Dimulakan dengan gambar mak datin paling hot di abad ni sebagai mukadimah.. Ya a auuuwwww. Ececeaaa.. Cukup panas..??? Lebih panas dari hati korang yang malam-malam buta dan kena pandang Ratu Dunia di bawah ini. wakakaka.





Uiii.. melekuk melentik meletop...!!! Hahahaha.. memuji diri sendiri adalah baik untuk awet muda.. Tips hari Jumaat ye uolsss.. Kawasan ni macam sunyi sikit la, sebab tak ramai orang, walaupun hari Ahad, janganlah mengada-ngada nak jalan sensorang, lepas tu kasi pose maut jelingan manja dengan lelaki yang tengah lalu-lalang disitu.. No no no..! Man is danger, especially the ugly one..! The cute one ok... hahahaha Apakah ???




Singgahsana di Raja. Warna-warni lagi kooo. Macam rumah makcik Hang Tuah dah.. Setiap dinding kaler merah pink hijau kuning biru..!


Teka bende apa ni...???? Keranda kaum Dayak uollsss.. Seram mak.. Dan bende ini adalah kocik ok... Nak masuk punggung pun, hazabbb...! Orang Dayak kecik-kecik ke..??? Well, yang aku tahu, tak semua mayat yang dimasukkan dalam keranda adalah dalam keadaan baring tegak.. Setiap kepercayaan ada posisi tersendiri.. Ecececea, dan macam tok penggali kubur dah aku

Destinasi seterusnya adalah ke Istana Satu.. Bukanlah istana betul, kire istana zaman orang dolu-dolu. Dan Acik sangat sodih sebab, 'Macam ni ke istana kooo..!!' Upgrade sikit je dari rumah kampung yang paling cikai dekat Batu Pahat.. Kecik wei... Kalau yang ni istana, rumah rakyat jelata adalah upgrade sikit dari reban ayam ke..???

Batu dalam pagar tu, bukan nesan ye uolls. Tu adalah batu entahapaapa, sebab aku kelupaan. Tapi dikatakan batu ni hidup, bukanla malam-malam dia loncat pagar tu pergi minum teh tarik roti canai, tapi batu ni membesar, membesar dan membesar...!

Patung peringatan yang diperbuat daripada besi.. Saje aku gedik-gedik peluk patung ni, nak rasa, macam la gamoknye peluk orang putih, nak peluk yang betul-betul, ehem ehem, belum aku sempat bersuara, masing-masing dah bukak langkah.. nak terajang aku.. hahaha


Kereta bomba zaman dolu-dolu.. Tangga dia pun, antik kemain. Roda belakang pun, alahaiiii, macam mengundang kebakaran yang lagi besar je. hahahaha




Masuk Muzium Negara murah saja uollss... Rm 2 ye.. DUA HINGGIT.. Untuk warga asing, 5 hinggit.. Padan muka, mahal... Kita murah jeeeewwwww.. Kembang hidung muka berlagak.. Kau ada..?? Apasal tak letak 10 hinggit ek..??? Baru la cepat kaya hasil kikisan duit Mat Salleh.. kan kan kan.. Ni tak, tiap tahun kikis duit rakyat sendiri.. Upsss...hehehe





Para tengkorak yang disayangi. Nak kasi tau ni.. Setiap tengkorak ada label kat bawah dia kan. Macam tengkorak pertama, dari manusia mana, tengkorak dua, dari manusia lain pulak. Dan, 3 tengkorak paling kiri, ada tulis 'replica', tapiiiiii tengkorak paling kanan sekali takde...!! Adakah..~ Ayoooooo Tengkorak paling kanan, adalah dari manusia Homo Sapienz ye.


Inilah dia rangka yang aku cakapkan tadi... Real ok..!! Dan aku mengalami kejadian pelik, dimana, bila aku nak amik gambar kan, lepas je tangkap gambar kat hall ni, mesti camera aku hang hang... Rasa nak campak je, sebelum ni xde pulak buat hal.. Lepas je keluar, masuk hall B, terus ok. See, sangat mengada-ngada..

Kepala naga ini selalu digunakan sebagai perhiasan di kepala kapal.. Sangat scary. Macam nak menerkam

Batu apa entah. Acik Buyung sudah lupa. Payah nak sebut lagipun. Kang aku hentam nama bende alah ni, kene rejam pulak.

Patung di belakang aku ni, sepatutnya ada 8 tangan, tapi hanya tinggal 7 sahaja. Satu lagi patah semasa dijumpai. eh, patut ni, yang orang buat pemujaan tu ke..?? Kecik je.. Panjang tangan aku lagi rasanya.. Aku kan manusia bertangan hantu, tak normal..

Social party bebeh.. Hahahaha.. Zaman dulu-dulu mana ada club nak bincang bisnes itu ini. So, gambar di atas menunjukkan perbincangan Sultan dan saudagar-saudagar A'rab lah. Ya ante, ya anta, ya muaallim, ya maulana, ya taik unta'.

Hall C pulak, tentang pameran di saat Tanah Melayu di serang penjajah-penjajah Inggeris, Portugis dan Belanda..

Segala mak nenek replika kapal, meriam, senapang, baju perisai yang digunakan oleh askar Inggeris ada dalam ni..

Pakcik yang gigih menoreh.. Dah bertahun, toreh tempat yang sama je, tak gerak. Yang peliknya, pokoknya ada satu je.

Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Classic gituw... Dulu-dulu kan, aku penah cuba naik basikal pattern camni, tapiiii.. adehhhh sakitnya..huhuhu..Tau-tau je la sakit kat mana ye. Macam nak terkoyak uolss.. Ouch...!! lelaki-lelaki, sila tutup mata, jangan baca ye..


Banyak ilmu yang dipelajari hari ini murid-murid. Penat kot jadi cikgu sejarah ni kan. Nak -nak, otak dah berkarat tu, belajar Sains memanjang. Kiri kanan, silinder, kelalang kon, bikar, hot plate, oven, dan segala mak nenek barang la. Warna baju tentera Jepun pun tak dapat nak teka, memang aku campak ko kat landasan LRT nu.
p/s: Berpeluh-peluh menaip entry. Ketiak sudah basah, mahu mandi-mandi, manjakan badan ku yang cekci ini. Eceh...! Sekian sahaja
p/s: Berpeluh-peluh menaip entry. Ketiak sudah basah, mahu mandi-mandi, manjakan badan ku yang cekci ini. Eceh...! Sekian sahaja
With love,
Gadis Cantik wannabe.
(hahahaha.. Sempat)
2 comments:
akhirnye..ko pegi jugak muzium negara yg aku war warkan itu...bagus2...anak jati Malaya...
wui..feeling masuk tempat, sama macm masuk masuk balai seni lukis negara dulu tu.. masuk semangat, keluar2 je lembik.hahahaa
Post a Comment