Thursday, January 6, 2011

Muzium Negara Bebeh..!!

at Thursday, January 06, 2011
Dimulakan dengan gambar mak datin paling hot di abad ni sebagai mukadimah.. Ya a auuuwwww. Ececeaaa.. Cukup panas..??? Lebih panas dari hati korang yang malam-malam buta dan kena pandang Ratu Dunia di bawah ini. wakakaka.

Minggu lepas, hari Ahad, walaupun keluar rumah dah pukul 3 petang, boleh cover 1 KL uolss berjalan.. hahaha.. Tipu je.. Well kali ni, kita ke Muzium Negara.. Nampak macam adik-adik yang lambat up je kan pergi situ.. Tapi percayalah, berbaloi-baloiiiiii. Plan sebenar nak ke zoo, tapi, dompet aku berlubang pulak. BESAR pulak lubangnya kan :P.. Nak masuk zoo pun 15 hinggit..! Makan dalam tu lagi, tak campur dengan kepansan yang melanda-landa.. berpoloh-poloh makcik nanti..

Aku tak tahulah Muzium Negara ni area mana, tapi, dalam satu kawasan, adalah besar okeh.. Kat situ la muzium, kat situla Taman Burung, kat situ la memorial Tun Abdul Razak, dan kat situ jugakla Muzium Polis. Kalau ada yang feeling-feeling er Mat Sallerrrhh, er uolss boleh walking-walking, running-running until u meet the hell... Hahahaha

Eh lupa nak bagitahu, i pergi dengan bakal adik ipar i yang baik hati uolss.. Kenapa baik hati ??? Ko cakap la nak kemana pun, start enjin, terus vroooommmm..!! Dengan aku je la kan boleh, kalau uollss yang mintak, entah-entah dapat jelingan padu 'Kau apa hal nak suruh-suruh...!' . Gitu...

Mula-mula mahu ke Planeterium Negara, tapi, tengok-tengok, tutup pukul 4.30. masa tu dah pukul 3.30 kan, macam mana tu..?? Tak sempat kau nak kentut untuk kali kedua kat situ, dah kene halau keluar.. Baik aku pergi tempat yang boleh kentut banyak kali. Wakakakaka.. Apahal entah nak tutup cepat-cepat, apa ko ade urusan hal paduka baginda nak kasi setel ke..?? Relek-relek sudeeeee..

Diatas jejantas. Mahu menyeberang ke destinasi syurga.. Muahahaha


Uiii.. melekuk melentik meletop...!!! Hahahaha.. memuji diri sendiri adalah baik untuk awet muda.. Tips hari Jumaat ye uolsss.. Kawasan ni macam sunyi sikit la, sebab tak ramai orang, walaupun hari Ahad, janganlah mengada-ngada nak jalan sensorang, lepas tu kasi pose maut jelingan manja dengan lelaki yang tengah lalu-lalang disitu.. No no no..! Man is danger, especially the ugly one..! The cute one ok... hahahaha Apakah ???

Masuk sahaja pintu utama, ada pameran keretapi-keretapi zaman dahulu.. Dari jalan besar, dah boleh nampak bende-bende ni kot... Terus keluarkan camera. Kechek kechek...!! Gedek Gedek...!!

Masuk hall pertama, adalah pameran baju-baju tardisional.. Pandang sekali lalu je, malas kot nak baca tulisan, banyak kemain, kalau kumpul-kumpul, boleh jual buat duit tau... Aku insan yang tak suke membaca. Jadiii... next..!!

Comei sungguh la kakok ni..duduk simpuh molek.. Ada sesapa berkenan nok jadikan calon bini.. Tapi kakak ni tak boleh beranak la... Auuwwww... Seram ok, patung kat sini, nampak macam hidup. Malam-malam mestiiii...... tettt...!!! Kebanyakan adalah pameran pakaian tradisional, termasuk aksesori yang maha berat letak kat kepala, tangan dan kaki bagai...

Demonstrasi me... me... me- apa ek ??? Haaaa, mencetak batik la senang paham..


Singgahsana di Raja. Warna-warni lagi kooo. Macam rumah makcik Hang Tuah dah.. Setiap dinding kaler merah pink hijau kuning biru..!



Teka bende apa ni...???? Keranda kaum Dayak uollsss.. Seram mak.. Dan bende ini adalah kocik ok... Nak masuk punggung pun, hazabbb...! Orang Dayak kecik-kecik ke..??? Well, yang aku tahu, tak semua mayat yang dimasukkan dalam keranda adalah dalam keadaan baring tegak.. Setiap kepercayaan ada posisi tersendiri.. Ecececea, dan macam tok penggali kubur dah aku


Destinasi seterusnya adalah ke Istana Satu.. Bukanlah istana betul, kire istana zaman orang dolu-dolu. Dan Acik sangat sodih sebab, 'Macam ni ke istana kooo..!!' Upgrade sikit je dari rumah kampung yang paling cikai dekat Batu Pahat.. Kecik wei... Kalau yang ni istana, rumah rakyat jelata adalah upgrade sikit dari reban ayam ke..???


See.. Aku tak tipu, inilah Istana Satu nya.. Panas membahang pulak tu dalamnya..

Ruangan dapur makan Istana Satu


Ruangan touch up -touch up.. Hehehehe.. I like this section.. Banyak cermin..!


Ruangan beradu sang raja dan si permaisuri.. Auuuwww


Batu dalam pagar tu, bukan nesan ye uolls. Tu adalah batu entahapaapa, sebab aku kelupaan. Tapi dikatakan batu ni hidup, bukanla malam-malam dia loncat pagar tu pergi minum teh tarik roti canai, tapi batu ni membesar, membesar dan membesar...!


Patung peringatan yang diperbuat daripada besi.. Saje aku gedik-gedik peluk patung ni, nak rasa, macam la gamoknye peluk orang putih, nak peluk yang betul-betul, ehem ehem, belum aku sempat bersuara, masing-masing dah bukak langkah.. nak terajang aku.. hahaha



Kereta bomba zaman dolu-dolu.. Tangga dia pun, antik kemain. Roda belakang pun, alahaiiii, macam mengundang kebakaran yang lagi besar je. hahahaha

Ok, tu baru ruangan di sekitar Muzium Negara, belum masuk dalam hall utama lagi. Sebelum itu, mencube pose paling budget seksi pernah aku buat.. hahaha.. Yang tukang amik gambor pun, dah tahan-tahan perut nak ketawa, tapi nak jaga hati kakak ipar, cakap je 'CUTE'... hahahaha

Peace mahal ratu Cantik Dunia.. Eceh...! Jangan tiru gayaku...

Aku di depan pintu masuk muzium. Feeling tourist tembam uollss..


Masuk Muzium Negara murah saja uollss... Rm 2 ye.. DUA HINGGIT.. Untuk warga asing, 5 hinggit.. Padan muka, mahal... Kita murah jeeeewwwww.. Kembang hidung muka berlagak.. Kau ada..?? Apasal tak letak 10 hinggit ek..??? Baru la cepat kaya hasil kikisan duit Mat Salleh.. kan kan kan.. Ni tak, tiap tahun kikis duit rakyat sendiri.. Upsss...hehehe

Ada 4 dewan kesemuanya. Ada Dewan A, B, C dan D. So macam ikut turutan la. Mula-mula masuk Dewan A uolss. Ok, dalam ni semuanya adalah mempamerkan barangan-barangan purba, dan kehidupan manusia beribu-ribu tahun dulu.. Memang cerita yang super duper antik habis la.. Zaman Neolitik, Paleolitik dan bla bla bla.. Tak ingat la der.. yang bla bla tu, letak jelah apa ko nak letak..hahahaha.. Boleh gitu.

Masuk-masuk je dewan A, ade pameran tempat simpan mayat.. Apakh ini ??? Seksaan jiwa dan mental kah ??? Kasi terkejut je.. Bagi la warm up dulu sikit kan. Masuk-masuk nampak rangka manusia.. Kalau budak kecik ni, boleh tersampuk doploh hari tau. Gambar di atas adalah keranda orang dolu-dolu..

Bentuk kuburan orang dolu-dolu.. Cantikkann ??? Entah apa-apa cik buyung ni, kubur pun dikata cantik..

Yang ni pun bentuk kubur jugak.. Niceeeee... Tapi aku tak sempat baca, ke aku dah lupa ek..??? Well, kalau ko letak lelaki kacak tepi tu, sure aku tercongok bace info selama setengah jam di situ. hahahaha. Take a note ya pihak muzium..! Kene ada attention grabber.. eceh...!


Para tengkorak yang disayangi. Nak kasi tau ni.. Setiap tengkorak ada label kat bawah dia kan. Macam tengkorak pertama, dari manusia mana, tengkorak dua, dari manusia lain pulak. Dan, 3 tengkorak paling kiri, ada tulis 'replica', tapiiiiii tengkorak paling kanan sekali takde...!! Adakah..~ Ayoooooo Tengkorak paling kanan, adalah dari manusia Homo Sapienz ye.


Gong dari Terengganu.. Sangat retro uolsss...!

Kebanyakan barang-barang ni, adalah dari Tanah Melayu.. Sekitar Perak, Terengganu, Kedah. Johor tak banyak ok.. Sentap..!!!


Inilah dia rangka yang aku cakapkan tadi... Real ok..!! Dan aku mengalami kejadian pelik, dimana, bila aku nak amik gambar kan, lepas je tangkap gambar kat hall ni, mesti camera aku hang hang... Rasa nak campak je, sebelum ni xde pulak buat hal.. Lepas je keluar, masuk hall B, terus ok. See, sangat mengada-ngada..

Masuk hall B, kat sini, semua pameran adalah tentang zaman kesultanan Melayu.


Kepala naga ini selalu digunakan sebagai perhiasan di kepala kapal.. Sangat scary. Macam nak menerkam


Batu apa entah. Acik Buyung sudah lupa. Payah nak sebut lagipun. Kang aku hentam nama bende alah ni, kene rejam pulak.


Patung di belakang aku ni, sepatutnya ada 8 tangan, tapi hanya tinggal 7 sahaja. Satu lagi patah semasa dijumpai. eh, patut ni, yang orang buat pemujaan tu ke..?? Kecik je.. Panjang tangan aku lagi rasanya.. Aku kan manusia bertangan hantu, tak normal..

Kan ku tusuk keris cintaku di hatimu, wahai jejaka kacak. Hahahaha.. Gilo ko Cik Buyung debab


Social party bebeh.. Hahahaha.. Zaman dulu-dulu mana ada club nak bincang bisnes itu ini. So, gambar di atas menunjukkan perbincangan Sultan dan saudagar-saudagar A'rab lah. Ya ante, ya anta, ya muaallim, ya maulana, ya taik unta'.


Hall C pulak, tentang pameran di saat Tanah Melayu di serang penjajah-penjajah Inggeris, Portugis dan Belanda..


Segala mak nenek replika kapal, meriam, senapang, baju perisai yang digunakan oleh askar Inggeris ada dalam ni..


Aku tak tahu kenapa gaya aku macam mummy shrek dalam gambar di atas.. Erghhhh..!!


Pakcik yang gigih menoreh.. Dah bertahun, toreh tempat yang sama je, tak gerak. Yang peliknya, pokoknya ada satu je.


Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Classic gituw... Dulu-dulu kan, aku penah cuba naik basikal pattern camni, tapiiii.. adehhhh sakitnya..huhuhu..Tau-tau je la sakit kat mana ye. Macam nak terkoyak uolss.. Ouch...!! lelaki-lelaki, sila tutup mata, jangan baca ye..

Watashiiii Gadis Cantik dess..!!! Hahaha.. Paham maksudnya..?? Kalau budak-budak kelas aku baca ni, mesti malam ni aku muntah-muntah dek disantau.. hahaha. Mereka jeles ok, setiap kali saya kata nama saya Gadis Cantik. Tak sesuai ke ? (Sambil tengok cermin)


Banyak ilmu yang dipelajari hari ini murid-murid. Penat kot jadi cikgu sejarah ni kan. Nak -nak, otak dah berkarat tu, belajar Sains memanjang. Kiri kanan, silinder, kelalang kon, bikar, hot plate, oven, dan segala mak nenek barang la. Warna baju tentera Jepun pun tak dapat nak teka, memang aku campak ko kat landasan LRT nu.


p/s: Berpeluh-peluh menaip entry. Ketiak sudah basah, mahu mandi-mandi, manjakan badan ku yang cekci ini. Eceh...! Sekian sahaja


With love,

Gadis Cantik wannabe.



(hahahaha.. Sempat)



2 comments:

uMmI NuR aIn said...

akhirnye..ko pegi jugak muzium negara yg aku war warkan itu...bagus2...anak jati Malaya...

Fariha said...

wui..feeling masuk tempat, sama macm masuk masuk balai seni lukis negara dulu tu.. masuk semangat, keluar2 je lembik.hahahaa

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review