Friday, September 23, 2011

Rakyat Malaysia Zaman Sekarang

at Friday, September 23, 2011
Reactions: 
Kejadian ni berlaku beberapa hari lepas. Aku nak balik ke Tanjung Malim. Dari KL, aku amik komuter ke Rawang, dan baru ke Tanjung Malim. Masa tengah tunggu komuter nak sampai tu la, ade sorang pakcik ni tengah makan.

Aku tak amik port sangat la dengan makanan dia tu.. Bebarapa minit lepas tu, pakcik ni lalu depan aku. Pastu entah macam mana, aku terpandang la dekat kerusi yang pakcik ni duduk. Ade plastik makanan yang dia makan, bergumpal-gumpal atas kerusi. Dibiarkan aje. Aku dah mula rasa panas dah.

Aku tak nak la memaki saja kan, mungkin dalam plastik yang dibiarkan tu, ade makanan lagi, sebab tu die tak nak buang lagi... 10 minit lepas tu, pakcik tu datang balik kat tempat dia mual-mula duduk tadi, tapi bukan dekat lerusi yang dia buang sampah tu, tapi kerusi lain..!

Kali ni dia bawak plastik makanan lain pulak dalam plastik kuning, dengan air sirap bungkus.

Beberapa minit lepas tu, plastik kuning tu dah berterbangan, betul-betul depan mata dia. DIA??? Buat tak tahu..! Buat bodoh..! Buat bebal..! Buat bengap..!

Setengah jam lepas tu, komuter sampai, dan aku tak nampak air sirap bungkus kat tangan dia. Maknanya, dia tinggal je bungkusan tu kat kerusi stesen komuter.

Pakcik ni Islam ok, pakai kopiah, bajet macam jantan lindungan Kaabah, tapi jantan kaberet lorong.

Bukan aje buta mata, tapi buta otak. Otak letak kat lutut. Akal letak kat jamban. Tong sampah kat tepi, tapi malas nak bangun. Kalau bab makan, reti pulak ko cari. Macam negara ni nenek moyang ko punya. Macam yang perintah negara ni bapak ko. Jadi sesuka hati ko buang merata.

Pada ko, ko kaya, ada kuli batak nak angkat sampah-sampah ko. BEBAL..!!!

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review