Wednesday, October 20, 2010

Jemput Minum Kopi Janda Bang~

at Wednesday, October 20, 2010
Reactions: 

Jom nyanyi dulu sambil goyang montot

Kopi Janda..
Kopi Janda.. Tiap hari tiap masa ~
Kopi janda yang mempersona..rasa hebat dan bergelora
Jemput minum kopi janda bang~

Cayalah aku boleh ingat lirik dia..

Mana taknya, hari-hari perempuan perasan suara sedap tu duk nyanyi lagu kopi janda dalam tv kan..

Lepas tengok iklan kopi janda beberapa hari lepas..si gendut cakap kat aku..

'Kak Iya nak tau, abah beli banyak tau kopi janda tu..ada kat dapur..'

Aku pun pelik la.. Tak kan la bapak aku pun layan kopi janda kottttt...

'Tipu la Atin ni...'

Yela si gendut tu bukan boleh percaya benor kan kata-kata dia tu....

Mulut dia sama macam mulut kakak tiri dia yang cantik ni...kuat mengepoh, kuat temberang..hahahaha

Lepas dia cakap tu, tetiba aku sakit perut nak berak..Laju-laju aku pergi tandas..

Dalam otw nak ke tandas tu, sekali aku macam ternampak sesuatu..

Eh eh..Bukan ke benda alah ni ialah...




KOPI JANDA ????!!!!

1 papan lagi koooo..


Mesti bapak aku yang punya ni..takde orang lain dah yang suka bende alah ni..

Tak sangka bapak aku salah sorang yang terpengaruh dengan iklan kopi janda tu..

Aku dah boleh agak macam mana ayat makcik Hang Tuah bila bapak aku beli kopi janda..

Mesti bunyinya macam ni..

'Amboi bang ~ Sejak bila suka minum kopi janda ni..??? Ingat...!! Kopi je tau..bukan yang janda..'

Hehehehe... Biasalah mak aku tu..sensitipppp benor bab-bab janda ni..

Aku harap bebenor la kalau pergi sarapan kat luar ke, bapak aku tak keluarkan ayat macam ni...

BAGI KOPI JANDA SATU...

Haruslah orang meja sebelah menyebelah memandang kan...dengan pandangan yang...

BOLEH TAHAN PAKCIK NI..

Oh!!!..Den tak sanggupppp

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review