Ok sambung hari kedua pulak. Malam tu kitorang penat kemain.
Mana tak penat, panjat tangga beratus-ratus, nak tergolek
tulang belakang ahkak ni ha…
Esoknya dah pesan awal-awal dekat budak gemuk tu suruh
bangun awal.
Tu pun liat..! Bila aku kol pagi tu, nasib dah bangun, kalau
tak aku yang meroyan. Tahu je la aku ni kalau orang tak menepati masa kan, nak
je aku potong lambang kelelakian dia tu. Kah kah kah
First thing yang kami buat pagi tu ialah cari tempat untuk
beli tiket island hoping..!!
Untuk pengetahuan, tempat naik bot untuk island sangat
terceruk. So, pandai-pandai la. Yang aku tahu, menghala ke Resort World.
Boleh beli tiket dekat Pantai Chenang, atau pergi je dekat
tempat orang naik bot tu. So harga standard ialah RM 25.
Kalau diorang mintak 35, kau tawar sampai 25. Komfem dapat.
Jangan buta-buta bayar lebih dari 25.
Tip: nak pergi island hoping, tak payah pakai cantik-cantik.
Beg tak payah cantik benor. Bawak bag plastik lagi bagus. Pakai tshirt dengan
tracksuit sahaja. Bawak baju spare ok.
Dah lama tak naik boat. Seriau sebab aku adalah Ratu
Muntah..!! Dari dulu lagi, aku memang kaki mabuk laut. Kalau tengah naik boat,
aku orang pertama yang tertonggeng.
En bam bam pulak ingat nak mandi laut dulu baru pergi island
hoping, muke dah sebak semacam. Aku bolayannn aje… hikhik.. Bukan kami berdua
sahaja, tapi ada family lain jugak.. kongsi-kongsi la. Kalau tak kongsi, memang
mahal. Kecuali kalau tak ada orang langsung.
Masa beli tiket tu, diorang akan terangkan destinasi boat.
Basically akan ada 3 tempat.
Pantai Beras Basah, Pulau Singa Besar & Tasik
Dayang Bunting.
Nak pergi tasik dayang bunting ni, memang satu je option, iaitu
amik pakej island hoping.. Hello, takkan nak pergi naik kereta. Kereta kau ada
serombong udara ke?
Destinasi pertama, pulau beras basah. Dekat sini orang boat akan
turunkan kau and bagi masa 1 hour mandi-manda. Melonjak la bam bam aku tu kan. Motip
nak mandi laut, hilangkan gatal-gatal.
Ha, apa lagi, kasi sental la 1 jam
ni..!!
Tempat ni memang cantik, pasir lembut je, ombak pun
manja-manja. Yang penting, bersih ok..!! Riang ria la gemuk aku tu. Siap kuak
lentang. (jangan bayang, tak tidur malam aku yang melihatnya (-_____-)
Oh kat sini pun ada banana boat. RM20 sekali naik. Lama
jugak diorang pusing. Ok la.. murah..
Lepas satu jam, boat dah siap sedia kat tepi pantai untuk amik weolls. Next destinasi, Pulau Singa Besar.
Tujuan pergi sini ialah nak tengok helang..!
Ok, memang banyak, sebab pulau ni adalah sarang dia. Kau bubuh je roti, melambak datang.
Nak datang sini kene pagi. Sebab helang tengah kelaparan, dia pulak macam tau tau je sini banyak makanan, so habis dikekahnya apa yang kitorang hulur.
Kalau dah petang tu, kau campak chicken chop pun, diorang tak herannnn...
Mujur tak keluar soalan bodoh dari aku, "Ada singa tak sini..?"
Kompem warga bot campak aku bagi habuan ke helang... apa ke bengapnya aku ni.. hahaha
Dekat sini sekejap sahaja, sebab nak pergi destinasi seterusnya. Tasik Dayang Bunting. Yeay..!!
Dah sampai.. Dekat sini orang boat akan kasi masa 1jam 30 minit untuk kau round. Tarikan utama bukan dekat tepi pantai ni, tapi dekat dalam nu ha...
Nak ke sana, kene daki sikit.. Pitammmmmmmm
Selepas kejadian telaga tujuh tu, aku tak boleh nampak tangga.. fobiaaaaaa...
Tapi kene gagahkan juga sebab tak pernah pergi kan.. rugi woii kalau datang langkawi tapi tak pergi semua tempat.
Nak nak tempat tu ada lagenda kan..
tengah panas hangit waktu.. Tapi panas-panas ok, kalau hujan, semua benda terhad kan.... lepas ni mandi air tawar pulak..
pintu masuk..
lepas dah honggeh honggeh mendaki, sampai jugak.. tak lah jauh mana...
Diingatkan tak payah la bawa makanan, sebab ramai pelancong datang sini, makanan kene curi dengan monyet ok, walaupun ko pegang makanan tu, diorang rampas dari tangan.
Aku tampar kang..!
Naik paddle boat. boleh naik kalau nak round sampai hujung tasik.. tarak hal... tapi kene la bayar..
Kitorang ambil paddle boat yang gerak sendiri pakai tenaga solar tu, RM 30/2 orang. Kalau pakai tenaga kaki, RM 20/2 orang...
Dekat sini aku tak mandi, sebab takut...! hahahaha...
Mana tak takut, aku tengok air tu hijau je, makhluk apa entah yang hidup dekat bawah, kalau digigit, tak ke naya???
En bam bam pun tak mandi, dia pun takut... eeee tak jantan betul...
Nak mandi kene pakai life jacket. 1 jaket = RM5
Rendam kaki saja... dekat sini ada ikan keli ke, sembilang. (aku buta ikan). dia akan main-main dekat kaki kita. pun aku tak letak kaki sebab geli.. hahaha
Kawasan ni pun ada lagenda nya. Dikatakan seorang puteri dari kayangan telah jatuh cinta dengan seorang putera di bumi. Hasil percintaan diorang menyebabkan si puteri telah mengandung. Waktu mengandung tu puteri duduk la di sekitar kawasan tasik ni.
Malangnya anak puteri mati dan dikebumi di dasar tasik dan pulang ke kayangan..
orang dekat-dekat sini percaya kalau perempuan yang nak anak, minum air dari tasik ini, konon senang nak mengandung...
haaaa, nampak tak pulau yang macam orang tengah baring ni... macam perempuan mengandung kan..
Lama jugak la island hoping ni, 3 jam..!! Aku is rentung... en bam bam pulak, hurmmmm, ada istilah rentung ke pada kulit gelap dia tu.. wakakakaka....
Sampai je darat, laju-laju cari bilik salin.. Tak ada ok...!!! Cari stesen minyak, belasah mandi situ....
by Gadis Cantik
0 comments:
Post a Comment