Sunday, October 31, 2010

Dilema Seorang Gadis

at Sunday, October 31, 2010
Reactions: 
2 comments

Lokasi : Supermarket

Watak Utama: Seorang gadis- Anggun, bertubuh langsing, bermata bundar, pipi bagai pauh di layang, hidung terletak bak seludang dan lenggok gaya seperti puteri kayangan.. *erk ! macam over la pulak...tapi..ahhh!! bantai..ni cerita aku

Ketika di rumah, si gadis melihat barang-barang dapurnya sudah habis..Tiada apa lagi untuk dimakan..Sebagai seorang anak dara, dia memang sering memasak dan mengemas rumah..Ye..beliau sangat rajin, sangat cekap melakukan kerja rumah...Sebab itulah ramai yang cuba masuk meminang, tetapi ramai sang lelaki yang sudah kecewa kerana gadis tu menolak mentah-mentah...

Mahu tak mahu, si gadis harus keluar untuk membeli barang-barang. Puas beliau memikir, ke mana harus dituju..Fikir dan fikir...Tingggg!! Sambil sebuah mentol menyala terang di otaknya..

'Pergi Wellward sajalah..Itu yang terdekat', ngomong nya dalam hati

Si gadis mencapai kunci motor, dan keluar.. Tidak lupa juga untuk mengunci pintu.. Almaklumlah..ramai benar mat rempit yang berkeliaran menaiki motor yang tak semenggah di kawasan rumahnya. Selalu lah si gadis diganggu oleh mereka...Setakat siulan nakal chuutttt chutttt chutttt, sudah lali benar di cuping telinga.. Naik rimasssss kadang-kadang.. Si gadis tidak menghiraukan sangat gelagat mereka yang seperti manusia berotak di kepala lutut.

Si gadis memulakan perjalanan. Cilok sana, cilok sini, akhirnya sampailah beliau di hadapan pintu pasaraya. Lalu si gadis meletakkan motornya betul-betul dihadapan pintu masuk. Berjalanlah beliau berlenggang-lenggok, lemah gemalai ke dalam pasaraya. Langkah kaki si gadis menarik perhatian beberapa jejaka comel di situ sambil didalam hati memuji-muji beliau.

'Walaweiiiii...cun siottt !!!'

Begitulah kata pujian yang terbit didalam hati setiap kaum adam yang memandang. Termasuk juga laki orang. Tak ketinggalan pokcik-pokcik yang tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari.

Disebabkan banyak barang yang perlu di beli, si gadis mencapai sebuah bakul yang terletak di sudut penjuru supermarket. Beliau pun berjalan-jalan memerhati setiap barang yang disusun di rak. Bila rasa barang tersebut diperlukan, maka diambil diletak didalam bakul. Si gadis sempat mengambil roti, jem coklat, telur, cucur adabi, dan beberapa barang lain. (terpaksa diperibadikan, hehehehe)

Sudah tiba masa untuk membayar, maka berjalan la si gadis menuju ke kaunter. Tibe-Tibe si gadis berhenti... Seperti ada sesuatu di pemikiran beliau. Si gadis betul-betul berdiri diantara dua kaunter. Serba salah dibuatnya. Begitu buntu pemikiran si gadis. Ke kaunter manakah yang patut dituju. Dua-dua kaunter mempunyai cashier yang comel. Yang ini comel, yang belah sini pun alahaaaaiiii...cukup menggoncang jiwa, menggetarkan raga.. Yang manakah pilihan si gadis ??

Memang benar, si gadis mempunyai masalah mental dengan jejaka comel, sehingga cashier comel mana yang harus dituju pun, kene pikir lapanpoloh kali.. Bagaimanakah agaknya mental sang gadis tatkala memilih calon suami ? Pada pendapat anda, siapakah gadis yang bermasalah mental ini ?






Friday, October 29, 2010

Sayang Aku Tak ??

at Friday, October 29, 2010
Reactions: 
2 comments
Yess Uollss..SAYANG AKU TAK ??

Lagi-lagi pada yang dah lama jadi readers blog aku..aku nak tanya sekali lagi SAYANG CIK BUYUNG TAK ???

Jadi entry kali ni khas untuk sesiapa yang mengikuti perkembangan aku

Sejak tulisan blog ni sebesar tempayan, kepada sekecil cipot..

Sejak dari blog aku warna pink tak hengat, hingga lah berubah wajah seperti sekarang ini

Sejak dari blog ni sekosong-kosong nye, hinggalah menjadi semampat roti kapit telur !!!

Disebabkan sejak akhir-akhir ni aku takde semangat nak menulis, jadi aku nak uollss bagi semangat..

Ala, tak susah mana pun nak suruh sokong ni, caranya ialah KLIK BUTANG FOLLOW dekat sebelah kanan blog..

Serius, klo angka tu naik. semangat makcik untuk berblog, giler kentang naik.. Hehehe

Ni secara sukarela, aku tak paksa..Klo uolls tak klik pun tak ape..Tapi aku kat sini makan hati ah dengan korang * uwaaaaa...

Mesti ade sesetengah yang pikir 'Ate kerje gilo aku nak klik follow blog ko ??? '

Eh, penting tau...blog member-member pun aku follow sebab kasi semangat dan sokongan. Sekurangnya aku boleh tau sape-sape yang baca..nanti takla aku tertanya-tanya 'eh ko pun ade baca blog aku ek'... ha gituwww

Tapi, untuk member-member aku, wajib follow !!!!! Ni ialah paksaan...Klo tak, putus sahabat..Ye, ni adalah ancaman..

Klo yang klik, aku bagi habuan la sikit..walaupun x seberapa..tapi kira mahal woooo..

Tak kira lelaki atau pempuan, aku bagi kisssss muah muah...Tapi yang lelaki aku kasi lama sikit...HAHAHAHA...gatalnya ko cik buyung.. Yang pempuan kejap je la, kang naik pulak title LESBO aku..

Akhir kata dari aku...



JANGAN LUPA KLIK YOOOO


p/s: yang takde blog pun boleh follow..tak de hal lah..



Thursday, October 28, 2010

Trend Couple Awek + Balak Malaysia

at Thursday, October 28, 2010
Reactions: 
4 comments
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..


Awek cun + balak hensem

Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

(Golongan ni memang aku jeles nak mati ah...kenapakah bukan diriku disebelah manusia kacak itu..mahu yang kacak juga..tsk tsk.. Mr A, jom jalan sebelah saya, baru booleh jadi seperti golongan diatas..kan kan kan?)


Awek cun + balak tak hensem

Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

(Yes ! akulah itu...muahahaha..statement agak sial, tapi nak jugak !! Kenapa selalu dapat yang kurang ensem ??? Kerana strategi market aku yang tak effective..Ye, kurang berkesan)


Awek tak cun + balak hensem

Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

(yang ni pun aku nak emo..KENAPA KO PILIH MINAH TU !!!! Aku kan ada...Anytime i'am ready for u, honey)


Awek tak cun + balak tak hensem

Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..Group of girls + 1 guySelalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

(Kali ni aku no komen..sebab, korang memang sesuai kot...hahahaha.serius aku tengah berperangai keji)


Awek cun berpakaian seksi

Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

(Jeles tahap lubang kubur...tau lah body cantik, muke meletop kan...harus aku bising dengan perempuan mcm ni...ergghhhhh x suka x suka..!!)


Awek tak cun berpakaian seksi

Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

(Yes !! aku setuju..kenapa perlu berpakaian seksi walhal badan mu berkurap, kulitmu karat, rambut mu hitam kesat ?? Very tak sedar diri)

Statement akhir sekali paling tak boleh blah.. Kaw-kaw kena.. Hahahahaha..macam tutttt je... Eh aku kategori mana ek ????


Awek cun + balak tak hensem kootttt... Hahahaha (dush dush !!)


Jom baling kasut sama itu Cik Buyung beramai-ramai.. Verangan tak habis-habis..!!!


Korang kategori mana pulak ?? Pikir-pikirkan la yo..Jangan jadi kategori akhir, sudahlah.. Bukan ape..buat orang meluat dan buat aku sakit mata !



Wednesday, October 27, 2010

Laluan Kuburan

at Wednesday, October 27, 2010
Reactions: 
0 comments
Maghrib tadi si gendut ngendeng-ngendeng kat aku..

Atin: Kak Iya, jom pergi beli ice blended..Jom laaa.. * Pada yang tak tahu, adik aku panggil aku Kak Iya

Aku: Haa, jom..tapi Akak Iya takde duit, Atin mintak kat ibu 3 hinggit...


Atin: Ok....

Aku: Bape hinggit?


Atin: 3 Hinggiiiitttttt..


Aku: Eh eh, mintak ibu sepuluh la..cakap yang Atin yang nak duit tau...


Atin: Ok...


Laju-laju dia lari kat mak aku...

Atin: IBU, AKAK IYA NAK 10 HINGGITTT...!!!!


Binawe punya budak..guna nama aku..CISSS!!!! Jaga ko kejap lagi, aku balas balik....


Memang saje buat aku murka cendawan bulat ni..

JAGA KOOOO


Dalam hati aku, dah plan dah nak pedajalkan si gendut ni masa beli air feveret dia..hehehe..

Tau la apa aku nak pada ko nanti wahai si gendut


Aku start je motor, terpaksa la angkut dia sekali


Then aku dah terpikir, nak ikut jalan mana ek ???
Actually ada dua jalan uollss, satu lalu ikut jalan besar, satu lagi lalu ikut jalan pintas..

Dan sepanjang laluan jalan pintas tu adalah
KUBURAN...

Hehehehehe.. Inilah masanya.. Jangan aku pulak yang terkena sudah..

Jadi uollss mesti tahu kan aku ikut jalan mana ???


Ye, aku ikut jalan kubur..wooooooo~~


Aku tak pernah lagi ikut jalan tu waktu malam..

Mak aku pun tak berani..
Adik aku ada cakap, jalan tu keras sikit.. Aku yang mempunyai keberanian yang sangat tipis ni tak pikir panjang..

JOM IKUT JALAN KUBUR...
Aku start motor, Atin bonceng kat belakang..

Aku: Atin, peluk kuat-kuat tau...

Belok je kiri masuk jalan kuburan tu, omak aihhhhh.. GELAP GILERRRR...

Satu bende pun aku tak nampak.. Kereta dan motor lain pun tak ada yang lalu...


Bila masuk je jalan kubur..masing-masing senyap.. Amik mood seram koooo.. Hahahaha Ghiloooo

Sebab tak berapa nak nampak, aku pasang lampu besar... Bila sampai je betul-betul depan kubur, aku tak nampak bende lain dah..putiiiihhhhhh je.... Uiiii seram mak...


Aku idok ler bodoh bebenor nak pandang arah kubur..Orang tua-tua kata..Jangan pandang kiri dan kanan..pandang depan dan terus jalan...

Si gendut pulak tadi punya riuh, senyap terus..tak bersuara langsung... Ikut kan kepala aku ni, nak aje aku tinggal dia situ, biar meroyan sensorang panggil bapak aku.. hahahaha.. kijam siot....!!!


Eh tapi aku tak rasa seram sejuk pun lalu situ, relaks je... Tapi jantung ni macam kene goncang koooo... Sempat jugak la aku subhanallah subhanallah beberapa kerat, tu pun tunggang langgang.. Nak baca ayat kursi, tetiba aku boleh lupa intro nye.. Takut punya pasal


Lepas je beli ice blended, aku tanya la si gendut tu..

Aku: Atin kenapa senyap je atas motor tad ???


Atin: Kak Iya jahat laaaa... Tad Atin tutup muka la masa lalu depan kubur..Tak berani nak tengok... Tapi Atin tengok Kak Iya ok je... Tak takut pun..??


Aku: Dah tu kalau Kak Iya tutup muka, mesti motor tu dah lama terbabas langgar nisan tau !!


Ngeng sungguh soklan adik aku tu...



Tuesday, October 26, 2010

Apa Pandang-Pandang ???

at Tuesday, October 26, 2010
Reactions: 
0 comments
Ditujukan khas untuk jiran aku yang suka benor menyibuk dan mulut kepoh macam montot babun !!!!!

Yes uollsss..Jiran -jiran aku suka menjaga tepi kain aku.. Ape bende entah yang nak ditelek nye dalam kain aku ni...KO NAK KIRA BULU AKU KE ????

Aku nak keluar rumah pun, diorang nak pandang-pandang ke??? APA KE HAL ??? Lepas tu sok sek sok sek...Ngumpat aku la tu... Ingat aku tak tahu ??? Lepas tu gelak-gelak macam setan...

ERRGHHH!!! Tension nya aku kalau ada jiran macam ni..Kawasan kejiranan aku ni, kalau uollss nak cari watak kak Jenab ke atau watak kak Senah, depan rumah aku je tu ha dah boleh nampak batang hidung diorang..

Sangat kepochi uollss..dan ada je la modal cuba nak mencari salah anak dara orang lain..dan BAJET ANAK DARA SENDIRI CUKUP BAGUS...!!! Anak dara ko je yang meletop, yang sopan, yang bijak, yang laku..padahal nan adoooooo...

Oh sungguh mencik klo ada orang tua tak sedar diri macam ni wujud...

Tu dok intai-intai aku tu, nak tengok aku pakai macam mana la tu agaknya.. Klo pakai seksi sikit, habis dicanang sekampung...

Dulu pernah sekali aku keluar dengan member lelaki dekat taman..ala kawan-kawan..pastu adelah jiran-jiran nampak kan...Sekali koo beberapa hari lepas tu, aku dengar diorang kutuk-kutuk aku menggatal dengan jantan.. MACAM SHIAL TAK ???? Ini terlebih sial namanya... Aku bukan pegang-pegang pun, lagipun aku cari port ramai orang, bukan dekat temapt sunyi kan..lain la kalau aku berpangku-pangku sakan.. BODOH PUNYA ORANG TUA..!!!!

Sebab tu kan aku malas bercampur dengan diorang-diorang ni..jenis tikam belakang..Depan cakap lain, belakang cakap lain... Mak aku selalu tegur la perangai aku yang tak mesra jiran ni.. Suruh la aku senyum-senyum dengan diorang..tegur sape..jangan buat muka ketat memanjang... Dan korang tau ape aku jawab ?????


KOSSERRRR....SENYUM KAT BABUN LAGI BAGUS...





Monday, October 25, 2010

Kuda Kepang

at Monday, October 25, 2010
Reactions: 
0 comments
Tet Tet.. Tet tet.. *sms masuk

Mr I mesej aku
'Ada kuda kepang kat kampung ni, nak tengok ?'

KUDA KEPANG ??????

Laju-laju aku balas mesej dia

'Mestilah nak..!!! Tunggu fa tempat biasa ek, fa takot masuk sorang-sorang'

'ok, dah sampai bagitahu tahu'

Aku apa lagi kan, macam tak cukup tanah aku berlari ke bilik nak cari baju lawo-lawo..

Ceaaa..motip cari baju lawa ????

Meloncat-loncat kooo nak tengok kuda kepang.. Eh dah lama tau tak tengok.. Rupe kuda kepang pun aku dah tak tahu macam mana..

Bila dah sampai ke pintu masuk kampung Mr I, aku msg dia suruh datang ..Sepantas kilat dia sampai...

Aku follow motor dia dari belakang.. yela aku mana tau kat mana diorang nak buat kuda kepang tu, dah la kampung dia tu scary..hutan kiri kanan..nak nak dulu kan aku pernah dengar cerita orang kampung nampak pocong kat jambatan kampung dia...

Huishh..lagi la meremang bulu roma aku..tak pasal-pasal pocong tu tukar mood nak mintak tumpang motor ke, malas nak loncat-loncat punya pasal, mahu tertonggeng aku sorang-sorang dengan 'gula-gula besar' itu..

Bila dah nak sampai tu, aku tengok ade kawasan yang terang benderang..Lepas tu orang ramai gila berkumpul..

Dan seharusnya perempuan berapa kerat je, yang ramai nya mat rempit..!!! APAKAH ????

Aku dah mula pikir yang Mr I nak kendurikan aku malam tu.. Cissss..Bengap betol bile aku boleh pikir bukan-bukan... Tak kecut montot ko bila turun motor je, all the mat rempits tenung macam ko tengah bogel...??? *Nasib baik aku pakai baju cantik..montot kasi up..hehehe

Mr I pulak menonong jalan ke depan, ditinggal nya aku kat belakang..tak gentleman langsung jantan ni.. Kalau aku kena tarik ke, ape ke, bukan dia sedar..

Masa aku sampai tu kuda kepang dan start pun..





Well, mula-mula aku ingat kuda kepang yang zaman moden punye.. Yela, jenis yang ringan-ringan..Aku dapat bayangkan ade perempuan-perempuan cantik + gedik pegang kuda kepang sambil menari-nari dalam bulatan..

Ternyata imagination aku tu tak boleh pakai sebab kali ni diorang kasi main kuda kepang yang edisi berat punya.. Maksudnya budak-budak ni main sampai mabuk..

Bukan mabuk yang macam minum arak tu tau uollss, maksudnya sampai di rasuk-rasuk..sampai meroyan-royan..macam ada satu 'semangat' masuk dalam badan..

Aku memang sangat teruja la sebab pertama kali tengok edisi yang mabuk-mabuk, jadi leka tengok diorang terpusing-pusing dalam bulatan.. Mr I tengok aku syok semacam je, dia tanya la..

'Tak takot ke ?'

'Nak takot ape nye..best je fa tengok diorang main'

Ye..aku sangat berlagak cakap tak takot sebab yang aku tengok tu baru permulaan cerita beb.. Masa mula-mula, diorang balun muzik yang slow je.. tetiba makin laju,

Dan laju

Makin laju...

Once muzik tu jadi laju, maka budak-budak yang kat tengah-tengah tu akan menari secara tak hingat dalam bulatan..memang rancak la.. Tu tandanya diorang sedang dirasuk tahap maksima..

Mula-mula keadaan memang terkawal uollss, tapi ade orang buat khianat..

Ade budak dari kampung mana entah baling mercun bola bila muzik tengah rancak....Jadi bila ade bunyi kuat, 'semangat' tu jadi macam marah dan mencari sapa yang baling mercun tu

Tapi nak tenangkan 'semangat-semangat' tu senang yo.. Sebab ada seorang ketua kuda kepang yang tak ikut mabuk menjaga disekeliling bulatan..

Ketua kuda kepang ni pegang cemeti yang panjang..Jadi bila budak-budak yang dirasuk ni dah menganggu orang ramai, ketua kuda kepang ni cuma perlu libas cemeti ke tanah

Sampai libas-libas koo..mana aku tak terketar-ketar belakang Mr I..Dia pulak sesoka hati ketawa kan ketakutan aku

Ada beberapa aksi yang aku tak faham masa diorang menari kuda kepang tu seperti minum air kelapa dan budak-budak ni ada makan sesuatu dari tangan ketua kuda kepang.. Aku tak sempat pulak nak tanya Mr I, sebab kat sebelah aku ade je tetiba orang yang kene rasuk menjerit-jerit...

Terkepit-kepit kaki aku tahan kencing.. Takot la tetibe 'semangat' tu tengah kepala masuk air nak serang anak dara montel ke.. Tak ke haru..


Kemuncak tarian kuda kepang bila budak-budak yang dah mabuk tetibe akan hilang kawalan, means semangat yang ada dalam badan tu nak keluar.. Jadi Tok Guru diorang ni akan baca-baca kat muka diorang..

Uollss penah tengok aksi dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2 tu kan... Babak dimana seorang bomoh tu nak cuba pulihkan semangat Ida Nerina dan Rusdi Ramli dari rasukan topeng Kuda Kepang..Bomoh tu akan lagakan dahi dia dan dahi orang yang kena rasuk tu sambil baca-baca ayat..Ha...macam tu la adegan yang aku tengok malam tu..

Mr I kata, ada 'semangat' yang senang nak keluar, ada yang susah..Jadi nak pulihkan seseorang yang dirasuk tu amik masa 15 minit.. Kadang-kadang ada yang dah ok, tapi bila muzik kuda kepang jadi rancak, tetibe boleh jadi meroyan balik.. Selalu jadi dekat budak yang berdiri sebelah aku tu..

Sekali dia menjerit, memang aku rasa nak lempang la... Buat terkejut mak je noksss..

Lagi satu, aku nak selegi je muka tok guru yang pegang cemeti tu..setiap kali dia libas cemeti kat tanah..memang bikin copot jantung aje...

Lama jugakla aku diri tercongok kat situ..dah naik syiok, memang tak rasa penat nak duduk, sampai kene sound dengan member-member Mr I..

'Oi Mat, kesian kat awek ko tu berdiri je..Tak penat ke..Bagilah lepak atas motor ke'

'Haah la Mat, tahan pulak awek ko tak duduk ek, mesti dah biasa 'training' ni...'

Pastu ramai-ramai bantai gelak

CISSS..!!!! DASAR MULUT SPECIES BERUANG BOTAK...dahla badan macam beruang takde bulu...tak kuasa mak nak layan..

p/s: Kalau uollss tak paham apa maksud 'training' tu, senyap-senyap sudah..jangan ngengada nak tanya aku..aku panggg karang..





Sunday, October 24, 2010

Surat Cinta Buat Bekas Kekasihku Yang...

at Sunday, October 24, 2010
Reactions: 
0 comments
Yang macam Tutttttttt....!!!!

Serius.. Ko memang macam tuttttt pun. Iye..nota ini khas untuk bekas kekasih aku yang bernama errrrr...

Apa ek nama ko ????? Lupa sudah...

Assalamualaikum...


Maaf jika kedatangan surat dari bekas kekasih ko yang cun melampau ini secara mengejut.. Aku bukanla rindu kat kau mahupun nak merayu-rayu macam peminta sedekah nak kita bersama semula.. Jauh sekali nak mintak ko masuk minang aku walaupun aku sedang desperate nak berlaki..tidak sama sekali...


Aku tahu, selepas 3 minggu kau dan aku bercerai badan, ko dah mula mencari badan yang lain.. Dan ko sangatla beruntung kerana tetiba perempuan tu boleh terima ko, kenapa ek dia boleh pilih ko, yela macam jantan lain dah terkubur gamaknya... Walaupun aku masih solo, single and available, aku tak mampu lagi nak cari pengganti... Serius ko ingat senang ke ??? Senang macam pilih baju dekat bundle ke ??? Walaupun kita dah tak ada ape-ape lagi dengan ko, jangan ingat aku tak pernah amik tahu pasal ko..Jangan ingat aku tak pernah bukak akaun Fb ko secara senyap-senyap..


Ye !! Aku ceroboh akaun ko..Boleh kata tiap hari la aku tengok.. Aku bukan gila kan ko ke, atau officially nak jadi stalker ko..Tidak sama sekali... Aku cuma nak tengok permainan ko aje.. Sebab masa ko dengan aku dulu, aku tak boleh nak agak corak permainan ko ni macam mana... Ko tengah merendek dengan betina mana pun aku tak tau kan... Ko sms ber syg syg pun aku tak tahu..Itupun aku tahu bila aku jumpa msg ko untuk betina mana entah..Jadi memang kantoi la kan...Rupanya perangai ko tetap tak berubah kan..


Dengan awek ko yang sekrg pun ko buat main..Segalanya aku dah baca.. Mungkin niat ko tu hanya nak berkenalan..Tapi, cara ko tu memang macam taik !!..Boleh ?? Gaya ko nak kenal tu ala-ala mat rempit desperate tau tak ?? Macam mana la ek aku leh sayang ko dulu..Sangat la bodoh aku rasa ko ni.. Aku tau dari dulu ko memang bengap..tap tak sangka pulak kan lepas putus dengan aku, ko berganda-ganda bengap..


Aku kesian la kat awek ko tu, kene permain kan dengan jantan macm ko.. Aku pun tak tahu mana lebihnya ko ni..dari dulu kemetot je aku tengok..Tak tinggi-tinggi pun.. Kalau aku ni jahat kan, dah lama dah aku rosakkan hubungan ko dengan awek ko..nak je aku bagitahu ko ni macam mana orangnya.. Skandal bersepah-sepah..pastu pilih pempuan yang entah apa-apa.. Aku tengok awek ko memang kategori baik la, bukan jenis yang bohsia-bohsia ke ape..Tapi apa ke malang nasib dia dapat kenal dengan ko...?? Aku tahu ko memang terror bab melayan perempuan..er maksud aku menjaga hati Gf ko, tapi dalam masa yang sama, kat belakang ko buat taik...!!!! Mesti awek ko takde akaun FB ko, jadi dia pun bodoh, tak tahu ape yang ko dah buat kat dia..situasi dia sama macam aku dulu la..DIPERBODOHKAN..macam lembu..SHITTTT!!!






Makian ikhlas dari,
Bekas kekasihmu


Saturday, October 23, 2010

Pemurahnya Bapak Aku...

at Saturday, October 23, 2010
Reactions: 
0 comments
Masa aku nak bersiap balik rumah kat Parit Raja, mak aku takde kat rumah..

Yang ade cuma bapak aku je sebab dia tengah cuti... Masa nak keluar tu kena la cakap dulu kan kat bapak aku..


'Abah..akak balik Parit Raja dulu tau..'

'Ha...Yelah..bawa motor elok-elok..amik ni...'

Bapak aku hulur duit...

Aku pun bila orang dah hulur, amik je la..ye dok?

Sekali tengok duit tu...

WALAWEIIIIIIII......

50 Hinggit koooooo...!!!

Mari loncat-loncat macam kera...


Seeee.... Pemurah kan...MUAHAHAHAHAHA...

Ko ingat senang nak dapat 50 hinggit ni ??

Makcik Hang Tuah pun tak sepemurah ni tau...

Kalau dapat 10 hinggit tu, kena syukur la banyak-banyak...

Kalau kurang duit, pandai-pandai la ko nak hidup kan..

Tetiba wangi pulak duit ni... Hahahaha..

Cuba kalau hulur 10 hinggit, oh sebelah mata pun aku tak pandang...*Ceaaaaa...



Bila dapat 50 hinggit, mula la aku tayang-tayang pada si gendut kan.. Saje nak buat dia jeles..

Dia kan budak gemok kesayangan bapak aku... Aku kasi jeles sikit terus sentap..

Kasi ayat yang menyucuk-cucuk la sikit kan...

Abah tak sayang Atin, Abah tak bagi Atin duit banyak.. Tengok Akak Iya punya duit, abah yang bagi tau..Atin takdeeeeee...

Pastu nak kasi sorok muka sedih, dia reka la ayat nak cover muka nangis dia tu..pastu buat ayat nak bagi aku jeles balik..padahal dalam hati makan dalam woooooo

Hahahahaha..... Ye, aku berhasil menjadi kakak tiri yang jahat.. YES!!!

Dan si gendut pun cuba untuk menjadi adik tiri yang kejam... Cuba menjeleskan aku dengan makanan yang sodap-sodap.. Dia sudah pandai melaser ok..

'Sape suruh kak Iya bangun lambat..Sarapan Atin dah habiskan semua..UWEKKKK !!!! '

Cis !! itulah modal dia tiap pagi bila aku bangun tidor..

Bapak aku memang pemurah tau..lagi-lagi bab makanan.. Jadi uollss boleh pikir kan sebab musabab aku dan si gendut tu MEMBESAR BAGAI JOHAN ?????

Nak buat macam mana uolss.. Bapak aku kalau bawak balik makanan, mesti yang sodap-sodap...



Eh Cik Buyung !!! Kalau tak sodap pun, memang kau sebat sampai licin macam takde makhluk mamalia lain yang hidup dalam rumah koo kan ???


Alamak...Pecah lobang..


Thursday, October 21, 2010

Jalan-Jalan Cari Pasangan

at Thursday, October 21, 2010
Reactions: 
0 comments
Orang takde laki, haruslah jalan berseorangan...

* nangis-nangis sambil mengenang nasib

Ada kekasih pun, macam takleh pakai je..

*meraung dengan lebih kuat..UWAAAAAAAA

Uollss layan gambar je la erk, nanti aku kasi caption..


Sebelum pergi, harus kasi tengok muka ada cukup cun atau idak...
FULAMMMAKKK !!!!
Makcik Bolat sudah bersiap sedia untuk beraksi


Kemana tujuan kita ????
Haruslah ke taman..sebab chance mendapatkan lelaki tegap dan 'aktif' sangat tinggi...
CEWAHHH..hahahaha
Kalau hala tuju kita ke shopping complex, chance mendapat pasangan yang tak berguna adalah 99% jugak ye...
Eh tapi kalau pergi ke taman, chance mendapat pasangan dikalangan suami orang pun 99% jugak..
Adehhh pening-pening...


Kiss untuk uollss sebelum kita chalooo ke taman..Aku rempit aje..
Tau-tau aje la, bandar Batu Pahat ni dah pandai nak jem-jem koooo..
Tak padan dengan kocik..ade hati tu nak jem-jem..

Sudah sampaiiiiii....
Nama tempat ni adalah Tasik Y..
Why namanya Tasik Y ???
Sebab kat sini ada tasik betul-betul huruf 'Y'..
Tasik buatan je...Dah bertahun tempat ni di bina..
Sejak aku kecik lagi..
Dan kecik-kecik dulu, sini la tempat aku cari jodoh..
HAHAHAHAHA


Biasala kalau hari ahad, ramai beno orang..
Nak jogging pun wajib langgar-langgar montot dulu sebelum boleh start berlari..
Budak-budak la yang paling ramai kan..
Bila la aku boleh tengok anak aku lari-lari kat sini.. Asyik tengok anak orang lain je.. *tetibe


Suasana di Tasik Y...
Dekat sini waktu siang memang meriah..
Waktu malam pun 'meriah' jugak tau..hihihi..
Paham-paham je la ye..
Waktu siang, banyak dengar suara budak-budak, waktu malam amik turn dengar suara orang mengerang pulak..
Ah! malas la cerite lelebih kat korang..nanti korang kata aku meroyan nak kawin
Banyak kali kena ambush woo tempat ni


Gambar syok sendiri wajib ado....
Bila aku tersengih-sengih sorang-sorang, ada je yang kata aku giloooo...
WOI !!! AKU TENGAH AMIK GAMBAR LA
Memang nak kena watashi watakungfu ni...
HAYARK !!!!! dush dush...


Jalan sikit, aku dah penat..
Sejak-sejak aku dah berhenti jogging ni, naik melampau pulak kaki ni..
Jalan jauh sikit aje, ngengada nak cari kerusi..
Tapi bila tengok konsert 3 jam nonstop tanpa duduk, larat pulak tu..
Kemain lagi koo ye kaki..


Misi belum tercapai lagi ni...
Tu yang muka ketat semacam..
hihihi
Jom cari sampai muntahhhh..


Eh eh buaian laaaa...
Nak naik, Nak naik, Nak naik....!!!
Kalau takde budak-budak ni, dah lama aku terjah..
Main sampai putus...hahaha.. lepas tu buat muka tak bersalah


Ada dinasour jugak..
Tapi yang ni idok le boleh dibuat main..
Amik gambar gedik-gedik boleh la...
Tu pun badan ko akan nampak kecik giler..
Patung ni tinggi kemain..Tak muat sampai frame camera aku..


Haaaa..yang ini boleh amik gambar dengan muka dinasour..
Sebab dinasour ni kemetot aka bonzai aka serama..

Ni la dia dinasour kemetot tu...
Dinasour yang ada ni memang dah lama dibuat..
Sejak aku kecil lagi..
Yang jenis kemetot ni dulu aku selalu panjat kat atas badan dia..
Dulu tu maksudnya bila berat seperti gula-gula kapas...*ringan dan sedap hihihi
Sekarang ni, xdelah pulak terpikir nak panjat...
Karang retak pulak makhluk ni....


Jalan-jalan seround dua, bila dah bosan, terus balik..


Misi : GAGAL...

Kena cuba lain kali...


Wednesday, October 20, 2010

Jemput Minum Kopi Janda Bang~

at Wednesday, October 20, 2010
Reactions: 
0 comments

Jom nyanyi dulu sambil goyang montot

Kopi Janda..
Kopi Janda.. Tiap hari tiap masa ~
Kopi janda yang mempersona..rasa hebat dan bergelora
Jemput minum kopi janda bang~

Cayalah aku boleh ingat lirik dia..

Mana taknya, hari-hari perempuan perasan suara sedap tu duk nyanyi lagu kopi janda dalam tv kan..

Lepas tengok iklan kopi janda beberapa hari lepas..si gendut cakap kat aku..

'Kak Iya nak tau, abah beli banyak tau kopi janda tu..ada kat dapur..'

Aku pun pelik la.. Tak kan la bapak aku pun layan kopi janda kottttt...

'Tipu la Atin ni...'

Yela si gendut tu bukan boleh percaya benor kan kata-kata dia tu....

Mulut dia sama macam mulut kakak tiri dia yang cantik ni...kuat mengepoh, kuat temberang..hahahaha

Lepas dia cakap tu, tetiba aku sakit perut nak berak..Laju-laju aku pergi tandas..

Dalam otw nak ke tandas tu, sekali aku macam ternampak sesuatu..

Eh eh..Bukan ke benda alah ni ialah...




KOPI JANDA ????!!!!

1 papan lagi koooo..


Mesti bapak aku yang punya ni..takde orang lain dah yang suka bende alah ni..

Tak sangka bapak aku salah sorang yang terpengaruh dengan iklan kopi janda tu..

Aku dah boleh agak macam mana ayat makcik Hang Tuah bila bapak aku beli kopi janda..

Mesti bunyinya macam ni..

'Amboi bang ~ Sejak bila suka minum kopi janda ni..??? Ingat...!! Kopi je tau..bukan yang janda..'

Hehehehe... Biasalah mak aku tu..sensitipppp benor bab-bab janda ni..

Aku harap bebenor la kalau pergi sarapan kat luar ke, bapak aku tak keluarkan ayat macam ni...

BAGI KOPI JANDA SATU...

Haruslah orang meja sebelah menyebelah memandang kan...dengan pandangan yang...

BOLEH TAHAN PAKCIK NI..

Oh!!!..Den tak sanggupppp

Tuesday, October 19, 2010

Sebelum & Selepas

at Tuesday, October 19, 2010
Reactions: 
0 comments

SEBELUM




SELEPAS !!


PHEEEWIIITTTTTTT...Bini sapa la ni...

Hahahahahaha.....

Bila dah lama tak pegang alat make up, gigil-gigil tangan aku ni..

Bila sekali dah tepek sana, tepek sini..amik kooooo..

Hasilnya mampu menggugat keterunaan uols uols sekalian..aummmmmm..hahahaha


Selalu orang tanya, '
Berapa lama ek, ko amik masa nak make up ni ??'

'Tak lama...setengah jam aje..'

Itu pun diorang kata bapak lama...Ni kira paling cepat tau..dulu mase berjinak-jinak, 45 minit ... Kalau bab dressing, selekeh-selekeh pun aku jalan..

Tapi kalau keluar jalan-jalan dengan muka macam mintak sepak, oh!! tak boleh diterima langsung..

Baju tak cantik takpe, asalkan muka kebabommmm...itu prinsip gue..hehehehe

Setuju tak, setuju tak ???

Nak-nak kalau aku ade date dengan Abg DBB, die tu MEGA CEREWET ooo..tak mahu keluar dengan perempuan selekeh-selekeh..

Nak date, dengan yang cantik-cantik aje.. Dengan yang cekci-cekci aje...

Lagi dedah, lagi dia suka..hahahahah.. *mampus aku

Eh, tapi betul tau... Kalau pakai seksi sikit kan, mula la dia hilang konsentrasi.. Itu tak kena, ini tak kena.. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.. Bawak kereta pun laju semacam je... Kih kih kih

Siap Berpeluh-peluh koooo padahal aircond bapak gila kuat.. hahahaha suka aku !!!


Kalau dia ada bawak member yang cantik sikit dari aku pergi keluar...Yang cantik dia siap offer duduk depan sebelah driver, yang tak cun macam aku, dia nyah kan aja suruh duduk belakang..

'Syg, kita kan skandal gelik-gelik..sampai hati syg buat i macam tu..tak baik ohhh..'

Hihihihi

Ada satu hari tu, pergi makan ikan bakar dengan dia, masuk aje kereta, baik punya aku kena sound...

'Apasal selekeh ni ?? Apasal tak make up ?? '

Uishhh ko punya ayat.. tak agak-agak kan ??? Suka hati aku la.. Aku bukan awek ko... ceaaaa


Monday, October 18, 2010

Kronologi Berat Cik Buyung

at Monday, October 18, 2010
Reactions: 
2 comments

8 bulan yang lepas (February 2010)
Berat - 89 Kg


7 bulan yang lepas (Mac 2010)
Berat - 82 Kg


6 bulan yang lepas (April 2010)
Berat - 81 Kg

5 bulan yang lepas (May 2010)
Berat - 78 Kg


4 bulan yang lepas (June 2010)
Berat - 74 Kg

1 bulan yang lepas (September 2010)
Berat - 73 Kg

Minggu lepas..(October, 2010)
Berat - 68 Kg

Pandai oh aku..Gambar yang tengah gemuk, aku kasi jaja paling cilakak sekali..

Bila gambar yang paling kurus, perghhhhhh cun nak mampos..

Hahahahah !!!

Penat koo nak selak balik gambo-gambo lama...

After this kan, aku nak cuba produk Jus Mate 5, mana tau berat aku berganda-ganda boleh turun lagi dengan lebih cepat..

Tu pun aku dah cucuk-cucuk makcik Hang Tuah suruh belikan..Mak aku kedekut wooo..

Dia kata dari belikan aku mende alah tu, baik kasi aku makan.. APA KES ?????


Sunday, October 17, 2010

Untuk Kali Kedua

at Sunday, October 17, 2010
Reactions: 
0 comments

Kali kedua aku mohon KPLI

Sebenarnya aku malas nak pergi beli no pin, pastu nak isi borang bagai..

Yang permohonan dulu haruslah gagal..Yang permohonan first, memang rasa excited, tap untuk kali kedua, lantak ko lah....

Leceh-Leceh..Ini atas paksaan makcik Hang Tuah la ni..

Karang aku tak buat kang, di kata anak durhaka pulak..

Aku bukan minat sangat pun..lebih suka donia yang mencabar di atas katil..

Eh silap.. DI ATAS KAPAL.. Hahahaha..Cuak muka ko..

Jika bersama donia laut...Baru terserlah kerajinan aku..

Ko tanya lah mana kubur pun, sesuai ke aku jadi cikgu ???

Aku bukan jenis penyabar dengan budak-budak, nampak je yang nakal, yang mengada-mengada..zasssssss!!!! kene penyepak aku...X kira la kalau bapak budak tu duda hensem tahap melampau..

Tatap aku naik tangan...

Eh, tapi kalau bapak ko engineer dan hari-hari anta ke sekolah naik Caldina, bagitau awal-awal kat cikgu tau... *ceaaa..sempat lagi tuh..

Semalam mak aku tanya, 'Ko pilih subjek apa ??'

'Amik English sekolah rendah'

Dengar je English, haruslah aku jadi bahan ketawa si gendut...

'English konon'

'Hoi, ko ingat kakak tiri ko yang lawa ni xde bakat ke ??? Feveret student lagi masa sekolah rendah !!'

Suka benau sakitkan hati aku, nak je aku kepak-kepak pipi tembikai dia tu..

Saturday, October 16, 2010

Licin ke Muka Ko??

at Saturday, October 16, 2010
Reactions: 
6 comments

Harusla tidak..

Nak nak, muka orang pempuan kan..kalau yang lelaki aku malas lah nak tanya.. memanjang muka macam jalan bertahun x tak diturap..

Yang tu payah la nak kautim kan..turap la 100 kali pun, tatap banyak lobang.. hahahaha.. *ok, tau sangat keji mulut aku

Aku sebenarnya baru je google cara macam mana nak hilangkan parut jerawat..

Ye parut jerawat yang hitam-hitam tu..kesan daripada jerawat bulat yang ko picit guna tangan tu..



Aku ni memang kadang-kadang akan leka, tengah syok-syok tengok tv, mesti tanagn merayap cari jerawat...Bile dah jumpa 1 jerawat yang tembam, memang hari-hari la aku kasi gentel, pastu picit-picit..

Bila kemontelan jerawat tu dah hilang, mula la aku meroyan sebab tibe-tibe ada kesan parut..

Dulu, muka aku sikit punya suci..jadi ade muka berlagak la bila muka aku licin, muka ko lekuk-lekuk...


RJ la yang selalu jadi mangsa kutukan aku...setiap kali muka die naik jerawat, aku fuh fuh kan jerawat dia kasi keluar lagi meriah..hahahaha..

Dan sekarang memang aku kena ketulahan dengan jerawat RJ..

Tapi, aku dah cari jalan penyelesaian nya..Yeay !!!



Ini dia !!!..Aku guna mouisturizer vitamin E untuk hilangkan parut jerawat..
Tapi kena rajin la gosok-gosok kat muka tu..Lepas cuci muka dengan pencuci muka, sapukan aje..Jangan tebal-tebal..nipis je..tenyeh kasi lama, biar cream ni meresap masuk kulit..Yang penting tak melekit uollss..Ko pakai 2 3 minit, pipi ko akan jadi kering, dan segar aje..



Harga sangat la berpatutan..Aku dah tanya kat farmasi tu, brand mana paling bagus, so dia kata brand yang ini..RM 15.90..Botol xdelah besar sangat..Tap memang tahan berbulan-bulan walaupun ko sapu 80 kali dekat muka..
Eh sejak aku pakai bende alah ni, memang susah jerawat nak keluar tau..ni aku tengah tumpah darah pun, sebijik jerawat pun x berani tonjolkan diri..
Kemanakah mereka???
Ceaaa..macam misteri pulak kisah kehilangan jerawat aku ni
Hahahaha


Yang ini pulak, dipromotekan oleh cik Mira..Dah dia pun di kira Jin Jerawat jugak la..tu yang dia tahu tu..Dia memang, jerawat tumbuh dimana-mana..Kadang-kadang ngadu dalam telinga ade jerawat..APAKAH???
Yang ni pulak, boleh diguna time-time emergency tau..

Misalnya esok lusa ko nak kawin ke, tetiba cik jerawat sibuk nak enterprem, boleh sapu sikit..Pakai waktu malam after cuci muka, esoknye kalau beruntung, memang akan kempis jerawat tembam tu..
KALAU BERUNTUNG YE !!

Kecik je bende alah ni..Tap boleh tahan berbulan jugak..
Ni adalah produk Clinelle, jadi cari yang ade tulis 'Blemish Clear' dekat kotaknya untuk kempiskan jerawat..
Mahal wooo bende alah kecik ni..26 hinggit..kecut-kecut montot aku nak bayor..


Friday, October 15, 2010

Tak Habis-Habis

at Friday, October 15, 2010
Reactions: 
0 comments

Kenapa semua channel tv pasal 'BAJET 2011' ni ???!!!

Uii..darah tinggi lama-lama kalau hadap bende ni sehari suntuk...
Dari pukul 3 koo x habis-habis dengan budget...

Baaaaaajjeeetttt memanjang..setiap 2 3 saat, budget, 2 3 saat kemudian, budget lagikkkkk...



Makcik ni pun gigih bercerita pasal budget..


Tak ketinggalan ini Leng Chai..Budget jugakkkk...

Uncle Sing ni pun sama..Adeh!!!!

Eh eh..semua kaum cakap pasal bajet..betul-betul 1 Malaysia ni..


Bila dah budget sepanjang hari, mula la terasa nak hentak-hentak kepala kat dinding..sambil tarik-tarik rambut

Cukup-cukupla, aku dah meroyan membosan nak tengok cerite lain plak...


Dan rambut aku mula gugur bila sedang stress melampau...

Bila stress datang, mula la aku nak melantak macam pirana !!!




Ni semue salah ko tv, kalau ko bagi cerita best-best, xla aku gemuk berkampit-kampit macam sekarang ni !!

Ceaaa....dan dan salahkan tv bila lemak dah berlipat-lipat..

Ahhh!! pedulik! Nak salahkan jugak..

p/s: Alamak!! pecah lobang makan ayam hangus..eh itu beli kedai tau...hehehe,,tang hangus je harus salahkan kedai..padahal masak atas api besor..redah je la..asal kenyang..


Makcik-Makcik Menyerang

at Friday, October 15, 2010
Reactions: 
0 comments



Baru aku tau uolls, golongan makcik-makcik ni, waktu bagi mereka untuk menunjukkan taring keganasan adalah pada waktu nak makan kenduri..

Pertama kali aku tengok serangan padu dari kaum-kaum aunty ni, terus kagum..SYABAS MAKCIK OI

Malam tadi aku ada kenduri cukur jambul uolls dekat rumah kakak aku kat Kluang..

Majlis start lepas Isyak, jadi sampai-sampai je, laju-laju masuk dalam, salam-salam..terus menopang dagu

Sumpah bosan..nak makan, tapi tak kan aku nak pergi serang sorang-sorang bukak lauk..

Dari jauh memang dah boleh bau aroma nasi minyak Johor..walaweeeeii, tak makan lagi dah rasa terangkat kain ni..

Since aku ni mamalia yang tengah tumpah darah,aku duduk luar

Cari port baikkkk punya..ushar punya ushar, hoh !!!!

Mana ada port yang terbaik selain sebelah nasi minyak...!!

Ye tak, ye tak, ye tak ???..

Bodohla aku kalau duduk dekat tempat tong air cuci tangan




Bila majlis mula, aku yang bosan pun, mula la snap muka sana, snap muka sini..kata nak jaja muka kan...

Dah pukul 9.00, tap bab makan tak mula-mula lagi..hajat dihati nak makan aje, yang lain tolak tepi..

Kat dalam masih lagi baca-baca yasin, zikir-zikir...

Sedar-sedar, orang kat dalam dah angkat tangan berdoa..YAHOOOOO!!!!!..maknanya makan time hampir tiba

Pastu bila dah time nak makan, x sempat lagi ni pak imam habiskan doa, makcik-makcik ni dengan tangan masih menadah doa, menonong terus ke lauk..

Diibaratkan sebelum pak imam kata SERANGGGGG, yang makcik-makcik ni tengah cedok lauk terakhir...

Aku perhatikan je..Uishhh dasyat ko makcik....

Dengan handbag nye, bunga telur nye, dan segala mak nenek barang kat tangan, marathon dengan member masing-masing nak cedok nasi..

Aku pulak, bila dah tengok gaya makcik-makcik ni macam pirana...huihh tak boleh jadi ni...

Dengan aku aku berebut sama..tak kira la ko makcik ke, nenek ke, sapa cepat dia dapat..!!

Dahla pijak kaki aku,,uiiii..ni memang serangan mental ni...Kalau boleh, aku yang gedabak ni nak ditolak keluar padang...

Yang mak aku pulak lagi hebat uolls, mase mula-mula aku angkat montot nak amik makan, dia ade lagi kat dalam rumah tengah berdoa..

Tap.....

Bila aku pegang je senduk nasi tu, tinggg!!!! mak aku dah ada sebelah...

Hoih!!! mak aku pun pirana jugak rupanya...Gile kentang laju sampai kat sebelah aku..

Si gendut jangan ceritala...aku baru nak amik lauk terakhir, dia dah duduk dah...Siap copkan tempat duduk untuk kami berdua lagi...

Oh!! kami memang keluarga pirana...!!

Waktu jamuan tu, lauk dibahagi dua, untuk orang pempuan dengan orang lelaki..

Dan ternyata orang perempuan lagi gagah bab makan ni..dah nama pirana, sisa tulang pun ko tak kan jumpa..hahahahaha

Dah nak habis makan tu, ada ni yang pergi dapur amik plastik..Yang x cukup plastik pulak, handbag pun jadikla...

Dengan pisang, kek pandan, buah langsat, semua kasi adun dalam satu tempat..

Amboi ko makcik, yang dalam perut pun tak sempat buang, ada hati tu nak tapau bawa balik...

Eh eh, keluarga aku tak tapau tau..sebab mak aku tu la, orang lain dah start lipat-lipat meja nak kemas, gigih lagi nak makan laju-laju......*ceh..dan dan salahkan mak kan..padahal montot aku pun terlekat sama..hehehe

Sampai kene halau koooo

Aku siap sound lagi kat mak aku, 'Dah dah stop stop !! balik jom...'

Hahahahaha keji gile...

p/s: ni baru kenduri potong jambul, cuba klo dekat kenduri kawin Sheikh Muzaffar ??? Memang copot jantung ni dibuatnya makcik oi..



Wednesday, October 13, 2010

Chinta Chanduri..

at Wednesday, October 13, 2010
Reactions: 
6 comments

Hari ni aku tengok cerita CHINTA memang gelak saja dengan dialog-dialog diorang..

Padahal tengah scene yang serius, tap dialog dia buat aku gelak terbarai perut

Scene 1:

Dialog antara Fakri, David dan Pembantu David

Fakri baru sahaja keluar dari penjara kerana didapati bersalah merogol Chinta Chanduri 5 tahun lepas. Dia telah datang mencari David di rumahnya..David dan Fakri berkenalan ketika di dalam penjara..

Pem. David: Lu mahu cari sapa ?? baik lu blah sebelum gua hentam sama lu

Fakri: Aku cari David..

David yang berada didalam rumah, mengintai di sebalik tingkap..

David: Hello Fakri, MEMBER SE KANDANG GUA !!!


Member sekandang kooo..Dan dan aku terbarai gelak..Member satu jail pun ada istilah..JAILMATE gitu..huhuhu


Scene 2:

Dialog antara Fakri, David dan GF David

Ketika berbual-bual, David cuba menawarkan pekerjaan pada Fakri

Fakri: Gua ingat gua tak boleh nak join lu la David..Sebab gua ada plan lain..

David: Lu mahu cari itu perempuan tu kan Fakri ??

Fakri: Gua mahu cari Chinta, gua nak kawin sama dia

GF David: Chinta ?? Chinta errrrr..haaa CHINTA KENDURI kan????

David: Haah..CHINTA KENDURI..

Sumpah aku gelak guling-guling sampai terjatuh dari kerusi..


Siapa yang tak tengok memang rugi wooo..Jalan penceritaan memang tak menyakitkan kepala

Tak meleret-leret..

Contohnya kalau ada orang buat jahat pada Chinta (watak utama), sekejap je akan terima balasan

Lepas itu akan ada watak yang lain, buat jahat pada Chinta, tetap akan dapat balasan..

Jadi kapala talak pening nak pikir bila la yang jahat-jahat ni akan dapat balasan..

Aku bagi rate 5/5..walaweiiiii…BEST BEST BEST…

Tetibe aku suka mek Fasha ni..

Dan karakter Adi Putra sebagai Pengawal Peribadi Chinta memang sangat menggugat kesuciaan dara ku ini..hahahaha..

Kau sangat menggoda Ady Putra, lagi-lagi di saat kau layangkan kelembutan rambut jantan mu itu..



Tuesday, October 12, 2010

Kalau Gemuk Tak Boleh Pakai Belt ?

at Tuesday, October 12, 2010
Reactions: 
4 comments

Siapa kata ? Siapa kata ? Siapa kata ?

Meh sini aku kepak-kepak muka koo..Layak okeh...


Ingat yang cikeding-cikeding je ke yang cantik..


Badan tembam macam aku klo pakai belt, bukan aje dikatakan cantik, plus COMEELLL lag


Tak kira la kalau ada yang nak kata macam Blue Hyppo ke, bini shrek ke atau badak berendam..PEDULIKKK


Walaupun ada mata-mata menjengkelkan, atau ekpresi muka orang mintak lempang yang melihat gaya manusia gemuk memakai belt, anggap sahaja mereka itu manusia tak ada adab yang patut dibaling selipar jamban..


Dan jika ada kata-kata sinis seperti 'Gemuk-gemuk pun ada hati pkai tali pinggang, dahla nampak lemak segala bagai '


Maka, dengarla nasihat ku ini,
ko lumur je muka diorang dengan taik nyah

Ramai ok makhluk mamalia perangai macam tu, mengkondem setiap pemakaian orang yang bertubuh gempal..


Untuk entry kali ni, aku saje nak jaja ka uollss belt pertama dalam hidup aku..

Sebelum ini sangatla menjeles tengok orang lain pakai


Masa tengah gemuk dulu-dulu, memang teringin bebeno la hati ni nak pakai..


Tapi nak buek camno, tiap kali nak cangkuk belt tu..aduhaii


Serupa pakaikan tali pinggang pada hyppo..


Sebelum cangkuk tu sampai ke tempat yang sepatutnya, muka ko dah biru-biru dek tahan nafas



See..sangat nice kan ? kan? kan?

Matik la ko cik buyung, meroyan puji diri sendiri


Perempuan gemuk pun boleh pkai belt, dengan syarat harusla turun kan berat badan


Ko tak jeles ke tengok perempuan lain, kalau shopping semua baju boleh muat, boleh masuk, takde rase sengkak-sengkak dekat perut mahupun dekat nasi lemak 50 sen diorang itu ??


Aku pernah merasa semua itu..


Mana taknya, setiap kali ada event dinner, nak cari baju cantik-cantik, semue saiz XS, M dan L..Bile jumpe saiz XL pun, tang nasi lemak kompom sangkut..paling keji pun x boleh kancing butang..


Yang paling hina, belum sempat ko bayar untuk baju tersebut, butang dah tertanggal lebih awal..



Tapi kan, aku tak boleh pakai belt yang getah tu, sebab belt tu sungguh-sungguh akan cerut perut ko..

Jadi sebelum kancing belt tu tercabut dan terlondeh kat tengah-tengah shopping complex, baik aku amik belt yang selamat kan..


Sebab aku nak sangat membeli belt ialah baju aku semue bila tang perut, dah longgar-longgar..
*ecececeeeaa

Jadi bila ditiup dek angin..GEDEBURRRRRRR..memangla rasa sejuk je nyah...tapi, tatap tak cekci..


Harga ??? RM 13.90..murah kan??

Itupun aku dah amik kat kawasan yang paling banyak SALE tau...


Ada satu lagi belt tu harga RM 39.00


uiii mahal nak mampus, gadai bulu hidung pun belum tentu cukup aku nak membayornya



Sangat syioookkkk bila pakai belt..

Kepada mentor diet ku, cik nadira...bila lagi nak kasi update badan terbaru..


Kasi terangkat sikit mata budak-budak ni menengoknya





Monday, October 11, 2010

Gedik Bersama Artis

at Monday, October 11, 2010
Reactions: 
0 comments

Hari Sabtu lepas Hot.fm ada buat karnival TM kat dataran Batu Pahat

Aku tau pun sebab makcik Hang Tuah yang sampaikan


'Kau nak pergi tengok Hot Fm dekat dataran tak? Ramai artis datang'

'Nak !!!!'

'Ha, kalau macam tu, bawak si gendut tu sekali pergi tengok..'

'
Bawa si gendut???? apa barang bawak dia, sikit-sikit mintak makan, sikit-sikit mintak makan'

Alasan kan ko ni Cik Buyung, padahal kalau kau bawa si Gendut tu, kau x boleh menggalak sangat kan..tak boleh nak melentik-lentik badan depan jantan kan....


Shhhhhh..jangan kasi pecah lobang oi...


Disebabkan ade si gendut ni, terpaksa la aku behave, die ni kaki report kooo..

Klo aku gesel-gesel sikit, laju la dia update news ke makcik Hang Tuah


Nanti, akaaaak jugak yang kena

Kita layan gambar je la uollss, kang aku pung pang pung pang banyak sangat, bosan pulak korang...




Harus pose dulu di rumah..Makin lama, makin meletop dressing aku..hahahaha..Time ni memang la meletop kan, cuba klo tengok dressing mak buyung ni ke kedai runcit, mesti ko astagfirallah 80 kali


Dah sampai di Dataran..rempit lagi cepat sampai, parking pun x payah susah-susah..bersepah boleh letak motor


Makcik gendut yang muke dah masam bila aku bangun lewat..Takot benau Fafau dia lari


Sampai-sampai je, tengok ada 1 booth ni penuh dengan orang..Aku yang setinggi KLCC ni senang la nak mengintai..FAFAU rupenya..Disebabkan ramai sesangat keliling, chow ke tempat lain dulu..Amboi kak, ramainye peminat koo..


Sampai kat booth 1 lagi, ambik kooo..Alya tu...sebelum orang ramai, aku tarik die cecepat mintak bergambar..Sempat lagi dia sound aku tuh 'Tingginya kau dik...' Nasib baik aku x sentap..klo dia sound 'Besarnye kau dik', dan dan tu jugak aku sound 'xpelah kak, x jadilah amik gambar, amik dengan orang lain la..' Keji gile aku..hehehehe.. Alamak, tali pinggang mak senget la nyah..SPOILLL
HOI..pandang tali pinggang je..jangan pandang bende lain


Harus gedik-gedik dulu sementara tunggu gendut nak tengok game kat booth Alya tu..Aku suruh masuk game music chair, malu-malu..Aku paaangg karang


Sebijik x? X kan...sebab aku lagi lawa..tettttttt


Gaya feveret ni..kasi nampak kurus sikit..nak buat macam mana kan, masing-masing pipi kuih pau..


phewwiiitttttt...anak sapo la ni..ayu melampau..hehehehe


Masa dekat booth ni memang meriah la sebab ade buat macam-macam game..Time ni, yang si perempuan sedang cube untuk menggayakan rambut si lelaki dengan gel..Ko tau, adik baju kuning tu, punye ganas, di tonyoh-tonyoh kepala mamat tu..mamat tu pulak, rela je la..Gaya macam amoi kat saloon rambut yang sedang gigih garu rambut customer..uishh scary, sebab aku dah penah kena


Abang Jinbara yang rockersssss..yeay yeay !!!! Aku nak je tanya 'Bang, apa rahsia rambut mu yang seperti pakai jari pun boleh ??'


Sofaz..Diorang ni kat booth lain pulak..ramai ko nak amik gambar dengan diorang..Ni diorang pandang camera aku pun, sebab aku gigih panggil-panggil..Kasi je senyuman menawan, terus semua pandang ko...Hebat tak aku..ngeh ngeh ngeh..Sila jeles..

Nak tau macam mana aku dapat 'Back Stage Pass'ni?? tak main la pakai cable-cable..usaha sendiri tau..Nak tau apa aku buat ?? Kalau korang tau, matikla aku..gegar beb booth tu dengan adegan tarian kabaret jawa yang aku bawak..hahahaha

Nak cerita, tapi aku malu..ahhh belasah je la..

Macam ni uolls, diorang ni ada sediakan game untuk setiap peringkat umur, jadi lepas game untuk budak kecik, ada la pulak game untuk budak besao..

Hadiahnya ialah boleh bergambar dan jumpa artis di belakang pentas..

Sape yang xnak kan, aku pun apa lagi, bile DJ tu umumkan
' Saya perlukan 6 orang dewasa sekarang untuk permainan ni..Siapa nak, angkat tangan !! '

Zasssssss.....dengan laju tangan aku naik mencucuk langit..


'Ha, dik, mari sini '

Gembira x terkata la sebab time aku nak main game ni, Jinbara ada depan aku..
Aku main angkat je tangan, sebab dari awal aku x tahu bentuk game yang dia akan bagi.. Sekali....

'ok, untuk mendapatkan 'back stage pass' ni, anda perlu MENARI mengikut muzik, dan bila muzik berhenti, anda kene berhenti menari dan membuat gaya seperti patung '


AMBIKKKKK....menari kooo..aku pandang heels aku...
Matikkkklaaaaa....kalau terpeleot ni, sumpah aku tarik semua sekali jatuh dengan aku

Adalah terpeleot sikit-sikit, tapi xdelah sampai terbongkang ke belakang..

Menari punya menari, aku dapat diantara top 2..walaweeeiiiiii...terror tu..


Masa tengah stop jadi patung tu, hui,,memang nak terbarai perot tahan gelak..tapi muke maintain beb..nak hadiah punya pasal, sangguuuppp...




Memenuhi permintaan si gendut untuk buat conteng kat muka, nasib baik free, kalau tidak, malas aku nak membayar nye..pipi dia kan lebor gedebeh, sangat senang untuk conteng


Sedang bosan menunggu si gendut conteng-conteng muka


Wajib ada gaya ini


uishhh..besarnye lobang hidung ko cik buyung


'Abg, nak bergambar boleh ??'
'Boleh boleh'

Zasssssss semua yang ade kat tepi aku, aku tolak keluar padang..sibuk je kan korang..sape cepat, dia dapat la...Haruslah senyum sampai x hengat dunia berdiri sebelah Black...Hahahaha..Sila Jeles ye mek keding



Aku yang mula mahu mengamuk bila disuruh bergambar tengah-tengah panas


Sudah bersiap sedia untuk ke back stage jumpa artis..gigil weyh..excited jangan cerita la..Dahla mak sorang-sorang xde kawan..Pandaila aku mencari..Dan akhirnye, rakan berdansa aku yang sama-sama masuk game menari tu, menegur, jadikla kami kawan sementara...Aku kan mudah mesra uollss..jadi, senangla dapat kawan..*tetibe


Menunggu di tangga..Abg RELA tu kijam tak nak bagi weoll masuk..menci tau..


Budak belakang aku tula yang sukarela nak jadi kawan aku..hehehe..dan weoll decide nak pegang camera masing-masing..Jadi tak la bila jumpe artis nanti, tangkap gambar guna tangan sendiri...Nampak nau syok sensorang..Macama gmbar kat atas ni la


Bosan menunggu...


Bersama Black lagi..Tapppppp kali ni lagi dramatis ok..hohoho..Ala, bukan sengaja pun..belakang aku terkena dada dia..Dan aku macam biasa, buat muka rilek, tap dalam hati, macam kena letrik...Tiada istilah malu, muka merah dan tebal muka bila tergesel tu..Yang ada hanya 'Nak lagi..' hehehehe..Sekali lagi, Sila jeles ye mek keding..


Aku dan AG..kalau korang nak tau, muka dia ni bapak licin..Nak jumpa bonggol jerawat pun xde..Makcik Kagum!! 'Pakai produk apa abg..Kawan-kawan saya ni, ramai yang mengidam nak muke cantik macam abg tau'
Dengn AG aku x berani gesel..laki orang tu..hehehehe


Aku dan FBI..Dia ni pun sempoi je..tengok la gaya tu..penat-penat pun, tatap melayan aku yang gedik..Mak Soka !!


Kalau diikutkan , aku memang tak sempat nak gambar dengan Fafau, tap kau tau-tau je la mak aku tu, di tariknya Fafau nak ajak bergambar..uiii menakutkan...Sempat lagi si Fafau ni kenakan beg tangan mak aku yang ada tulis 'Playboy'..
'Amboi makcik, playboy nampak..'



Ada gaya model tak???? Cover lemak baikkkk punya..


Nabil..Diantara yang membuat persembahan..Aku rasa ramai yang ingat Nabil Raja Lawak yang datang..Sekali..amikkk ko...muke kecewa tahap gaban...Dengn mak-mak aku sekali beriya ingat Nabil Raja Lawak...


Muke pempuan mengah, berdiri 3 jam non-stop tanpa duduk..pecah rekod kooo...Sanggup..Demi menemankan gendut tersayang


Aku sudah crushh sama ini mamalia...Aku x pandang orang lain dah..vokalis tengah meraung mintak simpati pun,,uishh..pedulik ape..tetap ku tenung guitarris nye yang comel melampau ini..


Masa Alya naik ke pentas..uishhhh..memang havoc gila lah..lagi-lagi pakcik-pakcik yang lupa bini tu..Dari yang mula-mula duduk belakang, terus nak pergi ke depan..kalau boleh nak duduk bawah pentas..Ada yang mula-mula mata macam anak ayam, terus jadi besar macam strawberry bile tgok Alya...Gatal nya ko kan pakcik..padahal bini kat sebelah yo


Jinbara kasi main lagu CINTA PANTAI MERDEKA..huiiiii...lu memang cucuk hati gua la brader...TERBAIKKKKKK...

Abg manisku ini siap tanggal-tanggal baju kooo..tinggal singlet je..yang bahagian tshirt tu, kasi lap peluh sikit, pastu di baling kat orang ramai..ade jugak yang menyambutnye tu..Kalau den, koserrrrr


Azlan & the typewriter

Mamat ni pun aku nak crush jugak..Suci gila muka ko..hahahaha..Alah, aku memang senang crush dengan sesapa pun, kadang-kadang dengan Mr A pun aku crush !! Tettttt.. *ok itu tipu


Bunkface tengah buat persembahan..Disebabkan diorang ni first time buat show kat Batu Pahat, harusla diorang bantai sampai 4 lagu..permintaan dari brother rempit..layan jelaaa..Tap memang happening habis..Aku kalau tengok dalam tv, memang x akan pandang langsung, bile secara live tengok si Sam ni (baju hijau), tetibe 'Handsomenya ko nyah !!!' Ha itu la reaksi aku..Orangnye keding je..Tinggi aku lagi rase


Bila Bunkface buat persembahan, x terkawal keadaan uoolss..Baik yang lelaki, atau yang betina nya..sama je..terlonjat-lonjat, macam nak kasi gugur itu kutu di rambut..Yang pakai tudung pun x terkecuali koo..malu uollss i jadi orang Batu Pahat..kakak-kakak, jangan loncat-loncat tauuu..cuba behave macam i ni haaa..tegak je macam tengah nyanyi lagu 'Negaraku'..Ko tengok betapa ramai nye kaum jantan rempit..x suuukkeeee..


Ok itu aje laporan untuk laporan Hot FM Mini Jam...Penatnya tangan mak ni nyah dok menaip...Sampai kering idea...ok la..ngantok suda..chowww...




 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review