Tuesday, January 4, 2011

Malam Tahun Baru Yang Hot..!

at Tuesday, January 04, 2011
Memang hot.. kalau ada aku je la.. huahuahua.. Mizz Nina pun boleh menangis tengok aku.. hahaha. Ok stop it, sangatla mengover aku ni.. Eh eh, sebelum tu, malam tahun baru hari tu, korang sambut kat mana ek..?? Apa ? Kat rumah je..??


Countdown depan tv..?? Tapi, aku jamin, malam tahun baru, ramai dah melayang ke planet Pluto. Hek eleh.. Apa barang kan tidur awal... hohoho.. Aku sambut kat KL yaw.. Kau ada..?? Macam tu la orang pengak (jakun) kalau berlagak kan sambut New Year kat KL ..


Adik aku yang busuk dan baik hati tu, mengoffer untuk bawak ke Dataran tengok konsert.. Aku bab konsert, lagi laju dari bab kawin. Boleh terkinja-kinja uollsss... Kakak mu yang comel ini membuat keputusan untuk naik motor saje..


Kau naik kereta, tahun baru 2012 baru sampai kot. Jam tak hengat. Kalau naik kereta ni, berpeluh jugakla ketiak nak mulas stereng tu..Baru ayu katanya. Melayang-layang aku atas motor tu.. pergh.. seram.. Dengan helmet yang macam sarung tembikai... bak buk bak buk bunyi kalau langgar bonggol



Selepas setengah jam bertarung nyawa atas motor tu, sampai la jugak dekat Dataran Merdeka.. Dari jauh, dah nampak ramai orang.. Ramai gila. Macam tengah tengok sarang tebuan.. Tak reti duk rumah ape..tengok jela depan tv kan, Biar aku countdown sorang-sorang. Lepas tu, orang yang kat rumah yang tengok siaran langsung, tengok, nyonya mana la yang jerit 3...2...1...!!!! hahahaha



Sepanjang jalan nak ke Dataran tu, memang ramai la yang menjual.. paling banyak jual bende alah yang macam telinga mickey mouse yang berlampu-lampu tu. Aku tak paham fungsi bende alah tu, dan paling aku tak paham, ramai pulak tu yang membelinya. Telinga yang ada masih tak cukup gamoknya.. Pastu, ade jugak diorang ni jual bende alah tiup-tiup, bunyi yang tak boleh blah langsung tu.. Paling kuat adalah yang paling mahal..



Nak ke Dataran tu, jauh jugak la kene berjalan. parking motor pun takde kooo. Lagikan parking kereta kan.. Disebabkan ramai giler orang, handbag ni kemain lagi aku kepit, lepas tu handset tu, selalu pastikan masih terasa dalam poket.. Orang sekarang ni, poket depan pun kalau boleh nak seluk kan. Tak kira dah, kalau-kalau terpegang bende lain.. Tu dikira bonus la..hahahaha


Aku pun nak telinga rabbit biru tu.. tsk tsk tsk..


Sampai-sampai je, mencari port terbaik.. Yang penting jauh daripada orang-orang yang ketiak tak sembur deodarant.. mak tak tahan nok, karang tak sempat aku countdown, masuk ICU pulak.. Ketiak penting oh, lagi-lagi tempat ramai orang kan.. waktu ni la nak menguji kesabaran hidung menangani stress. hahahah. Stress la sangat kan.. Then, aku dapat port duduk sebelah sepasang couple ni, tetiba, apa la malang aku terjumpa manusia spesis ni..



Aku bukan nak tayang abang yang tengah kembang-kembang hidung tu ye.. Tapi bangunan tu, cantik tak..?? Selalunya dapat tengok dalam tv, kali ni depan mata. Amik kau.. Oh ye, couple depan aku tu, teraba-raba. Macam la aku tak nampak kan, tangan balak telinga bertindik dia tu asyik duk nak pegang tetttt awek dia.. Kalau iye pun dah gersang sangat, toilet banyak.. wakakakaka. Tak kelas langsung buat dalam toilet..



Kau tengok...!!! pergh, umat manusia yang ke mesjid pun tak seramai ni.. Jangan terpedaya ye, manusia yang berkadpengenalan Malaysia, berapa ratus je. Yang ramai adalah yang entah apa-apa.. Orang Malaysia sambut tahun baru kat mesjid la wei.. hahahaha..



Well, aku kan wanita besi, tempat yang ramai orang tu la, yang aku tuju, sebut je berapa saiz badan diorang, semue aku tepis.. malam tu, wad hospital memang full house la. Wakakakaka... Sayup-sayup nak ketengah stage, dah boleh dengar konsert.. Wohoo.. Tapi jahuh uollsss.. Nak tengok pun, macam kene guna teropong tengok bulan. Hell je.. Kat Batu Pahat, boleh tengok artis depan hidung ko je kan..



Ada Mizz Nina yaww.. Nyanyi lagu what you waiting for, tapi mamat salleh tu xde la. Entahla, pempuan tu macam miming je.. Aku sampai sana dalam pukul 11, tunggu sejam sebelum countdown ramai-ramai. Memang meriah tak hengat. So, bila tinggal 2 minit lagi nak pukul 12, masing-masing dah get ready bangun, camera masing-masing dah setting baikk punya, kalau boleh henset taknak kalah dengan orang sebelah, henset aku canggih, henset kau manggis.. Gituw.. Sebab aku yang macam itu.. Hahahaha



Cuba kalau henset cikai, duduk diam-diam macam takde perasaan. Buat-buat tertinggal henset, ayat tak boleh bla la kan, " Alamak, henset tertinggal dalam kereta la, ruginya.. Ada henset, BB torch lagi, tapi nak cepat kan tadi...". Kaber line baikk punya kan...



Beberapa saat lagi ke pukul 12 tengah malam...



3....



2....


1...!!!!!



Bunga api yang sangat cantik...! kalau korang nampak ade sorang acik gemuk yang tengah meloncat-loncat, aku la tu..hahahaha.. Dasar pengak..! Ada 2 pertunjukan, satu dekat depan Dewan Bandaraya, satu lagi belakang Bangunan Sultan Abdul Samad tu. Jadi tak tentu arah nak tengok mana satu.


Lebih kurang 15 minit bunga api tu, lepas tu masing-masing dah nak balik. Time ni la paling menduga hati aku yang lembut macam roti nan ni, Ya ampun dia punya ramai tu, kussss semangat... Time ni la aku telah terkena dengan sorang mamat muka standard tahik &^%$, yang telah menggesel-gesel kat aku. Celaka betul. What the hell r you doing...????


Ceaaa, padahal tak terkeluar, tapi aku mendengus tu, macam lembu jantan la.. Serius nak kene sepakk.. Pakkal aku mikir, malam tu, mesti wad ICU penuh kan.. Kalau tak, terlantar la ko atas lantai wad..


So, macam tu la sambutan malam tahun baru di KL, ingat nak clubbing kejap... Hahahaha.. CLUBBING, kalau nak kene sabit dengan makcik Hang Tuah, buat la... So, uolls punye cerita macam mana...?? Eleh... Kalau, roh korang sendiri dah melayang ke bulan di malam tahun baru, apa nak dicerita....


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review