Friday, May 24, 2013

Kisah Yang Di Tangisi

at Friday, May 24, 2013
Detik berlakunya perkara yang amat aku ingat sehingga sekarang...

walaupun sudah berlaku 5 tahun dahulu, tapi setiap kali aku fikirkannya, aku menangis

aku mengharapkan apa yang berlaku ke atas aku, tak kan ada sesiapa yang akan lalui.

perkara sedih melibatkan cinta, keluarga, dan kepercayaan...

Detik itu.... 5 tahun yang lepas... ketika ramai menyambut aidilfitri. hari semua orang bergembira..

hari yang gembira juga buat aku... hari yang aku nantikan... hari yang aku ambil langkah berani

hari aku perkenalkan si dia kepada ahli keluarga...

tika itu, aku percaya, walaupun ibu bapa aku tak terima dia, tapi aku yakin, orang kedua yang aku sayang, datuk dan nenek aku pasti akan suka...

pasti mereka akan restu, aku yakin mereka akan menyokong pilihan aku..

berkali-kali aku yakinkan si dia... datang saja ke rumah... datuk dan nenek pasti gembira. pasti akan menerima..

di hari lebaran, sudah aku kabarkan kepada mereka yang mereka akan datang.. mereka setuju... mereka tidak kisah.. mereka sanggup ambil di hentian kerana si dia dan adik perempuannya datang menaiki bas dari jauh...

aku semakin gembira, kedatangan mereka akan di sambut dengan senyuman... aku tak gusar...

bila menjelang lebaran mulia, tetamu yang datang ke rumah datuk dan nenek aku layan sebaik mungkin...

aku hidangkan minum... makan... aku mengharapkan jika tetamu mereka aku layan dengan baik, sudah pasti mereka akan layan tetamu aku dengan baik

besar harapan aku pada mereka. seluruh kepercayaan aku dan kasih sayang aku sepenuhnya untuk mereka....

sehari sebelum ketibaan si dia, datuk sudah memberikan reaksi berbeza dari sebelumnya...

semua dari gara-gara ibu yang kurang senang dan mula memberi gambaran negatif pada si dia..

datuk berubah angin...

Di hari kejadian.....

lagi beberapa jam saja lagi si dia akan tiba... aku sudah ingatkan datuk untuk sama-sama ambil mereka di hentian.

datuk tak setuju. dia suruh mereka naik bas untuk sampai ke kampung....

luluh hati aku... bukan kah kita sudah bersetuju untuk ambil mereka?

aku pujuk dan terus memujuk....

dia setuju...

aku gembira bukan kepalang lagi... ada sinar harapan...

si dia tiba dirumah... ibu sudah tidak nampak bayang. pergi ke rumah sebelah. dia marah.

tidak mengapalah, lagipun ini rumah datuk dan nenek...

kejadian menyayat hati mula berlaku malam tu...

mereka tumpang di rumah datuk dan nenek sebab dah terlalu lewat untuk ambil bas ke rumah mereka

sedang aku berborak dengan si dia, datuk panggil....suruh aku ambilkan sejadah dia.

aku pelik, dalam biliknya sudah ada sejadah. tapi aku bawakan juga sejadah untuknya...

aku masuk, hulurkan sejadah.

terkejut aku dibuatnya bila sejadah direntap dari tangan aku.. muka datuk menyinga.

dia marah kerana aku duduk rapat. sumpah aku duduk jarak dengannya.. malah ada adiknya di sebelah...kami hanya berbual kosong kerana dah terlalu lama tidak berjumpa...

aku tahan air mata....

dalam hati, tidak mengapalah....

aku pejamkan mata sahaja... sudah terlalu gembira jumpa si dia...

keesokan harinya....

hari di mana kepercayaan aku kepada datuk dan nenek di lunturkan sepenuhnya...

pagi itu, aku dan si dia membuat perancangan hendak ke rumah rakan karib kami... sudah berjanji dengan dia...

aku mula usulkan untuk pinjam kereta datuk... tidak manis pula naik motor berdua...

permintaan aku mahu meminjam kereta ditolak mentah-mentah oleh datuk. kecewanya aku....

aku hendak menziarah rumah rakan di kawasan pedalaman, disuruh kami naik bas sahaja...

sudah tentu tiada bas di kawasan itu...

mahu tidak mahu, aku pinjam motor jiran aku... kerana itu sahajalah kenderaan yang ada...

sambil menangis, aku pohon untuk pinjam motor... bila di tanya kenapa menangis, aku tak mampu jawab...

biarlah.....aku rasa mereka tahu kenapa aku menangis,...

adik si dia terpaksa aku tinggalkan di rumah atuk dan nenek sebab tidak boleh naik motor bertiga..

bila di rumah rakan karib aku, hati aku mula gembira....

berhari raya macam biasa...

ketika dalam aku bergembira, sesuatu telah berlaku di rumah datuk dan nenek...

bila aku selesai melawat rakan-rakan, adik aku bercerita....

datuk aku telah menyuruh adik si dia keluar dari rumah itu secepat yang mungkin.

Ya Allah.... apa yang telah berlaku...

tak tahu di mana silap kami...

datuk suruh si dia dan adiknya balik segera...mereka disuruh kemas baju dan keluar...

adakah begini layaknya tetamu aku di layan ketika hari raya?

ketika ini aku tak mengalirkan air mata... aku marah.... kenapa tetamu aku di halau sebegini rupa.... oleh orang yang aku sayang... orang yang aku percaya untuk merestui hubungan kami...

aku sayang datuk dan nenek, tapi kenapa mereka buat tetamu pertama aku sebegini rupa....

walaupun tidak suka, janganlah tunjukkan di muka mereka... biarlah mereka pulang dengan gembira... biar tetamu aku pulang dengan hati yang senang...

aku sedih, marah... aku suruh si dia kemas baju... aku tak sanggup melihat mereka dihina lagi...

aku turut mengemas kain baju, walaupun itu adalah hari ke tiga kami menyambut hari raya...

aku, si dia dan adiknya keluar... bila si dia ingin berjumpa nenek untuk bersalam, aku katakan, tidak perlu...tak payah salam. aku menghalang... dia bertegas nak salam... aku tarik tangannya keluar dari rumah itu...

aku sama-sama tunggu bas di hadapan rumah untuk ke bandar

ketika menunggu bas, datuk panggil. disuruh aku masuk menolong nenek masak. maknanya aku terpaksa tinggalkan tetamu aku menunggu bas...

aku buat tidak tahu... mereka panggil lagi.... aku katakan sekejap lagi aku masuk....

aku nampak bas makin mendekati tempat kami menunggu...

aku nekad...

bersama si dia dan adiknya, aku naik bas bersama mereka...

aku tidak lagi toleh kebelakang...

aku tinggalkan semuanya...

dalam bas aku menangis semahunya pada dia... aku mohon maaf di atas kelakuan keluarga aku.. layanan mereka....

si dia tidak marah... aku meminta maaf pada adik perempuannya... kerana kami, dia di marah di rumah itu...

malam itu juga aku menaiki bas ke terengganu...

tatkala rakan sebilik pulang dengan kuih raya ke hostel, aku pulang dengan air mata... tiada apa yang aku sajikan kepada mereka kecuali kisah yang telah terjadi....

mereka turut menangisi kisah aku.... aku ada mereka.... sudah cukup untuk aku rasa tenang...
 
terima kasih kepada adik aku kerana menceritakan segala yang berlaku apabila ketiadaan aku...

tika itu, seluruh kepercayaan aku pada mereka sudah hilang... hati aku hancur berkecai bila ahli keluarga aku berkelakuan begitu...

aku marah... tapi aku tidak melawan... aku masih sayang mereka... cuma aku tidak seperti dahulu...

cucu yang sentiasa menjadi orang kuat ketika hari raya, menghidang air kepada tetamu, memasang langsir... memenuhkan balang kuih....

cucu yang berjaga sehingga dua tiga pagi untuk membuat persiapan raya, cucu yang paling awal pulang ke kampung.....telah tiada...

hapus tatkala kepercayaan aku turut dipecahkan oleh mereka...

aku sudah tidak seperti itu. biarlah orang lain yang buat... aku sudah tiada hati...

setahun aku tidak pulang ke kampung...

pertama kali setelah hampir 21 tahun aku beraya bersama mereka, aku tidak pulang langsung untuk berhari raya... aku beraya di rumah tokki dan tok di Terengganu... aku selesa di sana...

selepas beberapa lama baru aku pulang... itupun bukan kerana aku merindui mereka...

tetapi sangat rindukan adik bongsu ku....dia menjadi penyebab aku pulang ke kampung... kerana dia... bukan kerana aku rasa bersalah....

nenek pun sudah tiada... aku tak pernah salahkan dia...  walaupun dia turut tak suka, tapi dia tak pernah tunjuk...

sayangnya kerana salah datuk, aku turut menghukum nenek... kejamnya aku...sehingga di saat dia menghembuskan nafasnya pun, aku tiada di sana....

bertahun-tahun aku menghukum mereka... aku cuba memaafkan...aku cuba....aku maafkan, tetapi aku bukan lagi seperti dulu....


kepada si dia... saya mintak maaf...

kepada bakal suamiku, ini lah kisah yang membuatkan ayang takut untuk kenalkan pada keluarga...


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review