Tuesday, January 11, 2011

Usha Tugu Negara Pulak

at Tuesday, January 11, 2011
Reactions: 
Bismillahhirrahman ni rahim, dimulakan sebuah entry berjalan-jalan lagi, dengan muka perempuan cantik yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Keh keh keh..


Dekat kelas dah ade yang menegur ok. 'Fa, ko ni asyik berjaaaaaaaaalan aje..!' Dah tu camno, kaki ni, paku la macam mana pun, akan ku seret jugak.. Lepas je aku berilmiah (katanya kan) di Muzium Negara, awek adik aku tanya, "Nak pergi mana lagi kak..??". dengan sifat kepatriotikan dan kesetiaan kepada negara, aku jawab "TUGU NEGARA bebeh". Hahahaha.. Terbebeh-bebeh koo.



Sapa dah jalan Tugu Negara..??? Angkat hidung.. Aku dah pergiiii, boleh kembang hidung..! Hahahaha. Ko ada, ko ada..???


Well, aku boleh bet la, ada orang KL yang x pernah tengok pun Tugu Negara yang sebenar..?? Kalau ko kata, Tugu Negara ni adalah patung yang kecik, meh aku sekeh kepala ko. Dalam tv, nampak tak berapa besar ok, bila tengok depan hidung, kau akan rasa OMAKAAAIIHHHH (cara orang melayu), OMAIGODDDD (cara orang putih).



Bosar kemain.. mencucuk langit. Dan aku adalah kagum terloncat-loncat.. Kalau tanpa loncat tu, kagum sikit je. hikhikhik. Tugu Negara ni, area Taman Tasik Perdana tu je, cuma, nak masuk dalam tu, kene jalan sikit, bukanlah, betul-betul tepi jalan. Apa..??? Malas jalan..??? Kooo, sejak jadi manusia ni, cubalah bawak insaf sikit dengan lemak-lemak tu. Ceaaaa.. Mentang-mentang dah turun 3 kg, motif ???? hahahaha




Masuk je pintu utama, mula-mula akan ada Tugu Peringatan, Tugu Peringatan dan Tugu Negara ni, lain ok. Yang Tugu negara tu khas untuk askar Melayu, yang Tugu Peringatan tu, untuk semua.



Tapi, kat Tugu Peringatan ni, dah ada nama-nama orang yang terkorban, so, banyak nama orang putih la, orang Melayu nan adooo. Cari-cari jugak, tapi tak ada.

Gigih la adik ipar aku tu melayan perangai gedik aku ni.. Aku posing gaya ratu pun, dikata cantik.. Hak hak hak. Best kot ada adik ipar, kalau ko kata ko penah menang Miss Universe pun, die ucap tahniah. Hahahaha. Sejak-sejak pinggang dah 24 ni (ke..?? hehehe), saham aku double.. DOUBLE wei...

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review