Tuesday, November 30, 2010

Cik Buyung Mempersembahkan...

at Tuesday, November 30, 2010
Reactions: 
0 comments
Juara Suara Sodap Kampung Parit Lapis 09

video



Sodap la sangat ..Macam unta tercekik buah kurma adalah perumpamaan yang terbaik kan

Tapi yang ni khas untuk sesapa yang merindui suara lemak petir dentam dentum aku..hakhakhak..

Kata rindu kan, haruslah aku kasi full song..hambeeekkkk...

Amaran, kalau tetibe speaker rosak, jangan cakap 'Buyung punya pasal ni, habis jahanam speaker aku, suara tak nak kalah ngan Tok Siti. .. Tok Ti tarik, ko pun tarik kan...Cettt..!!!'

Dengarkan suara Cik Buyung pada minit ke 1:40 dan ke atas.. hehehe..Yang lama tak period pun, boleh ter period dengar suara aku.... Sore aku kan penawar segala masalah, itu la ubat, itula racun, itulah penambah stressss

Tetiba la kan, lepas aku upload ni, ade orang di luar sana jerit 'KAKAK BUYUNG..!! MINTAK SAINNNNNNN.....'

Memang gempak uollsss..Hari tu jugak aku cari laki, ajak kawin.. (tetiba)


Tapi video ni, nampak nau aku punya muka 'matang', kot la yang datang nak mintak sain tu kasi keluar ayat gini:


'Acik, sedaplah suara acik, acik ni buat album bebanyak, anak kat rumah sapa jaga ?'


CISSSS... Memang mendapat lempangan panglima hitam di pipi, ACIK KO PANGGIL AKU..!!!



p/s: eh pernah tau aku dipanggil makcik, masa tu ada budak-budak datang raya rumah. Mak aku takde, jadi aku la yang bagi angpau berisi duit kepok-kepok..

Budak-budak beselah, datang rumah nak duit je, makan nya idak, lepas termenung sana, termenung sini, cukup time, bina line panjang depan aku, masing-masing menyalam la


'Terima kasih kak, akak ni cun la'


'Thank kakak, abang saya kirim salam, dia kata hari-hari nampak akak sidai kain'


'T.Q akak, akak buat air sedap la, apa resepinya..'


Dan bila giliran budak yang terakhir...


'TERIMA KASIH MAKCIK...'


Dan aku konfius sekejap


Monday, November 29, 2010

Kenduri Kawin

at Monday, November 29, 2010
Reactions: 
0 comments
Sapa yang kawin..???


Kalau aku cakap aku yang kawin, uolls rasa aku direjam tak oleh teman-teman cik buyung yang perasan primadona terhangat itu..?? Aku rasa bukan aja aku direjam, disodok tekak aku ni pakai kapak gamoknya kalau aku kawin x jemput-jemput diorang..


Yea, kawan-kawan aku memang brutal habis sampai nak kapak-kapak orang, bab bab kawin lagi la sensitif habis kan..


Tak sabor katanya sapa la yang dapat tawan hati aku ni.. Ecececeaaa, tawan katanya, aku yang banyak kali sudah ditawan dan hatiku diseret pergi adalah kan.. Ni kira kenduri sepupu belah bapak aku kat Jelebu..


Pagi-pagi, sudah dikejut bangun oleh petiran suara Makcik Hang Tuah..


'Kakak..!! Bangun..!!'


Meloncat aku.. Pastu tido semula...ngeh ngeh ngeh..


Apa kekdahnya pukul 7 dah bangun. Mimpi baru nak bermula oi... Kalau sempat bermimpi malam pertama dengan anak raja ke, aku tak kan sesali apa-apa pun dalam hidup ini...




Hak hak hak.. x boleh blah langsung, tak nak kalah tu.. Kau tengok bertapa sembapnya muka, macam Aso-Aso yang dipaksa jual sayur kat pasar pagi-pagi


Sepanjang perjalanan aku adalah kroh kroh.. Sempat la jugak menitikkan sedikit air-air azimat..hehehehe.. Mana taknya, sampai kol 12 aku terbongkang, nasibla kan sape-sape yang terpaksa melihat gaya tidur ku yang macam king kong ni.. Kepada abang-abang yang jaga tol, yang memotong kereta aku, memang hari bertuah korang..Jarang aku membuat aksi luar dugaan


Selingan: Tadi ada abang tol kenyit mata angkat-angkat kening kat aku...


Motip selingan: SAJA.. hehehehe



Pukul 12 tghari camtu, sedar-sedar je sampai dah..Eh eh dah sampailah, bangun tegak, betulkan tudung, kesat air-air azimat sikit, test nafas sikit, haa haa, ok good tak ada bau.. JOM MELANTAK... Tema pengantin adalah merah.. Uii, silau mata den..



Nasib la aku tak pakai merah. Kotla kan, tetiba tetamu datang "Ni mak pengantinnya ye.."


Perghhh..!! Mendapat la aku di situ kan..Nak ngangguk ke tidak.. Kalau ngangguk dapat duit, kalau tak ngangguk, rugi-rugi.. Duit punya pasal, angguk saja..hehehehe



Kenapa aku bolat..??? Sendiri kepelikan disitu.. Nampak sikit-sikit ala bebola ikan la uollss


Bila sampai dah terlalu awal, jadi orang pun belum start makan... Aku dah start meroyan ni.. Eh korang tak lapar ek..??? Ke perut korang ni perut besi..?? Lunch time sudeee.. Aku kalau tak makan, tak boleh bernafas, kalau x bernafas, aku boleh mental... WAH..!!! melalut..



Makcik Hang Tuah yang duduk kat sebelah aku dah muka toye je kan sebab eh eh, belum ada orang makan ke..??


Mak aku lagi la kecewa, muka steady je beb, tapi dalam perut, hanya anak eh si Cik Buyung sorang je yang tau.. LAPOR LA TU.. hahahaha


"Ok, para hadirin dijemput ke khemah hidangan untuk menjamu lauk-lauk yang ada"



Aku pandang sebelah... Hoh..!!!! Dah takde dah mak aku....Si Gendut pun menghilang..Pantang betul dua beranak ni bila sebut pasal makan..



Sepupu aku yang perempuan tu,. Dia ni anak ke berapa, wallahualam..

Ramai beno adik-beradik.. Nak nak, muke spesen je kan masing-masing ..

Salam yang ni, tetibe ada yang muka sama datang salam aku lagi..


Eh bukan tadi dah salam ke..??


Mana ada.. Haa ni mesti si polan la ni yang salam akak tadi

Aku termalu sendiri.. Cisss...





Pengantin lelaki bukan nak toleh belakang pun bila naik pelamin. Kemain laju. Sekali kalau tak perasan, yang diheretnya tu tangan mak andam naik ke pelamin, kecoh jugakla sekampung.. Tak pasal-pasal malam pertama ko tidur luar kan... Sangap la ko seminggu disitu




Bunga telur kami.. Tantek kan..??? Tak payah susah-susah nak cucuk, sangkut yo kat besi.. Kalau xde besi, hidung ko pun jadi

Bila perut sudah ketat, senyum-senyum, salam-salam, apa lagi, ca alif but la... Sebab mahu ke Jeram... WEHOOOO...!!!




Diakhiri dengan muka kekenyangan anak-anak phirana.. Woi..!! Lemak tutup.. Kantoiii


Sunday, November 28, 2010

Video Cikgu Shida

at Sunday, November 28, 2010
Reactions: 
0 comments



video


Mungkin, sesetengah dah tahu kot tentang video ni..

Aku je style species manusia tinggal dalam gua baru perasan kan..

Ok, apa yang uollss pikir..?? Dia seorang lelaki..?? Seorang yang otak gila-gila muda remaja..?? Seorang yang suka-suka duduk depan pc macam tak ada life (macam aku)..??

Salah sama sekali. Yang sebetulnya



Ye...inilah orangnya..seorang PEREMPUAN ok... Dan, dia ni ialah seorang guru.. Mak terkejut patpoloh kali tau..pengsan dah berjuta-juta kali kot..



Tapi video ni memang aku suka..layan la jugak di waktu senggang.. Buat modal terbahak sorang di dalam istana ku yang tak semenggah ni.


Ko bayangkan, dia ni dikira dah dicukup famous gara-gara video beliau yang hebat kemain tu.. Kira boleh buat modal kembang hidung la kan..


Tak disangkal, ramai jugak yang mengutuk, tak sesuai la, menyampah la, tak tutup aurat la, gedik la, bikin malu la, hati kering la, geli la, psycho la, takde moral la, wahhh..!!!


Macam bagus sangat pengomen-pengomen tu..macam la awek ko tak gedik, macamla takde orang meyampah kat ko, macam la hati ko basah sangat kan, macam la adik beradik ko tutup aurat, entah-entah puas beromen dalam semak, macam la muka ko tak saiko bila kejor awek cun, macam la moral ko setinggi Everest, lagi mahu kencang bile mengata orang.


Kalau la aku ada cikgu aku gini, memang vangga weh. Ni dikira cikgu yang berbakat, sesetengah tu aku tahu la takde bakat langsung, bakat orang bukan sama..Cikgu ni otak masuk air beb, aku pulak student yang ting tong, kire boleh jadi BFF ohhhh (tetibe) .


Kalau aku belajar kat sekolah dia mengajar, boleh riak oh dengan sekolah sebelah, KO ADA CIKGU MACAM TU..??? Gitu kan... Aku taknak kutuk orang je, nanti uolls kata aku ni hati kering asyik cakap main lepas..




(Eh bukan kat atas tadi ko sesedap kutuk anak beranak orang ke..?? hak hak hak)



SHADAP U..!!!


Saturday, November 27, 2010

Permainan Lubang Hidung

at Saturday, November 27, 2010
Reactions: 
0 comments

Syarat permainan..

Ada 2 saja:



Yang pertama


Bulu jangan terjulur keluar..kalau terkeluar..??

Kasi jolok masuk balik..wakakakaka


Yang kedua


Itu lubang kasi clear ma.. Kasi itu sistem pengudaraan lancar, tidak perlu jam jam seperti di KL
Bernafas secara kencang..!!
Kalau ada bijih-bijih halangan, hulurkan saja jari telunjuk, gerudi-gerudi sikit, pastu buang (ke ada yang jilat..??) hahahahaha



JOM KITA MULAKAN...!!!


Permainan senget ini telah disertai oleh Cik Buyung dan si gendut..kebosanan melanda, jadi kami saja-saja buat game ini



Kasi kembang...UP UP dan UPPPPP lagi... (over pulak si gendut ni, hidung macam capang telinga naga)




Kempissssss......


KEMBANGGGG....??????



Kempissssss.....(eh hidung sapa ni..?? mancung oh oh ohhhhh) hahahaha



Gendut..!!! Nape hidung Kak Iya tak boleh kembang macam gendut ni.. iyarhhh..iyarhh..!!!


Maka, si gendut tolong kembangkan hidung aku


Inilah aktiviti kami di kala boring..

Main kembang-kembang hidung pulak ko ekk..!!


Jadi, terjawab la persoalan misteri di entri 'Kisah Potret' itu..


Maka, gambar dua lobang itu ialah gambar lobang hidung aku...wakakakaka


************************



p/s: SEBELUM ITU AKU NAK TANYA



Errr..rasa marah tak ???


Hahahahaha

Friday, November 26, 2010

Adoi..Sakitnya..!!!

at Friday, November 26, 2010
Reactions: 
0 comments















Kisah Potret...

at Friday, November 26, 2010
Reactions: 
0 comments



Ingin tahu apakah yang berada disebalik potret ini..?

Pendedahannya pasti mengundang bencana..


Ketidakpuasan hati pasti melanda jiwa..


Kekacauaan berlaku di seloroh pelosok antarabangsa..


Kemarahan mengatasi segalanya..


Amukan manusia di mana-mana sahaja


Yang pasti, pasti ada seseorang yang harus dipersalahkan..

Semuanya..akan terjawab..pada...



EPISOD AKAN DATANG...


Thursday, November 25, 2010

Angle Mana Yang Menawan..?

at Thursday, November 25, 2010
Reactions: 
5 comments
TAHUKAN ANDA...??

(
ececeh, tetibe feeling wikipedia)


Nak amik gambar pun, muka kena ada angle tersendiri supaya nampak menawan, anggun, cun, solehah, primadona macam.................CIK BUYUNG..!! (hak hak hak)


Angle yang salah menjadikan yang sebaliknya seperti, muka x cukup sifat, jelek, rasa nak melempang doploh kali, takpun, rasa mahu menyimbah asid ke tuan punya muka..


Angle bagaimana yang kita mahu cari..??



Sila perhatikan demonstrasi di bawah ye..
Sebelum itu, harap maaf, model agak tak cukup betul malam itu, jadi sangatla seperti Cik Kiah Sanggul





Angle ini diambil sambil muka mengarah ke kanan, dan mata melirik manja ke camera..

Pasti seperti bidadari dari kayangan..

Errr..Puteri Ulek Mayang pun boleh jadi jugak..Tak kira lah, asalkan pwincesss-pwincess gitu kan

Seperti wanita diatas..!




Yang ini pula diambil sambil muka menghadap kiri

Walaupun berusaha membuat mata goda-godaan, sekuat mana pun ketajaman mata hazel-hazel itu, tetap macam nenek kebayan ..

Part yang jendul tu paling tak boleh blah la kan, expose habis...



Jadi, anda berada di angle yang mana untuk kelihatan menawan..??



Sebelah kiri atau kanan..?? Untuk Cik Buyung..??




Cik Buyung special case uollss, semua angle menawan gitu...hak hak hak


In every angle, i'am look like an angel.. (wah..!! gitu kan)


p/s: No wonder RJ selalu kalau bergambar, sampai teleng-teleng kepala nak cari angle.



Uollss see this minah, bila angle muka teleng ke kiri, veru cun melecun..memang perempuan tengok, separuh cair la.. Baru yang perempuan kan, yang lelaki entah apa lagi. Hari ni bertentang mata, esok dah masuk meminang gamoknya..(Kipas susah mati ni)



Bila tiada angle...????




ASTAGFIRALLAHALAZIM...!!! (menawan kan..??)



HAK HAK HAK...


(RJ, ku sudah tahu trick mu, lepas ni jangan terkejut kalau semue gambar cik buyung teleng kanan..)


Wednesday, November 24, 2010

Perempuan Mereng Batu Pahat

at Wednesday, November 24, 2010
Reactions: 
0 comments

























































































Masing-masing jakun tak pernah jumpa webcam, tetibe jadi perempuan ting tong kan..ke nak up lagi kutukan tu, PEMPUAN GILOOOO..hahahaha..!!


Serius otak aku tengah parkinson gara-gara menjawab soklan KPLI yang boleh buat aku terus ke kubur..GILA AH KOOO...


TAK BOLEH BUAT LAGI SUSAH KE...??? Kacang je bro..Soalan tak killer langsung..Tutup mata pun boleh buat kira-kira (kembang-kembang hidung)..



*sedang melayang kemeroyanan perempuan senget selepas menjawab test KPLI


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review