Monday, April 25, 2011

Salah Bantal

at Monday, April 25, 2011
Aku mengalami sakit leher gara-gara salah bantal malam tadi.. Bangun-bangun tak boleh toleh kiri toleh kanan..!

Apa kejadahnya aku macam lampu isyarat menghadap depan je ni..! Hello, hari ni bos masuk okeh, camne aku nak hipokrit bekerja penuh dedikasi dengan leher serupa popeye ini.. Jahanam lakonan aku

Nak kene letak apa ek kalau salah bantal ni. Dulu pernah terjadi jugak, masa dekat U. Memang lagi haram tahap 7 petala langit la sebab aku dengan leher sakit gilak, gembel habis bawak motor pecut 100 km/J tanpa toleh kiri kanan. KO MAMPU..??? Hanya minah rempit motor kriss je yang berkebolehan mintak mati cara gitu..

Tapi alhamdullialh selamat. Time tu, dia punya teruk kan, kalau member sentuh sikit pun, dia punya jerit adohhhh tu, mampu tenggelamkan sebuah kapal kargo. Kalau sentuh badan pun, memang akan mengadoohh jugak la.. Tapi, kalau aku jerit tu, setakat boleh ranapkan universiti aku je.. Hehehehe.. Tak boleh blah betul cara bayangan kesakitan ko tu kan cik Peah..

Hari ni memang ade pakatan sakit kepala leher beramai-ramai kah. Si mek Faizal lagi la, awal-awal dah amik half day leave. Dah terjulur agaknya atas katil sekarang.. Cisss.. Tinggal la aku berdua dengan boss berdua.

Eh, jangan kol pencegah maksiat tau, nanti tunggu aku berdua dengan Abang Fahrin, ko nak panggil tok imam sekali pun aku tak kisah. Isi borang terus.... Kah kah kah..

Sunyi gilak Faizal takde. Layan lagu sensorang macam looser. Lepas tu tak dapat aku pasang telinga perbualan dia dengan awek dia tu.. Kalau dia tengoh kol awek dia kan, sumpah telinga aku ni, kalau boleh lekat dengan meja dia, lama aku lekat.. Tapi kan.. Tapiiiii.. aku rasa dia dengar cara aku goda abang peah ko dalam telefon mesti gelabah habis.. GILE MANJA TAHAP DEWA..

Penah ok aku buat.. Mesti dia tersengih-sengih kata aku ni macam India nak jual kacang putih.. Cissss..!

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review