Wednesday, April 24, 2013

Drama Neng Yatimah..!

at Wednesday, April 24, 2013
Aku kan memang jarang sangat kene marah dengan encik bam bam. eh, ke tak pernah..??

Aku je yang selalu marah dia. har har har. Dasar queen control kaki kikis..!

Marah depan-depan tu memang jarang sebab dia memang tak berani naik suara dengan aku, BERANI LA.!! Aku potong tetek dia...!

Nasib baik kalau aku yang marah, dia tak ada ugut nak potong tetek aku. hahaha.. SENGAL..!!

Berbalik cerita drama Neng Yatimah tadi ni, suatu hari masa tengah bercuti, aku guna tab dia untuk tengok map. Dah kalau bercinta dengan orang buta jalan ni, memang bercakaran la kan, kiri kanan, kiri kanan.

Sekali dah sampai destinasi, aku lupa nak tutup GPS dekat tab dia, menyebabkan tab dia kong tak leh hidup..

Masa dia dapat tahu tab dia kong, aku pergi bilik air, balik je bilik air, muka dia dah menyinga

"AYANG TAK TUTUP GPS EK...??"

"lupa kot"

"AYANG NI, BENDA KECIL MACAM NI PUN TAK BOLEH BUAT"

sambil buat muka ketat dia. DIA MARAH OK..!!

Pergh, aku dah naik polong dah ni, kalau dia marah, aku lagi marah, aku marah sebab dia marah. eh?

Dalam kereta senyap je. Dahla tengah kebuluran time tu, dia berhenti je kereta, terus aku meluru kedai makan, tak pandang pun ke dia. Fadan muka.

Dia ikut je sebab duit aku pegang... kah kah kah.. kalau dia nak makan kedai lain pun, dalam purse ada singgit je. kah kah kah.

Bila duduk semeja tu, masing-masing membatu, tak angkat muka langsung.

En bam bam ni satu je kelemahan dia, iaitu AIR MATA PEREMPUAN..!

Tengah makan tu, otak aku ligat fikir benda yang sedih, kene marah tak sedih ok... AKU MESTI PASANG UMPAN..!

Dah jumpa moment yang sedih, air mata mula bergenang.

Pejam-pejam kan mata sikit, wohooooo ayor mata dah keluar.. dah buat efek tskkk tskkkk... Ni kat kedai makan ok, aku boleh bantai nangis..

Tak sampai 5 saat "dahla, tak mahu menangis, by minta maaf"

AKU MENANG...!!!!!

:))


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review