Monday, April 11, 2011

Nak Update, Tapi...

at Monday, April 11, 2011
Hari minggu aku kali ini sungguh penuh ok, dia punya penat tu, macam kene dibelasah. datang kerja hari Isnin pun, tersandar je macam orang patah pinggang. Bila terasa nak update, gambar pulak dalam camera. Ater, celah mana aku nak korek camera kat pejabat ni.

Dahla bos tengah takde, sedap betul kalau aku lenjam blog sejam dua.. hehehe. Eh sejam ke..?? Bukan sampai balik ko akan lenjan..?? kuang kuang kuang. Dasar pekerja pemalas..!

Hari ni aku terlalu letih gilakk, sampai bos pun boleh nampak muka aku penat, tak cukup tidur.. wu wu wu~ bahaya oh bos aku ni, dia boleh baca air muka aku. Bukan ape olls, tak nak la dia kata aku belasah minum kat club ke, sampai datang kerja weng weng macam baru membedal berbotol-botol malam tadi..

Itu sudah lebih kan.. Tapi nasib la dia nasihat secara baik, supaya dapatkan tidur yang cukup, saya janji encik boss, esok saya mula bekerja seperli biasa, hari ni je perangai macam ular sikit, esok kembali berwawasan.. wakakaka.. Apa aje daaa cara tulis. Skema macam makcik-makcik..

Lepas kene tegur tu, ngadu-ngadu la kat my bucuk kan, ngadu tu penting, mana tahu, dia kasi gelang emas ke, sebagai semangat.. Hahaha..

Aku: By, tadi kene tegur dengan bos, sebab aynag nampak macam letih, ngantuk, tak bersemangat..

Bucuk: La, ayang letih sangat ni, berjalan tak berhenti..

Aku: Badan ni macam kene belasah tau dia punya penat..

Bucuk: Ololololo ciannya manja by ni. Semangat ayang, semangat...!

Itu aje..???? Aku mengharapkan kata-kata dari mulutnye untuk membelikan jam mahal rege 600 sebagai semangat.. Hahaha..

By, ayang boleh beza, jam mana yang datang dari shopping mall, jam mana yang datang dari Jalan TAR.. Awas kamu..!


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review