Sunday, January 2, 2011

Kisah Tak Makan Nasi

at Sunday, January 02, 2011
Tajuk macam hebat je kan, tak makan nasi.. Biasalah, cik buyung kalau bercerita, tajuk nak kencang je. Takpun ribut..! Well, aku kan bila waktu tengaari, dah melatih perut tersayang untuk tak makan nasi. Kalau nak amik pun, kene hep hep dulu. Kalau tak, memang aku jadi perempuan hilang kawalan. Jadi, kawan-kawan kelas aku, macam dah tau peel aku tak amik nasi waktu tengahari. Jaga badan katanya kan. Babat dah muncul sana sini wei...!!! Babat tu adalah lemak ye.


Hari Selasa lepas, masa makan tengahari after kelas yang membosankan, weoll pun ramai-ramai pergi kejar food court dekat ground floor. Lari laju-laju macam food court tu ade kaki, boleh pindah-pindah... Dan aku telah menyerang satu restoran yang cantik ini. Tak ingat dah apa namanya, tapi memang selesa la. Bersih pun bersih.. Yang penting tak de kucing..! I hate catsss...! Feel like mahu lempang-lempang if they play around my feet. Dont like dont like...


Dulu kan, kalau ada kucing gesel-gesel kat kaki aku, automatik pinggan cawan semua terbang..! Kalau takde cawan pinggan, kaki aku yang terbang ke muka kucing tu..Muahahaha. Eh, tak sengaja tau.. (kaber kaber).. I love cats.. hahahaha tetibe


Well, masa tengah amik lauk-lauk tu, adelah nampak 2 orang budak lelaki kelas aku ni. diorang pun niat nak makan tempat yang sama... Ceaaaa, nak pilih tempat makan pun, nak sama dengan aku kan... Cakap je la minat..hahahaha.. memang tak la kan. Dua orang budak ni, beratur belakang aku nak amik lauk..


Berikut adalah perbualan diorang

Boy 1: Hui, sikit nya kau makan hari ni..?? macam tak percaya je kau makan lauk aje..

Boy 2: Beselah. Aku diet.. Nak diet macam fa jugak. Tak makan nasi.. tengok pinggan dia, lauk je.

Aku dah sengih-sengih, bontot kembang-kembang, pipi merah-merah.. huhuhu. dan boy 1 telah menyambung..

Boy 1: NASI DIA PINGGAN LAIN... kan fa kan..???



What the ..... APA DOSAKU PADAMU..??? Tak pasal-pasal aku dah buat dosa hari Selasa dengan meng *%^&*$#!@ kan budak itu...

Hebat wooo kau kutuk aku tanpa kene sepak.. Nasib baik la ensem, kalau tak, kat situ jugak kau jalan.. hahahaha. Ada bran nak ulang lagi...???? Hiyark..!!! dush dush dush..


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review