahaha...

lepas rambut dah panjang tu, dia mula buat perangai konon muda remaja. rambut spike..!!  dah aku pulak yang macam kakak dia bila jalan bersama.. hello, time tu iolls dah 24 tahun... koser nak jalan dekat mall pakai jaket dengan jeans ketat..!!

tapi style rambut spike tu sekejap je. SYUKUR....!!!!

lepas rambut spike, rambut dia adalah gaya 'combless hair style'...! hahahaha... paham ke idok..?? gaya rambut tak bersikat..! ok la... masih ensem...

gaya ni kekal bertahun-tahun.. NAMUN.......

sejak sebulan dua ni, aku perasan sesuatu, gaya rambut dia dah lain...kali ni rambut belah tepi, sikat mesti wajib ada dalam kereta...!  nak keluar kereta, cari sikat dulu, pftttt... lepas tu dia bersuara "ensem..?''

eiiii sesuatu betul tau...

pernah aku tanya, " kenapa buat gaya rambut papa Ehsan ni..?''

" papa Ehsan mana pulak ni?''

"Ala, macam gaya rambut Adi Putra dalam Teduhan Kasih tu.."

''Ye ke..?? ENSEM..??"


ahhhh.. tensi mak encik..!!!!

nak je aku letak kaki atas meja. TALK TO MY LEG..!




Saturday, July 27, 2013

Serba Boleh

at Saturday, July 27, 2013 0 comments
kali ni nak cerita lagi pasal adik aku yang gemuk...

ala, yang makan kuat tu.. aku makan, dia makan, adik aku makan, dia makan, kalau tak ada sapa yang makan, dia tetap makan.. pftttt...!!!

nak cerita, adik aku ni, walaupun perut dia penuh, tapi otak dia selalu muat untuk diisi dengan macam-macam gosip yang terjadi kat rumah

contohnya:

bila tengok tv, bukak channel 103.

 aku tanya "cerita apa ni"

dia jawab "ala, cerita bini dia kene pukul, bla bla bla..."

bukak channel 105.

aku tanya, "episode lepas ape jadi"

dia jawab " minggu lepas bf dia jumpa awek lama dia la kak ya"

bukak channel 108

aku tanya "ending dia best tak?

dia jawab, "besttttt...!"

woi...!!! apa channel yang ko tak tahu...??



contoh 2:

aku tanya, "siapa yang datang jumpa Kak Ulul (adik aku no 3) tu..??"

dia jawab... "ala abang A yang datang."

sebulan lepas tu...

aku tanya, "eh, nape bukan abang A yang datang, kenapa orang lain pulak"

dia jawab, "dah putus la kak ya, yang dulu tu bla bla bla.... yang ni namanya abang B"

3 bulan lepas tu

aku tanya, "eh, dah putus ke dengan abang B tu..??"

dia jawab.. "dah.. sebab abang B tu gini gini gini... sekarang dengan abang C"

ye... kalau nak diikutkan, dia boleh ceritakan serba detail kronologi perpisahan antara abang A, B, dan C  tanpa fail..!!

kuat gosip budak kecik ni, sebijik macam mak nya.. :)




Friday, July 26, 2013

Sama La Macam Kita Kak Ya

at Friday, July 26, 2013 0 comments
Sedia maklum aku ada seorang adik yang gemuk bom bom kat kampung.

adik aku ni memang jenis kalau berpikir, aku sendiri tak boleh pikir benda tu, tapi, dalam diam-diam, kalau dipikirkan balik, eh betullah... ha gitu...

nak dijadikan cerita, masa tu aku balik kampung.

aku kalau balik kampung, perangai ular kekenyangan ni memang melekat je kat mana-mana.

kat rumah sewa aku bantai online 24 hours, kat kampung sama.

padahal tak ada benda pun yang ditengoknya, balik-balik cerita drama.

aku online sampai mak aku nak bulu la tengok perangai anak dara dia ni. lepas tu mula la dia naik pangkat jadi peramal masa depan..

" ONLINE ONLINE ONLINE..!! NANTI DAH KAWIN ESOK, ONLINE JE LA KERJANYA. NANTI ANAK-ANAKNYA TAK DIBAGI MAKAN. DI SURUH MASAK SENDIRI. DAH HADAP PESBUKKK AJE..!"

iolls kan anak yang mendengar kata, buat bolayan je... tetap mata ke skrin, lepas tu adik aku yang gemuk tu menjawap...


" sama la macam kita Kak Ya, kalau ibu online, kita yang kena cari sendiri makan, atin yang kene masak sendiri, ibu bagi makan pokok bunga dia je"

danggggg...!! 

terdiam mak aku, aku bantai ngekek sambil tambah lauk...

"HAAH, BETUL LA FATIN..!!"



Monday, July 15, 2013

Edisi Jiwa Kacau: Ex Bertunang

at Monday, July 15, 2013 0 comments
secara jujurnya nak bagitahu, aku ni memang perempuan yang suka stalk orang

stalk je ok, tapi aku tak ganggu pun orang yang aku stalk je.

paling biasa aku stalk kat fb saje. kot kot ada bahan buat aku baca time ngantok dekat ofis tu ha..

1 of the person yang aku stalk ialah ex encik bam bam..!

hahaha.. gila saiko aku ni. padahal benda ni dah berlalu 2 tahun lepas. tapi aku tetap akan stalk.

few months ago bila last time aku stalk, aku dengar ex en bam bam nak tunang. tapi, aku tak tahu tunang nya siapa. gambar bf dia pun tak ada dekat fb.

then, bulan 6 lepas, aku buka page ex en bam bam lagi sekali, dan budak tu dah bertunang. gelabah sekejap aku sebab tertanya-tanya siapa la tunang dia tu kan. kot la en bam bam, boleh heart attack jadinya.

aku scroll page budak tu... nampak ade gambar engagement. woaaaaa... aku tak sabor nak tengok tunang dia..

boleh lawan ketampanan en bam bam ke idok...

gambar pertama adalah kek bertunang. bila aku baca nama atas kek tu, aku terkedu sekejap.

AYU & WAN

nama en bam bam adalah RAZWAN..!!

ah sudahh....

entah entah.....

mula la aku pikir bukan-bukan. gila ko tak gelabah kalau tengok nama bf sendiri atas kek tunang ex dia.

tema tunang adalah BIRU. 

time ni aku aku tak bagitahu en bam bam lagi. aku tengok gambar-gambar lain.

hurm, tak adalah pulak muka budak gemuk ni....

pastu ada gambar seorang makcik tengah sarungkan cincin.. berdebor aku kalau sekali yang sarung mak dia....!!

tengok muka makcik tu, kusss semangat.. nasib baik bukan...


malam tu en bam bam balik je kerja, aku terus tembak

"apa warna kegemaran by..??"

selamba badak dia jawab BIRU..!!

tergolek-golek jantung ahkak jatuh tangga bila dia jawab biru...!!

hoii, kebetulan yang banyak sangat ni...

pastu aku cerita la dari A sampai Z pada en bam bam, siap dengan tema warna majlis itu, dia boleh GELAK aje.. eh aku pang kang..!!

awas ko bang, kalau itu adalah by, i cut cut cut cut your weapon..!!!!!



Tuesday, June 25, 2013

Jangan Disebut Pasal Bulu Ketiak

at Tuesday, June 25, 2013 0 comments
Bila aku terbaca pasal bulu ketiak, teringat cerita dalam komuter masa minggu lepas, dan tetiba aku stress.. hahaha....

1 jam oiii aku terpaksa berhadapan dengan masalah bulu ketiak. sendiri punya takpe, ini manusia lain punya...

ini minggu lepas punya cerita. aku on the way dari kl ke klang, so aku decide nak komuter je. malas aku nak bersesak dalam jam.

naik komuter je senang, lagipun komuter dah cepat, tak macam dulu.

sebab aku ni badan langsing, kecik molek yang ampun, i olls selit-selit terus dapat kerusi. kembang kembang hidung dapat duduk. yang lain sila berdiri.

bila dah dalam komuter tu, nak nak time orang kerja, memang la penuh, ramai yang berdiri. sumpah sendat yang ampun.

depan aku ramai yang berdiri, aku tak kisah sangat la ko nak berpaut pada ape pun, jangan bontot ko hempap tetek aku sudah.... memang aku sikukan sahaja.

jadi nak dijadikan cerita, depan aku ada dua orang perempuan. dua dua berdiri, sebab tak dapek tempat duduk (kembang hidung). Yang sorang bersandar, yang sorang tu memang takde tempat untuk dia bersandar, untuk elak dari kes muka terjerumus bawah kerusi, girl ni berpaut la pada pemegang yang dilekat pada bumbung komuter.

yang sorang pakai baju kurung, yang sorang lagi pakai skirt & tshirt

mula-mula aku tak perasan sebab kemain busy main candy crush, lepas tu agak-agak terasa nak muntah, aku stop and pandang la sekeliling. tengah pandang-pandang tu, aku tertengok tangan girl yang tengah bergayut pada pemegang.

kan ke kalau kita tengah bergayut, memang ketiak akan expose pada orang sebelah, jadi nak dijadikan cerita, pempuan bebal ni pakai lengan pendek. pendek yang memang pendek la. Ko angkat tangan sikit, nampak dah ketiak.

dah orangnya kulit putih, kalau ada benda asing kat badan tu memang la orang akan perasan. nak pulak bulu hitam yang mencanak-canak..!!

jadi memang aku nampak la bulu tu.. as taga... yang paling aku kesian, bulu tu betul betul menghala ke muka budak yang tengah bersandar tadi. bahahahahah....

aku pun konpius, aku patut kesian ke, patut aku gelakkan. 2 2 kot. hahahaha...

sorry to say la, as woman, kau patut tahu, bila kau nak pakai seksi tu, pastikan ketiak kau dah licin.

mujur la bulu tu bukan tahap, kalau kau campak barang dalam timbunan bulu tu, bila nak cari balik, minggu depan baru jumpa balik.  ni waktu petang, aku rasa, masa pempuan ni kat office, mesti dah ramai jeling kat ketiak dia.

Bila aku cerita dekat en bam bam, reaksi dia gini, "ala, tak perasan kot"

takkan la tak perasan kalau ada rasa tajam-tajam kan.. 

alah, ketiak dia pun semak, bahahahaha



Sunday, June 16, 2013

Bukan Niat Nak Burukkan Cerita Man of Steel

at Sunday, June 16, 2013 0 comments
Sapa dah tengok Man of Steel..??

Aku sebagai kaki wayang haruslah tengok. Walaupun terpaksa bersesah-sesah dengan ketiak orang, ahkak sanggup..!!

Filem yang rami orang tunggu kot.. so Jumaat lepas, ahkak bersama penternak lemak kesayangan pelan nak tengok Man of Steel.

Aku pun on saje memandang kan dalam hati nak tengok cerita Pee Mak buat kali kedua. Kah kah kah. 

Bila aku nak tengok cerita tu buat kali kedua, encik bam bam buat muka. Eh aku pang kang… 

Pasrah je aku bila beli tiket man of steel. Kalau tak best, siap..!!

Disebabkan aku baru balik kerja dan tersangat penat, aku berdoa biar cerita tu sehebat iron man or paling cikai pun Fast & Furious…

Padahal tiket aku pukul 8.30  malam, takkan lemau kot kan..

Suprisingly, masuk wayang pukul 8.30, pukul 9.30 aku dah tido.  9.30 okeh..!!!!

Ini bukan sebab penat, tapi sebab bosan..!!!! sumpah bosan..!!!!!

Aku baca review sana sini, semua kata best best best..! hello, tang mana bestnya. Aku bagi review based pada pandangan aku. 

Bukan aku sahaja yang kata movie ni slow, en bam bam yang suka filem action pun kata, “cerita ni slow la”

See… aku yang tak minat dah kata slow, ini dia sendiri kata. 

Walaupun aku tidur tidur ayam je, aku pasti, aku hanya dengar orang gelak sekali je. That’s it. Lepas tu sunyi…..

Pukul 11 en bam bam kejut aku, jom, movie dah habis… hahahaha… bengkek je dia, beli tiket mahal tapi aku bantai tidur. 

Aku tak tahu la kalau orang lain kata best, tapi pada aku, aku kasi rate 1/5 je.. tidak seperti yang aku harapkan. 

Jalan cerita terlalu heavy untuk budak-budak, dan terlalu serious. 


Saturday, June 15, 2013

Kot Iye Pun, Janganla Kedaung Sangat

at Saturday, June 15, 2013 0 comments
sejak dari kecik, aku dan keluarga aku memang bangsa makan kedai kedai kedai.

nak nampak dapur aku berasap, memang aku pitam beribu kali la. sebab mak aku malas masak. wakakakaka...

dapur tu berasap, kalau tak sebab kebakaran, takpun mak aku dapat rahmat dalam tidur dia. kihkihkih

jadi memang kitorang anak beranak biasa dah makan kedai ni.. beli bungkus je. 

kalau tak bungkus, makan dekat situ je. jadi mak aku selalu pesan something.

mak aku selalu kata, dalam banyak benda kita boleh beli dalam dunia, ada satu benda kita beli, jangan sesekali kita tawar menawar, iaitu makanan..!!

mak aku cukup pantang. kalau mahal pun, bayar je. jangan mintak murah ke hapa. kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.

jadi memang sampai sekarang aku pegang prinsip tu. memang aku ni kaki tawar menawar, tapi bab makan, never..!!

tadi aku pergi pasar malam. aku nak beli air. selalu memang aku beli kat satu pakcik ni.

standard la air pasar malam, singgit secawan. cuma kedai pakcik ni, jual air cendol, singgit setengah. tak kisahla kan, sebab air dia sedap. cendol pulak, bukan cendol bodoh gitu je.

masa aku beli, ada 2 orang pempuan tengah beli air. nampak gaya memang student.

yang sorang beli air biasa, sorang lagi beli cendol. mungkin sebab tak ada tanda harga, pakcik tu kata, 'seringgit setengah dik'

aku tengok dekat tangan dia ada 12 hinggit. bila dia dengan singgit setengah, dia boleh kata gini..

"SINGGIT BOLEH..??"

pftttttt......

pakcik tu balas, "cendol memang singgit setengah dik"

dia tawar lagi "singgit boleh tak?"


BOLEH...???????????

ada jugak makhluk gini....

aku pelik, bukan tak ada duit. tapi 50 sen tak mampu nak bayar. boleh pulak tawar menawar air secawan. aku tak tahula kalau dia memang bangsa kedaung..

pada aku, nak sedap, bayar lebih, nak murah, togok air paip je. lagi mahu bercendol-cendol. aku jendulkan baru tahu..

agak-agak ar kan. pakcik tu dah la susah, makin kau nak susahkan dia... 50 SEN JE CIK KAK OII...!



by Gadis Cantik


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review