sebenarnya aku dan encik bam bam dah lama plan nak pergi vacation. tapi asyik la pending sebab dia tu kan, kalau nak pergi mana-mana, mesti tanya aku. aku aku aku aku..
dah aku yang cantik ni jugak kene pikirkan untuk dia.
dah
aku tak tahu, so aku ajak la pergi Langkawi. Ini gara-gara sebab aku
amat suka sangatttt dengan sejarah dan lagenda dan dia pulak mengikut
sahaja kemahuan awek dia yang masak ranum ni, so 2 weeks before aku dah
buat research.
ate,
nak jalan jauh, kene jugak baca sikit-sikit dari blog orang lain apa
pengalaman diorang kan. harga pulak kene cari yang betul-betul, tap
pasal-pasal kene ketuk.
Apa
yang aku search adalah pasal tiket feri, harga makanan, bajet untuk
masuk segala macam mak nenek tempat, kalau tawar menawar berapa boleh
dapat, nak shopping kat mana, semua aku dah kaji.
En Bam Bam pulak tugas dia keluarkan duit..!! hahahaha...
Hari
pertama, malam tu kitorang berdua naik bas dari kl ke Kuala Perlis. Why
Kuala Perlis, sebab jeti ada dua ye adik-adik. Tiket yang murah dekat
Kuala Perlis, RM18. Sebab dekat je dengan Langkawi, 1 jam perjalanan.
Kalau naik di Kuala Kedah, RM36 kot. Bapak Mahal..! 2 jam perjalanan.. Pengsan..!!!!
So kitorang decide naik di Kuala Perlis, gara-gara aku ni manja terlebih and senang mabuk (pijak kang)
Sampai Kuala Perlis pukul 8 pagi, tiket pukul 10.00.... Orang punya ramai..! Sabor je la acik.. Redhoo je la...
Jangan
tanya aku mandi atau tidak masa naik feri tu. nasib baik ketiak aku tak
becak. (en bam bam memang always becak.. hua hua hua...!!)
Aku naik feri LADA 2, ok la. selesa. Sebelah tingkap pulak kan. Layan je.
Pasal
penginapan & kenderaan pulak, 2 minggu sebelum tu, aku dah prepare.
Aku book hotel murah je. Dah kata nak berjalan, jadi just balik hotel
untuk mandi dan tidur. Aku sewa Trillion Motel. RM 55 je semalam. Boleh
la untuk aku seorang.
Sewa kereta pulak, memang bersepah..!! Ada sorang pakcik ni offer aku RM35 okeh. Tapi sebab kitorang dah book dengan orang lain, lupakan saja. Kancil auto RM50 sehari. Murah la kan.
Baik ambil dekat jeti Langkawi sebab lebih murah dari kau ambil di Kuala Perlis kot.
Bila sampai je, ambil kereta, terus zass ke hotel. Bukan sebab penat, tapi busuk weiiiiii, dah pesan dengan encik bam bam jangan rehat lama, rehat 2 jam je. Kejam gila. Hahaha..
First day lunch, makan dekat KFC sajork. Boleh la, buat alas perut. So plan untuk first day, kitorang pergi ke GEO Park. Kat situ yang ada cable car.. wohoooo..!!! Tapi dinasihatkan pakai GPS nak cari tu, sebab jauh weiiiiii..
Malangnya, bila sampai cable car tutup. BOLEH..????????? BOLEH..???????????? BOLEH..?????????
Arghhh tensiiiiii..! Dia punya kecewa tahap babun tu jangan cerita la.. babun pun kalah tengok aku kecewa.
15 minit aku termenung dalam kereta sebab kecewa... hahaha...
Sambung lagi part 2 nanti....
by Gadis Cantik
0 comments:
Post a Comment