Friday, September 30, 2011

Kasi Delete Boleh Tak?

at Friday, September 30, 2011
Reactions: 
0 comments
Bila dating dengan aku, main amik amik gambar syok sendiri, tak pernah ok sehensem gini..

Dulu gambar pun takde la rambut macam Dr Syeikh Muzaffar tu..

SEKARANG..!!!!???

Bila aku jauh, macam Aaron Aziz pulak kalau sikat rambut tu ek..

Aku suspek aku ada madu la..!! 

Aku tak kisah kalau madu aku tu, bukan bende hidup.

Kalau hidup, JAGALAH..!!!!


Terlalu Rapat

at Friday, September 30, 2011
Reactions: 
0 comments
Ni la masalahnya kalau update blog guna handphone. Spacing lintang pukang..

Dah enter pun masih rapat lagi.. 

Aku lempang kang, berterabur huruf ko.. Grrrr...


Vangga Vangga

at Friday, September 30, 2011
Reactions: 
0 comments

Inilah printer kesayangan hamba...



Nampak  tak kontena dia yang kaler kaler tu cik Kiah oi.???
Vavavava. Akhirnya, tercapai jugak nak beli printer baru.. Selama ni dok pandang la koraknya kat dalam kedai... Saje la tu nak goda duit aku dengan kecantikan ko kan?? Perghhh memang tak bleh tahan. Semalam dapat gaji, esok terus angkat. Takde tunggu-tunggu dah.. Aku beli jenama Epson. Kenapa tak pilih canon? Sebab aku dah jelakkk dengan kerosakkan yang bertimpa-timpa.. Murah memang murah. Memang tak dinafikan.. Dia kasi murah, supaya nanti ko boleh tampung segala mak nenek maintanance dia. Ink pun mahal gila. Satu catridge 4o hinggit ke atas. Rege Epson yang aku beli ni, sekitar 250 untuk 3 in 1. Paling aku suka ialah, tak pakai catridge..! Yezzzaaa... Dia pakai kontainer yang terus sambung ke dalam printer. Dan, boleh beli refill cecair yang dalam botol dengan hanya spoloh hinggit. Isi balik je, tak payah tukar kontainer. Tak payah susah nak pakai wayar segala bagai.. Zasss zasss siapp..! Inilah dia Epson Stylus TX121. Kakak yang jual ni pun ada bagitahu, sejak semester baru buka, budak-budak ni banyak datang repair printer Canon. Kalau ada ada yang anta epson pun, tu atas bebal sendiri..


Ahh Ohhh Ehhh Grrrrr...

at Friday, September 30, 2011
Reactions: 
0 comments
Kelas tajuk ko nyah. Macam bunyi orang tengah, errr... berak kot.. wakakaka.

Malam ni adalah kelas. dan aku terasa nak..
AMIK BANTAL

LANDING BELAKANG LEMARI LAGI..!!! 

Kah kah kah.. Bila bosan, ternanti-nanti bila nak ada kelas. Bila dah ade kelas, kalau boleh, terasa nak bom kelas tu kasi batal... 



Nescaya malam ini adalah penuh.. Yeay..!!!

Boleh pasang radar cari jodoh... Hohohoho

Pada aku, sekelas dengan orang yang kebanyakannya adalah umur 35 tahun ke atas, adalah terasa looser giler.

TAPI...


Pada Abang Peah, gile tengah sujud syukur tu.. Sebab dia tahu, taste aku ialah anak-anak ikan macam dia je.. 

Nangis..!!


Tuesday, September 27, 2011

Wajah Dulu, Wajah Sekarang

at Tuesday, September 27, 2011
Reactions: 
0 comments
Bila tengok antara dua gambar ni, rasa nak gelak dekah-dekah... Ok, perhatikan rupa abang peah waktu dulu-dulu ngurat aku.. memang tak percaya macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan mamat ni. kah kah kah



Bila dah lama-lama, rambut mula panjang, eh hensem pulak dia ni.. keh keh keh... Kalau la, masa ngurat aku sehensem gini, mesti masa makan roti canai depan basten tu, aku dah confess "I LAP U SAYANG".

Tapi time ni kurus sikit, maklumlah, nak ngorat aku kan, join sekali progrma diet aku. Tak makan malam, tu yang muka nampak baiiikkkkk punya. Cuba kalau sekarang, sebut je perkataan diet, mula lah dia ter adeeeehhhh adeeehhh adehhhhh... Geram acik...!

Cik Jah oh Cik Jah

at Tuesday, September 27, 2011
Reactions: 
0 comments
Sedang menemani cik Jah nak mintak cop pengesahan dekat pejabat akademik.. Osah ramai benor la bebudak dalam ni.. Semue nya datang, pasal kes matapelajaran. Ape ke rumit beno ko punye masalah ni.. Ade yang kabo, lecturer pergi turkey, abang kaunter tu pulak kata 'bile nye pergi Turkey, baru tadi nampak kat kedai mamak..!' kih kih kih.. Lawak lawak.. Yang jaga kaunter nye sorang. Yang datang nye, umakaihhh... Macam ade sale dalam ni...

Monday, September 26, 2011

Ohoo Hoiiiii

at Monday, September 26, 2011
Reactions: 
0 comments


Tak tahu nak buh tajuk ape, main ohoi hoi je.. Hari ni serius penat. Kecapeannn kata orang seberang. Kelelahan kata orang Malaysia.. 

Haaa tu diiiaaaa.. 

Belajar bahasa la gamoknye adik kakak wehhh.

Bukan buat mende pun, pergi ngukur jalan kampus nu. 

Padahal, idokler besor mana kampus tu, tapi nak kasitahu, bila umur dah meningkat ni...

Ala hai, nak g kencing pun kalau boleh nak suruh orang bawakkan mangkuk tandas datang dekat.. 

Kalau boleh, nak suruh beli batang paip segulung terus. 

Nak kencing, tarik paip, jirus selalu...

Tua tua, takde la larat macam zaman belia dulu. 

Zaman duk hur har tak reti penat. Lepas buat ni, buat hok tu, lepas hok tu, pergi karoke pulak ke. 

Puas karoke, boleh lagi maksud Giant, duk kutuk barang mahal, Murah lagi dekat Mydin tu..

Sekarang ni, jalan 2 3 jam, mengah dah. 

Duk mikir katil yang hat tak berlipat selimut pagi tadi... 

Ohoiii hoiiii..! MALASNYA ACIK...!!!!!


Char Kuew Teow Yang Aumm

at Monday, September 26, 2011
Reactions: 
0 comments


Pekena sekali memang tak cukup... Nampak pun dah tau kan... Yang penting kerang melambak..! I loike kerang.. I sayang cik kerang... Ok, cukup dengan kemerapekkan, jom nganga dulu.. Dah kembang tak sedap... Makan panas-panas, baru terangkap... Wallaaahhhhh

Sudah Boleh Bangun Pagi

at Monday, September 26, 2011
Reactions: 
0 comments

Dah tu selama ni, bilanya kau bangun Cik Nab oiiii...?

Selama dua builan duduk di rumah, membesarkan apa yang patut, waktu paling ideal nak bangun ialah jam 1 petang..!
Hehehe. Itupun tatkala, mak aku duk honnnn honnnn motor dia, tanda dia balik kerje hantar makanan tenghari.. Keh keh keh..

Sidai baju adelah pada jam 3 petang, tatkala itu, jiran disebelah sudah mula mengangkat jemuran yang kering...

Hebat gila zaman anak dara, nasib baik ahkak ni laku. ade juga yang nak.. 

Indah betul tatkala terbuka mata pada jam 1 tengahari.. Sebab, matahari dah terpacak pun, rumah gelap macam waktu Subuh...

SEKARANG...????

Pukul 9 pagi, matahari dah kuis-kuis kulit aku.. ARGHHHHHHH... Tension acikkk..! Time ni dah gelisah dah, kiri kanan, kiri kanan badan..

Akhirnya pasrah...!

Capai selimut, capai bantal. Tidur belakang lemari... Hahahahaha...

Ni kalau abang peah baca ni, kussssss semangat bakal bini aku...

Akhirnya, berjaya bangun awal 2 jam, iaitu pukul 11.. Fuh, kira pagi la tu...



Sunday, September 25, 2011

Takde Kawan

at Sunday, September 25, 2011
Reactions: 
0 comments

Bukan looser sangat okey takde kawan langsung, cume roomate aku si Jah tu ha, kemain lagi pergi KL tinggalkan aku dekat rumah kebajikan Tanjung Malim.. Tskkk.. Sampai hatimu nak... Pang...! Lempang sedasss... Sebab dia takde hari ni, tengah hari, makanla maggi, petang menggagau cari nasiii nasiiiii... Pergi bungkus pun sorang-sorang. Agak-agak kalau aku pasang skandal, kantoi tak dengan Bang Peah tembam aku tu?? Kikiki...


Testing

at Sunday, September 25, 2011
Reactions: 
0 comments


Nak tengok, publish ke tak.. Macam haram jugak blogger sejak akhir-akhir. Medang fail..aku sekehkan jugak karang..

# Tutorial Join Video

at Sunday, September 25, 2011
Reactions: 
0 comments
1. WINRAR FAIL


Pastikan semua part sudah didownload.

Double klik pada salah satu fail winzip movie tersebut.

Klik "Extract"

Pilih folder untuk diletakkan movie tersebut.

Cari folder terbut dan play video secara random sehingga habis untuk pastikan movie di muat turun sehingga penamat cerita



2. Untuk fail .001, .002, .003
Download sofware FFSJ (Untuk join dan split fail)

Select semua video file yang hendak di gabungkan.

Right Click. 

Click "Join"

FFSJ page akan dibuka.

Click "Join" sekali lagi

Play video.

# Tutorial Movie Download

at Sunday, September 25, 2011
Reactions: 
0 comments



Klik pada link yang diberikan. Contoh: Klik link 'Part 1).

Webpage baru akan terbuka.



Klik pada "SKIP AD".

Page baru akan terbuka. Klik pada link yang ditunjukkan oleh anak panah merah.


Dan video anda sedang didownload.



Saturday, September 24, 2011

Tahajjud Cinta (Poligami atau Kepuasan Sex)

at Saturday, September 24, 2011
Reactions: 
0 comments

Sapa tengok tahjjud cinta malam tadi..????

Saya saya...!!! Malam tadi memang takkan lepas peluang tengokla sebab malam tadi adelah scene malam pertama Ustaz Shauki okeh..!


Eh bukan aku excited bebenor, tapi housemate aku ni.

"Cepatla malam pertama, cepatla malam pertama.."

Aku tak tahulah kalau dia horney tengok Ustaz Shauki yang berkopiah tu.. wakakakaka...

Mula-mula aku tak layan sangat la Tahajjud Cinta ni, sebab, macam boooorrrrinnggggg aje, TAPI itu waktu awal-awal je, sekarang adelah BEST..!!!

Banyak jugak yang aku belajar dalam poligami (tak bermaksud aku ready untuk dimadukan), contoh yang seperti 'Kalau seorang lelaki berkahwin menikahi seorang gadis, lelaki itu hendaklah bersama-sama dengan gadis itu selama 7 malam.'

Tapi macam kes Ustaz Shauki ni, dia bukan bersama memberi kebahagiaan kasih sayang pada gadis tu, tapi kebahagiaan pada tuttttt dia je, dia balun pempuan tu siang malam, Sampai ade suatu ketika, bila perempuan tu kata 'NO', mula lah dia keluarkan fatwa-fatwa, syarahan agama...

Aku pernah dengar, lelaki yang tak cukup dengan satu round ni, baik cari perempuan yang boleh tahan 5 round siang, 5 round malam... 

Sapa kata nafsu perempuan tak besar, sebenanrnye, wanita pandai menyorokkan nafsunye. Tak macam orang lelaki, kalau dah nafsu macam bapak kucing, main buang je merata. Macam malam tadi, budak-budak ni bagitahu, ade kes, bapaksitter merogol seorang budak 2 tahun...


Friday, September 23, 2011

Rakyat Malaysia Zaman Sekarang

at Friday, September 23, 2011
Reactions: 
0 comments
Kejadian ni berlaku beberapa hari lepas. Aku nak balik ke Tanjung Malim. Dari KL, aku amik komuter ke Rawang, dan baru ke Tanjung Malim. Masa tengah tunggu komuter nak sampai tu la, ade sorang pakcik ni tengah makan.

Aku tak amik port sangat la dengan makanan dia tu.. Bebarapa minit lepas tu, pakcik ni lalu depan aku. Pastu entah macam mana, aku terpandang la dekat kerusi yang pakcik ni duduk. Ade plastik makanan yang dia makan, bergumpal-gumpal atas kerusi. Dibiarkan aje. Aku dah mula rasa panas dah.

Aku tak nak la memaki saja kan, mungkin dalam plastik yang dibiarkan tu, ade makanan lagi, sebab tu die tak nak buang lagi... 10 minit lepas tu, pakcik tu datang balik kat tempat dia mual-mula duduk tadi, tapi bukan dekat lerusi yang dia buang sampah tu, tapi kerusi lain..!

Kali ni dia bawak plastik makanan lain pulak dalam plastik kuning, dengan air sirap bungkus.

Beberapa minit lepas tu, plastik kuning tu dah berterbangan, betul-betul depan mata dia. DIA??? Buat tak tahu..! Buat bodoh..! Buat bebal..! Buat bengap..!

Setengah jam lepas tu, komuter sampai, dan aku tak nampak air sirap bungkus kat tangan dia. Maknanya, dia tinggal je bungkusan tu kat kerusi stesen komuter.

Pakcik ni Islam ok, pakai kopiah, bajet macam jantan lindungan Kaabah, tapi jantan kaberet lorong.

Bukan aje buta mata, tapi buta otak. Otak letak kat lutut. Akal letak kat jamban. Tong sampah kat tepi, tapi malas nak bangun. Kalau bab makan, reti pulak ko cari. Macam negara ni nenek moyang ko punya. Macam yang perintah negara ni bapak ko. Jadi sesuka hati ko buang merata.

Pada ko, ko kaya, ada kuli batak nak angkat sampah-sampah ko. BEBAL..!!!

Thursday, September 22, 2011

Semakin.... Errrr

at Thursday, September 22, 2011
Reactions: 
0 comments
Semakin.... Errrr, a photo by fariha13 on Flickr.
Semakin.... Errrr by fariha13
Sendiri tengok la senang kata... Makin debok? Debab? Lemak tersentil? Tayar spare lori kontena? Ni gara-gara makan tak berjaga. Main belasah apa depan mata.. Dalam mulut wajib ade makanan sentiasa.kalau tak, mengamuk sakan, muncung memanjang mintak lempang...! Eh sepak kang...sekarang tengah terasa nak makan errrr emmm... Ape ye??? Kehepsi mungkin... Hahaha... Dush..! Amik kau sedassss

Bergelap

at Thursday, September 22, 2011
Reactions: 
0 comments

Bergelap by fariha13
Bergelap, a photo by fariha13 on Flickr.
Acik sedang berduet main tepuk tangan dengan nyamuk, gara-gara, blackout...! Perghhh sabo sabo... Ketiak dah berlengas, peluh jantan dah berjurei-jurei.. Tapi idokler mahu hidup lampu ni... Grrrr...! Tau tak aku tak mandi lagi..! Macam kak limah balik kubur ni... Pelepap..!!! Nyamuk uolsss
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review