Sunday, December 30, 2012

Nom Nom Nom

at Sunday, December 30, 2012 0 comments
Terima kepada roomate ku yang jelitabakmentegakotak. Hahaha

Menu malam ini adalah roti sumbat mentega dan kuah sardin..

Kenyang sudah... boleh tidur sambil senyum

Sebelum ni tidur penuh stress sebab lapor medang

Nak resepi, tanya dia, aku bukan ceff yang bole tau isi dengan bau melalui hidung serombong
berkembar ni

Kurus Kerana Cinta

at Sunday, December 30, 2012 0 comments
Apa yang aku nak cerita dekat sini, mungkin akan mengundang merajuk En Bam Bam selama seminngu..

Hahahaha... Rahsia hati ni wei.

Tau kan dulu aku gemuk.. Yea, gemuk yang teramat.. tapi idokla cecah sampai 100 kg lebih.

Lebih kurang 89 kg.

Aku tak tahu nape boleh gemuk sangat sampai macam tu. Penangan nasi dua kali sehari la kot gamoknya.

Badan aku senang naik walopun aku tak minum air gas, and segala mak nenek makanan ringan.

Cuma nasi je yang aku suka. Itupun kalau nak tengok aku tambah 2 kali, memang jarang.

Sepinggan cukup.

Macam tu pun boleh dapat BMI obese..!! Pfttttttt

Aku start nak kurus, bila kenal dengan one guy ni, dan sebelum aku kenal this guy, aku telah direjek oleh other guy.

Ye, aku direjek hanya kerana aku gemuk.. Macam gampang jugak dapat jantan macam tu.

Kalau aku jumpa dia lagi, memang aku henyak kan aje pakai bontot.

Then, bila dah direjek tu, maka aku kenal dengan this guy..

Disebabkan aku takot buah durian gugur dua kali (hahahaha... perumpamaan entah hapa-hapa), then aku nekad nak kurus..

Nak jadi setanding dia sebelum aku jumpa dia.

Uolls boleh anggap je, dalam cerita ni aku yang syok sendiri. Hahaha..

Takpelah syok sendiri, jadi aku boleh cermin size sendiri dengan size dia.

And, lepas 6 bulan, aku berjaya dapat berat ideal.. 68 kg. tu dah kira hot la pada aku kan..

Tapi malangnya that guy pun lama hilangkan diri. Now, aku dapat tahu, dia dah kawin.

Dia hilangkan diri pun lepas dia dapat tahu aku couple dengan En Bam Bam.  

Tapi thank a lot to him, sebab dia aku dapat En Bam Bam yang sangat baik...!!! (amik hati ni)

  

by Gadis Cantik

Saturday, December 29, 2012

Kenapalah Agaknya Ye

at Saturday, December 29, 2012 0 comments
Jam menunjukkan pukul 4 petang..

Ahh, seharian tak tengok Fb lagi ni, patut la macam ada yang menggaru-garu serba tak kena.

Bukak laptop, tekan punat "ON"

Sambungkan Broadband, then masuk home Facebook..

Hurm, takde gosip menarik, melainkan gambar-gambar kawan-kawan yang feeling artissss gituu..

Scroll lagi sampai bawah, gambar lagi dan lagi dan lagi..

Tiba-tiba nampak satu gambar, member ni dah kawin.

Anak pun dah sorang. So, aku ape lagi, cari bende yang aku boleh buat modal kutuk..! Muahahaha.. Jahat gila..

Tapi, ada satu fenomena yang aku dapat tengok, bila aku tengok member-member yang dah kawin or ada anak sorang ni.

Tapi fenomena ni tak terjadi pada semua orang la yo..

Sebahagian nya shaja.

The first thing aku dapat tengok ialah "MAKIN SELEKEH"

Mungkin word aku tu agak kasar, dalam erti lembutnya, ialah dah kurang bergaya, baju pun bunga-bunga besor stok yang ko dulu pandang masa anak dara pun, siap euuwww euuuw kan

Tak dinafikan, masa anak dara, body masih cantik, pakai apa pun cantik, tapi tak bermakna lepas kawin, baju ko semua stok gedebeh-gedebeh..

Satu lagi aku nak komen pasal tudung. Ingat tak, kalau dulu masa anak dara, kalau pakai tudung yang atas keras tu, terkelepet sikit pun dah gelabah satu macam kan.

Rasa down gila kalau kelepet tu ko iron sampai cair platik nya, tetap tara tu jugak

Pastu kalau nak keluar pergi kedai runcit bawah rumah pun, ber pin bagai.. Bergayut-gayut la pin tu kalau ditiup dek angin.

Bila lepas dapat laki, ermmm.. Ada nak kisah ke letak pin gayut-gayut ni..??

Aku pelik..!! Adakah mereka rasa bila dah kawen, laki tu konfirm takkan cari lain jadi ko boleh sesuka hati pakai baju yang zaman 50 an punye baju.

Kamonnnnnn... Tak bermakna, lepas ko dah ikat laki ko, segala hapak yang ko peram selama ni nak dibongkarkan.

Sekurangnya, baju tolong ikut peredaran zaman. Tudung pun sama. Jangan malas nak make up. Untuk suami jugak sendiri jugak kan.

Kalau aku sebagai perempuan boleh loya tengok ko, inikan laki sendiri.

Jangan jadikan alasan sibuk nak jaga anak untuk kau pandang enteng hal hal begini. (enteng kooo...! hahaha)

Ko sibuk jaga anak, laki sibuk jaga betina lain. Memang padan muka.



by Gadis Cantik

Sunday, December 23, 2012

Lama Sungguh

at Sunday, December 23, 2012 0 comments
Ahhhh...

Dah berkerak habis blog yang tak seberapa kepunyaan gadis-comel-ibarat-rozitachewan-dada-terbelah.

Hahahaha... Bunguk.. Yang dada belah ko pilih jadi role model.

Banyak cerita nak aku rapukan, tapi x tahu mana satu hujung, mana satu akhir.

Karang baru aku nak mulakan, mata dah bagi signal suruh akhir, padahal tak mula lagi woi....

Konon nak nuffnang naik sampai jota-jota, padahal, baru sekali ko cashout kan.. tu pun 70 hengget. sedihhhhh..!!

hahaha.. janji adolah...

cerita lain kemudian la, aku tengah menghonggak esemen nak anto esok ni. puiii betul... dah xde mood..!!!!

by Gadis Cantik
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review