Thursday, August 11, 2011

Jadi Teacher Sekejap. Ehem ehem..!

at Thursday, August 11, 2011
Reactions: 




TEACHER..??? Jangan gelak uollss, memang suara aku ni jamban sikit, tapi uolls, bile mengajar, pergh, gile cun punye lontaran tau. Well, aku ada dapat offer mengajar budak-budak PLKN selama 5 hari.

Dengar macam sekejap je kan..?? Tapi dalam 5 hari, mengajar dari pagi hingga petang, memang hazab..! Aku diminta melapor diri dekat kem plkn Padang Hijau, Keluang.
Bukan aku sorang je yang kene mengajar, ko giler..! Budak-budak yang seramai 200 orang tu aku handle sorang-sorang. Ade 8 orang cikgu semuanya.

Dan ade sorang ketua jurulatih. Diikutkan, memang aku takde pengalaman langsung mengajar. Bukan nak kata ajar budak sekolah, tadika pun, nan adoooooooo….

Awal-awal lagi, ketua aku dah kata, budak-budak yang aku akan ajar ni, orang jawa kata ‘mantul’ sikit.. Mantul tu maksudnye, kalau ko baling bola, die mantul kene kepala ko balik, akhirnye ko yang sakit. Jadi kene siap sedia dari segi mental la.

Aku kene ngajar untuk modul kebudayaan, keagamaan, dan peranan lelaki wanita. Kalau aku jadi diorang, sumpah bosan…

Setiap cikgu memang dah disediakan buku. Tapi aku ni pun cikgu mantul jugak. Keh keh keh. Jenis malas nak belek. Datang-datang, gemble je mengajar.

Kelas aku semuanya asalnya 38 orang okeh..! Kelas lain 20 lebih, ada yang belas-belas aje. Dan esoknya satu kelas kene berlari gara-gara kelas aku teramai. Ni kes ngikut kawan. Padahal, memang dah dibahagi secara sama rata.

Bila ditanya kenapa ramai sangat. Jawapannya, ‘Kitorang nak masuk kelas cikgu cantik’…

Oh pelisssshhh… saje tau uollss buat cikgu teruje. Mengajar budak-budak ni, omakaihhh… 

Pada aku la, seorang gadis yang kesabarannya hanyala 0.0001% ni, memang aku terasa nak hentak sorang-sorang. Dogiiiiillllllllll….! Aku punya suara ni, sampai atas bukit nu boleh dengar. Kelas dekat bawah bukit… Bertempiaran monyet-monyet cari perlindungan.

Tapi budak-budak ni dengar kata. Kalau suruh buat, memang buat. Tapi orang kata, budak-budak ni lambat panas sikit. Aku hentak white board sekali, berdesup masuk dalam kumpulan. Kalau tak ketuk, pom pang pom pang, macam dalam kilang. 

Apa-apahal pun, cikgu sangat merindui kamu semua…!!! Kamu memang baik-baik dalam kelas. #Tangan di dada mata ke atas. (tido tepi dinding, buat bising kat kelas orang lain, pergi tandas setengah jam, tak buat kerja, ganggu kawan, curi marker cikgu, kata cikgu cantiik, eh..?) 


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review