Wednesday, December 22, 2010

Penuh Dengan 'Hehehehe'

at Wednesday, December 22, 2010
Reactions: 

' Hai uolsss. hehehe.. Buat apa tu.. Ha, mesti tengah merendek bawah pokok kelapa kan.. Hehehe. Dah mamam belum? Cik Buyung mamam banyak tadi. Hehehehe. Tu yang cik buyung naik 2 kilo minggu ni. Hehehe. Cik buyung nampak giant la. hehehe..'


Di atas adalah lakonan semula versi cik buyung ye.. Aku ni dikire golongan manusia kejam yang cube memperkotak katikkan penulisan blog orang lain.. Tapi serius, kali ni aku bukan saja nak memperkotak katikkan, malah aku nak BAKAR terus blog dia...


Ni adalah cara terapi terbaik untuk membuang hehehehe tu ye..
Pertama kali aku adalah mengalami super duper gila tension bila aku baca blog orang. Kenapa? Kau bayangkan, dalam satu baris ayat, berapa banyak hehehehehe daaaa.. Wei, badut pun boleh bunuh diri tau baca blog dia. Inikan pulak aku, manusia yang bermuka Mr. Bean..! Mr Bean pun boleh geleng kepala.


Pada dia memang kelakar la, pada aku..???? Rasa nya, ko pehal nak ketawa ??? Aku tak ketawa pun.
Bukan sesetengah ayat je tau. Hampir semua..! Giler kentang punya hebat kan boleh buat setiap ayat kelakar. Aku pun tak sehebat kau.


Ataupun kan hehehe dia tu membawa maksud 'Aku cuba membuat ayat kelakar, tapi tak kelakar, tapi, cube la kau ketawa untuk kekelakaran ni ye ??


Gitu ke maksud kau ..???


Nasib baik aku baru baca satu entry kau penuh dengan hehehe, kalau aku baca dari awal sampai akhir, aku dah telan racun tikus kot sekarang ni. Naktahu blog sapa ? Nak aku kasi link ?? Tak payah la. Nampak noo aku kejam pulak kan.. Perempuan cantik tak kejam uolsss..



Ok now, aku ketawa hehehehehehe, harap-harap, kau berhenti la tulis hehehehe tu dalam blog ye. Aku dah ketawa pun. Punya payah nak paksa hehehehe aku ni keluar. Sesekali keluar hehehe tu, normal la. Tapi bila dah sampai tahap satu ayat hehehehe 2 3 kali tu, memang aku suspect ko termakan ubat sawan overdose.



Aku bukan nak kondem, ni apa yang aku rasa sebagai pembaca. Aku selalu tanya member-member, apa yang kau rasa bila kau baca blog aku, bagi kritkan maut sikit supaya aku boleh baiki. Ada yang suruh aku kurangkan unsur lucah, tapi, yang tu korang suka baca kan. Cet...! Tak suka konon, dalam hati dah boleh bina taman bunga kot.


Eh, kalau aku buat hehehe tu kan, mesti korang akan hantui aku dalam mimpi kan. Sebab jadi penyebab korang mati gantung diri.

Tak nak uolllss, hantu kuat berangan aku sendiri pun sudah diluar kawalan..!


2 comments:

wandy said...

nak ketawa pun kena mrh...
hehehe...
opss!!! sorry...

Fariha said...

eeeee..x suka la hehehehe tu..stop it

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review