Wednesday, April 24, 2013

Drama Neng Yatimah..!

at Wednesday, April 24, 2013
Reactions: 
0 comments
Aku kan memang jarang sangat kene marah dengan encik bam bam. eh, ke tak pernah..??

Aku je yang selalu marah dia. har har har. Dasar queen control kaki kikis..!

Marah depan-depan tu memang jarang sebab dia memang tak berani naik suara dengan aku, BERANI LA.!! Aku potong tetek dia...!

Nasib baik kalau aku yang marah, dia tak ada ugut nak potong tetek aku. hahaha.. SENGAL..!!

Berbalik cerita drama Neng Yatimah tadi ni, suatu hari masa tengah bercuti, aku guna tab dia untuk tengok map. Dah kalau bercinta dengan orang buta jalan ni, memang bercakaran la kan, kiri kanan, kiri kanan.

Sekali dah sampai destinasi, aku lupa nak tutup GPS dekat tab dia, menyebabkan tab dia kong tak leh hidup..

Masa dia dapat tahu tab dia kong, aku pergi bilik air, balik je bilik air, muka dia dah menyinga

"AYANG TAK TUTUP GPS EK...??"

"lupa kot"

"AYANG NI, BENDA KECIL MACAM NI PUN TAK BOLEH BUAT"

sambil buat muka ketat dia. DIA MARAH OK..!!

Pergh, aku dah naik polong dah ni, kalau dia marah, aku lagi marah, aku marah sebab dia marah. eh?

Dalam kereta senyap je. Dahla tengah kebuluran time tu, dia berhenti je kereta, terus aku meluru kedai makan, tak pandang pun ke dia. Fadan muka.

Dia ikut je sebab duit aku pegang... kah kah kah.. kalau dia nak makan kedai lain pun, dalam purse ada singgit je. kah kah kah.

Bila duduk semeja tu, masing-masing membatu, tak angkat muka langsung.

En bam bam ni satu je kelemahan dia, iaitu AIR MATA PEREMPUAN..!

Tengah makan tu, otak aku ligat fikir benda yang sedih, kene marah tak sedih ok... AKU MESTI PASANG UMPAN..!

Dah jumpa moment yang sedih, air mata mula bergenang.

Pejam-pejam kan mata sikit, wohooooo ayor mata dah keluar.. dah buat efek tskkk tskkkk... Ni kat kedai makan ok, aku boleh bantai nangis..

Tak sampai 5 saat "dahla, tak mahu menangis, by minta maaf"

AKU MENANG...!!!!!

:))


Sunday, April 14, 2013

Teruja Nak Kulit Putih

at Sunday, April 14, 2013
Reactions: 
0 comments
Mana-mana perempuan dalam Malaysia ni, cakap dengan aku siapa yang tak nak kulit putih.

 Perempuan ni memang senang diomokkan dengan pepatah, 'Ko putih, automatik ko cantik, ko gelap automatik ko kusam berkerak"

Sebenarnya bukan perempuan yang beriya nak kulit putih, tapi memandangkan aset utama nak pikat hati lelaki selain hati yang putih macam kene rendam dengan klorox, adalah muka yang putih. Tak kisah la ko jerawat merata, janji putih.

Gigi ko terjongkit pun, ko putih ko cantik..

Siapa yang suka kulit gelap. Kalau masuk watson pun, kalau beli foundation, kalau ada tone colour paling putih, yang itu la yang di beli bertahun. Macam aku, rela sental scrub cap Safi kat muka stok yang ko terkasar sikit aje, terasa nak tendang pintu bilik air kasi roboh.

Orang lelaki pulak, memang suka yang putih-putih ni, sebab dalam bayangan dia, bila ko putih, apa yang berada disebalik baju pun jadi putih. Jadi nak selera punya pasal, diorang akan cari bini putih.

Lately banyak aku tengok sidebar dekat Facebook ads berkenaan WHITE WHITE WHITE...!! adoih, demam LOST KG dah surut, ni WHITE pula... so far timeline aku tak pernah semak dengan tag orang, tak adalah aku nak meroyan sangat.

To those yang obses untuk menjadi WHITE, TAN pun masih cantik. tengok orang Latin tu, cantik je walaupun tan, sexy nak mampus pulak tu dari orang yang kulit putih.

Bukan apa takut bila beli benda untuk jadi white yang mahal-mahal ni, tetiba tak ada kesan, lepas tu dok serang si penjual, "APA PASAL AKU TAK PUTIH???"

Dah kalau dari kecik bontot hitam, tak perlu berangan dengan telan berbotol-botol produk, tetiba gene ko boleh ubah jadi gene putih..





by Gadis Cantik

Tuesday, April 9, 2013

Perkara Menakutkan...

at Tuesday, April 09, 2013
Reactions: 
0 comments

Tahu tak selain ketakutan tentang motor yang pancit di tengah tengah jalan sunyi, dan tak tahu lokasi, kiri kanan kelapa sawit, adalah bila motor habis minyak..!

Bersiaran langsung dari tepi jalan sambil duduk menanti pertolongan, diiringi ketakutan oleh kakak polis yang mengatakan, sini pernah ada orang kene tikam..! Huwa......

Latest news.. Guruh berdentum tanda nak hujan wei...! Bala bala......


Char Kuew Teow Tanjung Malim

at Tuesday, April 09, 2013
Reactions: 
0 comments

Aku rasa satu tanjung malim kenal kedai ni.

Tak leh celen dekat mana-mana dalam daerah ni. Sedap kemain la.

Aku tak tahu apa dia bubuh, tapi ketagih weiiii...

Dia tak bukak lagi kedai orang menderu datang..

Semua orang kenal owner kedai ni, tapi yang gempaknya aku belum turun dari motor lagi, dia dah siapkan aku punya menu. Kah kah kah.

Ye, dia dah kenal aku n tahu apa aku order tiap kali datang. Auwwww malu i.

Kadang-kadang dapat keistimewaan potong que kalau orang ramai.

Oh.. Terasa i macam princess kuew teow.. Hahaha..

Tapi belum pernah dapat diskaun lagi la. (tak boleh tulis lebih-lebih pasal abang char kuew teow ni, ada yang nambah hari merajuk. STRESSS...!)

Friday, April 5, 2013

Wa Tak De Hal...

at Friday, April 05, 2013
Reactions: 
0 comments
manusia ni ada macam-macam jenis.

macam-macam perangai. dan perangai yang paling kita boleh nampak walupun orang tu jauh, adalah melalui FACEBOOK..!

Betul la kata orang, kita ni kalau dah tahu itu adalah kesalahan kita, tapi masih nak menyalak kononnya itu adalah hak aku untuk bercakap, bukankah itu sesuatu yang BODOH...!

bodoh..? jahil..? memang itu satu trademark yang sesuai kot. aku perhati, kebanyakan orang melayu la, nak nak yang perempuan, kalau tahu terasa dengan sesuatu, bukan nak tanya diri sendiri, betul ke tidak apa yang dia buat selama ni, tapi menyalak balik.

nampak sangat you are in the stage of denial..!

ko tahu ko berada di pihak salah, tapi sebab ko rasa malu dengan salah kau, ko pun mengeluarkan statement rozita che wan, "SEKSI ADALAH HAK SAYA.."

Puii betul, kalau seksi tak apa la jugak.. ni ala-ala seladang , tak payah sangat nak buat statement gojes gitu. iolss is geli...!!

tak ada lah nak kata yang aku baik sangat.. tapi aku juga ada je terasa dengan tulisan-tulisan blog dari orang lain.

ada blog yang duk mengutuk tingkah laku orang lain sekaligus terkena batang hidung pendek aku ni, tapi aku cool,aku cuma pikir, mungkin betul, aku pendam. aku tak adalah nak komen balik, ITU HAK AKU..!!

Nampak bangang??? ye, sangat bangang..!!!

Sebab aku tahu, apa yang dia tulis adalah betul, aku tak ada mengeluarkan statement konon aku adalah diva atas dari rozita che wan, walhal pinggang aku sama saiz dengan gobok kain koyak aku ni.

tak payah nak ber hak hak sangat la. makin orang benci ada lah. Kau bukan ada hak pun sebenarnya. SEMUANYA PINJAMAN..!!





by Gadis Cantik

Thursday, April 4, 2013

Busy & Garang

at Thursday, April 04, 2013
Reactions: 
0 comments
Aku perasan sejak akhir-akhir ni, embam embam aku yang kuat makan tu, kalau tengah kerja, aku call, bukan main garang lagi..

Dah beberapa minggu aku menjalani situasi yang sama...

Bunyinya gini, "BY SIBUK, SIBUK...OK. BYE.."

eh aku tampor kang.... cakap seminit elok-elok tak boleh ke?

Bukan sahaja garang, tapi kalau aku merajuk, hangin satu badan dia... dulu tak pulak gini, ADA PEMPUAN LAIN NI..???? grrrrr.....

Hari hari aku ngurut dada, hari-hari ahkak tension, kalau tension, memang aku tak boleh duduk diam sahaja, terus manapau dekat Secret Recipe.

Kalau dah hari-hari menapau, bukan rambut aja yang gugur dek non, bulu roma pun takut nak tumbuh..!!

Dah la kerja aku di tempat yang sunyi, aku tak boleh sunyi sangat ni, kang kerja aku sunyi, tau tau berdengkur... arghhhh...!!  



by Gadis Cantik

Wednesday, April 3, 2013

First Time Makan Korean Food

at Wednesday, April 03, 2013
Reactions: 
0 comments
Aku kan memang kejakunan sikit bab k-pop k-pop ni.

Ceaaaa... dah tua bangka nak k pop kejadahnya nye kan.. nak sarung seluar yang colour blocking punya warna pun, aku dah buat duck face tengok colour terang bebenor....

Aku dah pernah try Japanse food.. hurm... so so je la.. mungkin pada tekak kau orang sedap, kalau aku, certain menu sahja aku boleh terima, macam shushi.

So kali ni, nak try plak korean food.. tengok orang dok upload bibimbap la, macam sedap... tapi kali ni harusah tidak pergi sorang, sebab wajib bawa `bank bergerak` bersama. Sebab dia yang yang bayor.. yeeehaaaaaa.. angree angreee....

Bank bergerak saya yang memang mengikut sahaja ke mana saya pergi, kalau nak barang, saya tunjuk saja, kemudian tinggggg, duit keluar..! har har har.. sungguh kuang ajo..

Ok, sebenarnya nak makan dekat bulgogi brothers sebab orang kata sedap. tapi memandangkan masing-masing datang dari ulu, kita cuba kedai yang simple sikit. Simple kata ko....

Aku tak ingat la set apa yang kitorang amek, tapi yang pasti bukan bibimbap, sebab bibimbap tu kena gaul-gaul semua dalam satu pinggan ek..???

Dan aku cukup la tak suka gaul gaul ni.. So kami amik set yang ada nasi, daging dengan sayur-sayur dia la.. 

Side order pulak kitorang amik pancake. SEDAP..!! Berebut aku dengan jantan tu. dah macam kucing bercakaran dalam restoran. malu i. semua rahsia terbongkar atas meja makan. 


Jadi kitorang pilih Restoran Dubu Dubu. Banyak dah kot restoran ni merata-rata kan. midvalley ada, times square pun hadoo..!

Baru aku tahu, makanan diorang based on ayam or daging, tak ada ikan..!! Yeay. dan kebetulan, budak gemuk yang dua orang ni suka daging. 

Kalau boifren aku tengah lapor kan, badan awek sendiri pun dia dah bayang macam daging yang dicangkuk tu melambai-lambai. pftttt...





 
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review