Friday, December 24, 2010

Berlenggang ke Mid Valley & Jom Heboh

at Friday, December 24, 2010
Reactions: 
Harap maaf, dalam seminggu ni, sudah 4 entri tentang jalan-jalan. Ada sesapa yang menyampah..?? Menyampah tandanya cemburu. Wakakakaka. Ate, mak aku suruh balik pun, aku terasa, eh aku ade kampung ek..?? Hak hak hak. Dasar anak durhaka..! Takde duit baru terasa rindunya la kan pada makcik hang Tuah... Hahahahaha. Tetiba rindu makcik hang Tuah.. Ehem ehem...!! Tetiba macam rindu yang dibuat-buat. hahaha

Kali ni kami bertiga, Acik Minachi, Acik Buyung dan Acik Fiza Tombam ke Mid Valley. Aku yang memaksanya nak pergi. Sebelum ni aku dengar je kan pasal Mid Valley ni. Besar la, gedabak la, boleh sesat-sesat la. Besar nya sampai ko buat drift dalam tu, x sampai hujung bangunan, minyak kereta sudah habis. Betul ka ??? Pagi-pagi kemain malas lagi nak bangun. Acik Fiza paling semangat sekali kan. Aku baru nak capai gayung, die dah sengih-sengih nak gerak.

Weoll naik komuter dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley, dan manusia-manusia yang wujud adalah super ramai. Lepas tu bertolak-tolak. Nasib la aku ni kental orangnya, ko tolak aku, aku tolak ko balik. Biar gedegang penyek kat pintu..!

Pagi-pagi, seri muka pengantin tu ada lagi. Bila part berebut-rebut, seri kemana, manusia ke mana. Nyahh ko..!! Hidup kat KL tak boleh mengalah.. Kene keras ko..!! Kalau tak senang-senang je orang nak tepis kau. Kadang-kadang yang tepis aku tu, makcik-makcik kan, lagi la bengang aku memuncak. Dahla makcik, perangai macam ahli gusti.

Dalam pukul 1, sampaila kami ke Mid Valley, dan aku yang pertama kali tengok Mid V, ni adalah VA VA VA VA...!!! Standard ko gabungkan 4 shopping mall kat batu pahat tu kot. Kat batu pahat tu, pejam celik je kan, kalau yang ni, ko tinggalkan aku sorang-sorang, seminggu x jumpa jalan pulang.

Cari makan dulu sebab lapar. Cik Buyung teringin makan hotplate, dan mereka layankan aje perempuan tak mengandung ini. Bukan kempunan pun, lebih kepada mengada-ngada mintak sepak.. Itulah aku. Hak hak hak...! Habis koo aku makan, jangan main-main.

Well, ade beberapa kedai makan dalam foodcourt tu sendiri, mahal bukan main lagi. Kitorang pilih tempat yang harga standard je. Boleh la... Walopun kat Batu Pahat, harga sizzling tu baru RM 5.50, tapi kat Mid V adalah RM 8..!!! Kalau air pulak, dulu biasanya adalah RM 1.50, tapi sekarang adalah RM 3..!! Welcome to KL bebeh..


Acik Fiza Tembam ada hendak membeli hadiah dekat kedai sport. Jom la gerak, sambil mengusha-usha jejaka yang aktif..! hahaha. Memang mengancam. Kepala aku dah macam CCTV, mata aku pulak macam scanner, menilai mereka-mereka itu atas bawah. Kalau ada yang kacak tu, terus tettt tettt tettt tettt tettt..!!!!! Hehehehe gatai.


Sementara menunggu Acik Fiza Tembam membayar, menggedik dulu. Lama kot tunggu dia. Kau membayar ke, ko merompak dalam tu. Ke ko tengah potong line aku..?? Ciss..!


Lepas je beli barang sukan, weoll window shopping saje, Cik Buyung sangat sedar diri ketika ini ye, kalau tengah banyak duit, hilang pedoman aku di situ. Hilang arah pun ye jugak. Bila tengah kopak, jadi manusia sekejap. Hak hak hak..! Jalan-jalan sekejap, lepas tu ade nampak decoration untuk krismas, ade teddy bear besar-besar. hadiah besar-besar, terus tarik mereka seperti orang gila untuk bergambar.

Ada pokok krismas yang sangat tinggii.....Tingginya boleh sampai ke tingkat 3. Macam mana la gamoknya diorang masukkan pokok tu kat pintu utama. Semua bende adalah giant. Dan aku boleh feeling gadis genit di situ.. Hehehehe


Kemain lagi aku bergambar, orang lain dah pandang-pandang je kan, perempuan ni nak kene lempang agaknya baru sedar diri. Dari tadi dia, lepas dia, dia, lepas tu, dia balik. DIA DIA DIA...!


Kenapakah rupa aku sangat spastik waktu ini? Acik Fiza Tembam la ni, time aku tak ready, dah snap.. GRRRR...!!

Kepada Ummi: Oooo, kemain lagi kata aku gedik ek.. Meh aku kasi gedik lagi. Kau tengok la gambar yang seterusnya. Ada rasa nak santau aku tak ? Wakakakaka


Hahahaha. Peliz... Lagi dihalang, lagi tonggek aku bergambar. Tyra Bank pun boleh resign tengok gaya aku. Sila geli...! hehehe. Weoll gerak balik kira awal jugakla, dalam pukul 3, sebab aku dah bising nak ke Jom Heboh. Pertama kali aku pergi jugak ni. Sebelum ni feel dalam tv je kan, sekrang boleh tengok live..! Dekat je dengan hostel aku. Jadi tak payah susah-susah nak amik train lain untuk balik.

Muka manusia penat..! Tak larat dah sebenarnya. Tapi berjaya mengentalkan diri berjalan-jalan mengharung godaan artis ensem... hehehe. Diorang ngurat I uolss. Sila percaya. Ada awek kat sebelah pun, dari jauh boleh main kenyit-kenyit mata dengan aku.


Ada pameran kereta Ferrari ko...!! Oh ye, nak cerita, setiap kereta ada model yang akan berdiri sebelah kereta ni tau. Dan model untuk kereta merah ni, muka adalah super duper berlagak. Macam taik..! Tau la kau penat, tapi kau di bayar untuk senyum. Kalau tak tahan, jangan amik kerje tonggang tonggek ni. Buat sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit semuanya lah. Yang kereta satu lagi, elok je model nya walaupun kereta dia suam-suam kuku aje. Kau ingat, rambut karat kau tu cantik..??? Macam berus sental periuk nenek aku aje.

Jalan-jalan jauh sikit, ternampak pulak booth BIOTECH CORP, saya sayang BIOTECH CORP sebab itu saya kasi semangat di sini. Hehehehe. Elaun bulan ni tolong kasi cepat sikit ek... ERK ??? Hahaha. Ada Fauziah Gous uolss..! Dalam tv, xdelah nampak cantik mana, bila secara live, omak aih, Cik Buyung pun boleh jatuh ranking kalau macam ni. Cantik gila muka dia, badan solid kemain.

Patutla Iqram Dinzly suka. Iqram pun, dalam tv biasa-biasa je, tapi depan-depan..! Melayang-layang jiwa den dibueknya.. Ehem-Ehem..! Jangan rapat sangat, aku jeles ni. Aku tak amik gambar artis banyak-banyak pun sebab tak larat. Bila dah puas hati, masing-masing balik dengan muka ketat. Sampai bilik je terus terkangkang. Penat gila kot..!


2 comments:

lindosh said...

x ambil gambar ngan iqram dinzly ngan fauziah gous yg mmg jelitawan tu? comel kan tgk dia live? =)

Fariha said...

serius comel..rase nak terkam je..huhuhu

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review