Wednesday, April 13, 2011

CUN... Best Ke..??

at Wednesday, April 13, 2011
Bukan aku nak cerita pasal kejelitaan muka aku ni. Yang tu semua sudah sedia maklum kan..?? kah kah kah.. Ayat intro tak boleh tahan bai.. Macam mintak libas je kan.

Minggu lepas, aku sudah merengek-rengek dengan dia, nak pergi tengok cerite ni. Yang dia pun, ikut kan je la perangai awek dia yang entah apa-apa ni.

Ko nak tahu, mula-mula aku ajak pakcik tu tengok cerita Dalam Botol tau, seumur hidup, dia tak pernah nak menentang, tapi bila aku nak tengok filem gay itu, dia tentang sekeras-kerasnya..!!

Dia cakap geliiiiii nak tengok... Eleh, geli konon, padahal bila dalam kelas, die dok peluk kawan sekelas dia dari belakang macam mintak 'kehangatan'...

Apakah dosa masa silam yang aku terpaksa tebus dapat lelaki seperti ini..???? huhuhuhu.

Untuk tidak membazirkan duit, aku pun cuba la tengok komen-komen orang tentang cerita itu dalam internet, maka kesimpulannya, aku telah cancelkan gara-gara, semua kata cerita tu ialah hazab malaikat 44..!!!!

Jadi moh ler kita tengok filem CUN ini...



Filem ni memang kelakar tak hengat wa cakap lu.. Memang best...!!! Kira boleh kasi terangkat rahang la bantai gelak tu.. Pakcik tu, tak berhenti suka. Cerita ni menggabungkan emosi kelakar, komedi dan sedih. Bila part sedih tu, aku boleh dengar orang sebelah sob sob sob...

Takkan popcorn tu pedas kot cik abang oi.. Eeeee, macam gugurl tau, aku pulak yang berlagak boboy, padahal mata ni macam kene percik bawang. Nangissssss...!

Sinopsis version kak peah: Luna Latisya (Maya Karin), seorang pengacara program gosip terkemuka di Malaysia telah putus cinta, gara-gara tunangnya (Jehan Miskin) curang bersama wanita lain (Marsha). Disebabkan terlalu kecewa, Luna membawa diri ke kampung make up artisnye (Faezah Elai) di Kedah. Di kampung tersebut, Luna telah berkenalan dengan Atan (Remy Ishak), sepupu kepada Faezah Elai. Bermula dengan pergaduhan, akhirnya, terbit bibit-bibit cinta. ketika Atan mula menyintai Luna, tunang Luna datang ke kampung Atan untuk menagih semula inta Luna. Adakah Luna dan Atan akan bersama..???

* apasal tak boleh belah ayat ciptaan aku.. Hello, tak copy mana-mana okeh. Version putar belit aku sendiri.


Sape-sape yang belum tengok tu, haruslah terbang macam Superman tengok cerita ni. Abang ko tu suke la, sebab filem ni guna loghat die kan. eeee mencik..! Bersemangat betul dia tengok.

Aku kat sebelah, melayan makan popcorn sorang-sorang.. Tsk... Lain kali aku bawa tengok cerita versi Walinongsari pulak. Tengok macam mana keterujaan dia, ke berdengkur terus..??


Filem ni masih ada di pawagam. Minachi, mahu tengok kah bersama saya..?? Saya sanggup melihat untuk kali kedua.. Macam tak biasa pulak.

Apa lagi uolss, kasi terjah...

2 comments:

Intan and The Boys said...

dik, akak masuk kategori blog diva? alahai segan la dik.

ramai kata cun ni best. pi la tgk. :) nanti buat review eh.

Fariha said...

kak, kalau bukan diva di mata orang, kira blog akak ni diva di hati kite la...keh keh keh..kalau tak, manakan kite khatam blog akak, dari akak anak dara, sampai akak ada anak dua ni.. Kak, Jaz sangat cumell.. mata sepet,ikut sape ye..hihihi

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review