Tuesday, December 7, 2010

MAHA 2010

at Tuesday, December 07, 2010
Aktiviti hari sabtu ialah aku ke MAHA 2010 di MAEPS-UPM...


Bangun pagi-pagi, tengok jam terus meloncat sebab dah pukul 10.30 pagi.. SUDAH LAMBAT..!!! Yennadei, kenapa takde orang kejut ha...?? Tuan puteri banyak agenda hari ni..


Mandi laju-laju, make-up tebal-tebal, lari sepantas kilat mengejar teksi.. TEKSI...!!!! (Alamak, ketiak basah, turun tangan balik..hehehehe)


Amik LRT, terus naik komuter ke Serdang.. Eh ake dah reti tau.. Baru seminggu belajar, dah expert nak naik kat lorong mana.. Tapi klo ko suruh aku pergi KLCC naik LRT, memang aku sepak juta-juta ah..


Turun je komuter, amik bas ke UPM, dah la kene diri uollss, jauh pulak tu.. Terpaksa berebut-rebut dengan makcik gemuk sorang tu, sekali die hentam badan aku kat pintu bas, mendapat je lebam kan...Perghhh.. Sakit memang tak ah, sebab rasa nak tendang bontot makcik tu lagi memuncak



Jalan adalah jam.. Nak pergi masjid pun tak jam macam ni.. Nampak nau.. HAHAHAHA



Alamak..!! Mata ter stim sudahhh... Aku pergi bersama kawan depan bilik aku kat hostel, since dia tak balik rumah, aku paksa die bawak pergi jalan-jalan.. Hahahaha.. Kejam gila..


Dia pun layan je, bosan gamoknya.. Aku jenis manusia susah nak berhenti kalau dah berjalan, dia pun species aku jugak.. Memang best la kan.. Kalau sesetengah orang tu, jalan sikit je dah nak cari kerusi. Bila nak habis nye yob kalau gitu carenye..

Kami dah sampai... TADAAAAA....

Turun-turun je, ramai gile orang.. Oi, korang hari minggu tak reti duk rumah jaga anak ek..?? Basuh jamban ke, time aku keluar la, sibuk korang nak keluar jugak.. Kasi berat bas je..


Muka happy je kan.. Boleh 'memancing' uollss..! hahaha



Makan dulu.. Kaki dah parkinson tak boleh nak berjalan. Kalau boleh merangkak pun, memang syukur alhamdullillah.. Dari pagi x mencekik.. Tu yang jadi serigala tu bila berebut naik bas..

Sama montel, sama cute.. Macam orang lain tak cute pulak kan. Hehehe.. Aku kan suka feeling sorang-sorang. Makan nasi ayam je.. Tak mampu nak mencari makanan lain.. aku ingat pameran MAHA ni, dikumpul dalam satu kawasan, tapiiiii.... ada banyak kawasan, dan jaraknya adalah jauh...


Ponek makcik ni menapak.. Sampai sakit-sakit pinggang.. Aku sampai di Pintu 1, dimana, banyak orang jual pokok bunga.. Aku teringat makcik Hang Tuah, dia memang suka ah ni. Nasib tak pergi dengan dia, kalau tak aku la yang jadi mangsa angkat pokok-pokok bunga dia.. Selamat...

Eh kat MAHA ada jual tudung-tudung ke..??? Harusla ada uollsss... Gerai pertama yang aku masuk tau.. Ate, aku mana minat pokok-pokok ni, pandang pun jeling-jeling je.. Idok ler aku bawak kanta pembesar, pastu telek satu-satu urat daun. Fanatik ohh kalau yang gitu..

Mak... Nak belon...!!!!

Sedang naik bukit untuk ke dewan yang ade booth-booth makanan dan tester percuma.. Hehehehe.. Mak-mak suka la tester-tester ni kan.. Eh aku pun uollsss.. Maksud aku, aku pun suka tester-tester, bukan nak kata aku pun mak-mak.. Aku debik karang..!

Aku di dalam dewan.. Dewan ni x best, sebab xde makan free.. Hehehehe.

Ada jugak dalam ni booth untuk perikanan.. terjumpa kawan lama tau, iaitu Cik Penyu.. Cik Penyu makin cute la.. Apa rahsianya..hehehe.. mentel sungguh..

Rantai mutiara dari Sabah.. Cantik sangat... Entah berapa la hargamya...

Aku di dalam tembikai... Nasib oh aku x pakai tudung tembikai aku tu, kalau tak mesti uolss tak boleh beza, mana satu Cik Buyung, mana satu buah tembikai.

Mini landskap yang dipertandingkan..Warna-warni sebab pakai kaktus berwarna sahaja.. SUKA PINK..!!!

Masuk ke ruangan satu lagi, dan semuanya adalah tempat tanaman bunga orkid sahaja.. Boleh pitam tengok lama-lama.

Pelbagai saiz, pelbagai warna.. Ada yang saiz kecik, nak saiz yang ala-ala pipi Cik Buyung pun ada..

Sapa-sapa peminat orkid, boleh berkampung dalam ni. Angkut tilam bantal semua

Di taman mini landskap yang cantik menawan ko memang debom..!!



Duduk sekejap.. Ponek..!! Pekena capuchino blended pun sedap bebeh..

Macam gadis poster pulak uolss.. Hak hak hak...

Semuanya pasal pertanian kat sini, tak berapa nak amik port sebab tak paham langsung

Nak masuk dewan yang terakhir pulak, dewan Agro bazaar.. Best gila kooo.. Boleh makan sampai tembam..! Mana taknya, ade berpuluh gerai dalam tu, berpuluh jugak la tester.. berpuluh juagk la aku rasa.


Tak payah susah-susah nak beli pun.. Hek hek hek.. Buruk nau perangai.. Contoh, kalau ada 10 booth produk keropok lekor, setiap booth, ko rase satu tester, 20 booth..?? Tak ke bersamaan dengan 2 hinggit kepok..


Berbaloi-baloi wa cakap lu..


Mahu mencari train untuk ke stesen dua pulak.. Stesen dua akan membawa pelawat ke rumah negeri.. Setiap negeri ade setiap rumah, setiap rumah, akan ade pelbagai produk..


Akhirnya dapat duduk dalam train.. Penat mengalah dengan makcik yang berperangai serigala.. Turn aku pulak..


Aku di rumah Negeri Sembilan... Ada kraftangan, dan tembikar dari tanah liat..


Comel oh adik-adik ni.. Yang aku perasan, dekat rumah N. Sembilan je yang ada perempuan sambut tetamu, yang lain xde, kot la yang lain pergi makan kepok tester kat dewan..kan..??


Di rumah Melaka.. Ala-ala A Famosa uollss.. Aku sangat gedik di situ.. hak hak hak


Masuk rumah Perlis, ade ular..!!! Dan ramai sangat orang kat sini.. Aku tak pegang, karang meroyan pulak tengah malam..

Ada macam-macam species lagi, ular tedung berbisa tu pun ada, walaupun diorang letak dalam bekas kaca tertutup.. Tetap mak rasa ular tu boleh pecahkan bekas tu macam cerita anaconda..


Dah 4 jam berjalan, tetap semangat..!!



Dah habis jalan-jalan tu, weolls nak ke stesen yang ke tiga.. Ada pameran ternakan haiwan yang alien-alien disitu..


Aku berlatarkan kandang kuda... tapi just untuk pameran.. Aku ingat ade kuda je, rupanya ada binatang yang apa nama nye tu ek.. Ala, yang ala-ala lembu orang buat bertarung tu.. Besar giler.. Kot la tetiba lembu tu naik minyak ke ape, di rempuh orang lalu lalang. Free free je boleh check-in hospital..


Embeekkk... Embekkkk


Lembu diatas adalah sangat besar...! 3 kali ganda dari badan aku.. err ke x payah pakai ganda.. Sama saiz..?? hahahaha.. bongok.!

Mata lembu cepet sangat..Macam aku oh... ke kau tidor cik lembu..?? Eh jap jap, 'cik' ke..?? Meh aku selak sikit.. hahaha


Aksi terlampau di situ kan.. main jilat-jilat pulak. Aku yang geli..


Aku tanya satu soalan pada member aku tu, 'Ko rasa yang mana satu betina...??'


Dia pun jawab, 'Yang kene jilat tu la betina, normal la kan, manusia pun macam tu gak..'


Aku pun balas, 'Aku tak rasa yang tu betina sebab kita nampak dia kene jilat'


Member aku pun tanya lagi, 'Abis tu, macam mana kau tahu yang tu betina..??'


Dengan sedikit bangang aku pun jawab, 'Ko nampak tak mata dia tu, pakai eyeliner oh...!'

Hak Hak Hak... Jawapan yang boleh mendapat tendangan free..!


Dalam pukul 6 petang, weoll dah tak larat dah, kene balik.. bau pun tak jauh beza dengan ayam itik lembu kambing..

Sapa tak dapat pergi kan, nak nak yang duduk jauh tu, pandang je la dengan perasaan nak menyepak aku.. hahahaha



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review