Sunday, December 30, 2012

Kurus Kerana Cinta

at Sunday, December 30, 2012
Apa yang aku nak cerita dekat sini, mungkin akan mengundang merajuk En Bam Bam selama seminngu..

Hahahaha... Rahsia hati ni wei.

Tau kan dulu aku gemuk.. Yea, gemuk yang teramat.. tapi idokla cecah sampai 100 kg lebih.

Lebih kurang 89 kg.

Aku tak tahu nape boleh gemuk sangat sampai macam tu. Penangan nasi dua kali sehari la kot gamoknya.

Badan aku senang naik walopun aku tak minum air gas, and segala mak nenek makanan ringan.

Cuma nasi je yang aku suka. Itupun kalau nak tengok aku tambah 2 kali, memang jarang.

Sepinggan cukup.

Macam tu pun boleh dapat BMI obese..!! Pfttttttt

Aku start nak kurus, bila kenal dengan one guy ni, dan sebelum aku kenal this guy, aku telah direjek oleh other guy.

Ye, aku direjek hanya kerana aku gemuk.. Macam gampang jugak dapat jantan macam tu.

Kalau aku jumpa dia lagi, memang aku henyak kan aje pakai bontot.

Then, bila dah direjek tu, maka aku kenal dengan this guy..

Disebabkan aku takot buah durian gugur dua kali (hahahaha... perumpamaan entah hapa-hapa), then aku nekad nak kurus..

Nak jadi setanding dia sebelum aku jumpa dia.

Uolls boleh anggap je, dalam cerita ni aku yang syok sendiri. Hahaha..

Takpelah syok sendiri, jadi aku boleh cermin size sendiri dengan size dia.

And, lepas 6 bulan, aku berjaya dapat berat ideal.. 68 kg. tu dah kira hot la pada aku kan..

Tapi malangnya that guy pun lama hilangkan diri. Now, aku dapat tahu, dia dah kawin.

Dia hilangkan diri pun lepas dia dapat tahu aku couple dengan En Bam Bam.  

Tapi thank a lot to him, sebab dia aku dapat En Bam Bam yang sangat baik...!!! (amik hati ni)

  

by Gadis Cantik

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review