Sebab terlalu kecewa, en bam bam
ajak pergi telaga tujuh. Dah pernah tanya member pasal telaga tujuh ni,
diorang kata kene daki tangga ok. TANGGA..!! TANGGA..!!! Bukan sikit
punya tangga.. 600 BIJIKKKKKK...!!! pengsannnnnnn
Kat sini free, parking je bayar. RM 2
Sebab tak pernah naik, aku buat kerja gila, "Jom naik B"
Muka member dah pucat dah... hahaha.. berani ko memucatkan muka..
Daki
daki daki, tak sampai sampai... daki lagi, tak sampai lagi. Penat
toksah cerita, tak disarankan naik dengan orang tua... Datang naik
kereta, balik dengan ambulan pulak karang.
(mujur ambulan, kalau aku berdua pengsan dekat atas, kene panggil bomba bawak turun)
Nak
tahu dah sampai ke belum, senang sahaja. Masa nak daki tu, akan ada
kerusi batu untuk kita rehat. So penat daki, rehat la. Kira kerusi batu
tu sampai 7, yang ke tujuh tu la final kerusi sebelum sampai dekat
atas.. Fulamakkkkk.. pandai bonar ekau ek..!!
Tapi bila dah sampai atas tu, dia punya view, fullamakkkkkkk... rasa nak kuak lentang dekat situ.
Dah
nama Telaga Tujuh, so bila kira-kira, ada 7 kolam yang bersambungan.
dan after kolam ke 7, adalah juram..!!!! kusss semangat... tapi dont
worry, diorang dah letak penghadang.
View
dari sini boleh nampak Selat Melaka.. Terbaikkkkkkkkkk.. So boleh
jangka kan tinggi mana weolls panjat sampai boleh nampak laut.
Air
sangat jernih, boleh mandi... Tempat ni ada lagenda. Dikatakan di
kawasan ini puteri dari kayangan turun untuk bermandi manda.
Lama jugak weoolss atas ni, so bila dah nak senja tu, turunla kan. Gigil-gigil kepala lutut masa turun tu.
en bam bam boleh turun berlari. pftttttt... Sabor aja la. aku nengokkan aje perangai dia. Walaupun penat, tapi best..
Aku cadang, nak pergi mana-mana, waktu siang ok. sebab start pukul 6 semua tempat best dah nak tutup kecuali tempat shopping..
Malam
tu kitorang layan movie je.. Oh bab makan pulak, kat sini makan tak
berapa mahal. Maksud aku area pekan Kuah. Tapi kalau dekat Chenang,
huiiiii, mahal nak mampuih.... tapi banyak tempat best di Chenang.
Air adalah super sejuk. En bam bam letak je kaki, terus tak nampak dasar -_____-
Rugi tak mandi wei... seronok kalau dapat berkubang ala tenuk. eh?
Gambar sangat clear, macam pakai dslr pulak. padahal camera canon cabok aku ni je.
Lepas je turun dengan kaki terketar-ketar (except him yang berlari laju sampai bawah dan menyebabkan separuh anak tangga merekahhhh..!) kitorang decide nak pergi pantai berhampiran dan cari cendol..!!! hahaha... itulah kerja kau, makan mencekik makan mencekik..!
Dapat makan laksa sedap.. order satu je.. Memang bercakaran la kan. yang gemuk sikit sila mengalah..!! Air order sampai 4 gelas...! manusia ke bunian ni by oi...
Main tepi-tepi je, sebab macam tak yakin boleh mandi atau tak. Tapi pantai sangat bersih ok... Susah nak nampak sampah walaupun orang yang datang ke Pulau ni kusssss semangat...
Time ni dah pukul 6 petang... Tempat lain semua tutup dah. So lepak lepak je aktiviti kitorang. Banyak je gerai tepi pantai macam ni, semua sedapppp... Cuma tak ada la diorang jual sotong celup tepung marveles macam dekat Terengganu..
ok dah, jum pergi tempat lain. Time ni encik bam bam tak sabar nak turun. nak berkubang katanya. Buang karat-karat badan. (berendam la setahun pun, tak putih tak kulit tu, takpun dengan magik lemak tu boleh gugur bila berkubang, ada jugak pekdah. kih kih kih)
Day 2 banyak lagi aktiviti. nanti kasi habis ok.
0 comments:
Post a Comment