Sunday, January 16, 2011

Dah Tak Boleh Gedik-Gedik

at Sunday, January 16, 2011 4 comments

Nangis dulu ok.. Tsk tsk tsk.. Selama ni aku menyanjungi lelaki kacak di dalam blog. Setat hari ni, no puji-puji, no lambung-lambung, betapa kacaknya mamat itu. Sudah ada yang memerhati. Sudah ada yang menyiasat. Siap ada kanta lagi tau. Huwaaaaaa... Acik tak suka..!


Aku sudah mendapat perlian dari seseorang yang .. er special, er istimewa, er tersayang, dan errr ape-ape jelah kan.. Malu sebenarnye. Gedik pun iye. Hik hik hik.. Lempang..!


Ingat tak entri aku pasal Dia Sangat Gentleman tu. Ade kan.. Bukan main melambung lagi aku puji sampai pluto nuh. Hensem la, kacak la. Eh tapi memang kacak ok.. Tadi semasa si ehem ehem nak hantar aku pulang ke asrama, selepas puas ber ehem-ehem (hikhikhik.. Gatai), dia tanya aku...


"Mama (lempang sekali), macam mana mamat ensem yang dekat dalam bas tu..??"

"Mamat ensem yang mana pulak ni papa (lempang 2 kali..!)"


Aku terpikir-pikir... Ape kene la pulak dengan pakcik ni, tetiba pulak kan. Mamat hensem mana ni ?? Aku tak pernah date dengan mana-mana lelaki (wah statement, memang bisa..hahahah)..


"Ala, yang mama cerita tolak-tolak makcik, amik-amik gambar, ensem papa tengok, dapat no telefon..?"


Dalam hati aku, ah sudah... Takkan dia baca kot kan.. Dia tak tahu aku ada blog uollss. Sebab, dalam blog boleh nakal-nakal tanpa pengetahuan dia.. Depan-depan senang pecah lobang. Dia dah sengih-sengih kambing, muka aku dah warna pink, malu-malu babu fesh.. Hahahaha..


"Papa baca ek...???"


Dia sengih lagi, tanda iye la tu kan..


"Papa jahat oh..! Papa marah ke..?"


Nak tahu apa die jawab..?? Aku ingat cemburu ke apa..


" Tak, papa tak marah, normal la tu, bila pakwe takde kat sebelah, nampak lelaki hensem, memuji-muji dalam hati..., Macam tu jugak dengan lelaki. Ternampak awek cun sikit, mesti memuji-muji, nak-nak awek xde kat sebelah. Dapat no telefon tak..? Sapa nama die Ma..?


Agak menusuk di hati la ayat dia tu kan.. Huhuhuhu..


"Jadi, kalau mama takde kat sebelah, papa puji-puji awek lain la..?"


Dia geleng-geleng..

Elehhhh..! Budget je tuh kan.. Kot la nampak yang lagi gebu sikit dari aku, menitik -nitik air liur..

Kesimpulannya, no puji-puji lelaki kacak after this.. kene behave uollss.. Susah nanti kalau ada yang merajuk.. Nak-nak kalau merajuk time dinner.. Rugi-rugi.. Wakakakaka. Lepas ni nak puji dia sorang je, mana tau, lembut hati dia nak bagi gelang emas sebesar rantai tambat kapal tu ke. La la la la ~



p/s: Ada yang muntah dengar adegan papa mama ni..?? Hik hik hik... Ok what, sebelum ni decide nak panggil baby tau.. Hahahaha.. Berkapan lah engkau disitu..

Saturday, January 15, 2011

Duit Nuffnang Pertama

at Saturday, January 15, 2011 6 comments

Yeay..!! Pertama kali aku nak cash out kan duit nuffnang pertama aku ni.. Walaupun rm 50 aje, tapi susah kot nak dapat Rm 50 ni. Setahun berblogging, baru boleh nak cash out.. Jenuh acik tunggu. Sampai kempis lemak-lemak ni. Hik hik hik.


Yang ni, otw akan di cash out kan.. Tanpa korang, sapelah blog aku ni. Cewaahh..! Agak budget disitu. Ingat ramai pembaca ke kan. Nanti kalau aku dapat juta-juta, aku belanja seafood eh eh eh..??? Tunggula korang, memang berjangguit nak capai juta-juta. Hahahaha... Bila aku post ni, hari Isnin ni, ramai la yang kerumun mintak belanja.. Baik aku cakap, alamak, dompet teringgal la, pakai duit korang dulu la. Sok aku bayar. Pastu esoknya buat lalalalala~ Hahahaha.. keji keji



Friday, January 14, 2011

Dia Sangat Gentleman

at Friday, January 14, 2011 4 comments
Pucuk dicita, ulam bergolek-golek.. Aku sempat menyaksikan kegentleman-nan seorang lelaki kacak dalam bas.. Hak hak hak


Kisah nya... Aku baru balik dari kelas, nak tunggu bas dekat bus stop. Setengah jam macam tu, lepas ketiak aku memang cukup basah,sampai boleh perah pakai span, baru la nampak bas terkedek-kedek datang. Naik bas di sini, kene cukup kental, kene berebut-rebut dengan makcik kilang Indon yang super duper menakutkan.


Kalau ko lembik, ko tersingkir. Tu je syaratnye.. Hahaha.. Memang horror. Aku wanita berurat konkrit, berdarah simen, xkan kalah beb..!! Harus dapat duduk kan. Makcik tak makcik, semua aku langgar. Hahahaha.

Lepas je bayar tambang, dapatlah jugak aku duduk, siapkan reservekan kerusi untuk minachi ok, dia tu lembik sikit, kene ade bodyguard macam aku. Wakakaka. Bila aku duduk je, aku terpandang sesusuk tubuh sedang duduk. Mata dah bertukar bintang-bintang. Muka dah shining-shining baby fesh.


Alamak...!!! Abang ensem, abang ensem.. Dah cuit-cuit minachi kat sebelah. Dia sengih-sengih tersimpul ayu.. Fake giler senyuman tu !! Saje la tu nak potong line kan.. Saje nak buat gadis cantik terselindung disebalik semak samun... Tak boleh percaya ini perempuan.

So, makin lama, makin ramai pulak yang naik sampai bersesak-sesak. Dari tadi, aku masih di dalam angan-angan khayalan, mata masih berbintang-bintang kan. Tibe-tibe, aku nampak dia dah bangun. Eh, nak turun dah ke..?? Jangan la turun plzzz, tak sempat merembes ni. Hahahaha

Rupanya dia bukan nak turun dari bas ok, dia nak bagi makcik-makcik tu duduk. Dia sanggup berdiri. Aku yang memerhati, alah alahai... ekau sudah tusuk jantung den la yob.. Apo namo eh..???




Kali ni, bukan bintang je keluar, bulan, planet pluto, marikh, matahari sudah terpusing-pusing kat mata.. Tangan minachi sudah ku pulas-pulas kerana kegeraman. Ei ei ei..!!!


Then, aku pun cakap pada minachi, "Mira, kesian kan makcik tu. Kita bagi dia dudukla, penat ha dia berdiri kan. Sampai ketor-ketor"


Dengan tetibanya aku jadi angle-angle baby fesh.. Hahahaha.... Bukan apa, saje nak adjust tengok tinggi mana lelaki ni, senang aku nak deal dengan mak andam. Wakakakaka..


Thursday, January 13, 2011

Sedapnya Tido

at Thursday, January 13, 2011 0 comments

BAZILAH BINTI JUSOH...!!!!


Sila bangun ye.. Jelesnya tengok Baz tidor tak bangun-bangun. Eh, hidup lagi ke tak minah ni. hahahaha. jahat gila aku. Takdelah, statik je roomate aku ni tido.. Risau menggunung ni. Oh ok, dia baru bergerak sikit. Hidup lagi. huhuhu

Aku bangun, dia tido, aku tido, dia tido, aku bangun tido, dia tido.. mencik ok dengan orang yang boleh tidor lama-lama ni...

Aku nak tidur lama-lama, mesti ada je yang cemburu. Tak sampai 5 minit, ada je yang calling-calling... Ada je yang suruh sign agreement sana sini, check juta-juta, kontrak ber K K.. Susah jadi CEO ni.. Ceaaaa.. (kembang hidung sebab henset bunyi lagi kencang dari korang)..

I kan famous.. Tu tak masuk lagi buzz buzz kat FB, twitter, YM, bersusun-susun, tu ade lagi yang tengah tunggu giliran nak buzz aku.. Hakhakhak.. Ayat nak menang je kan.. Tidak ku sangka, hidupku sepopular ini.. Hahahaha... Muntah..!


Motip entry..?? Just nak bagitau aku glamour.. Wakakakaka

Sebenarnya sedang keseorangan di kala Bazilah Jusoh xnak bangun-bangun. Dan saya kesepian... tsk tsk tsk

Kisah Duit

at Thursday, January 13, 2011 2 comments



Kan aku ada pung pang pung pang pasal elaun yang tak masuk-masuk lagi tu kan. Yang KONON-KONON masuk 12 hb tu.. Sejak 12 hb Januari, aku telah 10 kali membuka Maybank 2U, tak termasuk aktiviti mencucuh kad di ATM, adalah juga lapanploh kali (ok itu tipu), baki tetap sebelas hinggit sembilan ploh sen.. sebelas hinggit sembilan ploh sen.. sebelas hinggit sembilan ploh sen..!!


Rasa nak bunuh diri kot tiap kali tengok angka sebelas hinggit sembilan ploh sen tu.. Ate, aku menunggu sebelum 12 hb lagi ni.. Baru rancang 13 hb nak goyang bontot kat club ke kan.


Well, tengahari tadi, orang dari Biotechcorp datang dan bagi jaminan minggu depan duit akan masuk... Lambat tu.. Minggu depan ye.. Kita tengok apa jadi minggu depan, kalau xdeeeeee... aku teeea pale mu.. Cube royak sungguh ke ambo. Ceaaahh.. sesuka hati nak teeeaa kepala orang kan..


Girl, Monday night, kita goyang bontot kat Aloha jom... Hahahaha.. Shhh. Jangan bagitahu budak lelaki tau, jatuh saham makcik.. Anak-anak ayam ku sekalian, set time, kita goyang dada kat Loft malam Selasa.. hahahaha


Macam haram je perangai aku.. Well, artissss kannn... Tak keyell la tak pergi club (trademark cik buyung paling latest)


p/s: dapat duit nanti nak beli ape ek..?? Angan-angan nak beli spender Victoria Secret tak tercapai lagi ni.. hikhikhik.. Orang sekarang, spender pun boleh jadi angan-angan..


Wednesday, January 12, 2011

Miss Universe & Mummy Shrek

at Wednesday, January 12, 2011 2 comments
Yang mana satu mummy shrek..??? Mestilah yang belakang tu... hak hak hak.. Miss Universe kene duduk depan-depan kalau tak, penonton tak nampak. Artis katanya kan, kalau bergambar, hasil kene kencang. Instructor sibk bagi penenrangan, yang aku dengan mummy shrek ni sibuk bermuncung-muncung, ber muahh muahh (lain macam je bunyinye. hehehe).


Oh...! Mak terkejut nok.. nok mana yang terkejut. Mestilah nok shrek.. hahahaha


Sementara menunggu apebendebala entah nama machine tu beroperasi, nok-nok menjalankan misi menggedik, tanpa menghiraukan lelaki kacak yang memandang.. Huisshh, jatuh saham acik ni tau..( betulkan selendang balik. Hahaha)


Jelingan maut kami berdua. Terimalah..! Dan muntah...

Tuesday, January 11, 2011

Debaran $$

at Tuesday, January 11, 2011 2 comments

Debar tak, debar tak..???

Bukan debaran menunggu di pinang orang, tapi debaran menunggu 12 January 2011.. DUIT MASUK WEI... Aku dah terbau-bau kewangian abang-abang bank yang akan luluskan duit student BeST.. Dan muka-muka kakak-kakak Biotech-Corp cantik yang muram, di saat menunggu tarikh ini..


Lama kot tunggu ni. Kalau la duit masuk esok, hari Khamis, semua masuk kelas bau kedai je ok.. Dah takde dah bau stokin kepam. Semua baru. Takde dah tengok baju lusuh, semua pakai baju yang belum tanggal tag harga, nak tunjuk 'Baju aku beli kat Sogo weii, ko kat masjid India je.. Xde kelassss... Hahahaha'

Kalau yang lelaki, kasut bau wangi je kan, maklumlah, sebelum ni nak beli sabun basuh stokin pun, nangis dulu. Yang perempuan pulak, part mana yang tak bahu kedai. Atas bawah. Kat kepala, bau KLCC, kat tangan bau Pavillion, kat peha bau Times Square, kat kaki bau I-Setan.. Ko nak mana lagi, yang dalam-dalam tu, bau Victoria Secret. Jangan main-main kooo.


Dan malam esok, aku sure, MacD depan hostel tu, dah jadi macam kedai mamak je.. hek elehhh.. gituw kan. Nak datang pun, x payah pikir, dompet aku bocor tak ek minggu ni,. Takpun dalam kepala dah berkira-kira, tadi siang duit 50 sen ade 5 keping, 20 sen ade sepoloh keping, duit kertas seringgit ade 5 keping, dah bayar itu ini, eh cukup makan MacD ni. Hari kamis ni, xde dah, kasi terjah aje kan..


Aku jamin, tepat pukul 9 esok, masing-masing xde dalam kelas, berderet beratur kat ATM tu, takpun, yang malas nak tengok, cari muka aku, 'Fa, duit dah masuk ???' Apa ko ingat muka aku kaunter pertanyaan baki ke..???


Apa-apa hal pun uollss-uollss yang berkenaan, sabar ye.. Esok malam kasi terjah itu JJ ke, Sogo ke, nak up lagi Pavillion ke, sapa pakai baju buruk hari Khamis, kite kasi ketawa.. Muahahaha.. Sekali aku.. Nangisssssss...


p/s: Jom pi Pavi.. Cikai-cikai pun the Curve la.. Ceaaaah


Usha Tugu Negara Pulak

at Tuesday, January 11, 2011 0 comments
Bismillahhirrahman ni rahim, dimulakan sebuah entry berjalan-jalan lagi, dengan muka perempuan cantik yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Keh keh keh..


Dekat kelas dah ade yang menegur ok. 'Fa, ko ni asyik berjaaaaaaaaalan aje..!' Dah tu camno, kaki ni, paku la macam mana pun, akan ku seret jugak.. Lepas je aku berilmiah (katanya kan) di Muzium Negara, awek adik aku tanya, "Nak pergi mana lagi kak..??". dengan sifat kepatriotikan dan kesetiaan kepada negara, aku jawab "TUGU NEGARA bebeh". Hahahaha.. Terbebeh-bebeh koo.



Sapa dah jalan Tugu Negara..??? Angkat hidung.. Aku dah pergiiii, boleh kembang hidung..! Hahahaha. Ko ada, ko ada..???


Well, aku boleh bet la, ada orang KL yang x pernah tengok pun Tugu Negara yang sebenar..?? Kalau ko kata, Tugu Negara ni adalah patung yang kecik, meh aku sekeh kepala ko. Dalam tv, nampak tak berapa besar ok, bila tengok depan hidung, kau akan rasa OMAKAAAIIHHHH (cara orang melayu), OMAIGODDDD (cara orang putih).



Bosar kemain.. mencucuk langit. Dan aku adalah kagum terloncat-loncat.. Kalau tanpa loncat tu, kagum sikit je. hikhikhik. Tugu Negara ni, area Taman Tasik Perdana tu je, cuma, nak masuk dalam tu, kene jalan sikit, bukanlah, betul-betul tepi jalan. Apa..??? Malas jalan..??? Kooo, sejak jadi manusia ni, cubalah bawak insaf sikit dengan lemak-lemak tu. Ceaaaa.. Mentang-mentang dah turun 3 kg, motif ???? hahahaha




Masuk je pintu utama, mula-mula akan ada Tugu Peringatan, Tugu Peringatan dan Tugu Negara ni, lain ok. Yang Tugu negara tu khas untuk askar Melayu, yang Tugu Peringatan tu, untuk semua.



Tapi, kat Tugu Peringatan ni, dah ada nama-nama orang yang terkorban, so, banyak nama orang putih la, orang Melayu nan adooo. Cari-cari jugak, tapi tak ada.

Gigih la adik ipar aku tu melayan perangai gedik aku ni.. Aku posing gaya ratu pun, dikata cantik.. Hak hak hak. Best kot ada adik ipar, kalau ko kata ko penah menang Miss Universe pun, die ucap tahniah. Hahahaha. Sejak-sejak pinggang dah 24 ni (ke..?? hehehe), saham aku double.. DOUBLE wei...

Monday, January 10, 2011

Dah la gemuk...

at Monday, January 10, 2011 2 comments
Sambung. Dahla gemuk..!!! Perangai macam tutttttt... macam teeeettttt... macam totttttt..!!! Aku benci mamalia dugung itu, bajet macam bagus je kan. Kalau berjalan, muka tak boleh blah langsung, kemain mendada macam artis.. Hey, yang kau tunjuk tu bukan dada ye, itu lemak..!


Dah lama aku nak cerita, tapi aku pendaaaammm je, ni baru terluah. Kisah perempuan gemuk, yang aku terpaksa pandang HARI_HARI.. HARI-HARI ye..! Tiap kali tunggu bas, terpaksa pandang muka dia.. Kalau uolls nak tau, dugong ni, super duper sombong ok..!! Aku benci.. Muka agak sial sikit la.. Aku pernah senyum kat dia, tapi dia boleh buat muka celaka depan aku. Perggh..!! Sejak hari tu, aku dah mark ikan paus itu. Pempuan ni sangat menjengkelkan ok. Padan la kau takde kawan kan.


Kawan aku pernah cerita, masa nak naik bas, budak tu tolak kawan aku ok.. Kau tahu, dah la die tu GEMUK, pastu die pergi tolak kawan aku, kawan aku tu, kalau ko tiup pun, boleh sampai obersea. Ini kan pulak di sondol oleh ikan paus. Panas je la kawan aku tu, tau la nak cepat kan, tapi agak-agak la nak tolak. Kalau badan ko tu seslim nasha aziz takpe jugak. Daaa...! Saiz kau dah padan nak masuk Biggest Looser ok.


Minggu lepas tak silap aku, masa tengah tunggu bas Kat Bus Stop. Masa tu lama jugak la nak tunggu bas tu sampai. Ada seorang driver ni, pakcik la kiranya, memang peramah orangnya, suka buat lawak. Dia suka buat lawak bukak pintu lambat-lambat kalau kalau dia tengok kami ni nak naik. Weoll tak kisah mana la, sebab pakcik kannn.. Hormat uollss.. Masa tunggu bas tu, pakcik ni la yang jadi driver, jadi sampai-sampai je bas tu depan kitorang, die buat la main-main tak nak bukak pintu bas.


Kau tahu, apa budak gemuk a.k.a belon udara tu cakap..???



"Pakcik, bukakla..!! Erggh erghh..!"



Kurang ajar tak..?? Mana adab ko pempuan..?? Kau sedar tak, badan kau tu gemuk, xde jantan nak, lepas tu perangai ko tott tett tuttt..?? Ko perasan tak..??? Dengan orang tua pun, ko tak hormat. Orang kata, biar muka x cantik, biar badan tak solid, biar muka ko parut-parut, tapi, orang semua suka kawan dengan kau.. Ni tak, belon panas tu pun aku rase lagi sejuk dari baran kau tu..!! Apasal kau nak marah..??? Penat menanggung lemak..???

Perempuan Cantik Sedang Kemalasan

at Monday, January 10, 2011 0 comments



Sejak akhir-akhir ni aku malas sangat nak taip entry.

Malas nak cerita.


Malas nak karang ayat.


Malas nak letak hehehe hohoho hihihi


Malas nak syok sendiri dah (dengan mengatakan aku la perempuan cantik di abad ini)


Malas nak kutuk orang.



Malas nak mengaku diri sendiri glamour. Boleh ?? hehehehe

Malas nak amik tahu yang aku digilai ramai.. Hakhakhak..


Malas nak menggilai jejaka kacak di dalam blog.


Malas nak mengumpat Mr A

Malas nak bagitahu yang diri ni bukan tak laku, tapi demand terlampau.


Ok kesimpulannya.. MALAS...!!!
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review