Wednesday, August 29, 2012

Adekah Cincin Tunang..??

at Wednesday, August 29, 2012
 
Aku rasa aku pernah buat entry pasal surprise yang En Debab nak bagi sempena birthday aku..

Alah yang dia berhasia bebenor tu.. 

Yang sampai aku keluar soklan, "Kalau hadiah tu ayang gadai, boleh dapat duit tak??"

 Hik hik hik...

Maka inilah dia surprise ituuuu...

Kehlas kau Cik Nab, orang lain bercinta, nak dapat beg raya pun,mengah-mengah pujuk.. Ko sekali kenyit je, En Debab dah berkata "Ayang nak..??"

Ni bukan aku yang mintak ek *libas rambut..*

Dia terpikir nak belikan lepas tengok cincin yang ibu belikan.. 

Dia kata cantikkk.. Disebabkan masa tu dia tak kerja lagi, jadi survey-survey la dulu.. 

Masuk kedai ni, tengok harge, masuk kedai tu, tanya harge.. Yang tukang jual naik tension.. Yang bakal empunya cincin naik stress.. Saja kasi line panas la tu...


  

Dua hari sebelum raya dah dapat... Yeay..!!

Masa aku bukak kotak cincin tu, secara kebetulan ibu balik rumah. 

Dan sememang telah ku duga, daripada seorang operator telefon, ibu naik pangkat jadi puan inspektor..!

Berpeluh ahkak menjawab soklan... Yelah, anak dara dapat cincin, tentu orang tua tu musykil..

"Gemuk-gemuk pun dapat hadiah cincin.. Buta agaknya..."

Dalam hati kot cakap gitu.. Hahaha

 


Baru tunjuk cincin yang ibu belikan, dah dapat cincin free satu.

Agak-agak kalau tunjuk gelang emas ahkak yang berjuntai-juntai ni, tahun depan boleh dapat gelang rege 2 Ribu tak..??      >__<


mari mencuba...





0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review