Thursday, September 12, 2013

Orang Lelaki Jangan Marah I ok..!

at Thursday, September 12, 2013 0 comments
This evening (chewaaahhh) iolss chatting dengan sorang member..

Kalau dah pempuan sama pempuan bergosip, harus pasal jantan. (eh, klo nyah sama nyah gosip pun, pasal jantan, macam tak ada beza je..! kihkihkih)

but kali ni not pasal jantan la, but tanggungjawab orang jantan ni nak kasi bini ngandung

pheww... dari tahun lepas aku dengan dia dok gosip benda yang sama... mengandung mengandung.

tapi jangan salah anggap pulak, bukanlah weoll discuss pasal posisi posisi asmara nak kasi ngandung ke, gila ko... itu terpulang kepada rahsia masing-masing. weolls not sharing...

eh, geli ok share dengan member pempuan... (kalau dengan pasangan, baru kasi cas geli geli sikit.. hahaha)

ok lets share apa yang weolls bincang pasal acara ngandung mengandung ni. Before this, aku ada baca la juga, kalau nak mengandung amalkan telan folic acid. Aku malas nak cas ilmiah atau buat cubaan nak karang journal untuk dipublish kat sini, pandai-pandai la ko cari apa kebaikannya.

Since doktor pun sendiri suruh amalkan untuk couple yang nak ada anak cepat, but ada 1 perkara yang aku tertinggal.

Selalunya yang nak ada anak cepat, pastu sibuk google pil pil yang bagus, for example folic acid, mesti ORANG PEREMPUAN...! truly said, yang amik follic acid pun ORANG PEREMPUAN sahaja.

ORANG LELAKI...?? (borong minyak lintah tahu la... bahahahaha..)

(eh pebret encik bam bam tu bila pergi Langkawi)

so untuk orang yang belum kawin or baru kawen, mesti dalam kepala otak mereka, oh untuk ORANG PEREMPUAN sahaja kot follic acid ni...

Aku yang bebal ni pun dah set dalam otak, FOLLIC ACID JUST FOR WOMAN...

buat couple yang dah lama kawen belum pregnant, for your information, SUAMI PUN KENE TELAN PIL TU...!!  (again, iolss malas nak letak ayat macam orang nak publish paper dekat conference, pandai-pandai cari)


bak kata member  "orang perempuan je nak kene telan itu ini, yang lelaki, tahu GOYANG TELUR aje (Anynomous, 2013)"

;))

** mampuih aku sat gi.


Tuesday, September 10, 2013

Islam kaa...Hindu kaaa...Buddha kaa... Kristian kaaa...

at Tuesday, September 10, 2013 0 comments
hai uolss...

aku rasa macam dah lama tak menjoyah dekat sini...

last time aku menjoyah, kene smash sekali dengan pembaca.. hak hak hak...

iolss sangat bz, lagi lagi nak layan komen orang gatal buah yang dok komen entry bra aku dulu...

yang peliknya, tahu pulak nama ahkak ni.. 

siap tulis gini  "besar lagi tetek fariha tu".. kong ajo sangat tau.. ke kurang sepak..???

tergerak aku nak tulis kat sini, sebab iollss sangat takut nak tulis di FB, kang kene sepak bertingkek-tingkek...

jadi kita low profile.. underground katanya... (phuiiiii)

last night aku ada terbaca satu status dari member (yang tak pernah pun bertegur sapa, add pun sebab member kamcing kata dia ni sangat annoying).. boleh???? hahahaha... add semata-mata nak tengok betapa annoying nya si empunya badan...

kalau sebut pasal status kat FB ni... macam macam peel yang kita boleh tengok. kalau peel aku, jenis yang menggeletis dengan bf sendiri.. (hahahaha) 

Tak pernah rasa nak jentik orang lain pun, melainkan ko annoying, yesss,, memang aku suka jentik,.

kita ni kalau nak tulis apa-apa, lagi lagi bab agama, tolonglah jangan sampai ko JENTIK AGAMA orang lain...

misal kata, ada orang jentik telur ko, marah tak???? macam tu jugak kalau ko jentik agama orang tu...

siap terang terangan lagi berkata, JANGAN MAKAN SINI, DUIT KORANG BUAT BINA KUIL (disingkatkan guna bahasa Cik Kiah)

agak agak orang yang beragama tersebut apa rasa...??? Kalau orang agama lain cakap macam tu pada orang Islam, apa ko rasa..?? Marah tak..??

Ibarat macam salesman la. Salesman yang bagus, kalau nak jual barang, diorang takkan bercakap keburukan produk lain, sebab itu adalah last choice for them jika diorang rasa barang diorang tak ada unique quality a.k.a cikaiiii.. 

So please my dearest friend (tercabut gigi ahkak tulis gini)
 
tambahan lagi, dalam list member bukan hanya satu agama je. Agama lain pun ada. Macam mana ko duk pung pang pung pang hormati bangsa lain, macam tu jugak ko kene belaja hormat agama orang. Jangan nak harap orang hormat agama kau seorang. Sebab tu, orang tua tua berkata, cakap siang, pandang-pandang, silap cakap kene terajang (eh...!)

aku tak kata pun benda tu salah.. aku faham ko nak berdakwah. Berdakwah la cara mana pun, janji jangan timbulkan pergaduhan. pernah dengar "GROUP MESSAGE"..????

Pernah ke idok.... sedeyhhhh betul hidup kalau tak pernah dengar.. 

Setakat ni aku hanya dengar orang beragama lain menghina Islam di saman. Jangan sampai keluar muka depan "GRADUAN ISLAM DISAMAN KERANA MENGHINA AGAMA LAIN"


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review