Saturday, December 29, 2012

Kenapalah Agaknya Ye

at Saturday, December 29, 2012
Reactions: 
Jam menunjukkan pukul 4 petang..

Ahh, seharian tak tengok Fb lagi ni, patut la macam ada yang menggaru-garu serba tak kena.

Bukak laptop, tekan punat "ON"

Sambungkan Broadband, then masuk home Facebook..

Hurm, takde gosip menarik, melainkan gambar-gambar kawan-kawan yang feeling artissss gituu..

Scroll lagi sampai bawah, gambar lagi dan lagi dan lagi..

Tiba-tiba nampak satu gambar, member ni dah kawin.

Anak pun dah sorang. So, aku ape lagi, cari bende yang aku boleh buat modal kutuk..! Muahahaha.. Jahat gila..

Tapi, ada satu fenomena yang aku dapat tengok, bila aku tengok member-member yang dah kawin or ada anak sorang ni.

Tapi fenomena ni tak terjadi pada semua orang la yo..

Sebahagian nya shaja.

The first thing aku dapat tengok ialah "MAKIN SELEKEH"

Mungkin word aku tu agak kasar, dalam erti lembutnya, ialah dah kurang bergaya, baju pun bunga-bunga besor stok yang ko dulu pandang masa anak dara pun, siap euuwww euuuw kan

Tak dinafikan, masa anak dara, body masih cantik, pakai apa pun cantik, tapi tak bermakna lepas kawin, baju ko semua stok gedebeh-gedebeh..

Satu lagi aku nak komen pasal tudung. Ingat tak, kalau dulu masa anak dara, kalau pakai tudung yang atas keras tu, terkelepet sikit pun dah gelabah satu macam kan.

Rasa down gila kalau kelepet tu ko iron sampai cair platik nya, tetap tara tu jugak

Pastu kalau nak keluar pergi kedai runcit bawah rumah pun, ber pin bagai.. Bergayut-gayut la pin tu kalau ditiup dek angin.

Bila lepas dapat laki, ermmm.. Ada nak kisah ke letak pin gayut-gayut ni..??

Aku pelik..!! Adakah mereka rasa bila dah kawen, laki tu konfirm takkan cari lain jadi ko boleh sesuka hati pakai baju yang zaman 50 an punye baju.

Kamonnnnnn... Tak bermakna, lepas ko dah ikat laki ko, segala hapak yang ko peram selama ni nak dibongkarkan.

Sekurangnya, baju tolong ikut peredaran zaman. Tudung pun sama. Jangan malas nak make up. Untuk suami jugak sendiri jugak kan.

Kalau aku sebagai perempuan boleh loya tengok ko, inikan laki sendiri.

Jangan jadikan alasan sibuk nak jaga anak untuk kau pandang enteng hal hal begini. (enteng kooo...! hahaha)

Ko sibuk jaga anak, laki sibuk jaga betina lain. Memang padan muka.



by Gadis Cantik

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review