Friday, January 14, 2011

Dia Sangat Gentleman

at Friday, January 14, 2011
Reactions: 
Pucuk dicita, ulam bergolek-golek.. Aku sempat menyaksikan kegentleman-nan seorang lelaki kacak dalam bas.. Hak hak hak


Kisah nya... Aku baru balik dari kelas, nak tunggu bas dekat bus stop. Setengah jam macam tu, lepas ketiak aku memang cukup basah,sampai boleh perah pakai span, baru la nampak bas terkedek-kedek datang. Naik bas di sini, kene cukup kental, kene berebut-rebut dengan makcik kilang Indon yang super duper menakutkan.


Kalau ko lembik, ko tersingkir. Tu je syaratnye.. Hahaha.. Memang horror. Aku wanita berurat konkrit, berdarah simen, xkan kalah beb..!! Harus dapat duduk kan. Makcik tak makcik, semua aku langgar. Hahahaha.

Lepas je bayar tambang, dapatlah jugak aku duduk, siapkan reservekan kerusi untuk minachi ok, dia tu lembik sikit, kene ade bodyguard macam aku. Wakakaka. Bila aku duduk je, aku terpandang sesusuk tubuh sedang duduk. Mata dah bertukar bintang-bintang. Muka dah shining-shining baby fesh.


Alamak...!!! Abang ensem, abang ensem.. Dah cuit-cuit minachi kat sebelah. Dia sengih-sengih tersimpul ayu.. Fake giler senyuman tu !! Saje la tu nak potong line kan.. Saje nak buat gadis cantik terselindung disebalik semak samun... Tak boleh percaya ini perempuan.

So, makin lama, makin ramai pulak yang naik sampai bersesak-sesak. Dari tadi, aku masih di dalam angan-angan khayalan, mata masih berbintang-bintang kan. Tibe-tibe, aku nampak dia dah bangun. Eh, nak turun dah ke..?? Jangan la turun plzzz, tak sempat merembes ni. Hahahaha

Rupanya dia bukan nak turun dari bas ok, dia nak bagi makcik-makcik tu duduk. Dia sanggup berdiri. Aku yang memerhati, alah alahai... ekau sudah tusuk jantung den la yob.. Apo namo eh..???




Kali ni, bukan bintang je keluar, bulan, planet pluto, marikh, matahari sudah terpusing-pusing kat mata.. Tangan minachi sudah ku pulas-pulas kerana kegeraman. Ei ei ei..!!!


Then, aku pun cakap pada minachi, "Mira, kesian kan makcik tu. Kita bagi dia dudukla, penat ha dia berdiri kan. Sampai ketor-ketor"


Dengan tetibanya aku jadi angle-angle baby fesh.. Hahahaha.... Bukan apa, saje nak adjust tengok tinggi mana lelaki ni, senang aku nak deal dengan mak andam. Wakakakaka..


4 comments:

miszcoolrelax said...

kekeke. kau amek pic dia without permission. ada yang kena saman satgi.0__o hee~

Fariha said...

hensem kan???saman x saman...yang penting ensem..hahaha

Anonymous said...

saman tu mendekatkan lg hubungan..hahha..aku assume ni mamat oversea ni..hehehe

Fariha said...

rase nak merogol je..wakakakaka

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review