Thursday, April 28, 2011

Padan Muka Haku

at Thursday, April 28, 2011
Reactions: 
0 comments
Yezzzaaaa.. Sangat padan muka, bila disaat akhir mahu pulang ke kampung a.k.a ESOKKKKKK, tetibe boss bawak berita gembira kene pergi outstation 2 hari, mula Sabtu ni..

Memang kelasssss la dia punya planning tu, sampai aku rasa nak bunuh diri dengan makan nasi lemak 10 bungkus..!!!

Terkejut ahkak ok, terkejut..! Tetiba dapat pakwe hensem masih tak terkejut lagi, tetiba "This week we have monitoring, get ready".

Ready waklu hang, aku dah ready nak balik kampung ni. Sanggup makan tengahri nasi lemak singgit sebab nak balik kampung..

Ini boleh mendatangkan marah... Lepas tu, tadi waktu tengahari si Faizal dah tengah sibuk nak cari resort semue.. Oh tidak oh tidak..!!! Kepala aku dah tak pikir dia hensem ke ape, tapi kene pikir, cukup seksi tak aku rini untuk goda dia pap pap pap baikk punyaaaa..

Maka dengan rela hati, selak-selak sikit, buh gincu sampai botak lipstick..

Aku: Faizal, kene pergi jugak ke...~ (manja habis ni)

Faizal: Kalau nak balik, balik la..

Aku: Betul ni..?? Boss tak cakap ape-apa ke..? takotla... (sangat bukan aku takot dengan bos)

Faizal: Dia nak cakap ape, takpe la.. balik~..

YEZZZAAAAAAAA...,mesti dia tak tahan godaan puteri kayang badak berendam aku ni..



BABY, SEDIAKAN KONDOM BANYAK-BANYAK, I'AM COMING HOMMEEEEEE..!!!!

Sedap Jugak Kalau Termasuk Mulut

at Thursday, April 28, 2011
Reactions: 
0 comments
Start dari semalam, aku dah merasakan simptom-simptom nak selsema. Contohnye, muka sudah menjadi sedikit gojes... Wakakaka... Yezza... Sampai aku pergi opis member aku pun, opismate dia kata aku cun setanding era pajira.

Dalam hati aku...


APA KAU BUTA..??????


Aku yang macam miss world ni, bagi aku pangkat saing-saing era pajira aje.. Ok itu sangat tipu..

Aku tak cerita lagi dekat abng peah, budak tu mintak no telefon.. Aku tak berani dowhhh.. Kang die buat wasiat, "Budak tembam itu menjadi penyebab kematianku"..

Dia bukan boleh kalau ade orang pandang aku, dan dan pergi cari tali..

Masa dalam waktu kerja lagi dah terasa mengalir je.. Akibat dah terlalu penat nak mengelap, aku biarkan aje.. Nak keluar sangat, keluarla.. Koser aku nak lap..

Yang lalu kat tepi mulut tu, memang halal je aku jilat, sedap pulak. Eh. huhuhu

Bila tanda-tanda demam sudah mula keluar, terus capai panadol, kasi telan sungguh-sungguh sebab nak balik kampung oiii..

Aku bajet ni mesti demam takde duit ni. Kalau hujung-hujung bulan gini, memang nak buat aksi simpati demam-demam kasi bos lembut hati dengan kesakitan gatal tangan nak shopping..

Mamalm ni bebudak tu nak makan pizza, aku gigit meja jela dekat rumah.. HUWAAAAA...


BABY, DIMANAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA KETIKA INI...???


Saya tak mahu tanggungjawab batin, selalu dah dapat, eh.



Tuesday, April 26, 2011

My Baby Boy Demam

at Tuesday, April 26, 2011
Reactions: 
0 comments
Rasa geli tak dengan tajuk..??? hihihi, kasi penampaqqq sampai pengsan.. Ye, aku sudah pandai memanggil dia baby. Kasi dia cair sikit, 3 hari lagi nak jumpa ni. Kompom aku balik KL dengan beg rege 300...!!!

Bila dah dapat beg, terus panggil by dengan muka seriusketattakbolehblah..!!

Sebenranya dari semalam abah ko yang suke dipanggil baby terlajak tu, dah ngadu-ngadu badan gigil macam nak demam. Tension katanya perangai awek yang selalu mintak beg rege 300 ratus.. Wakakakaka..

Aku macam tak amik port sangat la semalam. sebab dia kata MACAM..... Padahal saja kasi line bagi aku sejuk sebab aku tengah marah.. Mana tak marah, aku kasi mesej pukul 3.00 petang, masuk 3.01 tak balas-balas.. Hahahaha.. Selalu nya, tak payah jam tu anjak 1 minit pun, 2 3 mesej lebiu dia kasi..

Itu DOLUUUUUU... Sekarang, aku ancam letak pisau dekat leher pun die haram nak pandang... BOLEH..????

Pastu petang tadi, mesej la sekejap dengan dia..

Baby Debab: Assalamualaikum .. Ayang, By rasa macam nak demam la... Rasa panas satu badan

Aku: Wasalam. Ekk? Demam..?? Lorrr nape tetiba jadi gini.? By main hujan ek..?? By ada panadol tak..??

Baby Debab: Tak...

Aku: Dulu lagi ayang dah pesan, kat dalam lemari tu, sediakan sepapan panadol. Laptop mahal boleh beli. Panadol 4 ringgit tak boleh beli. Awek cun pandai cari, ubat demam tak reti cari. (MOTIP..???) Kan ayang dah bebel tak berhenti

Baby Debab: Yela... Nanti by sediakan (aku pantang betul dia balas gini)

Aku: Tengokla. Orang cakap tak nak dengar. Nak kene piat sampai darah..??

Baby Debab: By, tak lasrat law aygl.l Sakit kepkaja n oapadnas..

????????

Dia hantar lagi mesej....

Baby Debab: Spryu yas aygll lpove ui top



KO NAK SPRAY MUKA AKU...!!!????? BABY...!!!!!!!!



Monday, April 25, 2011

Sila Percaya

at Monday, April 25, 2011
Reactions: 
0 comments

Ini adalah menu makan malam... Poket sudah dilanggar garuda kekdahnya.. Ni kalau dah kawen masih kering jugak, aku kebas je beras rumah makcik Hang Tuah. Apalah dosaku.. Ni mesti balasan sebab tak sedar diri, dah ade pakwe, goda pakwe orang lain...kikiki. Bunyi macam wild tak??? Hak hak hak.. Tak cik peah, nampak macam BOHSIAAAAA

Salah Bantal

at Monday, April 25, 2011
Reactions: 
0 comments
Aku mengalami sakit leher gara-gara salah bantal malam tadi.. Bangun-bangun tak boleh toleh kiri toleh kanan..!

Apa kejadahnya aku macam lampu isyarat menghadap depan je ni..! Hello, hari ni bos masuk okeh, camne aku nak hipokrit bekerja penuh dedikasi dengan leher serupa popeye ini.. Jahanam lakonan aku

Nak kene letak apa ek kalau salah bantal ni. Dulu pernah terjadi jugak, masa dekat U. Memang lagi haram tahap 7 petala langit la sebab aku dengan leher sakit gilak, gembel habis bawak motor pecut 100 km/J tanpa toleh kiri kanan. KO MAMPU..??? Hanya minah rempit motor kriss je yang berkebolehan mintak mati cara gitu..

Tapi alhamdullialh selamat. Time tu, dia punya teruk kan, kalau member sentuh sikit pun, dia punya jerit adohhhh tu, mampu tenggelamkan sebuah kapal kargo. Kalau sentuh badan pun, memang akan mengadoohh jugak la.. Tapi, kalau aku jerit tu, setakat boleh ranapkan universiti aku je.. Hehehehe.. Tak boleh blah betul cara bayangan kesakitan ko tu kan cik Peah..

Hari ni memang ade pakatan sakit kepala leher beramai-ramai kah. Si mek Faizal lagi la, awal-awal dah amik half day leave. Dah terjulur agaknya atas katil sekarang.. Cisss.. Tinggal la aku berdua dengan boss berdua.

Eh, jangan kol pencegah maksiat tau, nanti tunggu aku berdua dengan Abang Fahrin, ko nak panggil tok imam sekali pun aku tak kisah. Isi borang terus.... Kah kah kah..

Sunyi gilak Faizal takde. Layan lagu sensorang macam looser. Lepas tu tak dapat aku pasang telinga perbualan dia dengan awek dia tu.. Kalau dia tengoh kol awek dia kan, sumpah telinga aku ni, kalau boleh lekat dengan meja dia, lama aku lekat.. Tapi kan.. Tapiiiii.. aku rasa dia dengar cara aku goda abang peah ko dalam telefon mesti gelabah habis.. GILE MANJA TAHAP DEWA..

Penah ok aku buat.. Mesti dia tersengih-sengih kata aku ni macam India nak jual kacang putih.. Cissss..!

Sunday, April 24, 2011

Serapan Hari Ahad

at Sunday, April 24, 2011
Reactions: 
0 comments


Ye, serapan saya adalah pada jam 12 tengahari.. Apa?????? Kenapa tak balun pukul 6 petang je ???? Amboi amboi, laser nampak, x nampak kiri kanan kalau bercakap ye.. Hari ahad adalah menjadi hari buang tebiat aku... Bukan sebab serapan ini, tetapi buang tebiat tetiba rajin masak. Kala idak, teo ais pun aku suruh mamak je.. Cewahhhh... Macam masak nasi goreng kan... Padahal telur dengan sosej je.. Hello, ko reti ke buat telur masak cantik menguning tu..???? Kene pakai bunga sila jurus 4o okeh nak buke langkah menggoreng tu..


Pukul 4 Pagi

at Sunday, April 24, 2011
Reactions: 
0 comments


Dari rumah orang kaya ke hospital orang kaya.. Vavavavavava.. Pandangan pada pukul 4 pagi adalah berpinar-pinar ye tuan tuan. Tengok nurse sorang pun, nampak macam soploh orang. Tapi lalu je doktor hensem, terus VAVAVAVAVAVA....

Perubahan Ketara

at Sunday, April 24, 2011
Reactions: 
0 comments


Aku kan sekarang berada di rumah orang ado-ado, walopun jam nak ke pukul 2 pagi... Anak dara kalau keluar masuk rumah orang kaya ni, mesti nak dikata i perempuan simpanan la tu.. Hello, i terlalu hot untuk itu semua. Yang p**i murah je setaraf dengan semua ni... Ate, nak cengite lain benornye, melalut sudah...


Kemain bandar lagi aku duduk bergaya. Ini adalah ketika lima minit sampai.. Masuk yang ke setengah jam seterusnya, duduk dah tak tentu arah. Mula nak buat perangai tak semenggah macam dekat rumah sewa. Wajib ikut cara macam itu adalah rumah kau. Terkangkang baik punya. Kesimpulannya aku memang tak ditakdirkan kawen dengan orang kaya... Tetiba. MOTIP..???




Alahai

at Sunday, April 24, 2011
Reactions: 
0 comments


Susah betul bila mempunyai muka stok barbiedoll ni. Makan roti canai 2 keping, mendapat pandangan haram dari sekeliling.. Hello, kalau makan roti sardin dan roti tisu sekali guss, normal kot..! 

Apa???? Tak normal??? Dinasour je yang makan gitu..???? Ni ko punya dinasor, DUSH DUSH...!!




Di Tengah Malam Ini

at Sunday, April 24, 2011
Reactions: 
0 comments
Apa aku buat di rumah mewah ini..??? No no no.., aku bukan jual bontot di malam minggu untuk dapat income lebih. Tapi tertunggu jugak ni, tak kan takde abang hensem di rumah sebesar ini. Guard bapak gila machoo, mesti tuan rumah pun standard-standard Eren Aziz..! Siapa tahu, rumah yang ku pergi di tengah malam ini Fahrin Ahmad...???

MIMPI LA KO SANA..!!!
Aku macam pengak gila masuk rumah ini. Ada lukisan mahal, perhiasan mahal, kalau aku angkat balik satu, haram jadah takde sape perasan. Perhiasan adalah barang-batrang kristal okeh.. KO MAMPU..????
Tetiba teringat yang rumah orang kaya-kaya ni mesti ada CCTV. selamba katak aku snap picture macam di pentas modelling

Aku yang tetap gojessssss... Ececeh.. Tengah malam nak gojess-gojess, tengkorang hang...!


Friday, April 22, 2011

Rutin Hari Jumaat

at Friday, April 22, 2011
Reactions: 
0 comments

Berjalan-jalan sambil top up lemak di perut lepas habis kerja memang best gilakk.. Hilang terus tension semua kerja yang berbakul-bakul bos tinggalkan. Tak suke..! Mahu aje hentak-hentak kepala ni, kasi koma sampai tahun depan. Gaji adalah jalan.. Wakakaka.. Perempuan keji.. Jadi terapi mingguan adalah adal berjalan-jalan di giant.. Sambil mencari-cari jodoh tersangkut.. Hahahaha.. Di baca dek abah ko, Mr. Muscle itu, seminggu aku hilang kasih sayang. Tskk... Eh eh minggu depan cuti lebih kan, boleh balik kampung. Boleh main merajuk-rajuk. Sure aku balik KL dengan gelang emas.. Hahahaha.. Strategi beb strategi..!


Apasal Perempuan Tu????

at Friday, April 22, 2011
Reactions: 
0 comments

Aku tak tahu lah ape pasal perempuan baju hitam itu membuat pandangan yang macam aku pernah rampas laki dia?? Ke ko pandang aku seorang yang looser sebab makan sorang2 ??? Ke rasa insecure dengan kecomelan aku...??? Wakakaka.. Tak boleh belah agaknya nak rasa tergugat dengan mak gorilla ni.. Hello, ko pandang aku atas bawah ni mesti ko nak tiru dressing keparat aku kan kan kan..??? Tak yah pandang macam itu tau, kalau nak resepi, sekejapan aku ubah ko.. Ni tak, pandangan tak boleh tahan. Apa ko tak mendapat malam tadi ????? Pakai baju kurung, tudung, tapi pandang aku macam haram jadah.... Benci gilakkkk...!!


Breakfast Yang Membencikan

at Friday, April 22, 2011
Reactions: 
0 comments

Sangat mengujakan bila tengok Faizal makan nasi lemak pagi ni. Kan dah meliur-liur... Mencik sangat. Bila perut dah teringin tu, terus zaaas zaaas mencari kedai breakfast.. Tak sempat pun duduk, terus laung 'NASI LEMAK SPECIAL SATOOOOOO'... Sementara menunggu, terlihat la pandangan nasi lemak orang lain dengan perasaan gegel-gegel. Hendakla juga merasa breakfast yang sedap, hari-hari tolak sandwhich dalam mulut, boleh mati terkepit aku... Not good not good.. Dah namanya SESEKALI, jangan pulak lepas ni aku bantai TETIAP Hari.. Mahu montel aku gini...


Thursday, April 21, 2011

Apasal Lama Sangat Kencing..??

at Thursday, April 21, 2011
Reactions: 
0 comments

Aku kan sentiasa mengalami situasi dimana terpaksa menunggu lama di luar tandas gara-gara, kencing yang mengambil masa tak sampai 30 saat, boleh melarat-larat jadi 5 minit..!!

Selalu ok selalu... tempat yang aku selalu terkena, dekat mall, hentian rehat R & R, dan dekat TIMES SQUARE paling hazab...!!!!

Bila masuk toilet ni, ada dua golongan tau. Pertama yang kencing laju, kedua, ape kejadahnya kencing sampai keluar sikit-sikit. Tak hengat orang beratur tunggu kat luar..

Aku bukan nak kata apa, tapi setelah dianalisa kategori orang kencing ni (ini pun boleh buat research paper), orang melayu memang cepat je keluar masuk tandas. Zass zass zass siap..!!! Paling lama nak betulkan tudung. Takde pekdahnye nak betulkan yang dalam tu, bukan orang pandang bwah tu pun kan..

Yang aku selalu perasan ialah orang cha ya nun alip ni... Ate reti ke idok baca jawi ni..??? Jangan nak kabo ke teman dah lupa sebab terlalu lama belajar. Bukan kome kene flashback jauh benor sampai zaman dinasour pun..

Nak kasi cerita bila orang cha ya nun alip masuk bilik air.. Amboiiiiii. Kemain lama lagi, sempat acik peah cukur jambang dekat luar. SUmpah aku tak tipu. Misal kata ko masuk bilik air. Kat luar takde orang, ko masuk, semua full. Memang tak bajet la sape ada kat dalam tu.

Tunggu punya tunggu. Seminit, dua minit, 10 minit...!!!! Tak keluar-tak keluar. Apa kejadahnya semua tak bukak pintu kan. Apa ko buat BBQ ke..?? Aku pulak yang kat luar ni, menunggu dengan perasaan yang tinggal sipi-sipi je boleh menitis, terkepit-kepit..!!

Lepas cukup setempayan memaki, baru la bukak satu pintu. Orang cha ya nun alip. Aku masuk. Masa tengah uk uk tu, orang yang dekat pintu sebelah pun bukak pintu, kasi cuci tangan, aku yang kategori kencing laju ni, tengok kat luar, oh orang cha ya nun alip lagi...

Masa kes dekat TIMES SQUARE tu pun sama... Semua nya cha ya nun alip yang masuk 4 4 toilet.. Pastu ade sorang melayu ni, tunggu kat luar. Minah tu punya turn memang betul-betul lepas orang cha ya nun alip yang masuk sebelum. Disebabkan aku dapat line yang cepat, jadi dapatla aku masuk bilik air yang keempat. Pempuan tu bilik air pertama.

Bila dah selesai semua, aku pun keluar la, dan perempuan tu tak masuk-masuk lagi.. Ape ke lembapnye orang dalam tu, ke aku yang gelojoh...?? Hehehehe

Cer citer, ape yang korang buat lelama dalam bilik air tu..??? Nak kata berak, takkan setiap kali aku pergi mana-mana, hajat diorang ni semua sama..? Mencirit tak tentu hala..?? Aku cirit pun cepat je selesai ok..

Aku tidak paham. Memang amik masa yang lama ke nak kencing ni...?? Tunggu kencing budak tadika lagi senang. Janji ada mangkuk, ada air, takde pintu pun tak kisah. Belasah aje...



Wednesday, April 20, 2011

Soalan Maut

at Wednesday, April 20, 2011
Reactions: 
0 comments
Tadi sedang-sedang main merajuk merajuk dengan kekasih tercinta, tetiba dia kasi soklan maut kat aku.. Dan telah tersalah jawab. Kemain sentap lagi dia. Fadan muka ku..

Kisahnya...

Mr Muscle (hiks..!): Ayang sihat tak hari ini..?

Aku: Sihat sayang. Makin sihat lepas makan Char Kuew Teow tau.

Mr Muscle: Amboi, nakal ek ayang. Mesti pergi tengok muka abang tu lagi kan.. Jealous by tau

(Adekan yang aku cerita aku usha abang masak mee sizzling tu..?? kemain jeles lagi dia. Mencik)

Pastu kasi la dia kembang sikit..

Aku: Hari ni jeling-jeling je la yang. By lagi comel tau. Kalau letak by kat kedai tu, bukan ayang jeling je tau, terus terkam..! Hihihi

Mr Muscle: Amboi, nakalnya sayang by ni. Nak ambik hati by la tu.

Aku: By tetap yang paling comel di hati ayang. Kalau disuruh pilih antara Fahrin Ahmad, ataupun Mohd Razwan, ayg pilih Mohd Razwan tau. Tengok betapa besarnya pengorbanan ayang..

(masa ni gegel-gegel nak buat pilihan.. Hahahaha. Tangan sudah parkinson nak tulis Fahrin Ahmad...)

Mr Muscle: Thanks ayang... AYANG, APA NAMA PENUH BY..??



GULLLPPP....!

Bukan aku tak tahu ok, BUKAN TAK TAHU. Cuma keterlupaan. Masa dia cakap nama penuh dia dulu, aku mana ada feel sangat dengan dia sebab aku kan ade pakwe lain.. Hihihi.. Agak najis perangai aku dulu... Sekarang baru menyesal.. Apasal aku terasa nama dia Razwan bin Isa ek..??

Karang aku main sebat je nama bapak sesapa, lagi la sentap baik aku kasi jawapan gini..

Aku: Errrr.. Razwan bin errrrrr...

Berpoloh-poloh aku imbas kembali zaman dia ngurat aku dulu...

Mr Muscle: Ha.... Kan dah tak tahu. Berapa lama kita couple ni, sampai nama by pun ayang tak tahu..

Aku: 2 bulan???

Hahahaha.. Najis gila perangai aku..

Pagi Yang Indah

at Wednesday, April 20, 2011
Reactions: 
0 comments

Morning uollsss... Hari ni pagi-pagi lagi mek Faizal dah kasi mesej tau. 'Masuk office lewat sikit tau. Hujan'. Dan aku telah masuk office whattttt...??????? Macam nak lempang diri seratus kali bila disuruh masuk lewat kerana hujan... Huhuhu.. Padahal aku dah berlengas kepanasan kat rumah.. Dalam hati, apesal la cakap lambat, kalau tidak aku dah belasah tido sampai pukul 8... Mencik tau... Dah terdatang awal ni, moh ler makan roti canai. Hiks.. Padahal azam minggu lepas x mau sentuh roti canai.. Tak mo makan roti bom. Tapi yang ni paling memikat hati. Jadi kita belasah je dengan rasa tak bersalah. Sedap uollsss.!!


Tuesday, April 19, 2011

Huwarggghhh....!!!

at Tuesday, April 19, 2011
Reactions: 
0 comments
Acik Peah mahu update uollss. Tapi mata ni macam dihinjak-hinjak sama itu gergasi Gunung Eberest..

Tengok post orang dekat pesbuk pun, berdouble-double pemandangan mata ni

Mata ni pun dah hujung-hujung, dah sipi-sipi je tau..

Janganla nak menyapa aku waktu aku tengah ninonino ni, memang aku sebatkan aje...

Sekarang ni, pukul sepuluh pun dah ngantuk okeh, susahla macam ni kalau dah kawen nanti. Ahaks..!

Mata dah nampak putih je pun, sempat lagi ko kan...

Oklah, tak mampu sudah, karang ada yang tersembam ke belakang.

Gedegang...!!! Bunyi mak badak terbabas lari langgar tembok.. Hiks... Bye uolsss...


p/s: Hurm, nak mimpi Fahrin Ahmad la. Dah bosan hari-hari mimpi pakwe.. Tukar selera satu malam sekejap... Kih kih kih

Poorahhh...!

at Tuesday, April 19, 2011
Reactions: 
0 comments
Hari ni kengkonon nak buat kerja secara tulus.. Dah nama KOHNON kan. Tulus la sangat, Sampai dah geget-geget pc ni nak tengok pesbuk, tengok belog (kalau ade peminat tinggalkan mesej ke..) Keh keh keh..

Gelisss tau..

Last last, tak tahan... Masuk keroje kol 9, kol 9.05 bukak pesbuk.. Kah kah kah.. Paling lama la tu kira boleh tahan.. Last last, report kemana, aku kemana, Faizal yang sibuk dengan awek dia, entah ke mana..

Kalau bos takde, memang lope diri. Masuk rehat pukul 2.30.. Wah koooo, macam hari Jemahat pulak kan.. Kalau tiap bulan bos otstesen, bengkrap company dia ni dek dikerjakan kitorang berdua..

Selagi boleh goyang bontot, goyang sehabis mungkin. Kah kah kah. Karang bos sudah masuk, boleh vibrate je pun paling jauh.. Hahahaha

Ok lah, nak siapkan kerja. Bising si Pesal tu report dia lambat siap. Eh eh.. Aku berhenti kerje kang...!

Monday, April 18, 2011

Tip Hilangkan Mengantuk

at Monday, April 18, 2011
Reactions: 
0 comments

Sentiasa ada air panas ditepi.. Bukan nak suruh kasi celup tangan kasi tersentak tau.. Ni kasi minum... Buat la air teh o ke, kopi ke, secawan.. Paling best beli mug yang kedap panas. Jadi air ko tahan panas berjam-jam.. Sape-sape yang kerjanya macam aku, menelepek je macam beruang kutub, harusla cuba... Beruang kutub pun tahu mengantuk, ni kan pulak aku, badak sumaterra.. Wakakaka.. Bungkus la kat kedai sebelah ke, kalau rasa nak jimat, rembat la teh uncang bos, macam yang aku buat ni... Kah kah kah... Percayalah, nikmatnya lagi terasa dari beli sendiri.. Hahaha.. Dush...!!! Dijamin cara ini amat berkesan, kalau setakat air mineral, merangsang nak terjah bilik air adalah.. Selamat mencube uolllssss...


Berlengas...!

at Monday, April 18, 2011
Reactions: 
2 comments


Sementara menunggu char kuew teow siap, dan melayan ketiak yang berlengas tak hengat ni, moh layan mata pada abang hensem tengah masak mee sizzling. Patutler laku, yang paling hensem ko letak kat luar, yang muka cam karam sikit ko letak dapur.. Strategi strategi.. Eh aku ni lemah emosi sikit. Senang terpedaya dengan strategi gini.. Kedai yang ada abang hensem, aku pergi. Yang x berapa, pandang pun tak hengen. Padan la, walopun waiter tu kata 'char kuew teow lambat sikit dik'. Aku dengan pejam mata, berkata takpe bang, saya tak lapar pun lagi... Kah kah kah... Kalau macam ni, lambat macam mana pun, aku takkan komplen... Lagi best kalau... 'Takpe takpe, saya order sizzling je....' nyahahahaha... Muka hensem gini buat mee sizzling... RUGI KOT...!!!!!!




Isnin uollss..!

at Monday, April 18, 2011
Reactions: 
0 comments


Selalu kan, kalau hari Isnin, datang kerje mesti mengesot. Malas katanya. Naik haus tapak seliper. Kalau boleh, nak melekap macam beruang je atas tilam. Tapi Isnin aku kali ni, datang kerja dengan semangat mak gajah tau.. Sebab bos tadokkkk...! Yahoooo.... Celet montot sikit... Kah kah kah.. Buat kerje pun lambat-lambat, mata pun segar semacam. Kalau tidak, meliur-liur keybod pc ni dek air azimat den ni ha. Seminggu pulak tu tak de kan... Bila harri jumaat, semangat gorilla la naik kan, sebab esoknya cotiiiiii...! Noncat-noncat goyang dada... Kih kih kih.. Oklah. Tetiba aku terasa nak ketawa sampai lari rahang... Almaklumla sedang goyang kaki goyang badan goyang kapla... Sangat syiooookkkk...!


Sunday, April 17, 2011

Gaya Yang Kencang

at Sunday, April 17, 2011
Reactions: 
0 comments



Tudung ni dibelikan oleh pakcik gendut uolls tu la.. Pandai pulak tu dia pilih warna.. Belinya hari sabtu, hari ahad dah gedik nak pakai.. Dengan tak basuhnye, yela, mana tau, kot kot tudung ni waktu dalam kilang dipijak-pijak ke kan... Sebab aku biase buat dulu... Wakakakaka..

Geram dengan bos, aku kasi kesat baju kilang dia kat ketiak aku... Hahahaha. Nasib la sapa yang pakai tu. Mendapat ko di situ.. Bila dah comel-comel pakai tudung ni, terus kasi soalan nerbes kat dia... Hehehe

Aku: By, ayang cantik tak ari ni..?? Ayang pakai tudung baru tau...

Pakcik montel (*hahaha): Cantik ayang, comel sangat..

Time ni tak rasa nerbes, tapi rasa..


Selalunya kata aku macam Siti Nurhaliza... Kali ni tak pun..


Hahahaha Dush..!!!


Thank you sayang sebab belikan, walopun murah, tapi cukup buat ayang rasa macam Tok Ti... Ngeh ngeh ngeh

Saturday, April 16, 2011

Bergaduh di Pasar Malam

at Saturday, April 16, 2011
Reactions: 
0 comments
Alkisahnya, kawan aku bergaduh dengan kakak jual ayam goreng dekat pasar malam tadi. Kah kah kah.. Lawak gilosss. Perang mulut je ollss.. Aku tunggu jugak, bila nak beraksi baling sayur kan. Aku dah get ready nak grab sayur labu tu.. Toing sekali, terus masuk sepital.. Hahahaha...

Cerita nya bermula macam ni...

Aku dengan housemate yang lain dah rancang-rancang nak terjah pasar malam sesama. Sebab aku dan yang lain memang tak pernah pergi pun.

Dalam pukul 6.30 camtu, weoll pun gerak la. Disebabkan jalan nak ke pasar tu sempit, weoll parking jauh sikit. Time tu, masing-masing dalam dompet, memang paling besar duit adalah duit hat merah tu, nak kata duit singgit, memang takdelah..

Aku sah sah ade duit biru yang saiz besar sikit tu... keh keh keh. Berlagak nak kaya la tu.. Pasar malam je pun..! Kemain bawak 100.. hahahaha.. Poyo. Mesti uols ingat aku bawa 50 hinggit kan...

Jalan punya jalan, aku dengan sorang member ni, berhenti dekat kedai jual kebab. Member aku yang bakal bergaduh ni pulak, si N (bukan nama sebenar) tuju ke kedai ayam goreng tu, betul-betul sebelah kedai kebab. Masa aku tengah nak bayar kebab tu, si N ni datang dekat kitorang, mintak ade duit seringgit tak.

Sebab si N ada sepuluh ringgit, aku pun sepuluh.. Dan masa nak tukat duit tu la, si N duk bising..

Eeee berlagak betul budak jual ayam tu. kerek..! Tak boleh cakap sopan-sopan agaknya

Weoll pun tercengang-cengang la kan. Apasal si N ni marah..

Kenapa wei..??

Budak tu la, berlagak betul cakap takde duit kecik.. Tak boleh cakap elok-elok ke. Macam ni ke orang berniaga..?? Entah macam mana boleh bukak kedai.

Dah wei dah. Tak payah beli dekat kedai macam tu

Haah kan. Buat apa nak beli. Banyak lagi kedai lain.


Pastu kan, member aku si N ni, pandang ke kakak tu pastu sembur


BERLAGAK...!!!!


Aku dah woi woi woi... Habislah, kakak tu terdengar pulak tu, dan dah pandang-pandang kitorang. Dalam hati aku, matila... kalau payung gerai dia tak terbalik, mesti pasar malam ni yang terpelanting..!

Lepas je selesai aku bayar kebab tu, weoll gerak ke depan sikit, than, lalu kat depan kedai kakak jual ayam tu, aku ingat setel dah. Tapi rupanya....



LAIN KALI MULUT TU JAGA SIKIT EK...!!!!!


Waduhh.. gawat nih... Aku toleh ke belakang.. Haish, macam nak berperang gayanya. Kawan aku pun balas la... (ayat diedit serba sedikit, keterlupaan, hehehe)


MACAM NI KE BERNIAGA...??? KURANG AJAR BETUL...


Lepas tu kakak tu ada membalas.. Tapi aku tak dengar sebab sibuk nak angkat sayur, kot kot nak perang dengan ikan dan sayur ke... kah kah kah..

Satu pasar malam kot tengok. Aku dah pucat lesi sebab memang tak biasa tengok orang gaduh depan mata.. Dan lagi kitorang takde senjata, kakak tu ade sekuali minyak panas kot..! wakakakaka...

Terus rasa, oo macam ni gayanye orang gaduh kat pasar malam.. Kah kah kah... Tak boleh blah betul..

Balik je dari pasar malam, terus ngad kat gendut hal kejadian tadi. Lepas tu dia tanya..


Kalau jadi kat ayang macam mana..??

Kalau jadi kat ayang, ayang akan senyum je by.

Bagus nya bakal isteri by ni... Cool dan baik hati je..

Bertuah kan by..??


(Padahal dalam hati, siapla ko malam ni, aku maajun kan semua ayam ko, biar mencirit tak henti..! Kah kah kah)


Lagi Entry Makan

at Saturday, April 16, 2011
Reactions: 
0 comments


Sedapnye... Nom nom nom... Sejak akhir-akhir ni, maaaaaakan je kerje aku tau... Tak makan, mesti makan.. Hahahaha dush sekali. Dulu aku tak berapa nak minat sangat kebab ni. Sebab kan, selalu yang aku nak beli, dia sudah campur dengan timun.. Yes..! I hate timun... Tambah sikit lagi ayat, VERY MUCH...! Kalau ada apa-apa makanan yang sudah dicampur timun kan, cepat-cepat aku alihkan.. Kalau dah rasanya sebati dengan rasa timun, maapla, memang ke tong sampahhh... Cannot go.. Pada yang kenal perangai aku, memang tahulah, yang aku allergic dengan pandangan terhadap timun... Aku beli dekat pasar malam taman belakang... Nampak tak semenggah kan??? Tu sebab aku dah koreeekkk baik punya... Hat ni pun aku tak rase cukup tau.. Agak-agak 5 keping baru careeeeeee..

Aku tak tahu la, masa aku pergi pasar malam ni, abah ko tu lepas ke mana. Katanya nak ke surau, jangan dia buat perangai tikus mondok dekat kedai burger sudah, di suweet suweet anak dara orang. Kalau aku dapat tahu, nahas..! Satu Johor aku kejar.. Kalau ke surau, baca Quran ke, dan dan aku kata, "By, sempat lagi kawen malam ni..".. Kah kah kah..

Nak pergi mencari ni.. Abahnyeee OOOOO Abahnyeeeee.....~


Friday, April 15, 2011

Char Kuew Teow yang...

at Friday, April 15, 2011
Reactions: 
0 comments


Perggghhhh terangakat rahang aku dengan kesedapan dia.. Walopun rupa nya tak menggoncang jiwa, tapi percayalah, bila masuk di mulut, fuhhhh... Ko takkan pandang kiri kanan. Sekejapan tinggal bekas sajork... Kira aku makan sampai jilat pinggan... Memang terbaik...! Dah la aku memang mengidam kan, selalu nampak yang kering je, bila nak nampak yang basah, terus CHAR KUEW TEOW SATOOOOO...! Dia ada yang special tau, tapi kasi cuba yang biasa punya.. Kalau memang sah mampu buat aku terangkat rahang, esok boleh kasi try.. Bukan main puji lagi, padahal waktu kat kedai tu, meraung-raung sebab lambat sangat.. Ape dimandrem ke CKT ni sebelum kasi kat aku. Taula mak gojes, xyahla pakai cara tipu nak pikat mak ni kan. Kalau la aku dapat tahu, sape yang buat CKT ni, aku kiss juta-juta... Sayang gilakkk sebab char kuew teow mencapai piawaian hati montelku... Yippiiiiii


Thursday, April 14, 2011

Seharian Bersama Yang Tersayang

at Thursday, April 14, 2011
Reactions: 
0 comments
Lokasi kejadian adalah Zoo Negara.. Amacam..??? Hebat tak percintaan kami bersama binatang-binatang...??? Hebat ngokngek ko...! TOING sekali..!

Tapi best ohhhh... Yela, kalau penat kan...

By, belikan air

By, ayang lapar la

By, nak itu...!

By, majuk karang..!

Hahahahaha.. itulah kerja kak peah ko sepanjang hari di sana. Kalau tak makan, mesti minum, kalau tak minum, mesti merajuk.

Apa bala dapat awek cungorjeshot macam aku ni...! Kah kah kah


Bertolaknya adalah pukul 10. Cun cun sampai dekat Zoo Negara, adalah pukul 12. Masa tu matahari memang mencanak tak hengat la.. Sebelum masuk tu, aku dah siap-siap membeli air mineral 2 botol. Dia tu bukan boleh, jalan banyak sikit, air.. Jalan sikit, air... Boleh kering air tasik tu kalau tak dibekalkan air..

Waktu terik-terik macam ni, payung dan air sangat penting, dan abah ko yang betul-betul jantan tu, malu katanya nak pegang payung pink aku... Tskkk..

Masuk adalah mahal kepala hinggit..! Eeee murah la sikit kan.. Kalau 17 hinggit, aku boleh lagi la, ni 20 hinggit, beli tudung kat Jalan TAR, dpat 2 pasang tau.. Mencikkkk...

Oh ye, kalau ada sesapa yang mengidam nak ke Zoo lepas baca entry aku ni, boleh naik teksi kat LRT Sri Rampai. Lebih murah sebab lagi dekat.. Masa aku pergi tu, tak sampai 6 ringgit je pun. Dalam hati... Fuhhhh.. Nasib nasib, kalau tak... BY, BAYAR.. Muka garang kata ko... hahaha

Sebab murah, Takpe by, ayang bayar ek... Keh keh keh. Dalam hati, kat dalam nanti, siapla ko.. Hahaha... Ampun sayang, ayang tersuruh by belanja eskrem 6 hinggit tu.. Hahahaha


Disebabkan sekitar zoo ni banyak pokok-pokok, takdelah basah sangat ketiak tu sampai boleh mengalir kan... Nyaman je, tapi bila part yang takde pokok, dia punya laju jalan tu, macam nak kejar duit... Fuhhh.. malu la tu kalau-kalau aku nampak peluh termengalir keluar dari baju..

Tapi kan, serius, kalau orang lain aku agak geli, kalau gendut aku punya peluh kan, aku macam GULP..! Perasaan 'lain' macam.. hahahaha..


Pertama sekali masuk kawasan yang ada ular-ular, buaya dan katak.. Sumpah aku geli tang ular tu... Macam terasa-rasa kat tengkuk dia berjalan.. Rasa tak, rasa tak..??? Dan waktu aku datang kali ni, semua ular adalah hyperaktif.. !

Nak nak yang ada sekor ular king cobra tu kan.. Time aku datang dulu, dia tengah tido, kali ni, boleh nampak sebijik-sebijik dia panjat dinding nak cari jalan keluar...!!!

Baru aku tahu ular boleh panjang dinding yang rata tu. Ingat kan, kalau duk atas, tinggi-tinggi, selamat la.

Orang kata, bisa king cobra memang tak boleh diselamatkan. Kira terus 'jalan' orang kata...

Acik mintak maaf la yo.. Kebanyakan gambar adelah syok sendiri. Takde yang berilmiah pun.. Bila disuruh tangkap gambar haiwan tu, jawapannya...

AYANG COMEL SANGAT...~

Aku tak kata, tak kata.. Dia dia...


Aku lagi prefer Zoo Negara ni kalau nak datang, berbanding Aquaria ke apa, sebab, Zoo Negara, kalau masuk, adalah berbaloi-baloi. Kawasan luas, Tak habis nak jalan orang kata.. Nak masuk sini, terasa nak masuk sinun..

Senang kata, selalu bercanggah emosi la untuk memilih jalan yang best.. Round 3 jam pun, belum tentu dapat tengok semua tau..

Tu aku kata berbaloi.. kan by kan..?? Pinggang by pun ayang ushar macam dah kecik sikit ;P


Camera semua adalah pada dia, mana boleh nampak awek die senyum sikit.. Yang, amik gambar. Yang, amik gambar.. (keh keh keh.. Padahal aku. Setiap ceruk. By, amik gambar. By, sini by gambar)


Lepas je masuk kat tempat yang haiwan melingkaq-lingkaq tu, terus aku heret pergi tengok Makcik Hari... Hihihi... Dia tengah main-main sesama sendiri, sangat seronok. Tapi sangat rugi la. Sebab kan, dulu minachi ada kasitau tau, itu Makcik Hari, kalau mood dia baik, dan dah rasa lama tak mandi, akan berenang-renang dalam kolam...

Tapi disebabkan sudah dua kali aku datang, masih keadaan itu jugak, anggapla dia dah pakai deodarant untuk setahun.,... Ku keciwa..

Dan aku tercari-cari jugak kandang beruang, tapi tidak keterjumpaan. Aku agak, mesti dia duk kondo macam aku.. Kih kih kih. Tu pasal memanjang tak jumpa. Geram..! Nak tengok kuku die panjang mana. Boleh lawan dengan laki aku tak..?? Kah Kah Kah...







Kat bahagian burung ni, agak bosan sikit. Sebab aku tak minat. Aku paling suka bahagian buaya-buaya... Kat situ, aku boleh tolak semua orang, nak rebut tempat dekat frontline..


Ko tengok..! Amik gambar pun pemandangan bontot gajah..


Time ni kan, aku merajuk tau. Kisah nya...

Aku: Yang, amik gambar jom.. Jom la... Jom la.. Nak kat sini, gambar berudu. Eh berdua.. hehehe

By: Kejap la sayang. Kejap lagi ek. Kat sana, kat sana.. Ramai orang ni

Aku: Nak kat sini jugak....

By: Jom by amik gambar ayang kat sana jom..

Muka aku time ni adalah kekambingan.. Giler sentap.. Orang nak kat situ, dia nak kat sana.. Maka terjadilah gambar di atas... Tak rela katanya.. Tapi pegang payung, giler kentang punya stailo kan..

Encik Tap ni kurang ajar ok.. Masa aku datang menjenguk tu, kemain lagi hepi, duk main kejar-kejar. Aku bajet, yang mengejar tu mesti jantan, yang kene kejar, mesti betina. Dasar nafsu binatang..!!! hahaha

Sangat cergas tau, berlari keliling kandang. Yang betina tu dah rimas bila asyik dikejar, yang jantan tu kemain suka dia gesel-gesel..

Tetiba, mase main kejar-kejar tu, yang jantan berhenti kejar. Dia stop. Dia korek pasir pakai kaki. Sekali wusssshhhhhhhhh. DIA KENCING..! Hamsau punya tapir. Depan orang pun ko jadi ek.. Nasib tak membuang yang besar. Kalau tau, aku sumpah ko jadi tapir. Aku belum lunch kot... Yearkkk...!


Gajah diatas sangat jinak ok.. Pandai je dia buat muka comel, nak tagih simpati orang kasik makanan... Eeee, no no Cik Gaja, kamu hampir membuat saya merengek pada boipren saya, membelikan tebu untuk kamu tau...

Jangan buat lagi ek, karang boipren saya kerut-kerut muka nak cari tebu..

Time ni, aku diri hujung-hujung, kang die terik payung pink aku, dilunyai macam nasib tebu tu, menangis aku...!


Masa ni kan....

Aku: By, amik gambar ayang by...

By: Depan tandas yang...????

Aku: Mencik..!!



Si dia yang setia memegang beg saya. Ayat dia, "Kesian ayang pegang beg sampai berpeluh. Berat ye... Meh by pengang"

Aku ape lagiiii, naik badak la kan, "Haah by, berattttt. sampai lebam bahu ni... Aduhhh Cakitt.."

Hahahaha.. rasa nak lempang tak. Itu namanya, mabuk cinta. Yang ringan pun, boleh dikata berat. Yang banyak jerawat pun, boleh dikata macam bidadari..


Akulah bidadari mu... Cewahhh... Gelissss... Jalan dalam tu lebih kurang 3 jam kot. Aku dah berdengket-dengket jalan. sakit pinggang yang amat. Kalah orang tua yang lalu lalang.. Masa tu lebih kurang pukul 4 petang. Masih awal kan.

By: Kita nak pergi mana lepas ni yang...
Aku: Jalan TAR jom..!!!


Kah kah kah... Aku rasa jalan tu patut tukar nama pada nama Jalan Buyung tau.. Serius wa cakap lu. Itulah lawatan mingguan. Kalau bukan Jalan TAR, mesti KLCC, boringgggg....


Terkejut

at Thursday, April 14, 2011
Reactions: 
0 comments


Hoh!!! Abg hensem itu sudah maliiiiii... Ya Allah... Terketar-ketar cik peah nak makan.. Makan pun main telan telan... Acik maluuuuuu... Time terserempak ni, boleh pulak aku pakai selipar jamban.. ADoiiiii...!!! Hilang koprat aku. Baju cungilermeletop, sekali tengok selipar, kantoiiii... Bongok punya kak peah. Kenapa ko tak simpan stilleto spair dalam beg, kalau dia datang, zass zass ko tukar, tetiba bontot ko jadi tonggek kan.. Eeeee mencik..! Padahal dah 2 minggu tak bertentang mata. Duduk betul-betul depan aku ok. Jadi gelabah sekejap. Kunyah roti canai pun main ngap ngap je.. Aku ushar baik punyaaa.. hahahaha. Tapi sebelum usha, tengok jari dulu. Hoh..!!! Bukan laki orang.. Selamat daku.. Ada can ni, ada can.. Kepada yang di sana tu, kalau awak buat perangai, saya tak teragak-agak tau. Tak kan agak-agak. Sila lihat bakal madu mu ini.. Gilerhensemmengancam..!! Kalau macam ni, tak keluar bilik setahun pun acik sanggup... Hari ini, akan bekerja dengan semangat gajah..! Yippiiiiiiii...



Macam Tau-Tau Aje

at Thursday, April 14, 2011
Reactions: 
0 comments

Morning uolllssss... Seperti biasa kak peah bersiaran dari kedai mamak feberet sepanjang abad.. Hari ni, belum sempat aku cecah montot, ade satu maplei tegur aku 'teo suam 1...???'. Perghhh macam ko tau je ek apa dalam pikiran aku ni.. Sayang mu lebih la mamak. Abang gendut aku pun tak seterer kau tahu.. Kalau ko cerah sikit, sure aku kawen dengan ko, nasib baik golap, saing-saing pakwe aku je kan. Terus konfius nak pilih mana satu... Wakakaka.. Dibaca entry ni dek abah ko tu, mau dilibas aku pakai parang...


Wednesday, April 13, 2011

CUN... Best Ke..??

at Wednesday, April 13, 2011
Reactions: 
2 comments
Bukan aku nak cerita pasal kejelitaan muka aku ni. Yang tu semua sudah sedia maklum kan..?? kah kah kah.. Ayat intro tak boleh tahan bai.. Macam mintak libas je kan.

Minggu lepas, aku sudah merengek-rengek dengan dia, nak pergi tengok cerite ni. Yang dia pun, ikut kan je la perangai awek dia yang entah apa-apa ni.

Ko nak tahu, mula-mula aku ajak pakcik tu tengok cerita Dalam Botol tau, seumur hidup, dia tak pernah nak menentang, tapi bila aku nak tengok filem gay itu, dia tentang sekeras-kerasnya..!!

Dia cakap geliiiiii nak tengok... Eleh, geli konon, padahal bila dalam kelas, die dok peluk kawan sekelas dia dari belakang macam mintak 'kehangatan'...

Apakah dosa masa silam yang aku terpaksa tebus dapat lelaki seperti ini..???? huhuhuhu.

Untuk tidak membazirkan duit, aku pun cuba la tengok komen-komen orang tentang cerita itu dalam internet, maka kesimpulannya, aku telah cancelkan gara-gara, semua kata cerita tu ialah hazab malaikat 44..!!!!

Jadi moh ler kita tengok filem CUN ini...



Filem ni memang kelakar tak hengat wa cakap lu.. Memang best...!!! Kira boleh kasi terangkat rahang la bantai gelak tu.. Pakcik tu, tak berhenti suka. Cerita ni menggabungkan emosi kelakar, komedi dan sedih. Bila part sedih tu, aku boleh dengar orang sebelah sob sob sob...

Takkan popcorn tu pedas kot cik abang oi.. Eeeee, macam gugurl tau, aku pulak yang berlagak boboy, padahal mata ni macam kene percik bawang. Nangissssss...!

Sinopsis version kak peah: Luna Latisya (Maya Karin), seorang pengacara program gosip terkemuka di Malaysia telah putus cinta, gara-gara tunangnya (Jehan Miskin) curang bersama wanita lain (Marsha). Disebabkan terlalu kecewa, Luna membawa diri ke kampung make up artisnye (Faezah Elai) di Kedah. Di kampung tersebut, Luna telah berkenalan dengan Atan (Remy Ishak), sepupu kepada Faezah Elai. Bermula dengan pergaduhan, akhirnya, terbit bibit-bibit cinta. ketika Atan mula menyintai Luna, tunang Luna datang ke kampung Atan untuk menagih semula inta Luna. Adakah Luna dan Atan akan bersama..???

* apasal tak boleh belah ayat ciptaan aku.. Hello, tak copy mana-mana okeh. Version putar belit aku sendiri.


Sape-sape yang belum tengok tu, haruslah terbang macam Superman tengok cerita ni. Abang ko tu suke la, sebab filem ni guna loghat die kan. eeee mencik..! Bersemangat betul dia tengok.

Aku kat sebelah, melayan makan popcorn sorang-sorang.. Tsk... Lain kali aku bawa tengok cerita versi Walinongsari pulak. Tengok macam mana keterujaan dia, ke berdengkur terus..??


Filem ni masih ada di pawagam. Minachi, mahu tengok kah bersama saya..?? Saya sanggup melihat untuk kali kedua.. Macam tak biasa pulak.

Apa lagi uolss, kasi terjah...
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review