Friday, December 17, 2010

Seikhlas Mana Senyuman Kamu

at Friday, December 17, 2010
Hari ni aku nak ajar sesuatu uollss.. Yea, aku nak mengajar. Apasal ?? Tak percaya ?? Kalau x percaya, sila gantung diri anda di bilik air..


Well, topik kita pada hari ini adalah tentang SENYUMAN..


Tidak kiralah senyuman itu di kategori mana, senyuman manja, senyuman mintak sepak, senyuman malam jumaat atau senyuman perempuan desperate. Hari ni instructor yang mengajar aku suruh weoll buat sesuatu. Dimana, dia minta kami SENYUM..! Senyum sahaja uollss.


Beliau ajar kami, macam mana nak tau sebuah senyuman itu adalah ikhlas atau sengaja di buat-buat. Tak semua orang senyum dengan ikhlas. Macam aku, senyuman x ikhlas terjadi bila aku berhadapan dengan perempuan cantik. Yes, i hate pretty woman..!! Rasa nak hapuskan dari alam ni...


Beliau menambah lagi, senyuman yang ikhlas, akan terbukti di bahagian matanya. Dimana, kalau kita senyum kan, mata kita pun akan turut ter 'senyum'. Lepas tu, aku terpikir, mata aku ni sepet pulak kan, aku senyum ke x senyum ke, macam xde beze je pada mata.. Jadi, apa lagi, jom kita try (part aku paling suka):



Sebelum aku mulakan, jangan terkejut dengan muka model yang aku upah ni, sekali pandang macam Nasha Aziz uollss..


2 kali pandang macam Ashwarya Rai...!


3 kali pandang ??? Memang macam nak kena lempang..


Caranya senang sahaja, uolls pun boleh try. Bila kita senyum, sila tutup bahagian mulut dengan kain atau tangan atau what so ever la asalkan tutup. Dan start senyum..!



Sila perhatikan mata anda sebelum dan selepas senyum. Ade perbezaan..?


SEBELUM

SELEPAS



Ada beza ??? Ada kan... If tak de beza macam mana pulak ?? So pada sapa-sapa yang dah cuba, tapi macam tiada perubahan, korang tak cukup ikhlas sebenarnya.


Air Asia Airlines menjalankan ujian ni pada pelatih Flight Attendance, steward dan stewardess untuk tentukan sejauh mana keikhlasan senyuman mereka bila berhadapan dengan penumpang. Macam mana aku boleh senyum seikhlas mungkin untuk jadi model seperti atas.. Oh, aku terbayang lengchai hensem yang aku minat tu. Terus senyum ke telinga uolls..


Mari senyum selebar belanga...!!!

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review