Tuesday, April 12, 2011

Giler Kentang Sejuta Kalik

at Tuesday, April 12, 2011
Reactions: 
Kentang habis bila seharian bos tak masuk pejabat... Time mood aku rajin, tak nak masuk pulak kan, time mood aku nak makan tidur macam gorilla, datang pulak kat pejabat. Mencikkk..

Ari ni sumpah rajin, result untuk research paper yang bos bagi, sudah habis ku belasah mengarang ayat bunga-bunga. Sangat hebat kan. Tengok atas meja, kemas je. Sekali tengok bawah meja, ada 5 paper lagi..!!! Nangis...~ TT____TT

Jelez la tu tengok aku goyang kaki, dia pulak kene kejar meeting sana sini... ekekeke. Ni sape pekerja, sape bos, macam aku pulak bos.. Tapi bos aku sumpah baik ok, tiap pagi tanya khabar "How rrr urrr turday..???" Baik kan..???

Cuma, akan lagi baik, akan aku ampu nama dia sampai kayangan, kalau dia belanja makan kat hotel faif setarrrr ke kan, haru pagi-pagi aku sujud hormat.. wakakaka. tak pun bonus setahun ke kan, kasi pekerja dia angkat Caldina sebijik park sebelah kereta dia.. Hahaha.. Pekerja lagi kaya dari bos. Camno tu..??

Punya la comel aku datang kerje rini semata-mata nak kasitau aku dah kembali berwibawa, tak macam semalam, pakai tudung pun senget benget macam cik melah. Hari ni siap pakai shawl berombak-ombak, kasi sejuk mata memandang ade pekerje cantik di muka pintu dia.

Mesti Faizal angkat aku kerja, sebab aku sedap mata memandang, kasi dia semangat datang kerja hari-hari. Kalau tak, dia tu memang lemau. Sejak-sejak ada aku ni, kemain kacak lagi. Berseri je muka dia macam lelaki lindungan kaabah. kah kah kah


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review