Thursday, December 30, 2010

Cerita Abang Teksi

at Thursday, December 30, 2010
Aku ada benda nak cerita pada korang. Terjadi pada aku sendiri. Motip cerita ini adalah kerana aku nak bagi pesanan ye, JANGAN OBSES DENGAN LELAKI KACAK... Tapi aku suka lelaki kacak. Camno tu...???


Petang tadi, lepas aku balik dari kelas, selalunya aku dengan member-member akan tunggu bas. Tapi jari ni, cun cun je weoll nak sampai dekat bus stop, bas baru je pergi. Nak tunggu bas yang seterusnya, memang berjanggut la. Tapi, tunggu la kejap, dengan harapan menggunung ada bas lagi.


Tunggu punya tunggu, aish...! tak boleh jadi ni, jadi aku pun suruh kawan aku tahan teksi. Maka ramai la yang berebut-rebut kan. AKu perempuan cantik, takkan berebut dengan perempuan tak cantik. MUAHAHAHAHA...!!!


Bila manusia-manusia dah mula kurang, member aku pun tahan la satu teksi ni. Ok, bila aku cakap pasal pemandu teksi, selalunye, apa yang terbayang dalam kepala korang. Kalau aku, pemandu teksi ni, sama ada buncit, tua, botak, dan beruban, dan seangkatan dengan nya yang sepadan la.. Senang kata penampilan yang hanya akan buat aku muka ketat sahaja. Kalau nak tanya destinasi, lagi la kan, kemain masam lagi muka aku.


Lepas kawan aku tahan, teksi ni kemain laju lagi. Aku ingat tak nak berhenti, tetiba, eh berhenti la.. mesti dia perasan akan ada penumpang cantik akan naik. huhuhu.. Sapa ek..??? Entahlah... Hahahaha. Lempang sekejap. Disebabkan teksi tu berhenti paling dekat dengan aku, aku pun berlari la kan nak tanya, karang kalau lambat, sure kene kebas teksi aku.


Bukak je pintu, nak cakap direction, nak ke mana. Dan aku telah....aku telah




OMG....!!!!!!


ADAKAH AKU SEDANG MELIHAT DRIVER TEKSI SEIRAS SHAH RUKH KHAN SEKARANG INI...?????


Tak pun AMIR KHAN...???

Tak pun ARJUN RAMPAL...???

Tak pun AKSHAY KUMAR...????

Tak pun Mr A yang muka ala-ala bangla itu...????


Kenapa muka kau seperti ini....?????


Dan aku telah gagap disitu...!!! Cisss



" Er er... T T T TPM Kolej..??? "


Ohh..!!! Rasa nak tampar je mulut ni juta-juta.. Mak tension-setensionnya nok nampak jantan ni. Dan aku telah menepis semua orang duduk di belakang, AKU NAK DUDUK DEPAN..!!


Hensem kot muka kau...!!! Uhhh...aku tak boleh kawal. Nak tumbang nak tumbang..! Tetiba kemain ayu lagi aku. Senyum bukan main meleret lagi. Mak aku pun boleh pengsan tengok keayuan anaknya ni. Sah sah dikata aku buang tebiat...! Hati berbunga-bunga siap tambah air pancut lagi. Selalunya nak balik ke asrama tu, bukan main lama lagi, kali ni, eh kejap nya dah sampai...???? Muka tak puas hati kan kenapa sekejap sangat. Baru nak bahagia. Selalunya sengsara. Hahahaha


Bila dah sampai bilik, aku terpikir. Huish...! tak boleh jadi ni. Aku kene bersuara. Aku akan hantar surat kepada pengusaha-pengusaha teksi melarang amik driver yang hensem-hensem. Kene penumpang yang ade penyakit macam cik buyung ni, tak pasal-pasal headline surat kabar keluar 'Cubaan Penumpang Menggoda Pemandu Teksi Semakin Berleluasa'...Huhuhu... Kalau semua pemandu teksi hensem macam ni, semua penumpang wanita, hilang arah tujuan jadinya. Masing-masing pakat jual kereta, pergi kerja amik teksi sajok. Setiap hari masuk pejabat, hati memang berbunga-bunga la kan. Kualiti kerja pun makin berbaloi-baloi. Bos pun manyak senyum..! Hahahahaha.. GILO..!




2 comments:

Hanys Najib said...

ahahahaha~ pantang ye nampak lelaki hensem??

Fariha said...

hihihi...boleh sasau jadinya

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review