Tuesday, December 21, 2010

Jalan-Jalan di Taman KLCC

at Tuesday, December 21, 2010

Selepas kepenatan di dalam PETROSAINS, acik kene amik udara segar sikit.. Belajar Sains selama 2 jam ko, sewel kejap otak ni.. Dekat luar KLCC ni kan ada air pancut, tapi masa weolls datang, air pancut nya tak nak keluar. Ate sampai bilanya aku kene tunggu ni..??

Minachi: Air pancut nya tak keluar la Fa

Aku: Alooooo..Dah tu bilanya nak keluar ni ? Kan dah petang ni...

Minachi: Tak tahu la. Masa orang datang dulu, dalam pukul 5 lebih macam tu la.

Aku: Cantik ek ???

Minachi: Takpun..~


Citt...!!! Cara menunggu dan kekecewaan minachi terhadap air pancut tu, macam lawa bebeno.. Ku tertipu. tsk tsk tsk

Sebab x dapat tengok air terjun, weoll pun jalan ke depan sikit, tengok budak-budak mandi.. Budak tau, bukan bapak budak..!


Pipiku montel tak agak-agak. Aku teringat, dulu ade pernah si gendut mandi kat sini. Kemain dia tau. Macam anak gorilla jumpa air.. Dulu masa kecik-kecik, mandi kat sini selamat la, sebab airnya parat kaki je. Aku ingat lagi, gendut baru umur 2 tahun kot, jalan pun x betul lagi, adik aku tinggalkan die kat kolam renang. Pada orang dewasa, x la dalam, tapi pada gendut, air paras pinggang kot. Jalan pun masih jatuh. Jadi bayangkanla, kalau die terjatuh, tentu-tentu la lemas.


Aku adalah seperti pelangi di waktu petang. Center of Attraction gitu. Kalah minachi..

Nak andi..! Nak andi..!

Boleh jugak berpiknik kat sini. Masak-masak kat rumah, pastu bawak tikar, mangkuk tingkat dan segala mak nenek baju untuk mandi manda. Untuk yang budak-budak ye je. kadang-kadang mak budak yang over benonya.. Kalau 10 mak budak yang mandi ?? Tak ke malam tu diorang terpaksa menambah 10 lori air Indah Water ???


Berlatarbelakangkan KLCC.. Alamak, x nampak pulak KLCC nya.. Perasan tak sejak akhir-akhir gambar aku macam mana..??

Hurm..Macam mana ek..??? Makin mengancam kot...! Hak hak hak. Silakan sepak aku laju-laju..

Pose ngengada Cik Buyung pada bulan ini adalah seperti ini.. Hahahaha. Banyak lagi yang akan menyusul. Lepas ni adalah aksi mulut ternganga. Ala macam iklan Victorea Secret tu.. Mengancam tak..?? Hak hak hak..


Taman ni bersih je, Jadi nak duduk kat mana-mana pun rase selesa. Kalau sesetengah taman tu, boleh sampai nampak bekas orang meludah yang minggu lepas punya. Yeark...!!!


Diakhiri dengan gambar cik buyung yang kemain happy di samping kereta barunya.. Hehehehe. Kenangan di waktu usia tua ni.. JOM BALIK..!! Eh, jangan naik ramai-ramai kereta baru aku ni, karang tak lepas bonggol, satu hal pulak nak mengangkat..!


p/S: Eh Cik Buyung..! Bukan masa ni kau beriya tahan teksi tapi teksi taknak berhenti lepas nampak muka kau







0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review