Friday, July 26, 2013

Sama La Macam Kita Kak Ya

at Friday, July 26, 2013
Reactions: 
Sedia maklum aku ada seorang adik yang gemuk bom bom kat kampung.

adik aku ni memang jenis kalau berpikir, aku sendiri tak boleh pikir benda tu, tapi, dalam diam-diam, kalau dipikirkan balik, eh betullah... ha gitu...

nak dijadikan cerita, masa tu aku balik kampung.

aku kalau balik kampung, perangai ular kekenyangan ni memang melekat je kat mana-mana.

kat rumah sewa aku bantai online 24 hours, kat kampung sama.

padahal tak ada benda pun yang ditengoknya, balik-balik cerita drama.

aku online sampai mak aku nak bulu la tengok perangai anak dara dia ni. lepas tu mula la dia naik pangkat jadi peramal masa depan..

" ONLINE ONLINE ONLINE..!! NANTI DAH KAWIN ESOK, ONLINE JE LA KERJANYA. NANTI ANAK-ANAKNYA TAK DIBAGI MAKAN. DI SURUH MASAK SENDIRI. DAH HADAP PESBUKKK AJE..!"

iolls kan anak yang mendengar kata, buat bolayan je... tetap mata ke skrin, lepas tu adik aku yang gemuk tu menjawap...


" sama la macam kita Kak Ya, kalau ibu online, kita yang kena cari sendiri makan, atin yang kene masak sendiri, ibu bagi makan pokok bunga dia je"

danggggg...!! 

terdiam mak aku, aku bantai ngekek sambil tambah lauk...

"HAAH, BETUL LA FATIN..!!"



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review