Sunday, April 14, 2013

Teruja Nak Kulit Putih

at Sunday, April 14, 2013
Reactions: 
Mana-mana perempuan dalam Malaysia ni, cakap dengan aku siapa yang tak nak kulit putih.

 Perempuan ni memang senang diomokkan dengan pepatah, 'Ko putih, automatik ko cantik, ko gelap automatik ko kusam berkerak"

Sebenarnya bukan perempuan yang beriya nak kulit putih, tapi memandangkan aset utama nak pikat hati lelaki selain hati yang putih macam kene rendam dengan klorox, adalah muka yang putih. Tak kisah la ko jerawat merata, janji putih.

Gigi ko terjongkit pun, ko putih ko cantik..

Siapa yang suka kulit gelap. Kalau masuk watson pun, kalau beli foundation, kalau ada tone colour paling putih, yang itu la yang di beli bertahun. Macam aku, rela sental scrub cap Safi kat muka stok yang ko terkasar sikit aje, terasa nak tendang pintu bilik air kasi roboh.

Orang lelaki pulak, memang suka yang putih-putih ni, sebab dalam bayangan dia, bila ko putih, apa yang berada disebalik baju pun jadi putih. Jadi nak selera punya pasal, diorang akan cari bini putih.

Lately banyak aku tengok sidebar dekat Facebook ads berkenaan WHITE WHITE WHITE...!! adoih, demam LOST KG dah surut, ni WHITE pula... so far timeline aku tak pernah semak dengan tag orang, tak adalah aku nak meroyan sangat.

To those yang obses untuk menjadi WHITE, TAN pun masih cantik. tengok orang Latin tu, cantik je walaupun tan, sexy nak mampus pulak tu dari orang yang kulit putih.

Bukan apa takut bila beli benda untuk jadi white yang mahal-mahal ni, tetiba tak ada kesan, lepas tu dok serang si penjual, "APA PASAL AKU TAK PUTIH???"

Dah kalau dari kecik bontot hitam, tak perlu berangan dengan telan berbotol-botol produk, tetiba gene ko boleh ubah jadi gene putih..





by Gadis Cantik

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review