Thursday, December 16, 2010

Minggu Yang Malu

at Thursday, December 16, 2010

Sudah dua kali berturut-turut uolls aku memalukan diri sendiri di dalam kelas.


Rasa nak kelar je tangan ni gara-gara tak mampu menahan perasaan tatkala di jadikan mangsa pandangan di dalam kelas..


Tiap kali berlaku, terpaksa pasrah.. Cik Buyung harus mandi bunga. Kalau berterusan macam ni, lari la jejaka idaman aku yang aku dah start suke tu..


Hehehe, yes uolls, aku sudah crush sama this lengchai hensem dalam kelas aku..


Nak tau mamat ni macam mana ??? Memang menepati ciri-ciri yang aku suke la..Meh kasi aku kertas, aku boleh listkan dari 1 sampai 100 ape ciri-ciri yang aku suka pada dia..
Seratus-seratus aku jawab HENSEM..hahahaha


Cik Buyung kan giler, tengah suke kat orang lain pun, boleh crush crush lagi dengan orang lain... Itu la yang dinamakan kuasa kuda sebuah cinta.. eeekkk okkkkk !!. (eh tu keldai)


Jom ikuti kisah malu aku minggu ini


Kisah Malu 1:

Aku duduk barisan depan sekali. Yea, depan sekali uollss, sila percaya, ko tikam aku banyak kali pun, statement 'aku duduk depan sekali' tu tetap tak kan berubah. Dan waktu tu, ade beberapa kawan aku tengah buat presentation kat depan. Jadi, sementara yang sorang tengah pung pang pung pang, yang lain akan diri dekat tepi, iaitu betul-betul depan meja aku.

Jadi, mereka-mereka yang berdiri depan aku tu, bukan semua concentrate, ada yang menerawang pikirkan balak kelas sebelah, ada yang termenung, ada yang dah ingat nak balik. Ada yang ingat nak makan, padahal baru seminit lepas lunch break. Tengah-tengah syok melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba


PAAAPPPP...!!!!!


Aku tepuk tangan aku betul-betul depan hidung budak yang berdiri depan meja aku. Kuat pulak tu, satu kelas pandang ke arah aku.. Oh oh, aku tak keruan sudah. Lepas tu aku pun cover la, "ada nyamuk tadi, hehehehe".. Orang yang tengah presentation boleh terangkat bahu gara-gara PAAAAPPP aku tu.. Masing-masing membuat pandangan paling hina pada cik buyung. Tsk tsk tsk.. Eh, memang ada nyamuk tau uollsss...



Kisah Malu 2:

Dalam kelas, aku duduk sebelah kawan aku, nama dia FIZA tembam..hahahaha.. mampuh aku kene sekel kalau dia tahu ni. Kejadian ni pun berlaku ketika seorang budak ni sedang buat presentation di dalam kelas. Aku ingat lagi, dia bercakap pasal air. Air tu, air ni, aku pun naik syok la dengar kan. Bukan air tutttt ye uollss, tapi air minum. Eh, tapi air tuttt tu pun perempuan minum (Ek ??? Abaikan abaikan. Hehehe). Masa tu memang sedang giler kentang tumpu perhatian kan..

Dalam kelas tu, kalau ada orang buat presentation, masing-masing akan senyap je. Takkan ada yang bersuara. Tiba- tiba kan..ada sorang perempuan melatah.



OH MAK KAU...!!!!


Kuat giler kot perempuan tu melatah, cukup kuat untuk didengar sampai hujung kampung,semue pandang perempuan tu dengan pandangan yang tak semenggah. Pandangan nak memarang pun ade jugak. Sekali lagi, perempuan tu ialah aku uolsss... Tsk tsk tsk.. Kenapa aku boleh tiba-tiba melatah ?? Si Fizah tu la, ada ke dia pergi main-main dekat punat yang boleh tinggikan kerusi, rendahkan kerusi tu.

Masa tu kerusi aku tu tinggi, nak pulak, aku ni sesaiz dengan lembu dekat pameran MAHA tu, tiba-tiba kursi tu zuuppp turun serendah-rendahnye.. Hell je... Si fizah yang tembam dan maha bulat tu dah tekan-tekan perut ketawa, aku pulak, rasa nak amik gilette, potong nadi sendiri.


Kesimpulannya, perempuan cantik selalu dimalukan.



Hahahaha, tak boleh blah langsung kesimpulan ko cik buyung..!!



2 comments:

nadiah said...

apelah iha ni. ni msti kes asyik berangan je ni. HAHA

Fariha said...

hari2 mamcm ni, boleh gantung diri kak nad

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review