Thursday, November 4, 2010

Surat Untuk Brader Rempit

at Thursday, November 04, 2010
Reactions: 
Ingat tak aku ade menceritakan kisah sorang brader rempit yang otak dia dah wenggg gara-gara kene hentam dengan van tu ?? Tetibe aku nak buat surat untuk dia..boleh ??



Kehadapan adik rempit yang akak kasihani..



Akak harap adik masih sihat la ye..Kali terakhir akak tengok ko masa tu, ko macam masih terweng weng je..Jadi harapnya, masih waras lagi la yo..Sememangnya, walaupun baru pertama kali akak jumpa adik, tengok keadaan ko macam tu, rasa kesian pun ada, rasa geram pun ada, rasa nak picit-picit pun ada. Rasa nak sekeh kuasa lapan lagi la ada...


Kesian akak tengok ko dik, akak nak interview ko banyak-banyak pun rasa tak sampai hati..Yela, ko nak bercakap pun tersekat-sekat..aa ee aa ee.. Akak ni klo bertanya, memang x cukup satu soklan dik..Penat ko nak menjawab nanti ha.. Akak tahu, ko susah nak bercakap sebab gigi-gigi ko tetibe dissappear kan...Gigi adalah penting dik.. Untuk makan..Masa makcik suruh ko makan, ko tak makan, ko minum je..Kesiannnnnn..Akak tahu ko tak boleh nak kunyah dik..tsk tsk tsk
*amik tisu sat. Akak memang sensitipp dik bab-bab makan ni. Jangan ditanya kenapa.


Tu la dik, masa ade gigi dulu, ko berlagak kan jadi mat rempit..konon hero la..konon 'AKU LA JUARA'...Last-last, ko nak makan pun, xleh tayang gigi seumur hidup..rasakan. Macam mana ko nak ngurat awek cun macam akak ni ha..Nak ngurat kene pakai mulut tau..Memang la ko boleh adjust cara sms hai hai gitu..Tapi sampai bila kan, suatu hari nanti, kene jumpa jugak. Tak kan ko depan die nak ter hwa hwa hwa kot..Kalau cara ko ngejas macam tu, akak tak tunggu lama dah, angkat kain, cabuttttttt....



Kalau ko dapat awek sorang pun, kompem tak secun akak..Klo dapat tu, haruslah ko tadah tangan dik..Oh ye sambil melutut, jangan lupe...Dah dapat tu, mesti ko nak kol awek ko hari-hari, mesej hari-hari..Camno ko nak beli top up kol awek ko kat kedai dengan mulut camtu..?? Takkan ko nak cakap " khak, hak heli hop hap hima hinggit " (kak, nak beli top up lima ringgit)...Mesti akak yang jual top up tu, ter ha ha dengan ko..Kes bercakap bahasa ayam itik...


Nak menyesal pun tak berguna dah dik..bukan gigi ko boleh sambung semula pakai gam UHU...gigi ko yang tertangal tu pun, ko tak tahu jatuh kat mana kan..Akak rasa dah dialir dek air sungai Kluang tu ha..entah-entah, dah lepas ke laut dik. Tapi, apa-apa hal pun, akak nak bagi nasihat la bahawasanya akak memang suka dik kalau ko kembali ke dunia rempit..Yela, terlalu muda pulak ko nak bersara, sah sah ko takkan dapat duit pencen kan..Akak memang merindui aksi-aksi superman ko tu dik..Cuma ko tak ade pakai spender kat luar je


Akak bukan apa dik, mana la tau kan, tetibe ko sekali lagi kene hentam dengan kereta ke, pastu hidung ko pulak yang hilang..Ko sedar-sedar aje dari koma, tetibe rasa bahagian hidung, flattt je...Seumur hidup ko kene sedut oksigen guna mulut...bunyi pun baikkkkk punya..Macam ni ha dik KROH KROH... Merdu kan ?? Lagi macho dik klo ko boleh buat macam tu, ko la manusia pertama yang sedut nafas guna mulut.. Kawan-kawan ko yang datang melawat kat hospital, baik punya bahan ko. "Bro, suke gile pattern hidung lu. Mana angkat..??". Sape tak suka bahan member yang bernafas guna mulut kan..silap-silap, akak pon duet sama dengan diorang.



Kalau la, dah jadi sesengauuu gini pun, ko nak teruskan dunia rempit ko tu, akak memang tak teragak-agak dik, doa pada Allah supaya Dia 'let go' kan aje nyawa ko tu..Bukan apa, kesian ke mak ko tu ha, beriya-iya jaga ko kat spital, doa banyak-banyak agar Tuhan bagi chance kat ko untuk hidup, tapi ko tetap gigih bawak motor laju-laju. Selagi dua-dua tayar masih berpusing kat atas tar, selagi tu ko tak puas hati kan. Kalau boleh, nak jalan atas angin...Baikkkk punye ko pulas minyak.


Ingat-ingat la ye dik, kali pertama ko selamat, kali kedua, memang akak tak boleh nak jamin la..Kot kot la tetibe mata ko pulak hilang sebelah.. Jadi beringat sebelum hilang.




Ikhlas dari,


Peminat Gaya Rempitmu



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review