Sunday, December 30, 2012

Nom Nom Nom

at Sunday, December 30, 2012 0 comments
Terima kepada roomate ku yang jelitabakmentegakotak. Hahaha

Menu malam ini adalah roti sumbat mentega dan kuah sardin..

Kenyang sudah... boleh tidur sambil senyum

Sebelum ni tidur penuh stress sebab lapor medang

Nak resepi, tanya dia, aku bukan ceff yang bole tau isi dengan bau melalui hidung serombong
berkembar ni

Kurus Kerana Cinta

at Sunday, December 30, 2012 0 comments
Apa yang aku nak cerita dekat sini, mungkin akan mengundang merajuk En Bam Bam selama seminngu..

Hahahaha... Rahsia hati ni wei.

Tau kan dulu aku gemuk.. Yea, gemuk yang teramat.. tapi idokla cecah sampai 100 kg lebih.

Lebih kurang 89 kg.

Aku tak tahu nape boleh gemuk sangat sampai macam tu. Penangan nasi dua kali sehari la kot gamoknya.

Badan aku senang naik walopun aku tak minum air gas, and segala mak nenek makanan ringan.

Cuma nasi je yang aku suka. Itupun kalau nak tengok aku tambah 2 kali, memang jarang.

Sepinggan cukup.

Macam tu pun boleh dapat BMI obese..!! Pfttttttt

Aku start nak kurus, bila kenal dengan one guy ni, dan sebelum aku kenal this guy, aku telah direjek oleh other guy.

Ye, aku direjek hanya kerana aku gemuk.. Macam gampang jugak dapat jantan macam tu.

Kalau aku jumpa dia lagi, memang aku henyak kan aje pakai bontot.

Then, bila dah direjek tu, maka aku kenal dengan this guy..

Disebabkan aku takot buah durian gugur dua kali (hahahaha... perumpamaan entah hapa-hapa), then aku nekad nak kurus..

Nak jadi setanding dia sebelum aku jumpa dia.

Uolls boleh anggap je, dalam cerita ni aku yang syok sendiri. Hahaha..

Takpelah syok sendiri, jadi aku boleh cermin size sendiri dengan size dia.

And, lepas 6 bulan, aku berjaya dapat berat ideal.. 68 kg. tu dah kira hot la pada aku kan..

Tapi malangnya that guy pun lama hilangkan diri. Now, aku dapat tahu, dia dah kawin.

Dia hilangkan diri pun lepas dia dapat tahu aku couple dengan En Bam Bam.  

Tapi thank a lot to him, sebab dia aku dapat En Bam Bam yang sangat baik...!!! (amik hati ni)

  

by Gadis Cantik

Saturday, December 29, 2012

Kenapalah Agaknya Ye

at Saturday, December 29, 2012 0 comments
Jam menunjukkan pukul 4 petang..

Ahh, seharian tak tengok Fb lagi ni, patut la macam ada yang menggaru-garu serba tak kena.

Bukak laptop, tekan punat "ON"

Sambungkan Broadband, then masuk home Facebook..

Hurm, takde gosip menarik, melainkan gambar-gambar kawan-kawan yang feeling artissss gituu..

Scroll lagi sampai bawah, gambar lagi dan lagi dan lagi..

Tiba-tiba nampak satu gambar, member ni dah kawin.

Anak pun dah sorang. So, aku ape lagi, cari bende yang aku boleh buat modal kutuk..! Muahahaha.. Jahat gila..

Tapi, ada satu fenomena yang aku dapat tengok, bila aku tengok member-member yang dah kawin or ada anak sorang ni.

Tapi fenomena ni tak terjadi pada semua orang la yo..

Sebahagian nya shaja.

The first thing aku dapat tengok ialah "MAKIN SELEKEH"

Mungkin word aku tu agak kasar, dalam erti lembutnya, ialah dah kurang bergaya, baju pun bunga-bunga besor stok yang ko dulu pandang masa anak dara pun, siap euuwww euuuw kan

Tak dinafikan, masa anak dara, body masih cantik, pakai apa pun cantik, tapi tak bermakna lepas kawin, baju ko semua stok gedebeh-gedebeh..

Satu lagi aku nak komen pasal tudung. Ingat tak, kalau dulu masa anak dara, kalau pakai tudung yang atas keras tu, terkelepet sikit pun dah gelabah satu macam kan.

Rasa down gila kalau kelepet tu ko iron sampai cair platik nya, tetap tara tu jugak

Pastu kalau nak keluar pergi kedai runcit bawah rumah pun, ber pin bagai.. Bergayut-gayut la pin tu kalau ditiup dek angin.

Bila lepas dapat laki, ermmm.. Ada nak kisah ke letak pin gayut-gayut ni..??

Aku pelik..!! Adakah mereka rasa bila dah kawen, laki tu konfirm takkan cari lain jadi ko boleh sesuka hati pakai baju yang zaman 50 an punye baju.

Kamonnnnnn... Tak bermakna, lepas ko dah ikat laki ko, segala hapak yang ko peram selama ni nak dibongkarkan.

Sekurangnya, baju tolong ikut peredaran zaman. Tudung pun sama. Jangan malas nak make up. Untuk suami jugak sendiri jugak kan.

Kalau aku sebagai perempuan boleh loya tengok ko, inikan laki sendiri.

Jangan jadikan alasan sibuk nak jaga anak untuk kau pandang enteng hal hal begini. (enteng kooo...! hahaha)

Ko sibuk jaga anak, laki sibuk jaga betina lain. Memang padan muka.



by Gadis Cantik

Sunday, December 23, 2012

Lama Sungguh

at Sunday, December 23, 2012 0 comments
Ahhhh...

Dah berkerak habis blog yang tak seberapa kepunyaan gadis-comel-ibarat-rozitachewan-dada-terbelah.

Hahahaha... Bunguk.. Yang dada belah ko pilih jadi role model.

Banyak cerita nak aku rapukan, tapi x tahu mana satu hujung, mana satu akhir.

Karang baru aku nak mulakan, mata dah bagi signal suruh akhir, padahal tak mula lagi woi....

Konon nak nuffnang naik sampai jota-jota, padahal, baru sekali ko cashout kan.. tu pun 70 hengget. sedihhhhh..!!

hahaha.. janji adolah...

cerita lain kemudian la, aku tengah menghonggak esemen nak anto esok ni. puiii betul... dah xde mood..!!!!

by Gadis Cantik

Sunday, November 18, 2012

Janganla Banyak Sangat Dek Non..

at Sunday, November 18, 2012 0 comments
Kan sekarang ni tengah hangat isu Gaza ni kan...

Semua pun nak duk pung pang dekat facebook.

Share macam-macam gambar, quote and so what ever la pasal Gaza ni..

Aku tak kisah sangat kalau ada ramai yang suka buat status pasal Gaza ni..

Seriously tak kisah...

Yang aku hangin, bengang satu badan, janganlah sampai dalam masa satu jam ko dalam facebook, semua gambar pasal Gaza penuh dalam home feed aku..!!


DERRRR... 

Takkan pagi-pagi aku nak kene hadap ko punya share dekat dalam FB tu kan...

Semua ko punya.. Scroll bawah lagi, ko punya gambar Gaza lagi..

PFTTT..!!! Stressss ahkak..

Last last, aku klik nama dia, REMOVE terus..!!!

Lapang otak aku.. Takde dah aku nak pandang benda-benda yang semakkan kepala...

Kalau dia sorang share berpuluh-puluh gambar Gaza, dan aku kene menghadap orang lain punya "share photo", meroyan okeh, meroyan..!!!!

Nak share tu boleh, tapi berpada-pada la... 

Kalau orang lain dah share, takpayahla ko nak share jugak..Dalam sehari ko nak share bende yang sama dengan orang lain...

Aku tahu ko punya concern, macam trend pulak, Kalau sorang ni share photo mayat, ko pun dok hegeh nak share photo mayat...

Derrr... share gambar orang kawen lagi best kot... Nak nak tengah musim ni...



Friday, November 16, 2012

No. 1

at Friday, November 16, 2012 0 comments


Tahu kan aku ada sorang adik gemuk yang kuat makan...??

Aah, diea memang gemuk pun...

Sampai nama timangan dia adalah ENDUT...

Endut stands for GENDUT... kah kah kah..

Dia kan baru darjah 5, jadi sebagai kakak yang prihatin *puiiii*, selalu kalau balik kampung, soklan femes yang aku akan tanya,

PEKSE DAPAT NO BAPE..???

tak kirala kalau aku balik tu, waktu awal tahun, yang sememangnya orang bangang pun boleh tahu takkan ada exam pada awal tahun...

Dan selalu jawapan yang dia kasi, kadang-kadang naik hantu jugak..

Mana taknya... Dia pernah jawab gini tau..

"No 1 la Kak Ya...~"

Aku terkejut la.. "biar betul no 1..??

pastu dia sambung, "no 1, tapi belakangnya ade no 5..."

PFTTTTT....!!!!!!

Lepas tu aku sudah tidak percaya sama sekali... Berani dia memperbodohkan diri ku ini.. Sob..!

Last week, aku turun KL sebab family aku nak naik Cameron, jadi soklan wajib harus ada...

Nak nak dah akhir tahun, jadi mesti dia dah dapat no pekse kan...

"Pekse dapat no berapa atin..??"

dengan berlagaknya, dia balas, "mesti la no 1"

oi oi...! Cukup sekali ko kencing kakak ko ye, kali ni, sungguh aku malas nak percaya..


"Iye la tu no 1, kalau no 1 pun, mana pergi budak-budak pandai kelas semue?? Pakat pindah ke sampai Atin yang dapat no jauh jauh boleh no 1..??


bengang je dia... *malas layan sambil dok seret-seret tab*


Sunday, November 11, 2012

Badan Dah Naik Sikit

at Sunday, November 11, 2012 0 comments

Membencikan...!!!

Pfttttt....

Ni akibat ayam penyet berterusan..

Terus salahkan ayam penyet kan.. walhal tekak tuan badan yang menggelebeh macam unta...

Minggu depan akan diet secara ketat..!!!!

Dapat kurang 4 kilo dah besar rahmat.. hahaha..

4 kilo la sangat cik buyung oiii... ko nampak perkataan penyet pun dah ketar lutut... puiiiiiii....


Saturday, November 3, 2012

Kenapa Tak Berak..??

at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Aku ada minum satu teh ni..

Aku kasi nama teh ajaib la ek..

Sebab apa ajaib..?? Ajaibnya teh ni bila ko minum je, tak lama lepas tu ko akan marathon macam orang gila cari tandas.. Ekekeke...

Kalau tak jumpa tandas, keluar habih peluh pondan...!

Memang rutin harian akan minum teh, tapi dah dua hari ni, walaaupun teh tu pekat gila, aku minum, macam tak kebal dah kat usus aku ni...

Besi ke ape usus ni sampai teh berak ni tak lut langsung..!!

Rasa sakit perut tu ada, tapi tak cukup pemangkin lagi.. Kihkihkih..!

Hotak hang nak pemangkin...

Satu keburukkan aku tak suka teh ni, bila ko rasa nak berak, tapi tak jadi berak, ko akan kentut.

Jadi bila ko nak kentut, nak nak ditempat awam, disyaratkan pergi tempat ramai orang.. agar ko tak dijadikan target pelepas bom..! 

Kalau orang ramai tu, agak-agak dah buang, bau keju pulak tu, ape perlu ko buat ialah jangan buat muka selamba sedangkan orang lain dah tutup hidung... Buat-buat muka menjengkelkan dan mendengus secara ayu....*ceaaa macam bese je buat.. hahahaha



Perut Kasi Goyang

at Saturday, November 03, 2012 0 comments




Aku tahu zaman orang minat cerita hindustan ni dah lama berlalu..

Tapi aku nak upload jugak, kasi putih bijik mata...

Kalau tengok minah ni bergoyang, aku yang perut buncit ni pun, boleh flat terus perut.. Ekekekeke

Belum lagi aku buat kan.. mau aku gerudi sampai tembus bumi ni..

Impian aku, nak menari macam dia..!

Hahahaha

Hari-hari pektis dalam bilik air tang angkat perut laju-laju..

fuhhh, lari allignment tulang belakang..

Lepas lagu chamak challo yang aku dah tengok sejota kali, hat ni, pun sejota kali...

Siap hapal lirik tu..

Kalau takde orang, aksi paling mahal didunia boleh anda tengok.. kekekeke


Friday, November 2, 2012

Berlagak Betul

at Friday, November 02, 2012 0 comments


En Bambam tengah merajukkan dirinya sejak dari semalam..

Semua gara-gara kes aku balik lambat, pastu fon abis bateri sebab pakai gps dari pagi...

Dalam kol 9 malam gitu, aku kol pakai tab, pastu die dengar je aku tak balik lagi, menyerap roh antu polong kat badan dia..

Mula dah tu antu polong membuat aksi...

Start dari situ, dah tarik muka masam.. Merajuk jangan cerita la.. Mengalahkan baby tak dapat nenen. Pftttt...!!

Pastu, aku kasitahu bateri fon takde. Tu mesti tak dengar la tu, sebab dok beratkan merajuk dia..

Balik umah, charge fon, pastu on.. tengok ade 57 MISSKOL..!!

Pagi ni selalu dia akan mesej morning kemain manja lagi.. Siap lebiu lebiu muah muah..

Kali ni, mesej satu word je.. MORNING..

Ekekekeke....

Merajuk benor la tu kalau mesej gitu...

Then, sebagai kekasih yang yang muslimah *libas janggut*, aku kol la...

Tak dan nak kata apa-apa, dia kata gini "By tengah kerje, ok lah bye"  tut tut tut tut...

perghhhhh... Aku pulak yang naik polong gini...

Takpe...!! Berlagak la ek, kita nak pujuk, buat gitu.. Siap la ko balik nanti, aku keronyok jadi bakso..!


Thursday, November 1, 2012

Memang Tepat Dengan Batang Hidung Sendiri

at Thursday, November 01, 2012 0 comments


Pes time tengok sketch ni, mengekek aku ketawa..

Sumpah sebijik sejibon macam aku kalau tengah tunggu komuter..

Masa tak nampak bayang train, ok lagi..

Nampak train nak sampai, terus gelabah.. Hahahaha

Macam-macam imegin, kene pijak la, pempuan meroyan tolak aku ke tengah landasan la.. Kaki tersepit kat pintu la.. Entah hapa-hapa.

Masa tengah menunggu tu, muka ayu gila... Train nak sampai je, keluar semue peluh jantan..

Itulah realiti bila naik komuter... Sekarang tak perlu keluar peluh jantan lagi, dah peluh pondan pulak.. * lap peluh dekat leher

Susu Diet

at Thursday, November 01, 2012 2 comments
Aku kan tengah diet... *ayat adalah sangat puiiii...hahahaha

Eh serius tau... So cara diet aku senang.. Tengahari makan ringan-ringan, malam ko balun sehabis boleh..  Hahahaha

Maksud aku, janganla ko balun sampai order nasi goreng kampung double + telur double.. Memang tak la kan ko nak turun and dapat badan impian macam model..

Kalau ikut cara aku, aku makan char kuew teow ke, yang ber sup-sup ke.. Macam tu.. 

Nak lagi efficient, ko order makanan paling ko benci, kompem cepat kenyang...!! 

hahahaha... Kita manusia memang lumrah kan, bila tak sedap, perut yang lapar, jadi kenyang, jadi amarah, balik rumah hentak-hentak kaki, maki secukup rasa, pastu tidur..!

tak ke dah save kat situ.. Hahaha...! Bijak tak cara aku...

Tapi kalau ko ade tembolok cecah lantai, marah-marah pun, ko jilat jugak pinggan tu...

Untuk tengahari aku amalkan susu ni...





Gambar adalah senget.. Bengang betul cik kiah..!!  Ok, aku minum susu ni..

Untuk yang tak tahu, susu HL ni ada kandungan Acid Folic..

Yang sepertimana kite tahu, ke aku yang gatal belum kawen je tahu, acid folic adalah sesuai untuk orang yang nak atau tengah pregnent..

Fuh..! macam mak bidan dah ni...

Aku minum secawan susu tiap hari dan semangkuk sup cendawan/ayam. Cap vono..

Untuk tengahari la.. Sebab aku kuat melantak nasi... Bila aku dah dapat sebutir nasi, ko ugut aku pakai pisau pun, aku buat tak endah aje.. Hahahaha..




Wednesday, October 31, 2012

Kot Iye Pun...

at Wednesday, October 31, 2012 0 comments
Mak hencik tengah seteressss...!

Orang nak beranak pun tak seteres macam aku...

Right now, aku otw balik ke KL dalam bas...

Macam biasa, kalau ada perempuan gojes macam ahkak naik bas, manjang la penuhnya. *kasi tampor*.

Ada sorang mamat, duduk depan aku, bayangkan, dari sebelum Ayer Keroh, sampai nak ke KL ni, tak berhenti cakap dekat talipon...!! Pfftttt...

Tak berhenti okeh..!

Aku yang duduk belakang die pun, rasa nak seret muka dia kat tayar bas, orang sebelah dia agaknya nak gesel anu dia kat atas jalan...!

Agak-agak la wehhhh...!

Aku tahu ko fluent sangat dengan english lintang pukang ko tu, tapi tapi, ahkak seteres...!

Menunggu nak sampai ke KL, tambah pulak dengan perut tak makan apa-apa, lagi dengan aku mengidam ayam penyet, dengan ko ko aku gentel jadi cekodok...!

Dari belakang nampak hensem, tapi ade aku kisah..????

Nak je aku sepak dari belakang, dan jerit, "KREDIT KO TAKDE LIMIT KE...!!!??????"





Pujian Bermakna...

at Wednesday, October 31, 2012 0 comments


Hari ni kemain sungguh budak debab ni memuji...


"Ayang wangi hari ni... tak payah cium ketiak pun tahu dah.. make up pun dah wangi.."

Iyolah tu... kemain muji ni...

Bila dah start muji, hati kene kental untuk menerima sebarang permintaan..

Nak nak bila melibatkan duit gaji dia yang aku pegang...

Dah nak balik tu, dia pesan dari jauh...

"Nanti masukkan seratus kat akaun by ye.."

Tu cakap jauh2 takut aku hentak la tu... laju je larinya....

DAH AGAK DAH...!!!!

Wednesday, September 19, 2012

Serupa

at Wednesday, September 19, 2012 0 comments

Last week, aku pergi rumah cousin kawen..

Ni kira cousin yang rapat la.. Jadi ramai sedara mara lain hadir..

Kebetulan, aku kan baru beli tab, jadi sebagai orang yang pengak tab, haruslah aku usung tab sana sini..

Walaupun tab godang, tapi tetap macam gaya macam usung iphone..

Bila ade sorang makcik aku, tengok aku dok swipe swipe tab ni, bukak fb segala bagai... Mula dia mula cucuk jarum nak tengok En Babam kesayangan Cik Peah..

"Mana gambar bf, nak tengok..."

Ah, gementor ahkak eh nak kasi tengok, demi tidak mengecewakan peminat * libas rambut*, aku klik pada prof pic kat fb yang kebetulan gambar kami berdua...

"Ni ha dia... x hensem pun..."

Pastu dengan spontan makcik aku tegur...

"Lorr, muka sebijik je dengan farehah. nak sama"




KEMBANG HIDUNG AHKAK DEK NON...!!

Ok, bagi pada sape yang tak tahu, selain petua tetek rapat yang pernah aku ceritakan dulu, orang-orang tua kata, kalau pasangan kita tu muka hampir nak sama dengan kita, tak kira la cara senyum ke, mata ke, lobang hidung ke, orang kata panjang jodoh...

Wallahualam... Moga betul apa yang diperkatakan...

Kalau ikut gambar kat atas, kompem tang pipi yang sama..

Dah tu canne, dua dua kuat makan, kalau kat restoran, masing-masing xnak beralah. kalau dia order 4, aku order 5, berlaku adegan sentap-sentap.. Makanan aku pun di rembat, pantang aku tak habis makan, selamba dia tarik pinggan dan keluar ayat ostad "Tak baik membazir"... Ngap sekali sampai habis.. Pfttttt... kadang-kadang, tak sempat aku habis makan, baru letak sudu, dia tanya, "tak habis ek, meh sini pinggan.."

Pftttt sejota kali..!!! 



Jalan-Jalan Cari Makan: Ayam Penyet Wong Solo

at Wednesday, September 19, 2012 0 comments

Aku rasa dari tahun lepas aku duk berzikir nak makan ayam penyet dekat restoran ni...

Orang asyik puji-puji ayam penyet dekat Wong Solo ni memang terbaik..!

Jadi kaki aku ni memang gatal je la kan kalau naik kete, mesti kalau tanya nak makan mana, aku sebut "Ayam Penyet..!"

Kali ni memang tak boleh tahan, kene pergi jugak, walaupun sumpah aku tak tahu kat mana ayam penyet Wong Solo ni...

Jadi guna GPS sajok.. Koser aku nak berlemuih ketiak nak tanya orang..

Kalau kat GPS, ko taip je Wong Solo, memang keluar terus map dia..

menu dia memang banyak choice, kalau yang suka sayur-sayur, memang banyak gila la..

Tapi sebab aku dah aim cuma nak ayam penyet, jadi tak payah nak gatal mulut order bende lain..

Sebab aku adalah pencinta daging, aku order set empal penyet ni...

Kalau ratah gitu je memang kurang sikit rasanya, tapi bila ko makan dengan nasi....

PERGHHHHHHH... Bapak ko nikahkan dengan jantan lain kat sebelah pun, ko takkan sedor..

Nampak macam tak berapa menyelerakan, tapi, bila masuk tekak, ko rase perasaan nak menari-nari..

Habis sepinggan nasi aku bedal, En Babam tengok je perangai aku makan... Terus rasa angin, "ape pandang-pandang..!"

Tu nak kata kat kite la tu.. Dalam hati mesti dia kata, "Aku amik budak debab ni jadi gf aku, masa aku tengah koma ke??"

Pftttttt...

Lokasi adalah di Bangi. Jangan ko tanya seksyen mana.. Prinsip aku adelah belasah seksyen mana, janji jumpa..

Harga untuk set ni ialah RM10... Takdelah mahal mana, tapi berbaloiiii....

Ahhh... kan dah termimpi-mimpi..!


Dapat Bunga Besar

at Wednesday, September 19, 2012 0 comments


Pes time dapat bunga besar gini..

Selalunya dapat yang setoet sekuntum je...

Disebabkan aku ni ratu drama, tengok dalam tv orang pakai hempas je bunga mahal dalam tong, aku pun terasa nak jugak dapat bunga besaq..!!

Tapi takdelah aku campak dalam tong..

Aku sayang sampai aku kepit je celah ketiak..

5 minit je wangi, pastu perfume ketiak kepam aku pulak yang amik alih...

Harga..? Kata En Babam, nak terkeluar taik dia bila membayar...!!

Tipu benor la sampai nak terkeluar taik... Kalau kata gugur telor tu, boleh amik kira gak.. Wakakaka...

I olss is suka, sebab boleh buat muka comel macam Kak Rita dapat bunga dalam drama..


Saturday, September 15, 2012

Muka Bulat

at Saturday, September 15, 2012 0 comments


Semalam berborak dengan cousin, tanya dia, 'akak dah nampak kurus belum'...

Muka dia dah herot-herot...

Dalam hati aku, nak bagi jawapan cilaka la tu..

Lepas muka herot tu, dia ketawa dekah-dekah..

Kuajaq betul..!

Pastu dia bersuara, ' akak, badan akak ni kecik, tapi muka, x berubah, BULAT..!' perghhh..

Ayat makan dalam betul..

Muka x kisah, janji badan akak meletup dek non...

Tembam pun tembam la..


Pasrah sudah..!

Monday, September 10, 2012

Inilah BF Baru Saya...

at Monday, September 10, 2012 0 comments




Fuh... Lobos kocek aku lepas beli...

Memang angan-angan okeh..

Kerja semata-mata nak dapat samsung tab...!!

Akhirnye, tercapai hasrat mak hencek..

Beli pakai duit sendiri je, nak harap sugar daddy, muka x cun, lemak tersentil, mana mahunyaaaaa...

Cantik kan???? Muahahaha... Nyawa oiiii....

Mampu pakai samsung je.. nak beli ipad, kene gadai bulu dulu... wakakaka

Mencuba...

at Monday, September 10, 2012 0 comments
Testing.. testing..

try upload pakaitab.. fuhhh macam mencabar je



Sunday, September 9, 2012

Window Shopping..

at Sunday, September 09, 2012 0 comments
Petang ni malas joging..!

Sebab nak cari satu barang untuk my second 'new boyfriend'...

Yes, i got a new bf last night.. He's dark, slim, and tough.. And i just declare with him last night...

Ahhhh...! Sayang ketat-ketat..

Nak touch pun, alahai, macam pegang baby baru...

Asyik pandang je depan mata.. Muahahaha... Oh, jangan terkejut ahkak nampak slim... Muahahaha...

Sangat mencabar diet kali ni.. Bukan senang weh...!!

Aku ada order satu barang untuk boost bakar lemak degil dekat punggung...

Yes, man love woman who have big hip, but woman hate it.. Susah cari saiz seluar..!

Oh, jangan ikut diet cara aku, melainkan ko rasa nak kawen dalam masa sebulan...

Aku boleh ajar.. Muahaha...


Saturday, September 8, 2012

Selepas Seminggu...

at Saturday, September 08, 2012 0 comments


Fuhhh... Akhirnya selepas seminggu tak makan tengahari and jogging bagai nak rak, akhirnye, aku tak nampak gebu pada hari ini... Slim melim ahkak ari ni uollss... Cuma tang pinggul tu kene berusaha lagi la, macam mak mak... Pfttt...!

Biru Di Pagi Hari

at Saturday, September 08, 2012 0 comments

Hadoiiii...! Tak percaya boleh bangun seawal 6.30 pagi untuk ke Melaka.

Percayalah, ahkak serapan pun, kalau boleh nak ada orang suap. Aku nak pejam mata je..

Ngantok weiiii...!

Muke masih sepet lag.. Kang dah tengahari, muka transform jadi babygugurl, aku kasi tayang...

Tak semangat..!

Friday, September 7, 2012

Kene Gigit

at Friday, September 07, 2012 0 comments

Berlaku pada pagi tadi... Kisahnya, aku memang suka bila bangun tidor, aku suka sambung tido kat ruang tamu.

Sebab bilik aku panas dan terang..! Pfffttt... Tergganggu my beauty sleep..

Selalunya bila tidur kat ruang tamu, aku lebih suka park body aku yang gagah ni dekat satu sudut..

Selalunya ok je, takde ape berlaku..

Sekali pagi ni, aku tengah sedap mimpi kene rogol, pastu jari kelingking aku macam ada yang mencakor..

Terkujat ahkak dek non...!!

Terus hilang mimpi sedap tadi, meloncat bangun aku..

APAKAH...!!!!!????

Bukak lampu, bukak tv, aku tenung je tempat tangan aku kene gigit tadi.. Siap bau kooo...! Hahaha...

Tetibe macam ada makhluk melintas.


TIKUS..!!!


Perghhh.. Cibais je, dahla aku dah bau bau tangan yang kene gigit..

Bapak aku pulak, boleh buat andaian cencorot uollss...!!

Cepat-cepat aku sental tangan dengan dettol...

Pastu, cerite la kejadian kene gigit tikus pada mak aku, baikkkk punya kene bahan..

Pastu aku balas, 'alah, ni baru tangan, tu nasib tidur pakai seluar, kalau pakai kain, pantatnye kene gigit pun tak sedar.

Sedap kot, sampai tak boleh beze orang yang gigit ke, tikus yang gigit... Wakakaka...'

Thursday, September 6, 2012

Motorboat

at Thursday, September 06, 2012 0 comments

Tengah tengah jogging, nampak orang main motorbot kecik dekat tasik...

Ni bukan yang dipandu tau. Tapi pakai alat kawalan jauh jugak.

Dan aku rasa, pakai petrol. Sebab bila lalu je depan mata, bau minyak..

Aku tahu sangat dah bau bau gini.. Pastu kasi letak exzos mat pit mana entah, jadi bunyi pun peng peng peng..! Eh, ni kalau buat bisnes, laku wooooo...

Tuan punya boat boleh beli banglo, mak pak pulak tak berani jogging sini, kene paw dek anak-anak..! Kalau anak aku, sekali boleh la..

Kalau dah selalu, ko pergi terjun lombong sana.!!

Pukul 3 Pagi

at Thursday, September 06, 2012 0 comments

Pejamlah wahai mata... Tak usah mengalirkan air mata lagi... Bertahanlah.. 

Kalau dia makin jauh, biarkan saja... Itu jalan yang dia pilih...

Wednesday, September 5, 2012

Bergaduh Besar..!

at Wednesday, September 05, 2012 0 comments
Aah..! Orang lelaki, asyik nak menang.. 

Salah sendiri, aku pulak yang dimarahnya..!!

Jadi, biarkan aje.. Ade jodoh, ade lah.. Kalau takde, aku cari lain..!

BENGANG..!

Tak Paham Betul Aku...

at Wednesday, September 05, 2012 0 comments
Aku ni nak kata selalu jejak taman ni untuk berjogging, takdelah selalu sangat..

Jadi tolonglah bagi pemandangan mata aku ni senonoh sikit..

Ingatkan kalau pergi waktu hari biasa, dapatla elak dari tengok muka mat pit.. Tapi, nan hadooooooo...!

Tetapla jugak ada.. Aku tau, kalau takde pempuan gedik berpeleseran dekat sini, takdelah muka mat pit ni ye idok..

Meh akak kasi satu contoh dek non...

Nampak tak mat pit pakai baju purple tu..???

First round ahkak jogging, dia takde kat situ, cuma ada 2 gurl yang agak gedik.

Second round jogging,muka tembok dia dah terpahat kat situ.

Sempatla jugak dengar dia tanya dua gurl tadi, 'wei, sape nama budak sebelah ni ek..?'.

Konon la yang dua gurl ni buat jual mahal.. Orang tua tua kata, lambat panas...!

Third round aku jogging, budak laki ni dah bawak geng daaaahhhh, and guest what, 2 org gurl tadi, dah kasi harga diskaun punya... Takde dah jual mahal macam tadi, 2 2 macam stok barang pasar karat..

Kali ke lima akak lalu situ, hilang dah..!

Hurm, dah nak malam, mesti pergi kejar wayang midnight.. MELUAT..!!!

Tuesday, September 4, 2012

Kata Orang Tua Tua, Kalau...

at Tuesday, September 04, 2012 0 comments
Jangan mencarut kat ahkak pulak kalau akak kata ni menyinggung para isteri di luar sana...

Ini yang aku dengar je la.. Telinga aku ni kan astro sikit, panjang la antenna nya kalau ada yang bergosip...

Ok ok, berbalik pada tajuk...

Cerita ni aku dengar dari makcik bahulu yang mulut lancang itu..

Sebelum aku kasi cerita, cuba uolls, yang perempuan la, duduk dalam bilik air tu, pastu tengok kat cermin.

Yes, sila tengok pada tetek uolls. Cuba tengok, antara dua breast tu, rapat ke jarang..

Bak kata orang tua-tua, kalau rapat, suami sayang... Hahaha.. (dan dan check tetek) Bongek..

Dah kalau tetek jarang, dapat somi kaki pukul la??

Ini apa yang diceritakan la...

Dah kalau satu tetek ke timur, satu ke barat, pandai-pandaila ko kasi cantum.. Hahaha..

Aku pun rajin check, dan keputusannya, haruslah laki ahkak sayanggggggggg.... *libas rambut*

( >____<)


Monday, September 3, 2012

Mood Tarak Baik

at Monday, September 03, 2012 0 comments
Hari ni gila-gila punya mood aku tak baik...

Perasaannya macam nak hagulkan kepala kat dinding juta-juta kali..

Kalau darah pun tak rasa sakit, sebab sakit di hati mengatasi segalanya..

Bukan putus cinta ok, bukan.. Tapi rasa sakitnya macam boipren pergi jumpa ex lama gitu.. Kih3..

Bila mood takde ni, mula la rasa macam masa lambaaaaatttttt no berlalu..

menyeksakan tauk..!!

Selalunya, bila aku senyum, ibarat bunga kembang mekar (cewah), tapi hari ni bila senyum, bunag pun takot nak muncul...! Huwaaaaaa...

Disebabkan mood tarak baik, tapi perut banyaakkkk lapar, aku dengan mualimah nye telah memasak..!

jeng jeng jeng..!

Apakah menu yang dimasak oleh anak dara berat montot itu...~~

-
-
-
-
-
-

 Macaroni carbonara.. Wallaweh, nyummeh..!!



Kembang cantik macaroni ahkak deknon..


Nasib baik mood yang swing itu datang lepas makan malam, jadi aku balun sepinggan habis.. ! 

Kalau mood emosi datang sebelum makan, ahkak masak untuk second round.. Pakai belanga terus..!!

Tsk... T____T



Friday, August 31, 2012

Soto Yang Marvelesss...

at Friday, August 31, 2012 0 comments


Soto homemade.. No kedai kedai...

Ibu kalau buat soto, boleh bukak gerai.. Mesti laku..

Eh ni bukan kata aku, ni kata orang-orang yang datang beraya..

Pak usu aku pulak kata, kalau jual kat taman dia, cukup tahun boleh bina banglow.. Walawei...

Resepi??? Ahkak tak menuntut lagi..

Maklumlah, celik mata je semua dah siap, ahkak tolong potong-potong jee.. *covermalas*.

Ni kalau masak-masak ni, khas untuk tetamu yang datang..

Disebabkan tahun ni ramai orang beraya, mak aku akan masak.

Dia takkan bagi tetamu datang makan kuih je..

Mesti ada mee ke, laksa ke, soto ke, nasi lemak ke.

Tu yang ahkak makin membulat tu...

Petang nk nak angkat batang raket.. Hiyark..! *mood LeeChongWei


Makcik Jual Bahulu..

at Friday, August 31, 2012 0 comments
Aku tension betul kalau ada tetamu datang raya, dan mulutnya sepesen macam mak aku...

Alah, kalau yang mulutnya sebesar antena Astro tu... Kelepak kelepak kelepuk kalau bercakap..

Tapi yang ni lagi horror la, sebab se astro astro ibu pun, dia takkan sound derect anak orang..

Kali ni memang aku betul-betul terkena pelepuk atas dahi.

Berdesing telinga...!


Meh sini Kak Peah mahu cerite..~


Ada sorang makcik ni, datang umah sebab nak anta bahulu.. Memang emak aku ade order..

Jadi nak dikatakan cerita, ape malang tahi manusia entah kat badan aku ni, aku yang bukak pintu..

Jadi bersalam la kami ye dok..?? Takkan nak buat tak tahu.. (walopun aku hanya bersalam dengan makcik-makcik yang ada anak lelaki gorjes sahaja.. wakakaka)

This makcik memang aku kenal lama dah.. Sejak dari lepas sekolah menengah..

Jadi aku kenal anak dia. Sebaya aku jugak. Masa kitorang jadi minah kilang dulu, anak dia selalu gunakan aku untuk pergi date dengan sorang mamat ni..

Hampeh betul.. Sebab mak dia garang oiiii..!!

Jadi kalau kata nak date, dia akan kata nak keluar dengan Farehah..

Dan dan la mak dia percaya..

Ok, now this makcik datang rumah aku.. Cerita pasal anak dia yang baru kawen 4 bulan lepas...

Beriye-iye bercerite ni... pastu terpacul soklan kat batang hidung aku..


"Farehah bila nak kawen??? Nak duduk rumah sampai bila?? Ke taknak kawen?? 


Sialpalis punya soklan..!

Aku dengan mualimmah nye menjawab..


"Nanti-nanti la cik.. Awal lagi, belajar tak habis lagi"


 Hati aku dah mula kene seterika dah....!

"Nak duduk rumah je la?? Ke pemalas??? Pemalas nak buat kerje rumah..!"


Perghhhh..!!! Macam kene simbah minyak... Jangan tak tahu, ni depan mak aku ok.. DEPAN DEPAN MAK AKU...

Bangsat betul

Mak aku muka dah lain.. Tak sempat aku jawab, mak aku dah tune soklan lain...

Apasal ko jeles dengan aku tak kawen lagi..??

Sebab aku pandai???

Sebab anak ko merendek dengan mat kilang..??

Sebab anak ko tak habis sekolah..??

Tu yang ko nak bantai muka aku..??

Ade aku jentik telur suami ko ke kalau aku tak kawen???

Ade aku usik tetek ko kalau aku kawen lambat..???

Dah orang kata jodoh tak sampai...tak sampai lagi la.. Yang ko nak on butang sawan babi aku kenapa..??

Puihhh..!


 




Kalaula Aku Boleh Terbang..

at Friday, August 31, 2012 1 comments
Dah lama aku angkat sayap pergi amik beg aku yang tertinggal...!!

Huwaaaaa...

Tertinggal bra takpe (mak aku banyak), tertinggal spender takpe (dah biasa tak pakai), tertinggal duit takpe (boleh paw ibu), tapiiiiiii bila tertinggal charger laptop dan broadband, aku tak boleh terimeeeeeeeeeee....!!!

Nyawa oi nyawa...

Baru perasan tertinggal beg tu bila nak on laptop...

Habis segala isi rumah aku bongkah mencari...

Stress mak hincik.. Bila stress stress gini, mula la terbayang maggi kari tolor bergoyang... Perghhh...!

Disebabkan tak boleh nak online, aku pandang je lappy tu dengan harapan ianya boleh berfungsi secara ajaib..!


Thursday, August 30, 2012

Cancel..

at Thursday, August 30, 2012 0 comments


Hujan menderu di luar, jadi jogging adalah cancel.. Yahooooo....!! Hahaha...

Padahal pukul 5 hujan dah berhenti. Alasan..!!

Ingat nak beli beskal la.. Macam lagi best je..

Kalau pantat nya lari pun, sekejap je pun.. Laki aku masih boleh pakai..

Mana tahu, lagi ketat.. Wakakaka...

Serius ni nak beli beskal.. Ada orang nak sponsor tak?? Ehem-ehem...

Yang di sana tu, jangan buat-buat tak nampak ye..

Ensem kan??

Comel kan??

Mata bulat kan ??

Ala-ala panda gitu... Tunaikanla hajatku..

 Beskal monten onne..! (macam order neskepe tarik pulak)


Sakit..

at Thursday, August 30, 2012 0 comments
Lepas ahkak balun jogging semalam, kaki dompot ahkak ni macam dah tangkap urat je dekat peha ni..

Ko bayangkan, nak amik remote tv pun, merangkak uolls..!

Itupun kalau boleh makan nak kene berhidang depan hidung.. *ingat pwincesss la tuuu..

Sakitnya dah menangkap dekat betis, peha..

Pinggang tak lagi.. tapi dah mula terasa-rasa..

Silap-silap jadi sister ngengsot ahkak ni dek nonnnnn...


Orang lain pergi exercise makin cergas, ko dari jalan  tegak, esoknya jalan ngengsot.. adoiiii..!

Teringat dulu masa zaman aku berjinak-jinak dengan basikal... Konon la nak pergi kelas lagi cepat, basikal, taknak jalan kaki..

Minggu pertama je, dekat "Tut" tu dah nyut nyut rasenya...

Pergh, nak kencing sakit siot..!!!

Aku ingat aku sorang je rasa macam tu.. Bila aku tanya member sorang lagi..

"weh, ko rasa sakit tak kat situ bila naik basikal..??"

Boleh dia jawab, "pantat aku macam berlari-lari minggu ni"

Hahahaha.. Sengal..!



Wednesday, August 29, 2012

Misi Bermula...

at Wednesday, August 29, 2012 0 comments


Hari ini, bermulalah misi nak dapatkan badan yang gorjes kembali...

Kasut pun dah jadi hotel 5 star untuk cik tikus, tracksuit dah melusuh (yang koyak dekat kangkang tu, memang terus buang, dasar pemalas..! Hahaha).

Kasut ke mana, stokin ke mana...

Sape-sape punya je la yang aku rembat dalam bakul. Hari pertama joging, omakaih...somput...

Dah separuh jalan berlari, mintak nyawaaa, mintak nyawaaa..

Kalau boleh nak marah orang sebelah yang sibuk bernafas tatkala aku memerlukan oksigen yang banyak..

Badan masih penat, ayat pun entah ape-ape.. Bye uolls..

Ewah Ewah..!

at Wednesday, August 29, 2012 0 comments


Amboi, bajet diva betul..

Nak kalahkan ahkak ko yang gojes ler tu...

Macam baju aku je yang dipakai nya tu...!!!???

Eeeee sakitnya hati aku....

Semua barang aku ko belasahkan kan...

Mujur ko tak belasah bakal abang ipar ko sekali...

Dasar adik gemuk..! huh...!

Marah ni, marah...

Takpe takpe, baju ko aku rembat bawak balik Perak...

Jangan-jangan bra aku pun ko rembat... Huwaaaaa...


Adekah Cincin Tunang..??

at Wednesday, August 29, 2012 0 comments
 
Aku rasa aku pernah buat entry pasal surprise yang En Debab nak bagi sempena birthday aku..

Alah yang dia berhasia bebenor tu.. 

Yang sampai aku keluar soklan, "Kalau hadiah tu ayang gadai, boleh dapat duit tak??"

 Hik hik hik...

Maka inilah dia surprise ituuuu...

Kehlas kau Cik Nab, orang lain bercinta, nak dapat beg raya pun,mengah-mengah pujuk.. Ko sekali kenyit je, En Debab dah berkata "Ayang nak..??"

Ni bukan aku yang mintak ek *libas rambut..*

Dia terpikir nak belikan lepas tengok cincin yang ibu belikan.. 

Dia kata cantikkk.. Disebabkan masa tu dia tak kerja lagi, jadi survey-survey la dulu.. 

Masuk kedai ni, tengok harge, masuk kedai tu, tanya harge.. Yang tukang jual naik tension.. Yang bakal empunya cincin naik stress.. Saja kasi line panas la tu...


  

Dua hari sebelum raya dah dapat... Yeay..!!

Masa aku bukak kotak cincin tu, secara kebetulan ibu balik rumah. 

Dan sememang telah ku duga, daripada seorang operator telefon, ibu naik pangkat jadi puan inspektor..!

Berpeluh ahkak menjawab soklan... Yelah, anak dara dapat cincin, tentu orang tua tu musykil..

"Gemuk-gemuk pun dapat hadiah cincin.. Buta agaknya..."

Dalam hati kot cakap gitu.. Hahaha

 


Baru tunjuk cincin yang ibu belikan, dah dapat cincin free satu.

Agak-agak kalau tunjuk gelang emas ahkak yang berjuntai-juntai ni, tahun depan boleh dapat gelang rege 2 Ribu tak..??      >__<


mari mencuba...





Tuesday, August 28, 2012

Bila Ibu Minta Approve Jadi Kawan di FB

at Tuesday, August 28, 2012 0 comments
Ok, first of all, bila jadi gini pada aku, dengan cepat aku tekan butang 'Not Now'.. Hahaha...

Yes, aku takkan sesekali tekan butang 'approve'.

Ko gila..??? Segala ayat jiwa aku pada En Babam akan jadi bahan ketawa dia samada di rumah mahu di pejabat..

Di jaja pada adik baradik, sepupu sepapat sepipit, makcik pakcik, dan handai taulan..

Fuhhhh... Tak main der setakat dua tiga bulan di bahan, kang di jaja pulak pada anak cucu aku... Bahayo...

Jangan cari penyakit, kalau takde penyakit..

Jadi mohler kita berdiam diri, buat-buat takde pesbuk, and lagak macam takde boipren...

Oh dan yang pasti, siap-siap privacy kan segala mak nenek gambar dan status...

Kang aku approve, di skodeng segala aktiviti ahkak ni... Iolss dah umur 25, no skodeng-skodeng or spy spy me lagi..

Ambil Mood Dulu...

at Tuesday, August 28, 2012 0 comments


Semalam saja-saja jalan di taman... Sambil mengambil aura orang yang jogging di sana...

Fuh, tengok diorang berlari, macam senang je, macam tak pijak tanah, macam terbang.

Nak nak yang jantan, rasa ringan je kan, takdela nak mikir 'beban' yang sedang melambung-lambung bila dok berlari tu. Wakakaka....!

Pempuan, biasalah kan, kalau suruh berlari tu, bukan malas, tapi kalau dah tetek tu memang besar, malu la jugak nak berlari..

Yang dok tepi-tepi tu, mandang orang perempuan tengah berlari, berkolam jugak jalan tu dek air liur menjejes. Dasar tuttttttt...!

Nak nak taman ni memang ramai rempitan melepak.. Duduk tepi longkang sambil menanti rezeki yang lalu lalang..

Kalau muka hensem takpe jugak, dah kalau aku tengok muka budak-budak tu dengan dinding longkang tak berapa beza, adik aku yang berkerak tu pun tak hingin ke deme...

Agak-agak berapa round boleh dapat ni?? Kalau spesel kes macam aku ni, separuh taman dapat lari pun, layak dapat pingat... Hahaha.. 






Saturday, August 25, 2012

Bila Nak Raya Berdua Ni...

at Saturday, August 25, 2012 0 comments
Selalu aku tanya En Babam, bila agaknya kita dapat beraya bersama..

Dah 25 tahun beraya single mingle je.

Nak nak tahun ni ramai member sebaya dah beraya rumah mertua.

Ahkak pun nak jugak kan..

En Babam tu, kalau datang mood die nak berlawak, dia akan kata gini ''Ayang jangan bimbang ye, bukan kata raya aidilfitri, silap-silap raya korban kita boleh beraya 'bertiga' tau..!''

Sabau je la dengar lawak ye ye o die tu...

Raya bertiga konon, gelojoh..!!

Bini debab yang sorang ni pun, nak gugur bulu badan menanggung makan. :)

Thursday, August 23, 2012

Cara Maaf Orang Jawa...

at Thursday, August 23, 2012 0 comments
Tadi ahkak ada baca satu blog ni..

Dia bercerita pasal cara maaf orang Jawa waktu hari raya..

Aku tertarik jugakla dengan topik tu, sebab, aku ingat semua orang cara mintak maaf sama...

Since aku orang Jawa, haruslah ahkak bangga kan..

Walopun muka akak kalau tak make up, ala-ala kpop gitu *libas rambut*, tapi jawa tetap jawa..

Blogger ni cerita la, orang jawa kalau bermaafan, tunduk, duduk bersimpuh, kalau salam kemain lama...

Orang yang mintak maaf ni duk teresak-esak nangis, sungguh-sungguh mintak mangap, padahal suara tak keluar kan..

Pastu orang yang memberi maaf, dok 'iye iye iye, maafkan'... Hahaha...

Padahal takde ayat keluar.. Itu baru namanya maaf dari dalam..

Suara tak keluar, tapi mesej sampai..


Kalau aku, ayat tiap tahun sama je, 'selamat hari raya, mintak maaf'.. Hahaha...

Kalau pakcik aku memang Jawaan dia tu kuat... Tersenggut-senggut nangis...

Air mata iolss mahal.. *Hahaha,Dush..!

Monday, August 20, 2012

Pagi Raya..

at Monday, August 20, 2012 0 comments

Ahkak macam retiss uollss...

Gigih ni dok tenyeh make up kat muke jerawat ni..

Pondesyen usah kata la bape kali akak lapiskan kat muka..

Nak tutup jerawat setoek di dagu.. Dan nak kasi efek siti nurhaliza kat tang dagu tu... Ha3..

Yang penting, make up ahkak menjadi, baju pun gorjes, tudung supergojes...

Orangnye pulak superbulat...! Kah kah..

Percayalah, walaupun hilang 3 kilo, akak masih nampak tembun lagi...

Friday, August 17, 2012

Inilah Kejutannya...

at Friday, August 17, 2012 0 comments

Ingat lagi entry pasal kejutan yang En Debab nak bagi tu..??

Dah dapat ooooo... Gigih pergi exit Air Hitam, semata-mata nak amik barang tu..

By the time uolls baca entry ahkak ni, ahkak tak bukak lagi apa yang ade dalam beg kecit ini... Deborrrrrr....

Adekah barang itu??? Hak hak hak...

Nebes sampai rasa nak pergi ngadap bilik termenung dulu.. Bye ollsss...

Thursday, August 16, 2012

Surprise Untuk Aweknya Yang Montel Ini...

at Thursday, August 16, 2012 2 comments
Tadi kol my yayang.. Sekarang tengah outsation dekat Gelang Patah...

Jadi masa borak-borak tadi, tetiba...

"By ada surprise untuk ayang.."

"Surprise apa..??"

"Untuk your birthday la..."

Besday ahkak beza sebulan je dengan dia...

Mode "kaki kikis" on...~

"MAHAL TAK..???"

Hahahaha.. dasar mata duitan.. itu yang ko tanya kan.. bukan nak cakap terima kasih..!

Dia jawab, "Mahal sikit dari jam tangan by.."

Aku teringat jam tangan dia rege RM280... Dah menari-nari dah ni...

"Kalau JUAL balik, mahal tak..??"

Hahaha.. bodoh punya soklan.. Aku dah terbayang cincin emas ke kan... Bukan nak jual balik, tapi dah dia tak nak bagitahu, naik hantu jugak la ape benda yang die beli..

Dah la plan nak beli kereta, pastu beli barang mahal..

Mode "ustajah pilihan" on, "Takyah la mahal-mahal, pergi candle light dinner dekat restoran atas bukit cukupla.."

:))


Wednesday, August 15, 2012

Hadiah Untuk Besday Boy Dah Sampai..

at Wednesday, August 15, 2012 0 comments


Semalam adalah sangat hectic pada aku...

Kisahnya aku nak pos hadiah untuk abg debab korang ni ha..

Konon sebulan sebelum besday dia, nak surprise..nak surprise.

Ahkak ni tak romantic dek non nak surprise bagai..

Eh tahun lepas kasi bunga pun, dia dah orait je. Sebab time tu ahkak sengkek.. Hahaha...

Ahkak yang gojes pergi la pejabat pos laju, sebab nak post surprise tu ke Kangar.

Orangnya 2 3 ketui ja, die punye servis, ya ampunnnnn... Sempat 100 ekor lembu lintas jalan...! Lembab...!!!

Kaunter ada satu ja, sorang customer nak pos 20 barang... Pfttttt...

Aku nak pos satu barang cinonet je..

Pastu dengar-dengar pulak, kalau pos ari tu, xleh sampai esok, sampai lepas raya...

Dah tu, apa kejadahnya bayor mahal kalau sampai lepas raya.

Last last, borang yang ada kat tangan, aku buang. Pergi nationwide.

Surprisingly, takde orang langsung okeh..!! Aku je customer dia...

Perghhh... Nyirap darah ahkak time tu.. Pakkal aku tak tunggu...

Dan hari ni, barang dah sampai Kangar... Yeay...!!

Sayang giler dekat abang kaunter janggut sejemput tu.. Nak nombor boleh....~


Kasut Raya Gadis Gojes...

at Wednesday, August 15, 2012 0 comments

Hahaha... Kasi tajuk macam nak kene pelepak sedas... 

This shoes beli minggu lepas hari Sabtu.. 

Semua adalah tajaan adik gemuk perut buncit yang sahur 3o hari makan nugget saje... Hahaha.. Pemalas benor nak masak... 

Dengan murah hati, dia mengatakan, 'amik aje, x payah tengok rege...'. 

Wah...! Dengan sepantas kilat, aku x pandang kasut di rak bese, x payah tengok harga ye, takpe takpe.. 

Dia tak tahu kakak dia ni pisau cukur yang mesin punya.. Greeettt greeetttt... 

Alah, tak sampai satu rat pun kasut ni.. Takdelah sampai riban-riban... Tapi boleh la ahkak menggojes di kampung..

Saturday, August 11, 2012

Olololo Comei Ngat Iye

at Saturday, August 11, 2012 0 comments

Aummmmm...!! Oh aku memang peminat kipas susah mati Fahrin... Sekali dia senyum, alahai hai.., seminggu pose tak berbuke pun sanggup.. Kenyang dah..! Kalau dia terpegang tangan ahkak ke, ohhh... Tak yah naik roket, dah rasa macam kat angkasa... Aigooooo... Makin tua makin mengancam...!

Thursday, August 9, 2012

Ini Memang Betul-Betul Mendatangkan Marah

at Thursday, August 09, 2012 0 comments
Semalam buat hal dah...

Dah bagi peringatan, jangan buat lagi, tolong balik awal, balik awal..

Ini tak, dah nak pukul 12..!! Tak balik kerja lagi..!

Orang gila pun boleh naik sawan, inikan kan aku.... Sawan meroyan tengah pantang dah naik kepala..

Sikit je lagi, sikit je... Memang pelepak aku bagi...

(tarik napas dalam-dalam..~) Sambil hagul kepala ke dinding..

Dah masuk air ni wei...!!!!!! 


Wednesday, August 8, 2012

Kalau Bergambar Berdua...

at Wednesday, August 08, 2012 0 comments


Selalu kalau keluar bersama, mesti kene amik gambar syok sendiri sesama..

Pastu mesti berebut nak tengok gambar tu...

Pastu dua-dua mesti meroyan...

Yang sorang meroyan "Eeeeee, gelapnyaaaaaaa..!"

Yang sorang lagi "Eeeeeee, debabnya..!"

Yang gelap tu haruslah dia, yang debab tu pun, haruslah dia jugak..!

Kahkahkah.. Giler nak mengaku diri sendiri debab.. Dia dengar ni mesti berbulu je....



Tuesday, August 7, 2012

Beg Raya Impian

at Tuesday, August 07, 2012 0 comments

Dah ushar baikkkkk punya... 



Harga pun baikkkkk punya....



Ternampak waktu pergi cari barang En Bam Bam, sekali terbekenan uolss..!



Dia nampak aku dok belek objek tu, dan i olss sudah tune muka paling manja sekali...

Sambil tu duk kuis-kuis dompet...

Dengan harapan kotla tercelah duit seratus hinggit (padahal memang takde.. Hak hak hak)...



Gaji kali kedua, memang aku heret masuk SOGO..!



:)




Nak Cepat Kahwin, Boleh Main Masak-Masak Dengan Somi...

at Tuesday, August 07, 2012 0 comments
Gedik giler..!

Hahahaha.. mesti tu first impression korang bila baca tajuk entry..

Hoh..! Tak kira, orang lain duk pong pang dalam pesbuk...


"Nasi ayam home-made untuk somi"

"Sosej home-made buat Hubby"

"Air bandung home-made untuk tok laki"

"Sian my love, ayam goreng KFC home-made tak jadi.."


Holoh-holoh... Manjang home-made nya... I olss pun nak home-made jugak..!





Sayang, bila projek home-made kita nak beroperasi ni...!!


Mula-mula je projek home made tu kencang, lama-lama, gerai nasi campur jugak ko gegar.. Pirahhh



Monday, August 6, 2012

Baca Belog Emak-Emak

at Monday, August 06, 2012 0 comments
Aku tak tahu kenapa, tapi seriously aku suka gila baca blog mak mak...

Berbanding baca blog budak yang baru nak up, atau pun yang syok sendiri cerita pasal diri sendiri (macam aku..kihkihkih), aku akan terdorong untuk follow belog org yang dah beranak pinak..

Seronok sebenarnya baca cerita diorang ni...

Paling best kalau diorang tengah stress dengan laki ke, anak-anak ke.. memang guling-guling la ahkak ketawa..

Paling latest aku baca belog Dr Harlina.. Alah, sape tak kenal die, bini DR SMS... Aku gelak ok, diorang ringkaskan jadi DR SMS... Alah, angkasawan negara tu...

Blog dia fully in english, tapi senang baca, senang faham..

Dia takdelah nak citer hal rumahtangga die secara detail, kang jadi buah mulut orang.. Semua pasal anak dia... Best pulak..

Sapa-sapa yang nak baca, boleh klik sini... Belog Dr Harlina



Sunday, August 5, 2012

Tak Boleh Tahan Dengan Perangai Anak Buah Yang Sorang Ni...

at Sunday, August 05, 2012 0 comments
Semalam, kakak dengan abang aku datang buka pose kat rumah..

Masing-masing bawakla anak kecik....

Stress mak hincik... Nak nak ada sorang anak buah ni..

Kalau nak sesuatu tu, kemain meraung-raung..

Tak kire la kalau barang tu kepunyaan orang lain, depan orang tu dia meraung nak kan barang tu..

Contoh macam semalam, dia tengok sepupu dia main tab samsung...

Padahal kat tangan ada dah phone.. Nak jugak yang sepupu dia punya..

Bila dah meraung tu, cepat-cepat la sepupu die bagi tab pada bapaknya balik..

masih tak puas hati sebab tak dapat tab, depan pak sedara dia, meraung nak kan tab tu..

Aku dah la tengah makan, meraung kuat giler depan aku. memang nak kene luku je..!

Kalau takde maknya, memang dah kene budak ni aku jerkah...!

Nasi tu aku main telan-telan je..

Dah habis, cuci tangan, masuk bilik, kunci pintu ketat-ketat..!

Stress dengan budak yang suka meraung-raung nakkan sesuatu..

Nasib baik, si gendut waktu kecik bukan jenis suka nangis... Bukan jenis yang kalau pergi kedai, golek-golek atas lantai nak mainan..

Mungkin sebab dari kecik ibu dah bergarang dengan dia. Kalau nak, dia mintak dengan baik, kalau tak dapat, dia senyap.. Good..!

Budak-budak sekarang terlalu naik lemak, sampai depan strangers pun boleh meraung nakkan mainan..

Harap-harap anak aku bukan macam tu, memang ringan jek la tangan ni..

Ye, aku memang baran sikit kalau dengan budak yang over manja.. Berbanding En Debab yang lebih cool, penyabar, dan melayan jeeee..

Banyak kali dah kena tegur dengan dia... Aku kalau tak dapat marah anaknya, bapaknya jadi mangsa..


:))


Budak tecit yang sorang ni senang jaga sikit...

Kakak dia pun senang jaga...

Yang ni kira sepupu la...

Bila suruh mandi, memanjang jawab "nanak..!"

Sangat kuat makan....

Senang nak umpan suruh dekat dengan kita...

Pegang la makan, macam ikan die datang, terkedik-kedik...

Tapi makan habis ok...!


Saturday, August 4, 2012

Konon - Konon Nak Buat kejutan...

at Saturday, August 04, 2012 0 comments


Lebih kurang pukul 1 tengahari tadi, macam bese En Debab akan menelefon bininya yang dah pukul 1 pun tak bangun lagi... (kih kih kih)

"By nak pergi kat ayang ni.."

Meloncat aku..!

Mana tak meloncat, dia kat Selangor, aku kat Batu Pahat....

"Bila..??"

"Sekarang la..."

Biar betul dia ni... Dia ingat macam pergi rumah jiran sebelah ke dekatnya..??

"Tapi....."

Ah sudah, bila dah "tapi"nya muncul, dah agak dah, mesti kata-kata dia tu hanya hangat-hangat impian Mat Jenin sajok...

"Tapi...... By letih la... nak drive jauh.. tol lagi, minyak lagi.."

Dangggg..!

Rasa nak hantuk kepala je.. Suka memberi harapan pelesu kat mak hincik...

Lepas dah borak sikit-sikit, tarik selimut, tutup pintu ketat-ketat, padam lampu... dan



krohhh krohhhh




Friday, August 3, 2012

Nak Tunjuk Baju Raya....

at Friday, August 03, 2012 0 comments
Tapi maluuu..... puiiii...

Badan tengah size esbok 3 pintu...

Membencikan...

Hari ini, kecundang kepada sepinggan nasi lauk sotong sambal..

Oh, cannot resist...

Makan laju-laju, bom jatuh sebelah kaki pun buat tak tahu.

Peluang x selalu datang, jadi moh ler kita balun...

Esok ler diet... (esok lagi) Kah kah kah..





Yang benar,
Cik Peah Kepasrahan.....


Meluat..!

at Friday, August 03, 2012 0 comments
Balik - balik pakwe pakwe die yang kaya..

Pakwe die yang boleh beli macam-macam...

Ingat pakwe aku tak boleh..????

Suka beza-beza..

Benci..!

Pakwe aku pun gaji tinggi la... Cuma saje xnak bagitahu.. Kang bagitahu kang, terbeliak bijik mata...

BENGANG..! BENGANG BENGANG..!

Bila bengang, mula la lapo..!


Cis..! Hancur diet aku.. gigil dah ni... Grrrrrr...

Result Dah Keluar...

at Friday, August 03, 2012 0 comments

 Result Sem 1...TAK GEMPAK LANGSUNG (tutup muka dengan rambut)

Result Sem 2.. *Dah boleh tunjuk muka sambil libas rambut.. Wakakakaka*




Wallawei..!

Ingat lambat lagi, sebab yang lepas, seminggu sebelum naik sem baru hegeh-hegeh nak keluar...

Result mak hincik tidaklah gempak macam orang lain...

Ada yang dapat 4 flat..!

Cukuplah dapat reward pergi coti-coti Malaysia...

Perbelanjaan ditanggung En Debab SEPENUHNYA..! (harap-harap la..)

Dia tu bukan boleh... Kalau angin 'bajet' dia sampai... Semua benda jadi bajet..

tapi, disebabkan gaji pertama dia adalah sangat kawwww..! Haruslah mak hincik mintak pergi tempat tinggi-tinggi..!

tapi dia tu gayat. Nyampah..!!!!



Benda Wajib Beli..!

at Friday, August 03, 2012 0 comments


Hari-hari..!!

Kalau ade ranking customer,  nama aku hat paling atas sekali. TOP BUYER..!

Peveret aku hat yang muroh-muroh ja... hahahaha..

Pong pang lebih, top buyer konon la, klo beli hat RM 2, baby pun mampu beli...

Janji murohhhh...

Kalau keluar dengan pakcik tembam tu, nak nak die belanja, aku lenjan yang RM 4 hinggit..! hahaha..

Tapi kalau aku yang belanja, mesti ayat 'Choclate milk tea ek ek'

Sebab tu paling jimat... kihkihkih.. dasar kedekuit.. Kalau die belanja, nak bagi kat aku hat RM2 tu, muncung muncung la depan kaunter..

Tukang buat air ni pun rasa nak tibai je muka aku...

:))




Teringin Nak Menulis Balik...

at Friday, August 03, 2012 0 comments


Disebabkan, terlalu banyak sangat waktu senggang

Bukak  balik blog ni, dan garu kepala

Patut ke sambung menulis..!!!!???

Semestinya bila blog ni aktif, menandakan, aku dah gemuk balik..!

Kah Kah Kah.. Dasar mulut belanga...

Dah elok-elok kurus, bantai nasi berpinggan...

Tak boleh tahan wei..

Tanjung Malim makan sedap-sedap..

Nak nak nasi kerau daging bakar.. Aku boleh lenjan dua bungkus...

Perghhh... kalau la pergi ke tanjung malim tu macam pergi ke rumah jiran sebelah, dah lama dah aku order ikut tingkap ja..

:))


Sunday, January 15, 2012

Dapat Munge lagi....

at Sunday, January 15, 2012 0 comments
Tq sayang... Terasa macam ada peminat pulak ahkak..

Bersama Si Dia

at Sunday, January 15, 2012 0 comments
Selepas meroyan beberapa minggu menunggu putera ku datang, akhir nya..!

Sunday, January 8, 2012

Jom Tonton Menuju Puncak..!!

at Sunday, January 08, 2012 0 comments
Entah hantu mana entah merasuk dalam badan gedempol aku ni, tetiba layan konsert menuju puncak.

Eh baru perasan, tiap kali diorang sebut menuju puncak tu, tang puncak tu, jadi rope orang nak neran. PUNCAAKKKK..!!!

Wah wah, tang PUNCAK..!!! gila ko tekan, kalau lirik hat lain, kemain mengah semput sendu semua adalah.

Ni kes takde cerita nak tengok la ni. Bosan punya pasal. Nak kelek anak, celah bedah mana nak keluar anak kan, nak kelek laki, jauh langit dari bumi..

Last-last kelek lemak sendiri, pastu dok tanya-tanya lemak sendiri, KO NI DAH MACAM TARAP PENDUDUK TETAP PULAK EK...???

Diet la lagu mana pun, tetap tu la jugak. Dah bina banglo gamoknya dalam badan ni...
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review