Saturday, April 16, 2011

Bergaduh di Pasar Malam

at Saturday, April 16, 2011
Reactions: 
Alkisahnya, kawan aku bergaduh dengan kakak jual ayam goreng dekat pasar malam tadi. Kah kah kah.. Lawak gilosss. Perang mulut je ollss.. Aku tunggu jugak, bila nak beraksi baling sayur kan. Aku dah get ready nak grab sayur labu tu.. Toing sekali, terus masuk sepital.. Hahahaha...

Cerita nya bermula macam ni...

Aku dengan housemate yang lain dah rancang-rancang nak terjah pasar malam sesama. Sebab aku dan yang lain memang tak pernah pergi pun.

Dalam pukul 6.30 camtu, weoll pun gerak la. Disebabkan jalan nak ke pasar tu sempit, weoll parking jauh sikit. Time tu, masing-masing dalam dompet, memang paling besar duit adalah duit hat merah tu, nak kata duit singgit, memang takdelah..

Aku sah sah ade duit biru yang saiz besar sikit tu... keh keh keh. Berlagak nak kaya la tu.. Pasar malam je pun..! Kemain bawak 100.. hahahaha.. Poyo. Mesti uols ingat aku bawa 50 hinggit kan...

Jalan punya jalan, aku dengan sorang member ni, berhenti dekat kedai jual kebab. Member aku yang bakal bergaduh ni pulak, si N (bukan nama sebenar) tuju ke kedai ayam goreng tu, betul-betul sebelah kedai kebab. Masa aku tengah nak bayar kebab tu, si N ni datang dekat kitorang, mintak ade duit seringgit tak.

Sebab si N ada sepuluh ringgit, aku pun sepuluh.. Dan masa nak tukat duit tu la, si N duk bising..

Eeee berlagak betul budak jual ayam tu. kerek..! Tak boleh cakap sopan-sopan agaknya

Weoll pun tercengang-cengang la kan. Apasal si N ni marah..

Kenapa wei..??

Budak tu la, berlagak betul cakap takde duit kecik.. Tak boleh cakap elok-elok ke. Macam ni ke orang berniaga..?? Entah macam mana boleh bukak kedai.

Dah wei dah. Tak payah beli dekat kedai macam tu

Haah kan. Buat apa nak beli. Banyak lagi kedai lain.


Pastu kan, member aku si N ni, pandang ke kakak tu pastu sembur


BERLAGAK...!!!!


Aku dah woi woi woi... Habislah, kakak tu terdengar pulak tu, dan dah pandang-pandang kitorang. Dalam hati aku, matila... kalau payung gerai dia tak terbalik, mesti pasar malam ni yang terpelanting..!

Lepas je selesai aku bayar kebab tu, weoll gerak ke depan sikit, than, lalu kat depan kedai kakak jual ayam tu, aku ingat setel dah. Tapi rupanya....



LAIN KALI MULUT TU JAGA SIKIT EK...!!!!!


Waduhh.. gawat nih... Aku toleh ke belakang.. Haish, macam nak berperang gayanya. Kawan aku pun balas la... (ayat diedit serba sedikit, keterlupaan, hehehe)


MACAM NI KE BERNIAGA...??? KURANG AJAR BETUL...


Lepas tu kakak tu ada membalas.. Tapi aku tak dengar sebab sibuk nak angkat sayur, kot kot nak perang dengan ikan dan sayur ke... kah kah kah..

Satu pasar malam kot tengok. Aku dah pucat lesi sebab memang tak biasa tengok orang gaduh depan mata.. Dan lagi kitorang takde senjata, kakak tu ade sekuali minyak panas kot..! wakakakaka...

Terus rasa, oo macam ni gayanye orang gaduh kat pasar malam.. Kah kah kah... Tak boleh blah betul..

Balik je dari pasar malam, terus ngad kat gendut hal kejadian tadi. Lepas tu dia tanya..


Kalau jadi kat ayang macam mana..??

Kalau jadi kat ayang, ayang akan senyum je by.

Bagus nya bakal isteri by ni... Cool dan baik hati je..

Bertuah kan by..??


(Padahal dalam hati, siapla ko malam ni, aku maajun kan semua ayam ko, biar mencirit tak henti..! Kah kah kah)


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review