Tuesday, April 9, 2013

Char Kuew Teow Tanjung Malim

at Tuesday, April 09, 2013
Reactions: 

Aku rasa satu tanjung malim kenal kedai ni.

Tak leh celen dekat mana-mana dalam daerah ni. Sedap kemain la.

Aku tak tahu apa dia bubuh, tapi ketagih weiiii...

Dia tak bukak lagi kedai orang menderu datang..

Semua orang kenal owner kedai ni, tapi yang gempaknya aku belum turun dari motor lagi, dia dah siapkan aku punya menu. Kah kah kah.

Ye, dia dah kenal aku n tahu apa aku order tiap kali datang. Auwwww malu i.

Kadang-kadang dapat keistimewaan potong que kalau orang ramai.

Oh.. Terasa i macam princess kuew teow.. Hahaha..

Tapi belum pernah dapat diskaun lagi la. (tak boleh tulis lebih-lebih pasal abang char kuew teow ni, ada yang nambah hari merajuk. STRESSS...!)

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review