Wednesday, September 19, 2012

Serupa

at Wednesday, September 19, 2012
Reactions: 

Last week, aku pergi rumah cousin kawen..

Ni kira cousin yang rapat la.. Jadi ramai sedara mara lain hadir..

Kebetulan, aku kan baru beli tab, jadi sebagai orang yang pengak tab, haruslah aku usung tab sana sini..

Walaupun tab godang, tapi tetap macam gaya macam usung iphone..

Bila ade sorang makcik aku, tengok aku dok swipe swipe tab ni, bukak fb segala bagai... Mula dia mula cucuk jarum nak tengok En Babam kesayangan Cik Peah..

"Mana gambar bf, nak tengok..."

Ah, gementor ahkak eh nak kasi tengok, demi tidak mengecewakan peminat * libas rambut*, aku klik pada prof pic kat fb yang kebetulan gambar kami berdua...

"Ni ha dia... x hensem pun..."

Pastu dengan spontan makcik aku tegur...

"Lorr, muka sebijik je dengan farehah. nak sama"




KEMBANG HIDUNG AHKAK DEK NON...!!

Ok, bagi pada sape yang tak tahu, selain petua tetek rapat yang pernah aku ceritakan dulu, orang-orang tua kata, kalau pasangan kita tu muka hampir nak sama dengan kita, tak kira la cara senyum ke, mata ke, lobang hidung ke, orang kata panjang jodoh...

Wallahualam... Moga betul apa yang diperkatakan...

Kalau ikut gambar kat atas, kompem tang pipi yang sama..

Dah tu canne, dua dua kuat makan, kalau kat restoran, masing-masing xnak beralah. kalau dia order 4, aku order 5, berlaku adegan sentap-sentap.. Makanan aku pun di rembat, pantang aku tak habis makan, selamba dia tarik pinggan dan keluar ayat ostad "Tak baik membazir"... Ngap sekali sampai habis.. Pfttttt... kadang-kadang, tak sempat aku habis makan, baru letak sudu, dia tanya, "tak habis ek, meh sini pinggan.."

Pftttt sejota kali..!!! 



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review