Wednesday, August 7, 2013

Paling Susah

at Wednesday, August 07, 2013
Reactions: 
0 comments
Aku rasa, aku mengalami masalah yang sama tiap tahun bila time nak raya, iaitu nak beli TUDUNG..!!!

Baru sat tadi aku pergi bazar, tengok kiri kanan selama 2 jam, hasilnya sehelai tudung stail yenna yang tak masuk langsung dengan baju raya...!!

adoiii... tiap tahun jadi macam ni. aku tak tahu aku sorang aje yang mengalami masalah ni, atau uolls pun sama.

baju kaler lain, rembat tudung kaler lain.. kejadahnya kan... semua tudung aku x berkenan.

kang aku ambil pesen rama-rama, kompem di cop buang tebiat.

nak ambil pashmina, kain tebal nak mampus macam kan orang kat Malaysia ni duduk dalam igloo

nak nak rumah kampung kan, pakai atap zink, kusss semangat dia punya bahang...dengan pakai pashmina nya, terima kasih..!!

nak pilih selendang, terlalu simple..! eee cerewet betul aku ni...tak ada ke orang yang design selendang yang exclusif tapi murah?? hahaha.. dasar betul...

aku memang dah lama mengamalkan konsep kaler bloking ni

jangan sampai pagi raya aku pakai baju purple, tudung warna kuning taik unta... mngucap mak aku.


Monday, August 5, 2013

Rambut Papa Ehsan

at Monday, August 05, 2013
Reactions: 
0 comments
 Sejak akhir-akhir ni, aku perhati je gaya en bam bam kalau keluar dating.

terutamanya gaya rambut dia..

dulu masa ngurat aku, dia adalah botak..! dan aku sangat la tidak berkenan dengan gaya botak dia tu. tu yang bila dia propose, aku 50 50.. hahahaha... rambut dia je dah buat aku 50-50.

lepas tu, dah 3 4 bulan bercinta, baru la rambut dia tumbuh panjang sikit, dan aku tak kasi potong. takut jadi kes 50 50 lagi. hahahaha...

lepas rambut dah panjang tu, dia mula buat perangai konon muda remaja. rambut spike..!!  dah aku pulak yang macam kakak dia bila jalan bersama.. hello, time tu iolls dah 24 tahun... koser nak jalan dekat mall pakai jaket dengan jeans ketat..!!

tapi style rambut spike tu sekejap je. SYUKUR....!!!!

lepas rambut spike, rambut dia adalah gaya 'combless hair style'...! hahahaha... paham ke idok..?? gaya rambut tak bersikat..! ok la... masih ensem...

gaya ni kekal bertahun-tahun.. NAMUN.......

sejak sebulan dua ni, aku perasan sesuatu, gaya rambut dia dah lain...kali ni rambut belah tepi, sikat mesti wajib ada dalam kereta...!  nak keluar kereta, cari sikat dulu, pftttt... lepas tu dia bersuara "ensem..?''

eiiii sesuatu betul tau...

pernah aku tanya, " kenapa buat gaya rambut papa Ehsan ni..?''

" papa Ehsan mana pulak ni?''

"Ala, macam gaya rambut Adi Putra dalam Teduhan Kasih tu.."

''Ye ke..?? ENSEM..??"


ahhhh.. tensi mak encik..!!!!

nak je aku letak kaki atas meja. TALK TO MY LEG..!




 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review